Pekerja sektor pembuatan harus mengambil Dos penggalak
SELANGOR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus memastikan kadar pengambilan dos penggalak vaksin Covid-19 dipertingkat dalam kalangan pekerja sektor pembuatan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan, langkah itu bagi mengelakkan rantaian bekalan terjejas berikutan keadaan kes Covid-19 yang semakin meningkat.
Jelasnya, Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan pihak industri bagi meningkatkan pengambilan dos penggalak dalam sektor berkenaan sekaligus memastikan tiada lagi penutupan sektor ekonomi.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PITAS : Setakat ini jumlah penduduk terjejas meningkat kepada 719 penduduk melibatkan 236 keluarga berada di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Menurut infografik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, sepuluh kampung yang dilaporkan terjejas ialah Kg Tambilidon, Kalumpang, Taka, Saab Darat, Rukom Ulu, Kusilad, Desa Seberang, Kanibongan, Boribi dan Kg. Untang-Untang/Mulung Kulung.
Ia menyebabkan 510 penduduk daripada 170 keluarga berlindung di PPS Dewan SK Sinukab, dan 81 penduduk melibatkan 29 keluarga di PPS Dewan SK Pekan Pitas 2.
Manakala, 73 penduduk daripada 20 keluarga dipindahkan ke Dewan Kg. Kusilad dan 55 penduduk daripada 17 keluarga di Dewan SK Rukom.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kerajaan negeri Pahang beri peluang Koperasi Felda mohon tanah
TEMERLOH : Kerajaan pahang memberi peluang 114 koperasi felda untuk memiliki geran tanah di tanah rancangan berkenaan.
Usaha itu bagi membantu koperasi felda meningkatkan pegangan aset dan perolehan koperasi masing-masing.
Pengerusi jawatankuasa, hal ehwal felda, koperasi, usahawan dan hal ehwal pengguna pahang, datuk nazri ngah berkata, setakat ini sebanyak 80 buah koperasi menunjukkan minat, selebihnya masih dalam perbincangan ahli lembaga koperasi (ALK ).
Jelasnya, 114 koperasi di pahang yang kita galakkan memohon yang datang hari ini mungkin 102..kemungkinan sibuk kita dah lantik juga juruukur juruukur kita dah lantik untuk geran pemilik pemilik di kawasan felda.
Menurut beliau, ia juga membantu dalam menjana pelbagai aktiviti ekonomi selain merapatkan jurang sektor ini antara bandar dan luar bandar.
Tambah beliau lagi, koperasi felda perlu menjadi entiti kukuh yang dapat menjana pendapatan sendiri sekaligus memberi dividen lebih tinggi kepada ahli.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program pemutihan dan pemilikan tanah koperasi di kawasan felda di dewan datuk Zaharuddin Abu Kassim Kerdau, Temerloh.
Hadir sama pengarah tanah dan galian pahang datuk fadzilla salleh, dan penolong pengarah jabatan pengurusan tanah felda hasbullah firdaus azmir.
Pendekatan pemutihan dan pemilikan tanah itu turut diperluaskan kepada bangunan awam yang lain tapak pejabat fekda, klinik, masjid dan juga bangunan kedai mara.
Majlis mesyuarat kerajaan ( MMK ) sebelum ini telah meluluskan secara dasar pemilikan tanah koperasi di kawasan felda pahang.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Stesen minyak jenama Five mensasarkan 100 buah stesen akan dibina di luar bandar di s Semenanjung Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak menjelang 2023.
Setakat ini terdapat 41 buah stesen minyak jenama berkenaan telah dibina di seluruh Semenanjung Malaysia.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyambut baik inisiatif Five Petroleum Malaysia dalam usaha menjadikan kawasan luar bandar sebagai lokasi utama operasi stesen itu.
Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, pihak kementerian berharap agar syarikat terbabit dapat meningkatkan dan memperluaskan lagi pembinaan stesen minyak di negeri Sabah dan Sarawak pula.
Rosol Wahid menanda tangan papan tanda perasmian Stesen Minyak 5Petrol di Kampung Batu Balai, Jerantut, hari ini.
Katanya, kewujudan stesen minyak itu yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti stesen minyak di bandar memberi kesan kepada pembangunan industri petroleum negara sekali gus merapatkan lagi jurang antara pengguna luar bandar.
“Dengan kemudahan yang disediakan ini, penduduk luar bandar dapat menikmati subsidi minyak daripada kerajaan secara penuh tanpa perlu menanggung kos tambahan seperti kos perjalanan untuk mendapatkan petrol dan diesel.
“Walaupun berada di luar bandar dan di pedalaman, setiap penduduk berhak merasai kesenangan dan kemudahan yang baik,” katanya ketika merasmikan pembukaan stesen minyak Five Petrol Batu Balai, di sini, hari ini.
Majlis perasmian terbabit turut dihadiri Pengarah Urusan Five Petroleum Malaysia Sdn Bhd, Datuk Seri Dr King Lim Chub Fui, Pengerusi Five Petroleum Malaysia, Datuk Juharu Abdul Ghani, Pengarah Seng Group of Companies, Datuk Wong Kam Yong, dan Ketua Cawangan KPDNHEP Jerantut, Abdul Mubin Ahmad.
Tidak hanya itu menurutnya, penduduk luar bandar juga dijangka dapat memanfaatkan kemudahan berkenaan terutama dari sudut peluang pekerjaan dan menjana pendapatan.
“Kerajaan sentiasa peka terhadap taraf hidup rakyat di mana dengan penambahan stesen minyak baharu di kawasan pedalaman dapat mencipta peluang pekerjaan dan peniagaan khususnya buat penduduk tempatan.
“Mungkin dalam masa sama Five Petrol dapat membuka peluang kepada penduduk untuk memasarkan produk hasil keluaran tempatan di stesen minyak mereka sekali gus membantu penduduk menaiktaraf ekonomi mereka,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ibu 15 tahun tikam bayi sendiri sejurus melahirkan
Foto atas: Kejadian berlaku di sebuah rumah
KEMAMAN – Ibu muda berusia 15 tahun dipercayai tikam bayi sendiri sejurus dilahirkan di Kampung Sri Bandi, dekat sini, semalam.
Bayi lelaki yang baru dilahirkan mati dalam keadaan ngeri dipercayai ditikam ibu kandungnya dengan menggunakan objek tajam di bahagian dada kiri dan kejadian dipercayai berlaku antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati remaja perempuan yang keciciran persekolahan sejak beberapa tahun lalu dipercayai bersendirian di rumahnya ketika melahirkan bayi itu.
“Dia kemudiannya meminta pertolongan seorang rakannya untuk memaklumkan kelahiran tersebut kepada kakitangan sebuah klinik kesihatan berhampiran.
“Sebaik tiba di rumah terbabit, pegawai kesihatan mendapati bayi terbabit sudah tidak bernyawa dengan kesan luka pada bahagian dada dipercayai ditikam dengan objek tajam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Hanyan berkata, sepasukan polis bergegas ke rumah tersebut sebelum bertindak menahan suspek bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, mayat bayi tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat.
Sumber: K! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Orang awam terkejut lihat objek lelaki terapung di Sungai Klang
KLANG – Orang awam terkejut melihat objek manusia terapung dari Jambatan Raja Muda di Sungai Klang pada jam 11.00 pagi,semalam.
Kejadian tersebut turut ditularkan berdurasi 23 saat menunjukkan orang ramai yang berhenti di jambatan itu sambil berteriak terhadap objek terapung tersebut.
Sebelum itu, seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke dalam sungai di Jambatan Raja Muda.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 15 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja serta Sungai Pinang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.05 pagi.
“Gerakan mencari lelaki yang tidak dikenal pasti identiti itu giat dijalankan di sekitar kawasan tersebut.
“Namun, operasi pencarian belum menemukan mangsa dan terpaksa dihentikan pada jam 7 petang dan disambung esok pagi,” katanya.
Tambah Norazam, operasi mencari dan menyelamat itu turut disertai Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Sebuah kereta hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok , kejadian berlaku di Kampung Temin Jalan Jerantut -Temerloh, hari ini.
Seorang mangsa lelaki tersepit dan seorang lelaki cedera berjaya dikeluarkan oleh penduduk setempat.
Seramai lima orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut serta bantuan jentera FRT yang tiba di lokasi.
Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dan mangsa menggunakan alat khas penyelamat serta diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan seterusnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA SELANGOR – Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar, berkata Kerajaan Negeri Selangor perlu membuat kajian bersama Kerajaan Persekutuan untuk mengenal pasti punca banjir yang melanda negeri itu pada akhir tahun lepas.
‘Pihak berkuasa tempatan perlu memantau perancangan untuk membangunkan negeri Selangor sama ada kawasan yang hendak dibangunkan itu bersesuaian atau tidak dengan pihak yang memberikan kelulusan,’ katanya.
Punca banjir ini sama ada daripada limpahan air sungai atau longkang yang tersumbat.
Noh Omar sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menghadiri majlis serahan bantuan kepada 500 mangsa banjir di Dewan Kampung Bestari Jaya, Kampung Bestari Jaya.
Program bantuan ini kerjasama Yayasan Prihatin Nasional dan DXN Holdings Berhad turut dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tah Sri Dr. Daud Bakar dan Pengerusi Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia, Datuk Abdul Malik Abdullah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKAN – Dua maut dalam pertembungan tiga kenderaan dalam kejadian kemalangan jalan raya di Kampung Batu, Jalan Pekan-Rompin, tengah hari, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kemalangan itu membabitkan pertembungan kenderaan jenis Proton Ssaga dan Proton Wira serta Perodua Myvi.
Katanya, pihak Bomba menerima panggilan kecemasan kemalangan tersebut melalui sistem tindak balas kecemasan Malaysia (MERS 999) kira-kira pada jam 12.53 tengahari tadi.
Dua maut dalam pertembungan tiga kenderaan di Jalan Pekan-Rompin, tengah hari , hari ini
“Seramai empat anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nenasi, Pekan tiba ke lokasi kejadian dan mendapati seorang mangsa lelaki tersepit dalam kereta Proton Saga dan disahkan meninggal dunia.
“Perkara itu disahkan oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian manakala seorang wanita yang menaiki kereta MYVI cedera parah namun turut terkorban ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.
Katanya, dalam kejadian itu juga, dua lelaki dewasa mengalami kecederaan ringan dan dua wanita dewasa serta seorang kanak-kanak perempuan terselamat daripada sebarang kecederaan.
Mangsa yang meninggal di lokasi kejadian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GOMBAK- Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terkorban dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 13 berdekatan stesen minyak yang menghala ke Plaza Tol Gombak.
Anggota berkenaan dikatakan sedang beronda bersama beberapa anggota lain di lokasi berkenaan berikutan Ops Motorsikal dijalankan.
Kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi ,apabila mangsa mengejar seorang suspek dengan menaiki motorsikal.
Mangsa yang berumur 30an terbabas dan jatuh di atas jalan raya sebelum dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis Ibupejabat Daerah IPD Gombak.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!