RM1.5 BILLION PACU SEKTOR PASARAN KERJA
RM1.5 BILLION PACU SEKTOR PASARAN KERJA
LIPIS: Kerajaan memperuntukan RM 1.5 billion untuk pengambilan pekerja dan bantuan latihan yang melibatkan seramai 44,662 orang agar tidak terkesan dalam isu pemberhentian perkerjaan akibat wabak pendemik Covid-19.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim, berkata Program PenjanaKerjaya adalah antara yang lahir daripada inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
“Insentif pengambilan pekerja dan bantuan latihan ini sebanyak 13,292 majikan telah berdaftar di bawah program ini dengan lebih 65 peratus majikan telah menggajikan pekerja.
“Setakat ini seramai 44,662 pekerja telah mendapat pekerjaan , 284 pekerja adalah dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sementara 3,849 adalah lepasan universiti dan sekolah,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Mini Karnival Penjana Kerjaya Sempena Hari Perkeso 2020 di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Jelai, Sungai Koyan, Lipis.
Katanya, permohonan bagi Program Subsidi Upah (PSU 2.0) mula dibuka dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2020 dan menyasarkan majikan atau syarikat yang menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding tahun lepas.
“Program ini bakal memanfaatkan 1.3 juta pekerja dengan peruntukan Kerajaan sebanyak RM 2.4 bilion yang akan disalurkan menerusi PERKESO, merupakan kesinambungan usaha kerajaan dalam membantu majikan meneruskan operasi tanpa pemberhentian pekerja.
“Kami yakin Kementerian Sumber Manusia menerusi agensi-agensinya, dapat menstabilkan pasaran buruh dan seterusnya, menyumbang kepada pertumbuhan positif ekonomi negara,”katanya.
Turut Hadir, Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Datuk Aziz Mohammed dan Pengarah Negeri PERKESO Pahang, Tarmizi Mukhtar
Beliau berkata, ini boleh membantu rakyat yang menganggur dan sedang mencari pekerjaan dan pada masa yang sama, menggalakkan majikan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.