Tidur Pakai Bra Penyebab Kanser? Mitos Atau Fakta?

Korang tidur pakai bra ke tak? Mana lebih selesa? Atau bergantung pada keadaan tempat tidur korang? Ada yang mengatakan tidur pakai bra penyebab boleh terkena kanser payudara. Ada pula yang cakap tidur tanpa bra akan membuatkan payudara cepat kendur dan tidak sihat. Mana satu yang betul ni?

Menurut pakar, tidur pakai bra tidak menyebabkan berlakunya kanser payudara. Bra yang mempunyai dawai atau tidak, masih tidak menyebabkan sebarang penyakit. Tetapi kalau nak pakai bra waktu tidur jangan pakai yang terlalu ketat pastikan saiz mengikut tubuh badan korang.

Pakai Bra Ke Tak?

Kalau nak tidur mesti korang memerlukan keselesaan tahap maksimum. Tempat tidur yang selesa, selimut, bantal dan suhu yang betul. Jadi bergantung pada keselesaan korang sewaktu tidur. Tidak ada kajian yang mengatakan kalau tidur tanpa bra menyebabkan payudara kendur.

Faktor payudara kendur adalah ibu yang menyusukan bayi dan kehamilan. Selain itu, faktor usia juga penyebab utama.

Secara saintifiknya, tiada kesan apa-apa tidur memakai bra atau tidak. Ia hanya pada keselesaan individu. Kebanyakkan wanita mengatakan tidur tanpa memakai bra lebih relax dan lena.

Apa Yang Best Tidur Tak Pakai Bra?

Tidur Berkualiti

Bra berdawai memang lebih meyakinkan untuk dipakai sewaktu melakukan aktiviti harian. Tapi pada waktu malam bra berdawai atau tidak, sebaiknya tidurlah tanpa pakai bra kerana mengurangkan tekanan pada bahagian dada. Ada juga yang pakai bra terlalu ketat hingga menyebabkan sesak nafas. Jalan penyelesaian yang paling mudah adalah tidur tanpa bra! Korang boleh tidur sampai pagi.

Kurangkan Peluh

Kalau korang jenis kuat berpeluh, lebih elok tidur tanpa bra. Tidur pakai bra dengan suhu bilik agak tinggi menyebabkan korang tak selesa dan bahagian dada akan berpeluh. Tidur korang terganggu. Bra yang diperbuat daripada bahan sintetik akan lebih mudah panas.

Tidur tanpa bra dapat membantu suhu badan lebih rendah dan selesa pada waktu malam. Korang memerlukan rehat yang cukup untuk bangun pada waktu pagi dan bekerja!

Risiko Jangkitan Kulit

Kalau tidur pakai bra risiko untuk dijangkiti penyakit kulit agak tinggi. Peredaran udara pada liang pori kulit sentiasa tertutup menyebabkan sukar untuk udara menyerap ke kulit. Kulit di bahagian dada akan lembap dan menyebabkan berlaku pembiakan bakteria. Kesan daripada itu kulit akan gatal, kemerahan atau irritation.

Risiko Penyumbatan Limfa

Dinasihatkan jangan memakai bra terlalu ketat menyebabkan tekanan yang berlebihan pada payudara dan kecenderungan penyumbatan limfatik lebih tinggi. Masalah ini berlaku apabila pembetukan cecair dalam nodus limfa axillary yang terletak di bahagian ketiak. Kelenjar ini berfungi untuk melawan jangkitan dan kemasukan bahan asing.

https://www.sahih.com.my