PEKEBUN BOLEH TUNTUT IPG
Berita Nasional
PEKEBUN BOLEH TUNTUT IPG
KUALA LUMPUR: Pekebun kecil boleh membuat tuntutan bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) berdasarkan kepada pengeluaran bulan September 2020 mulai 1 hingga 31 Oktober 2020, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).
LGM dalam satu kenyataan hari ini berkata, IPG bagi bulan September 2020 di Semenanjung adalah sebanyak 40 sen sekilogram, manakala bagi Sabah dan Sarawak masing-masing sebanyak 70 sen dan 60 sen sekilogram.
“Pada bulan September 2020, harga purata peringkat ladang bagi sekilogram cuplump adalah RM2.10 untuk Semenanjung, RM1.80 Sabah dan RM1.90 Sarawak,” kata lembaga itu.
Mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah, kata LGM.
Sumber: BERNAMA