PUSAT PENEMPATAN SERBAGUNA (PPS) AKAN DIBINA
PUSAT PENEMPATAN SERBAGUNA (PPS) AKAN DIBINA
BERA : Kerajaan negeri pahang sedang meneliti 9 bantuan yang akan diberikan kepada lebih 47 ribu penduduk di pahang yang
Terjejas banjir baru-baru ini.
Bantuan-bantuan tersebut diputuskan majlis mesyuarat kerajaan negeri (MMK ) yang dipengerusikan menteri besar
Pahang, datuk seri wan rosdy wan ismail, semalam.
Datuk seri wan rosdy berkata, selain bantuan wang tunai ‘one-off’ kepada ketua isi rumah penduduk
Terjejas, pusat penempatan serbaguna (PPS) secara kekal juga akan diwujudkan di daerah yang teruk terkesan banjir
Seperti kuantan, pekan, maran dan temerloh.
Ia juga akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tandas dan ruang makan serta dibina di kawasan yang
Selamat daripada ditenggelami banjir.
Katanya, tempat tersebut boleh menampung mangsa-mangsa banjir dengan kemudahan yang disedikan maknanya
Tandasnya yang elok, elok, ada tempat makan dan sebagianyalah..Tidak macam sekarang ni bila banjir pindah…. tahun ni kita
Pindah pusat pemindahan sementara pun banjir juga.Seperti mana di benta baru-baru ini saya pergi, kita pindah di
Sekolah, sekolah tu pun banjir.
Sementara itu, kerajaan negeri menyediakan sejumlah peruntukkan untuk tempoh masa tertentu kepada kir yang perlu
Menyewa di rumah lain, akibat kehilangan rumah mereka sepenuhnya akibat banjir.
Pemberian rebat kepada kir sehingga 15 ringgit bagi kegunaan domestik untuk bulan ini, turut disediakan.
Bagi rumah yang kehilangan sepenuhnya, rebat penuh kegunaan air pula diberikan kepada kir untuk bulan ini dan bulan
depan.
Pengeculian sewa gerai-gerai pihak berkuasa tempatan (PBT ) yang rosak teruk akibat banjir diberikan untuk satu tempoh
Sehingga gerai terbabit pulih sepenuhnya.
Pejabatdaerah dan tanah (pdt) dikehendaki mengemas kini tentang penduduk terjejas termasuk jenis kerosakan, bagi
Tujuan penyaluran bantuan susulan dairpada kerajaan negeri, kerajaan pusat, ngo dan sumbangan kerajaan Emiriyah
Arab bersatu (UAE ).
PDT juga diminta menyelaraskan usaha mengesan rumah-rumah yang perlu diberi bantuan kerja-kerja penyelenggaraan
Pendawaian elektrik yang rosak akibat banjir.
Sebanyak 12 juta ringgit telah diperuntukkan kerajaan negeri pahang bagi membantu penduduk dalam tempoh kejadian
Banjir baru-baru ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai kerja-kerja pembersihan di bawah program sukarelewan
Pahang di sekolah menengah kebangsaan (SMK ) mengkarak, bera.