JANGAN SELALU STRESS, WAJAH NAMPAK TUA SEBELUM USIA!

Stress atau tekanan adalah desakan yang dihadapi oleh individu melalui peristiwa yang berlaku pada mereka.

Tekanan yang dihadapi mampu mengancam mereka dari segi emosi dan juga fizikal.

Ia juga merupakan cabaran emosi dalaman yang tidak dapat dikawal dari kehidupan individu tersebut.

Jika tekanan secara berlebihan akan membahayakan kesihatan indivisu dari segi emosi, tingkah laku dan mengalami perubahan personaliti.

Keadaan yang tidak terkawal boleh merisikokan mental dan fizikal individu yang menyebabkan sakit jantung, angin ahmar (strok) dan kemurungan.

Setiap individu yang mengalami tekanan mempunyai masalah yang berbeza.

Ada juga yang tidak boleh mengawal perasaan hingga memudaratkan diri sendiri.

Sebuah universiti di Scotland membuat kajian tekanan yang melampau boleh memberi kesan kepada kulit wajah seseorang.

Masalah tekanan mempunyai kaitan dengan hormon.

Stress akan membebaskan hormon kortisol dengan jumlah yang banyak dan menyebabkan wajah menjadi berkedut, kusam pucat dan tidak sihat.

Apabila hormon kortisol dikeluarkan dengan jumlah yang tinggi, ia akan memberi kesan kepada kesihatan individu.

Antara kesan tekanan yang membuatkan seseorang nampak lebih tua dari usia sebenar adalah :

Lingkaran Gelap Bawah Mata

Eye bag atau mata panda memang mengganggu raut wajah seseorang.

Ia berpunca daripada saluaran kapilari bawah mata yang meninggalkan kesan hitam yang boleh menunjukkan individu tersebut mempunyai beberapa penyakit selain daripada mengalami tekanan.

Menopause

Tahukah anda, terlalu stress menyebabkan proses menopause menjadi cepat?

Hormon kartisol menyebabkan estrogen dalam badan semakin merosot dan mempercepatkan proses menopause.

Selain itu, ia juga mengganggu kitaran haid menjadi tidak normal atau haid tidak teratur.

Kulit Berkedut

Terlalu emosi mengendalikan sesuatu masalah seperti terlalu cemas, cepat marah, selalu menangis dan kurang tidur.

Individu yang stress juga akan mengerutkan dahi dan menimbulkan garis halus pada dahi menyebabkan wajah cepat berkedut dan menimbulkan garisan muka.

Garisan muka lebih jelas di kawasan mata, bibir, dahi dan sudut-sudut muka.

Rambut Rosak

Rambut rosak akibat terlalu stress disebabkan terlalu banyak berfikir, cemas dan tidak tenang.

Ia mengganggu pertumbuhan folikel rambut dan terus melemahkan akar rambut menyebabkan rambut gugur dengan jumlah yang banyak.

Jerawat

Jerawat sering dikaitkan dengan tekanan fikiran.

Ya, apabila stress badan akan mengalami ketegangan dan ganggu pembentukkan hormon badan.

Secara amnya, jerawat akan pulih dan hilang dengan sendirinya apabila emosi dan badan individu beransur tenang.