PERMAINAN TRADISIONAL YANG DILUPAKAN
Kira-kira 50 tahun lalu, permainan klasik seperti Kaki Hantu, Ketinting, Tuju Getah dan Tuju Tin menjadi sebahagian daripada aktiviti kanak-kanak yang begitu menyeronokkan.
Permainan tradisional, Kaki Hantu
Namun, perubahan zaman menyaksikan permainan wajib itu menjadi antara 10 sukan tradisional yang sudah pupus akibat kemajuan teknologi serta kemunculan pelbagai gajet super canggih.
Permainan tradisional, Ketinting
Kebanyakan permainan itu hanya boleh dilihat ketika penganjuran festival atau program khas, walaupun mempunyai tempat begitu istimewa di hati kanak-kanak sejak dulu lagi.
Keunikan permainan tradisional sebenarnya mampu menjadi platform untuk membina perpaduan, semangat setiakawan, keharmonian, sikap bertolak-ansur dan rasa hormat antara satu dengan yang lain walaupun berbilang kaum.
Permainan tradisional, Tuju Tin
Sebanyak 21 permainan sudah diangkat sebagai warisan kebangsaan seperti Congkak, Sepak Raga Ratus, Galah Panjang, Tarik Tali, Batu Seremban dan Dam Aji.
Sumber: JKKN Wilayah Persekutuan