MYTV LUAR BANDAR
MYTV LUAR BANDAR
LIPIS : Kira-kira 60 ribu ketua isi rumah penduduk di pedalaman di seluruh negara akan menerima dekoder MyTv secara berperingkat.
Ia bagi memudahkan anak-anak mereka untuk menonton DidikTV sebagai sumber pembelajaran sepanjang Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
Timbalan Menteri 1,Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kementeriannya bekerjasama dengan SKMM dalam menyediakan data dan maklumat mengenai mereka yang tidak mempunyai kemudahan itu.
Beliau berkata, ketika ini agensi di bawah kementeriannya mula bergerak di seluruh negara bagi memastikan bantuan tersebut sampai kepada mereka yang memerlukan dalam kadar segera.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Kita juga ingin dapatkan feedback daripada penduduk agar kita tidak mahu ada keciciran penduduk luar bandar ini.
“Sebab itu kita sanggup bekerjsama dgn SKMM dan nampak Alhamdulillah.. SKMM sangat membantu KPLB.. inilah NBOS (National Blue Ocean Strategy).. makna NBOS yang hendak kita kerjasama antara kedua-dua kementerian ke satu kementerian supaya semua dapat kemudahan seperti ini,” katanya.
Sementara bagi kawasan luar bandar yang tidak mempunyai akses capaian internet, kementerian itu dalam usaha untuk membangunkan sebuah pemancar bagi mengelakkan pelajar luar bandar daripada terus tercicir dalam pelajaran.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Sesi Ramah Mesra dan Penyerahan Set Alat Tulis kepada Calon Peperiksaan SPM,STPM dan STAM di Lipis,Pahang.
Seramai seribu 323 pelajar di daerah itu menerima set alat tulis berjumlah 100 ribu ringgit daripada Yayasan Pelajaran MARA.