RIBUAN WANITA DI BANDUNG PILIH JADI JANDA, EKONOMI JADI FAKTOR PERCERAIAN
RIBUAN WANITA DI BANDUNG PILIH JADI JANDA, EKONOMI JADI FAKTOR PERCERAIAN
BANDUNG: Sebanyak 2,115 pasangan suami isteri memfailkan perceraian di Bandung Barat.
Berdasarkan data yang diperoleh daripada pejabat agama, sepanjang tahun ini, seramai 1,675 wanita menuntut cerai, manakala sebanyak 480 suami menceraikan isteri mereka.
Ketua Timbalan Pengadilan Agama Ngamprah, Ahmad Saprudin berkata, kebanyakan kes perceraian difailkan oleh golongan isteri.
Katanya, daripada jumlah pasangan suami isteri yang memfailkan peceraian, sebanyak 80 peratus daripadanya sudah diputuskan dalam perbicaraan, iaitu disahkan bercerai.
“Antara punca perceraian terus meningkat di Bandung barat adalah kerana faktor ekonomi apabila suami tidak mampu menanggung isteri dan keluarga.
“Selain itu, golongan wanita yang mempunyai pendapatan melebihi suami turut mendorong mereka minta diceraikan kerana berasa mampu hidup tanpa tanggungan suami,” katanya.
Jelas Ahmad, sebelum perceraian disahkan, setiap pasangan suami isteri akan menjalani sesi kaunseling bagi mengenal pasti masalah dan memulihkan hubungan, lapor Agensi
Namun, katanya, sesi tersebut dilihat ‘tidak berupaya’ mengekang kadar perceraian yang semakin tinggi