PELAKON BAWANG MERAH DITANGKAP KERANA SYABU, APA KESAN SYABU TERHADAP BADAN
Baru-baru ini hangat berita mengenai pelakon sinetron Indonesia yang popular dengan drama bersiri Bawang Merah Bawang Putih, Nia Ramadhani dan suami ditahan polis kerana telibat dengan penyalahgunaan dadah.
Munurut sumber, pasangan itu ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat, Indonesia kerana didapati positif dadah jenis Methamphetamine atau syabu melalui ujian air kencing.
Nia dan suaminya mengaku telah mengambil dadah tersebut sejak 5 bulan lalu bersama pemandu peribadi mereka.
Pihak polis merampas bahan bukti termasuk alat untuk menghisap syabu (bong).
Pada ketika itu, keadaan Nia sangat cengkung dan kelihatan pucat.
Nia terkenal ketika memegang watak ‘Bawang Merah’ nampak tidak bermaya dan kelihatan sangat berlainan dengan wajah asalnya yang cantik dan manis.
APA ITU SYABU?
Syabu atau crystal methamphetamine adalah dadah yang berbentuk seperti kristal.
Terdapat banyak panggilan untuk dadah jenis ini seperti ice, crack meth, batu, glass dan hiropong.
Crystal methamphetamine digunakan untuk pesakit Gangguan Hiperaktif dan Kuraang Tumpuan (ADHD) yang mengandungi bahan kimia dan penghasilannya dengan amfetamina (amphetamine).
Jika diambil tanpa kawalan, akan menyebabkan ketagihan.
CIRI-CIRI INDIVIDU KETAGIH SYABU
Penyalahgunaan syabu dapat dilihat secara jelas dan tindakan yang bukan dari kebiasaan manusia normal.
Kelakuan Fizikal
Peka dan bertenaga
Pergerakan anak mata yang cepat
Berhalusinasi, perubahan mood dan kemurungan
Kadar denyutan jantung yang laju dan sesak nafas
Peningkatan suhu badan dan tekanan darah tinggi
Tingkah Laku
Aktif secara fizikal
Pergeseran gigi
Cubit kulit dan tarik rambut sendiri
Anak mata terbeliak
Corak tidur tidak normal, tidak tidur dengan kadar yang lama seperti beberapa hari atau minggu
Pergerakan badan tidak lancar dan mengerut
Banyak cakap
Kurang selera makan dan berat badan semakin susut
Tiada Ransangan
Kerap menggaru
Cubit diri sendiri
Bergelut dengan diri sendiri
Kesan menggaru dan cubit diri sendiri kerana terasa seperti ada serangga yang merayap di bawah kulit.
Tiada ransangan ini juga menyebabkan risiko untuk cederakan diri kerana individu berada dalam keadaan psikotik atau terputus dari realiti sepenuhnya.
Mereka akan rasa kecewa, lemas. resah dan tidak stabil akan menambahkan keinginan terhadap syabu yang sangat kuat.
Sakit Mental
Dikatakan hampir 1 daripada 4 individu yang aktif menggunakan dadah jenis syabu ini mengalami gejala sakit mental.
Terlalu mencuragi dalam pelbagai perkara
Memikirkan dan mempercayai sesuatu yang tidak logik
Dengar dan lihat perkara yang tidak wujud, berhalusinasi.