TERGAMAK BETUL PIBG, KISB DAN IBU BAPA SK TAMAN MUTIARA RINI NI??
Foto atas : Sebahagian PIBG, KISB dan Ibu bapa
TERGAMAK BETUL PIBG, KISB DAN IBU BAPA SK TAMAN MUTIARA RINI NI??
Hari Guru patut menjadi perkara paling gembira untuk Abe untuk sekian kali menyambut di sekolah. Biasanya kami rancang sendiri, urus sendiri, beli hadiah, tukar-tukar hadiah, baca sajak sendiri, semua suka-suka dan ‘syok’ sendiri…
Tapi kali ini… kami tidak dibenarkan sama sekali MERAIKANNYA sendiri… perkara ini kejam

YDP Abe Dr. Norman Sapar pun tidak mahu duduk dikerusi dan menjadi jurukamera di majlis itu.
Tapi kali ini Abe juga terharu sehingga sebak terlalu gembira dan berbunga-bunga tapi dalam hati je la… Bukan Abe je, semua cikgu pun nampak rasa yang sama.
Maunya tidak, semua majlis sambutan hari ini diuruskan oleh PIBG dan KISB, dari menjaga murid, mengawal murid, jadi MC, jad JK Hadiah, kawal P.A System, buat undian Anugerah Guru dan sebagainya. Habis cikgu buat apa? Mereka berkata,
“Guru-guru sudah didik anak kami, biar kami dan anak-anak raikan untuk guru-guru anak kami”
Cikgu-cikgu Abe hari ini DIRAIKAN SEPENUHNYA oleh mereka sehingga YDP Abe Dr. Norman Sapar pun tidak mahu duduk dikerusi VIP. Beliau ditugaskan AJKnya untuk membaca sajak untuk guru-guru.
Meraka ini sanggup cuti kerja, mereka bukan orang biasa-biasa ada yang berjawatan tinggi, bergaji tinggi, berpendidikan tinggi. Jika sumbangan bab duit tidak payah cakapla… semua mereka sumbangkan atau carikan dana untuk majlis gilang gemilang hari ini.
Ada juga ibu dan bapa yang biasa-biasa tetapi jiwa mereka luar biasa, berkerja dan dan membuat persiapan sejak beberapa minggu lepas bagi meraikan kami sebagai guru-guru kepada anak-anak mereka.
Ada juga yang memberi pelbagai sumbagan hadiah walaupun tidak hadir, beri kek, beri hadiah, beri sarapan percuma pada guru-guru dan pelbagai sumbangan. Baik hati betul semua.
Sungguh luar biasa. Bukan hanya kaya harta benda tetapi mereka kaya budi perkerti mulia. Memuliakan guru-guru kepada anak mereka.
Semoga hubungan yang hormani ini antara ibu bapa dan guru-guru terus berkekalan demi #fabulousmutiararini untuk memcipta lebih banyak kecemerlangan.
Terima kasih ibu bapa dan terima kasih cikgu.
Album gambar majlis sambutan : https://photos.app.goo.gl/RgdxRrdYLkPnfsnXA
Facebook sekolah : https://www.facebook.com/sktmrjba1093
Cikgu Mohd Faruze bin Iberahim
Guru Besar,
SK Taman Mutiara Rini,
Skudai, Johor
16.05.2025