PERINTAH BERKURUNG KALI KETIGA
PERINTAH BERKURUNG KALI KETIGA: ISRAEL AMBIL LANGKAH SEGERA CEGAH PENULARAN BAHARU COVID-19
TEL AVIV: Israel umum perintah berkurung ketiga sejak pandemik COVID-19 melanda.
Tindakan dikuatkuasakan susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19, lapor ASTRO AWANI.
Penutupan dilakukan selama dua minggu dengan kebanyakan perniagaan tidak penting terpaksa ditutup.
PEMERIKSAAN KESELAMATAN LEBIH KETAT DILAKUKAN PIHAK BERKUASA ISRAEL/ REUTERS
Ini termasuk larangan perhimpunan awam dan pengurangan transit awam.
Bagaimanapun, sekolah dan tadika akan tetap dibuka.
Israel merekodkan lebih 400,000 kes sejak Mac dengan 3,222 kematian.
Angka jangitan baru di Israel meningkat sejak beberapa minggu terakhir selepas kerajaan mengurangkan sekatan bermula September.
Israel dengan sembilan juta rakyat mula melancarkan program vaksinasi minggu lalu.