HATI IBU SUDAH TERDETIK SEBELUM KEJADIAN TERTEMBAK
HATI IBU SUDAH TERDETIK SEBELUM KEJADIAN TERTEMBAK
KONSTABEL NORHALIM TUMIRAN MAUT TERTEMBAK DI SIBU
TEMERLOH: Naluri ibu, Jamilah Daman, 60, mula terasa apabila anaknya Konstabel Norhalim Tumiran (24) berkata dalam perbualan telefon dengan ibunya di pagi sebelum kejadian dia tertembak oleh rakan setugas yang membawa maut sangat terkesan.
Kakak Allahyarham, Meridiana Tumiran (35) berkata, dalam perbualan panggilan telefon pagi sebelum kejadian, arwah menyatakan akan membawa isterinya untuk tinggal bersamanya di Sibu dan akan mengambilnya selepas hari raya Aidil Fitri.
“Arwah ada menyatakan sangat beria-ia akan balik ke semenanjung dua atau tiga hari sebelum raya dalam perbualan itu, ibu saya berkata jangan main-main atau bergurau sebab dia baru ditempatkan ke sana.
‘Itu antara perbualan menerusi telefon dan ungkapan akan balik itu sangat mengejutkan kami sekeluarga setelah mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8.00 malam, Jumaat lalu”, katanya di rumah arwah di Felda Bukit Damar, Lanchang, Temerloh, hari ini.
Katanya, arwah anak bongsu daripada tiga beradik sangat gembira diterima menjadi anggota polis selepas mengikuti proses temuduga beberapa kali dan kali kelima arwah berjaya mengikuti latihan dan ditempatkan ke Sibu, malangnya usia perkhidmatan kepolisian tidak lama.
Sementara itu, isteri arwah, Nurfitrah Ramli, 24, mula tidak sedap hati apabila lebih 50 kali panggilan telefonnya tidak diangkat dan menjadi kebimbangan mereka sekeluarga.
Katanya, dia mula memikirkan perkara yang tidak baik kerana biasanya suaminya akan angkat panggilan walaupun ketika bertugas.
“Sehingga saya mendapat panggilan telefon daripada rakannya memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 8.00 malam dan terkejut mendengar berita tidak diduga itu yang berlaku kira-kira 7.30 petang kerana kehilangan orang tersayang di bulan Ramadan ini,” katanya.
Katanya, suaminya berhasrat membawa dia dan anaknya tinggal di Sibu Sarawak selepas Hari Raya Aidil Fitri ini.
“Selama dia mengikuti latihan selama 6 bulan, kami tidak pernah bertemu kerana halangan pandemik covid-19.
“Kami hanya dapat berjumpa dalam tempoh sejam di Lapangan Terbang Kuala Lumpur sebelum berangkat ke Sarawak, dalam tempoh sejam itu dia dapat menatap wajah anaknya, Nor Asyifa Alisa (1 tahun) yang terakhir,” katanya. -SAHIH