SUMBANGAN SEDEKAH FELDA BERJUMLAH RM765,000
SUMBANGAN SEDEKAH FELDA BERJUMLAH RM765,000
JENGKA – Program sumbangan sedekah FELDA yang telah dilancarkan pada Oktober 2020 yang lalu, telah berjaya mencapai jumlah kutipan sebanyak RM 765,000.00.
Penolong Pengurus Besar Wilayah Jengka, Sarimah Sudin berkata, seramai 5173 orang di kalangan warga peneroka mengambil bahagian di dalam program ini.
Setakat ini, kutipan sumbangan sedekah yang sudah dikumpulkan pada fasa pertama program itu adalah sebanyak RM315,000.00 manakala kutipan fasa kedua pula sebanyak RM 400,000.00 sehingga 28 Februari 2020
Kita serahkan sumbangan warga FELDA ini kepada MUIP kerana Kita yakin dengan kredibiliti MUIP dalam mentadbir urus duit sumbangan ini demi kemajuan umat islam di Negeri Pahang,” katanya kepada media di Dewan Semai Bakti FELDA Jengka 16 Hari ini.
Katanya, “penyerahan fasa ketiga bakal diadakan pada bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba..tidak lama lagi.
“Kita sangat menggalakkan seluruh warga FELDA dapat bersama- sama di dalam program yang amat baik ini kerana kelebihannya yang sangat besar untuk kepentingan didunia dan di akhirat ” katanya..
“Pihak Felda berterima kasih kepada semua peneroka yang menyumbang, oleh itu peneroka masih boleh menghulur sumbangan itu dalam fasa ketiga sempena bulan Ramadan tidak lama lagi,” katanya.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Dasar) MUIP, Khairuddin Ismail , Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar, Pengerusi Gabungan Persatuan Wanita (GPW) Wilayah Jengka, Zariah Haron dan Ketua Peneroka Felda Jengka 16, Ismail Abdul Rahman.
Tahniah kita ucapkan kepada warga Felda Jengka 11 kerana mencapai lebih RM70K sumbangan yakni kutipan tertinggi di Felda Wilayah Jengka setakat ini, juga tahniah kepada Warga Felda Jengka 25 kerana peratusan sumbangan yang tertinggi dan juga Warga felda jengka 24 kerana penglibatan 100% warga peneroka dalam program ini.
“Kesedaran bersama untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan, khususnya warga peneroka di Wilayah Jengka seperti bantuan homodialisis, bantuan awal pendidikan serta bantuan kepada golongan asnaf.”
Beliau juga Pengerusi Biro Sosial Wilayah Jengka berharap lebih ramai peneroka di Wilayah Jengka dapat menghulurkan sumbangan sedekah itu agar semua peneroka yang memerlukan bantuan turut sama menikmati kehidupan yang terbaik.