TINDAKAN TEGAS TERHADAP PEMBUANGAN SAMPAH HARAM
Tindakan tegas terhadap pembuangan sampah haram
KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang akan bertindak lebih tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah secara haram dengan membawa mereka kemuka pengadilan.
Menurut Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda, perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu boleh didakwa di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672).
Pada tahun ini, sembilan kes sampah haram telah dibawa ke mahkamah dan dakwa di bawah Seksyen 14 dan Seksyen 71 Akta 672, dan daripadabjumlah itu, tujuh kes telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Sesyen Kuantan membabitkan denda berjumlah RM100 ribu.
Menurutnya, empat ini adalah termasuk pengusaha kedai makan yang telah melupuskan sisa hasil dari perniagaan mereka di tempat yang tidak dibenarkan dengan alasan tidak mahu menanggung kos apabila perlu membayar apabila perlu menghantar sisa makanan dilupuskan ditapak pelupusan. jadi dia tak nak hantar ke tapak pelupusan dia kena bayar dia buang merata merata di tepi jalan ke tepi rumah orang ke tepi laluan yang menyebabkan kacau ganggu lah jadi ini adalah usaha yang perlu diambil tindakan bagi mereka yang ingkar”
Datuk Rahim berkata demikian selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Kitar Semula Sekolah Sekolah Peringkat Negeri Pahang dan Agensi Terbaik World Clean Up Day di Kuantan.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang melancarkan kempen BERANI TEGUR bertujuan menerap rasa tanggungjawab dalam masyarakat memelihara kebersihan dan membenci sikap mudah membuang sampah tanpa rasa bersalah.
Masyarakat boleh merakam gambar dan memuat naik ke media sosial dan membuat laporan ke pihak berkuasa atau menegur orang yang tidak bertanggungjawab membuang sampah, perlu dilihat sebagai hero dalam menjaga kebersihan.
-SAHIH