KAKITANGAN RADICARE HOSHAS MENINGGAL KEMALANGAN
KAKITANGAN RADICARE HOSHAS MENINGGAL KEMALANGAN
TEMERLOH: Seorang kakitangan Radicare Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh maut dalam satu kemalangan jalan raya di Persimpangan Lampu Isyarat Hoshas, KM 121 Jalan Kuala Lumpur – Kuantan, kira-kira jam 7.10 pagi, hari ini.
Mangsa, Khairul Izmi Baharuddin, 44 Tahun yang menunggang motosikal sedang bergerak untuk memasuki simpang menghala ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
Tiba di tempat kejadian, sebuah lori milik syarikat bermuatan chipboard dari arah Paya Pulai menghala ke kilang perabot di Mentakab dipercayai tidak berhenti di persimpangan itu ketika lampu isyarat berwarna merah dan melanggar motosikal mangsa.
Penunggang motosikal itu yang tinggal di Taman Sri Kemuning , Temerloh, meninggal dunia di tempat kejadian, motosikal mangsa remuk.
Pemandu lori telah ditahan untuk siasatan lanjut di bwh Seksyen 41(1) APJ 1987.