8 JUTA PENCARUM KWSP BOLEH MOHON i-SINAR
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini mengumumkan bahawa program i-Sinar kini dibuka untuk 8 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas, dengan jumlah pengeluaran maksimum Akaun 1 meningkat kepada RM10,000.
Menurut laporan Malaysiakini, pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP) diperluaskan kepada pencarum yang mengalami penurunan pendapatan pada tahun ini.
GAMBAR HIASAN
Mereka yang bukan lagi pencarum aktif atau bekerja di sektor tidak rasmi yang terkesan turut dibolehkan membuat pengeluaran.
Pencarum yang sebelum ini boleh membuat pengeluaran sehingga RM9,000 pula dibenarkan membuat pengeluaran sebanyak RM10,000.
“Tunjuk saja bukti (anda) hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT (kerja lebih masa), atau pengurangan pendapatan bagi yang bekerja sendiri,” kata Zafrul di Dewan Rakyat hari ini.