AMERIKA SYARIKAT DI BAWAH PENTADBIRAN BIDEN
AMERIKA SYARIKAT DI BAWAH PENTADBIRAN BIDEN
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, semalam melancarkan pentadbirannya dengan menandatangani sejumlah perintah eksekutif, termasuk keputusan untuk menyertai semula perjanjian iklim Paris.
Lapor AFP, perintah berkenaan turut menterbalikkan pelbagai keputusan dibuat oleh Presiden sebelum ini, Donald Trump.
Antara lain, menterbalikkan proses meninggalkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menamatkan larangan kemasukan daripada kebanyakan negara Islam, meningkatkan perlindungan alam sekitar, dan menguatkan usaha memerangi pandemik COVID-19.
“Kita akan menangani perubahan iklim dengan cara yang kita tidak pernah lakukan selama ini,” kata Biden.