KOMPAUN LANGGAR SOP DIPINDA, INI YANG ANDA PERLU TAHU
KOMPAUN LANGGAR SOP DIPINDA, INI YANG ANDA PERLU TAHU
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan beberapa lagi pindaan terhadap pelaksanaan kompaun berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), lapor Bernama.
Hal itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan dalam satu sidang media hari ini.
GAMBAR HIASAN
Berikut adalah perinciannya:
- Terdapat tiga kategori kesalahan yang membawa nilai kompaun yang berbeza.
- Kategori pertama – kesalahan yang menyebabkan risiko penularan tinggi atau impak jangkitan pada skala besar.
- Kedua, kesalahan yang menyebabkan risiko penularan tetapi tidak beri impak jangkitan kepada komuniti.
- Ketiga, kesalahan yang menyebabkan risiko penularan yang rendah atau tiada langsung kesan kepada komuniti.
- Untuk kesalahan individu kali pertama, ia termasuk dalam kategori ketiga dan kerajaan membenarkan kompaun sebanyak RM1,500 daripada jumlah maksimum RM10,000.
- Diskaun 50 peratus diberi bagi pembayaran dalam tempoh tujuh hari dan 25 peratus bagi bayaran dalam tempoh 14 hari. Tiada pengurangan selepas tempoh itu.
Bayar kompaun awal boleh dapat diskaun
- Mereka yang tidak mampu membayar kompaun atas sebab-sebab tertentu boleh mengemukakan rayuan menerusi beberapa saluran, iaitu Pengarah Kesihatan Negeri, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Kesihatan Awam), Pegawai Kesihatan Daerah dan Pegawai Kesihatan Epidomologi Daerah (bergantung pada lokasi).
Tak mampu nak bayar? Golongan OKU dan rakyat miskin boleh buat rayuan
- Semua rayuan perlu disertakan dengan dokumen pengesahan berkaitan dan borang rayuan boleh didapati di laman web Kementerian Kesihatan.