TIDUR BERSAMA KUCING DI HOSTEL MENARIK PERHATIAN CAT LOVER!

Kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat popular.

Boleh dikatakan kebanyakkan rumah ada sekurang-kurangnya seekor kucing.

Munurut kajian, memelihara kucing dapat menghilangkan stress, kebosanan dan melatih diri supaya lebih disiplin kerana pemilik kucing perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada si bulus mereka.

Ada orang sanggup berhabis duit untuk kucing kesayangan atau mambantu kucing jalanan supaya dapat makanan yang cukup, tempat berteduh yang selesa dan selamat daripada bahaya.

Berita gembira untuk pencinta si bulus! Di Jepun menyediakan hostel yang membenarkan pengunjung berehat sambil di temani si bulus yang gebu!

Wow, menariknya! Kafe penyelamat kucing di Osaka Prefecture, barat Jepun menyediakan pengalaman yang menarik kepada pengunjung yang menginap di hostel bersama si comel.

Hostel ini diberi nama Neko Hatago yang dibuka pada Disember 2019.

Neko Hatago sebenarnya disambungkan ke kafe kucing Neko Yokujo.

Selain daripada menyediakan bilik yang boleh tidur sambil ditemani si comel, hostel kucing ini mempunyai bilik yang berkonsepkan Edo Era pra-moden.

Pengunjung hostel boleh melihat gelagat kucing dari kafe kucing melalui kaca yang dipasang di setiap sisi katil.

Naomi Nishikubo, pengurus Neko Hatago mengatakan hasratnya yang mahu orang ramai lebih mendekati dan mengenali kucing membuka hostel ini untuk memberi peluang kepada mereka beramah-mesra dengan kucing.

‘Saya tidak tahu apa yang akan berlaku sekarang tetapi saya mengharapkan orang ramai menginap di sini untuk menyaksikan kucing kami yang aktif’, katanya.

Suara kucing comel akan didengari pengunjung selepas tirai ditutup pada pukul 10 malam.

Para pengunjung juga berpeluang untuk memandikan dan memberi makan kepada si bulus sebelum dan selepas waktu kafe dibuka..

Memetik laporan daripada Kyodo News, kafe hostel ini juga bekerjasama dengan kumpulan tempatan untuk mencari pemilik baru kucing-kucing untuk diselamatkan.

Walau bagaimanapun, hostel kucing ini juga terjejas dengan wabak yang melanda.

Sebelum virus COVID-19 menyerang, terdapat ramai pelancong asing meluangkan masa bermalam bersama kucing tetapi selepas virus ini muncul, jumlah yang menginap di hostel ini adalah penduduk tempatan.

Untuk langkah berjaga-jaga, pihak hostel membuka kepada satu pengunjung setiap hari yang boleh dibuat di laman web rasmi hostel Neko Hatago.

Kepada anda yang ingin melibat gelagat si bulus sebelum tidur, boleh menginap di hostel kucing Neko Hatago, Jepun selepas pandemik COVID-19 berakhir.

SUMBER : NECO REPUBLIC, KYODO NEWS