FELDA JOM SEDEKAH SASAR RM30 JUTA
FELDA JOM SEDEKAH SASAR RM30 JUTA
BENTONG: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mensasarkan kutipan sebanyak 30 juta ringgit pada Ramadan ini, daripada seluruh peneroka dalam negara menerusi program Jom Sedekah.
Program yang dilancarkan Oktober tahun lalu menggalakkan setiap peneroka bersedekah sebanyak RM300 ringgit untuk mencapai keberkatan daripada hasil pendapatan mereka.
Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sejak dilancarkan sebanyak RM7 juta telah dikutip dan sumbangan telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
” jika kita sentiasa memberi InshaAllah kita akan dipermudahkan segala urusan.sebab itulah kita
lihat di felda kebelakangan ini banyak perkara yang telah dicapai dan saya galakkan warga felda untuk terus
bersedekah, sebab tu kita ada program sedekah 300″
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Mencari Keberkatan Felda Wilayah Mempaga di FELDA Mempaga 1 di Bentong, Pahang.
Sementara itu katanya, senarai hutang peneroka FELDA akan diputuskan dalam tempoh terdekat antara sebulan ke dua bulan lagi dan perkara itu akan dimumkan Perdana Menteri.
Dalam tempoh terdekat ini juga katanya, setiap 317 rancangan FELDA akan dilantik seorang peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) yang akan menjadi penghubung antara FELDA pusat sehingga ke peringkat rancangan.
Sebelum ini, sebanyak 100 rancangan tidak dilantik JKKR dan ia telah diselesaikan.-SAHIH