COVID-19 MENINGKAT, ORANG RAMAI TINGGAL DI RUMAH.
COVID-19 MENINGKAT, ORANG RAMAI TINGGAL DI RUMAH.
JERANTUT : Orang ramai diharap berhati-hati dan terus tinggal di rumah seperti diamalkan pada peringkat awal penularan wabak COVID-19 di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu.
PKP itu menghasilkan keadaan positif dengan memutuskan rantaian wabak itu dan bilangan kes baharu sentiasa menurun setiap hari.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata dua hari terakhir ini menampakkan bilangan kes baharu yang begitu tinggi, diharap orang ramai jangan keluar rumah tanpa sebab untuk mengekang penularan ini terus meningkat.
“Tolong sama-sama kita membantu antara satu sama lain demi kesihatan dan keselamatan semua pihak kerana bilangan dua hari terakhir meningkat tinggi dan membimbangkan, tolonglah berada di rumah.
“Semalam, 1 Oktober, terdapat 260 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 11484 dengan didahului negeri Sabah sebanyak 118 kes (41 kes tempatan, 77 bukan warga Negara), manakala Kedah 98 kes (45 kes tempatan, 53 bukan warga Negara) dan Selangor 13 kes,” ,” beliau berkata demikian di sidang media yang disiarkan di TV1, petang ini.
Katanya, hari ini (2 Oktober) , sebanyak 260 kes baharu, Sabah 113, Kedah 129 dan Selangor 31 dan jumlah keseluruhan terkini sebanyak 11,771.