KEMAMAN – Jenazah bayi lelaki yang dipercayai mati akibat ditikam ibu kandungnya berusia 15 tahun sebaik dilahirkan 8 Februari lalu selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di daerah ini hari ini.
Urusan pengebumian jenazah bayi terbabit yang dikendalikan kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Kemaman selesai sepenuhnya pada pukul 11.05 pagi.
Jenazah bayi seberat 2.49 kilogram dimandi dan dikafankan serta dikebumikan di tanah perkuburan di daerah ini.
Terdahulu jenazah bayi seberat 2.49 kilogram dimandi dan dikafankan oleh lima kakitangan pejabat agama di Unit Forensik Hospital Kemaman di sini.
Difahamkan, jenazah bayi itu kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan sejurus selesai solat jenazah sambil diiringi Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan dan sebahagian ahli keluarga suspek pada pukul 10.30 pagi.
Terdahulu, kisah seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditahan kerana disyaki menikam bayi lelaki yang dilahirkannya sehingga mati menerusi beberapa media tempatan.
Menurut sumber, suspek kini ditahan reman di lokap Balai Polis Kerteh di sini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan.
Ekoran daripada itu, polis kemudiannya meminta seorang lelaki dikenali sebagai Mohammad Hazuarie Hassan, 20, tampil untuk membantu siasatan.
Sumber : Kosmo.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Pengguna menyifatkan harga barang keperluan dapur ‘terlajak murah’ yang dijual di Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang diadakan selama dua hari yang berakhir hari ini memberikan penjimatan khususnya di kalangan keluarga berpendapatan rendah.
Kira-kira 1,400 orang pengguna membanjiri program itu di bawah penyelenggaraan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (PKPDNHEP) cawangan Jerantut di Pasar Raya TF bandar Inderapura, di sini hari ini.
Pengguna turut mengamalkan SOP ketika berada di khemah Program Jualan Keluarga Malaysia di hadapan Pasar Raya TF bandar Inderapura, Jerantut.
Khemah PJKM diserbu seawal 30 minit sebelum jualan bermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal serta dipantau petugas pasar raya tersebut.
Dalam kenyataan pihak pengurusan Pasar Raya TF di sini, antara barang dapur yang terlajak murah dan dijamin segar, iaitu ikan saba satu kilogram berharga RM8.49/kg, ikan pelaling (RM10.99/kg), ayam (RM7.99/kg), susu Saji (RM1.99), milo (RM14.99/kg) dan pelbagai jenis barang keperluan dapur sesuai untuk pengguna menjimatkan perbelanjaan.
Ketua Cawangan KPDNHEP Jerantut, Abdul Mubin Ahmad berkata, kemudahan jualan barang keperluan dapur di PJKM memberikan keselesaan penduduk daerah ini berbelanja dengan kadar 20 peratus rendah berbanding harga di pasaran.
“Kita dapati sambutan pengguna berbelanja di sini amat menggalakkan terutamanya pemilihan barang keperluan utama seperti ayam, telur, ikan dan sebagainya kerana stok jualan di pasar raya ini mencukupi.
“PJKM ini yang lancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 Disember tahun lalu cukup signifikan bagi golongan berpendapatan rendah berbelanja dengan lebih menjimatkan barang keperluan dapur yang segar,” katanya di sini hari ini.
Suri rumahtangga, Norliza Ishak, 45, berkata, sewajarnya program seperti ini perlu diteruskan terutama menjelang sambutan hari perayaan yang memerlukan barang keperluan dapur untuk tempoh dua minggu.
“Sebagai seorang suri rumahtangga memang mengharapkan barang yang dibeli dengan lebih murah lebih lagi meringankan beban suami yang cuma berpendapatan kecil setiap bulan.
“Usaha KPDNHEP Pahang amat dipuji kerana cukup cakna dengan dengan kebajikan penduduk berpendapatan rendah dan pengguna lain ketika ini berdepan tekanan kenaikan harga barang,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bagaimana hubungan pasangan suami isteri kekal ‘hangat’ dan seperti baru bercinta? Alang-alang hari ini adalah hari berkasih sayang, jom baca tips untuk kembalikan kemanisan dalam hubungan suami isteri.
‘Kelambu dingin’ adalah istilah kepada hubungan pasangan yang berkahwin mengalami puca pergaduhan dan mungkin boleh menjadi lebih serious apabila hubungan menjurus kepada penceraian.
Sesetengah pasangan tidak melakukan hubungan intim dalam masa jangka yang panjang. Terasa penat, letih, ‘mati pucuk’, dan pelbagai alasan menjadikan hubungan tidak seronok dan bahagia. Bukan sajala yang lama berkahwin, ada yang baru berkahwin juga mengalami masalah ini.
Apakah cara untuk dapatkan perhatian dan mengambil hati pasangan untuk menghangatkan kembali hubungan luaran dan dalaman suami isteri.
Kembalikan Rasa Cinta
Cari penyelesaian, menjadi pendengar yang baik, kongsi masalah dan selesaikan masalah secepat mungkin, jangan tangguh kerana akan menjadi masalah semakin parah.
Perbincangan hati ke hati penting atau lebih seronok jika setiap hari ‘pillow talk‘ dengan pasangan.
Memahami Keadaan Pasangan
Perkara ini bergantung kepada tolak ansur, faham memahami dan kerjasama antara pasangan.
Setiap pasangan perlu bertoleransi antara satu sama lain. Suami mempunyai pandangan sendiri, begitu juga isteri yang mempunyai kehendak sendiri.
Untuk lelaki mungkin berpendapat, mempunyai hubungan intim baru ada rasa kasih sayang dan cinta. Perempuan pula, berpandangan perlukan kasih sayang dan cinta yang cukup baru ada kehangatan untuk hubungan intim.
Jadi, dalam hal ini komunikasi dan perbincangan sangat penting. Bincang dan fahamkan peranan masing-masing.
Sikap Bersama Pasangan
Masalah kesihatan fizikal dan mental sangat penting dalam hubungan kerana ia akan melibatkan hormon libido iaitu hormon yang mempengaruhi seksual. Jika hormon terganggu, kadar keinginan untuk ‘bersama’ akan berkurang.
Ada beberapa punca yang berkaitan masalah hormon libido seperti tekanan masalah di tempat kerja, depresi, sering bersendirian dan pengambilan ubat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pada suatu ketika dahulu di Tanah Melayu, telah ditempatkan seorang mamat British yang bernama Sir Richard Olaf Winstedt atau juga dikenali sebagai R. O. Winstedt.
Beliau ni merupakan pengkaji Timur Inggeris dan pentadbir koloni dengan kemahiran Malaya British.
Dalam tahun 1902 Sir Richard Olaf Winstedt telah menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu dan ditempatkan di negeri Perak. Di situlah dia belajar dan memahami bahasa dan budaya orang Melayu.
Si mat saleh ni sebenarnya mempunyai satu sifat buruk. Perangai tak semenggah bak kata orang kampung aku. Bila dia ditugaskan ke negeri-negeri di Tanah Melayu ni, dia tak buat pun kerja yang ditugaskan tapi dia selongkar istana-istana Melayu untuk belajar mengenai manuskrip lama dan ilmu warisan orang melayu.
Jadi atas ‘usaha’ dan ‘kerajinan’ beliau, pada 1909 dia akhirnya telah berjaya menulis dan menghasilkan satu jurnal ‘Ilmu Memanggil Puntianak’. Ayat seruan ini didapati hasil daripada penemuan beliau pada manuskrip lama milik Dato’ Amarabangsa Wiraja. Wijaya yang merupakan seorang pawang yang amat terer lagi hebat dari Temenggor, sekitar tahun 1850.
*Siapa yang berani boleh lah baca.
Sumber dari google dan blog.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Ekoran terbabit dalam kemalangan jalan raya pada April 2019, pasangan suami isteri kini semakin terbeban kerana perlu berhenti kerja untuk menjaga anak keduanya, Ainul Mardhiah Nurul Ridzuan, 5 tahun yang memerlukan penjagaan dan tumpuan khusus.
Pada awalnya, Norashikin Omar, 32 tahun yang bekerja di sebuah kilang berdekatan bandar Kulim (Kedah) mengambil keputusan berhenti kerja.
Disebabkan kerap mengambil cuti untuk menghantar anak mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Nurul Ridzuan Ab. Rahman, 36, pula turut diberhentikan kerja oleh majikan di sebuah ladang swasta.
Nurul Ridzuan mencerita detik malang, kemalangan jalan raya itu berlaku apabila keretanya yang dipandu telah berlanggar dengan sebuah jengkaut (backhole) di Karangan (Kedah) ketika menghantar isterinya pergi bekerja di sebuah kilang berdekatan bandar Kulim (Kedah).
“Akibat kemalangan tersebut, Ainul Mardhiah mengalami kecederaan teruk apabila tempurung kepalanya retak, pendarahan beku, tangan dan kaki kanan patah, manakala kedudukan bola matanya menjadi sepet dan tidak boleh ditutup sepanjang masa termasuk ketika tidur.
“Anak saya ketika kemalangan berlaku tidak sedar langsung dirawat di wad Unit Penjagaan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selama 26 hari dan kami hanya beberapa kali sahaja dibenarkan melawat dalam tempoh berkenaan,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini hari ini.
Menurut Nurul Ridzuan, detik ujian Allah SWT bermula selepas anaknya keluar daripada hospital yang masih dalam keadaan sakit dan perlukan penjagaan yang rapi makan-minum dan kebersihan diri.
“Oleh itu, isteri saya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak yang sakit ini kerana dia tidak boleh berenggang dengan kami dan sentiasa menangis minta dibantu.
“Dalam tempoh rawatan sehingga keluar hosital tersebut, kami sudah membelanjakan hampir RM5,000 untuk rawatan dan berulang alik ke hospital termasuk penginapan semasa melawat anak di hospital dalam tempoh tersebut,” katanya.
Dia menambah, keadaan kesihatan Ainul Mardhiah belum pulih kerana tidak mampu berdiri lama, masih ada darah beku di kepalanya dan penglihatannya kemungkinan berisiko kabur serta matanya tidak boleh ditutup malahan kesemuanya memerlukan rawatan susulan termasuk pembedahan atas nasihat doktor.
“Memandangkan tanpa pekerjaan yang tetap dan kesuntukan kewangan saya membawa keluarga pulang menetap di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut untuk tinggal bersama ibu bapa dan mencari pekerjaan di sini.
“Mujur ada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diperoleh semasa tinggal di Kulim dahulu sebanyak RM200 untuk menampung belanja kebajikan Ainul Mardhiah,” katanya.
Katanya, dia berharap orang ramai dan dermawan dapat membantu untuk perbelanjaan rawatan dan kebajikan anak ini kerana keadaannya belum pulih serta amat memerlukan perhatian perubatan termasuk pembedahan selanjutnya,” katanya.
Orang ramai dan dermawan yang ingin beramal jariah menyumbangkan bantuan bolehlah menghubungi Nurul Ridzuan menerusi talian 019-8713451 atau Norashikin Omar (013 -2034639) dan boleh terus ke akaun Maybank 152116464052 (Nurul Ridzuan Ab. Rahman).-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SKUAD Projek Khas Wanita Kebangsaan menempa sejarah baharu apabila bakal beraksi pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Wanita 2022 di Potchefstroom, Afrika Selatan dari 1 hingga 12 April depan.
Dalam satu kenyataan, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memaklumkan, skuad wanita negara mendapat tawaran tersebut daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) ekoran terdapat satu slot kosong bagi benua Asia selepas Jepun menarik diri.
Malaysia dipilih untuk mengisi slot tersebut berdasarkan kiraan merit yang menyaksikan skuad Malaysian Tigress kini berada di kedudukan kelima Asia.
“Pengurusan tertinggi KHM nyata gembira dengan perkhabaran dan undangan yang kami terima dan kami melihat peluang beraksi di Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Wanita 2022 sebagai satu penghormatan.
“Selepas berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN), kami sebulat suara bersetuju untuk menerima peluang yang ditawarkan bagi mengambil bahagian beraksi pada FIH Hoki Piala Dunia Remaja Wanita 2022.
“Ini juga merupakan satu sejarah bagi hoki wanita Malaysia yang harus dibanggakan. KHM cukup berbesar hati untuk menghantar Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan beraksi pada kejohanan tertinggi dunia itu.
“Ia selaras dengan misi KHM iaitu untuk membawa hoki wanita di kedudukan yang tertinggi dan terbaik di peringat Asia mahupun dunia dalam lima tahun akan datang.
“Segala perancangan dan persediaan termasuk pengumuman senarai penuh pemain yang akan menyertai kejohanan ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” kata Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal.
Sejak Piala Dunia Remaja Wanita diperkenalkan pada 1989 di Ottawa, Kanada, ini merupakan kali pertama Malaysia bakal membuat penampilan di pentas kejohanan berprestij itu.
Dalam edisi kesembilan kali ini, Malaysia yang menghuni ranking ke-20 dunia akan menyertai Belanda selaku pasukan No 1 dunia diikuti England (kedua), Argentina (ketiga), Jerman (kelima) dan India (kesembilan).
Turut mengambil bahagian Korea Selatan (ke-11 dunia), Ireland (ke-12), Kanada (ke-13), Amerika Syarikat (ke-15), Afrika Selatan (ke-16), Rusia (ke-22), Wales (ke-23), Uruguay (ke-26), Ukraine (ke-28), dan Zimbabwe (ke-54).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bintang Mixed martial Arts (MMA) negara, Jihin Radzuan berjaya menewaskan Mei Yamaguchi dari Jepun dalam pertarungan catchweight di ONE: BAD BLOOD yang berlangsung di Singapura pada Jumaat.
Jihin menang menerusi keputusan sebulat suara juri yang jelas membuat Yamaguchi meluahkan kekecewaannya di laman twitter.
Jihin kini memiliki rekod 7-2 dalam karier MMA profesionalnya.
Sumber : Dunia Sukan Online
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tapisan semula pemilihan STR Tembeling Jaya 1 dan 2 di Kuala Tahan akan dilakukan
JERANTUT – Kira-kira 30 orang penduduk dan belia yang membantah secara aman dengan membawa banting kerana pemilihan projek Skim Tanah Rakyat (STR) yang didakwa tidak adil baru-baru ini boleh menarik nafas lega apabila tapisan semula pemilihan calon yang baharu akan dilakukan tidak lama lagi.
Bantahan itu timbul apabila golongan penduduk dan belia yang membantah berpunca dipercayai dimonopoli kira-kira 200 orang luar kampung Kuala Tahan termasuk daerah lain daripada 841 orang peserta yang memohon.
Kerajaan negeri akan membuat tapisan semula untuk penerima yang layak khususnya dalam kalangan belia yang sudah berkeluarga dan penduduk mengisi projek STR Tembeling Jaya 1 dan STR Tembeling Jaya 2 di Kuala Tahan dekat sini
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, setelah berbincang selama lima jam dengan ahli jawatankuasa pemilihan peserta projek tersebut maka jalan penyelesaian ialah dengan melakukan tapisan semula.
Datuk Nazri (tengah) mengadakan perbincangan bersama JK Pemilihan, baru-baru ini.
Katanya, AJK Pemilihan terdiri daripada Penolong Pegawai Daerah dan Tanah Jerantut, Mohd. Hafiizh Ismail bersama Penghulu Mukim Tembeling Tengah, Mohd Khaidir Shamsudin, bekas penghulu Tembeling Tengah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) Kuala Tahan.
“Turut hadir, bekas Pengerusi JPKK serta wakil belia dan wakil penduduk di situ mendapat penyelesaian menerusi mesyuarat khas pada 7 Februari 2022 telah dibuat, iaitu untuk menyemak dan membuat tapisan semula.
“Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sangat cakna dengan rungutan kalangan belia berkeluarga merupakan penduduk tempatan Kuala Tahan yang mengundang rasa tidak puas hati dan kecewa kerana sebilangan peserta untuk projek STR dipilih dalam kalangan orang luar dan bukannya anak tempatan,” katanya.
Katanya, belia berkenaan dan penduduk di Kuala Tahan diharap bersabar kerana hasil perjumpaan pada 7 Februari lalu, kerajaan negeri menerusi Pejabat Daerah dan Tanah dan Penghulu Mukim serta ahli jawatankuasa khas pemilihan akan membuat tapisan semula bagi membolehkan agihan projek ini lebih adil dengan mengutamakan anak tempatan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar berkata, semoga perbincangan serta penyelesaian yang dibuat dalam mesyuarat khas tindakan jawatankuasa pemilihan peserta itu dapat memuaskan hati semua pihak.
Sementara itu, jurucakap kumpulan bantahan itu,Mohamad Anas Zainuddin, 34, berkata, dia bersyukur kerana isu yang diperjuangkan oleh anak muda Kampung Kuala Tahan telahpun selesai dan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Datuk Nazri Ngah bersama jawatankuasa khas pemilihan peserta itu.
“Kami sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta menghargai peranan Exco Kerajaan Pahang, Datuk Nazri Ngah yang bertindak pantas menyelesaikan isu ini setelah tersiar di semua media.
“Ini merupakan penyelesaian terbaik dan kami berpuas hati dengan jaminan kerajaan negeri untuk membuat tapisan semula peserta projek STR demi kepentingan kepentingan serta keutamaan penduduk dan belia tempatan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAWANG – Seorang remaja perempuan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 flat di Taman Tun Teja di sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 3.17 petang tadi.
“Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati terdapat mayat seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Foto : BBP Rawang
SUMBER: Harian Metro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Angka jangkitan harian Covid-19 di negara ini diramalkan mampu mencecah sehingga 34,000 kes sehari dalam tempoh dua minggu lagi berdasarkan bacaan nilai kadar keboleh jangkitan (Rt) melebihi 1.5 yang dicatatkan semalam.
Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam, Dr. Hanafiah Bashirun berkata, lonjakan kes baharu itu mampu dicapai akhir bulan ini sekiranya bacaan Rt seluruh negara terus merekodkan pertambahan nilai secara berterusan.
“Peningkatan kes Covid-19 khususnya daripada varian Omicron juga merupakan ‘super spreader’ itu tercetus daripada pergerakan orang ramai dua minggu lalu ketika sambutan Tahun Baharu Cina.
“Kesannya mula dirasai ketika ini dan berkemungkinan terus melonjak hingga 34,000 kes dalam tempoh dua minggu lagi memandangkan bacaan Rt terus meningkat setiap hari,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bacaan Rt di seluruh negara merekodkan nilai 1.51 berbanding hanya 1.2 yang direkodkan beberapa hari lalu. Labuan mencatatkan bacaan nilai Rt paling tinggi iaitu 2.17 diikuti Sarawak (1.9), Sabah (1.68) dan Perlis (1.55).
Bagaimanapun, katanya, lonjakan kes dalam tempoh dua minggu itu boleh disifatkan sebagai terkawal sekiranya kadar kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan jumlah kematian tidak di tahap kritikal.
“Berbeza pada tahun lalu, jumlah kematian dan penggunaan katil ICU begitu seiring dengan peningkatan kes, tetapi ketika ini, keadaannya masih terkawal susulan kejayaan negara melaksanakan program vaksinasi.
“Justeru, negara masih mempunyai peluang cerah untuk mengawal penularan wabak itu sebelum Aidilfitri sekiranya rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) digariskan kerajaan,” jelasnya.
Berdasarkan pematuhan ketat SOP oleh rakyat, Dr. Hanafiah meramalkan kes harian Covid-19 berupaya turun di bawah paras 3,000 sehari dalam tempoh enam minggu lagi.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai keperluan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula, Dr. Hanafiah menjelaskan sistem kesihatan negara masih lagi terkawal.
“Paling penting, kerajaan jangan panik dan perlu sentiasa bermain dengan data Covid-19. Meskipun kes tinggi, tetapi kadar vaksinasi berada pada landasan memberangsangkan,” ujarnya.
SUMBER -K! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!