Penyokong dan pengundi Johor yakin BN akan memenangi PRN
Foto atas : Datuk Seri Najib turut turun berkempen di PRN Johor.
Sokong kepada Barisan Nasional (BN) sangat mengalakan dalam kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Johor yang bakal turun untuk memangkah pada 12 Mac ini.
Salah seorang yang Ahli jawatankuasa UMNO Jerantut yang berada di sana, Razak Daud berkata, pemerhatiannya mendapati sokongan padu diberi oleh penyokong dan pengundi di sana terhadap BN.
“Kita mengharapkan kemenangan besar kepada BN Johor untuk membentuk kerajaan yang stabil bagi mentadbir negeri Johor dan pada 12 Mac ini akan menjadi kenyataan.
“Oleh itu, rakyat Johor perlu mengambil peluang yang terhidang ini untuk mengembalikan UMNO/BN untuk membentuk sebuah kerajaan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MUIP bantu OKU keturunan Tionghua cedera dalam kemalangan
LIPIS – Muhammad Adam Lee yang masih bujang memeluk Islam pada 19 November 2020 sangat ceria apabila menerima sumbangan wang tunai dan hamper makanan daripada Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) di Kampung Penjom, dekat sini, hari ini.
Beliau seorang mualaf Orang Kurang Upaya (OKU) keturunan Tionghua hanya mampu bersyukur ketika diziarahi oleh Pengurus Cawangan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) Lipis, Aliuddin Abdul Halim@Bakar dan diiringi Ketua Saudara Baharu Daerah Lipis, Mohd. Fawzy Fong Abdullah.
Pengurus Cawangan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) Lipis, Aliuddin Abdul Halim@Bakar (kanan) dan diiringi Ketua Saudara Baharu Daerah Lipis, Mohd. Fawzy Fong Abdullah (kiri) bersama Muhammad Adam Lee (tengah).
Adam Lee yang cacat kekal, iaitu kudung tangan kirinya dan terkini terbabit pula dengan kemalangan pada bulan lalu di tempat kerja sehingga patah kaki kanan menyebabkan dia tidak boleh berjalan serta masih menerima rawatan.
“Ketika ini saya masih tidak mampu berjalan cuma berkerusi roda di rumah kerana kaki kanan patah teruk dan masih belum sembuh selepas dibedah untuk memasukkan empat batang ‘besi’ ketika dirawat di Hospital Lipis.
“Kecederaan Penderitaan mengakibatkan saya tidak mampu bekerja, tetapi mujurlah tauke kebun durian tempat saya bekerja memahami keadaan ini dan membenarkan cuti sehingga benar-benar sembuh,” katanya.
Bercerita kepada SAHIH, Adam Lee, sebelum memeluk Islam, dia merantau ke Lipis sebatang kara untuk mencari pekerjaan dan bersyukur dapat bekerja di kebun durian walaupun hanya memperoleh upah yang kecil memandangkan dia juga berstatus OKU.
“Saya masih mempunyai keluarga tinggal di Selangor, iaitu emak dan dua orang kakak, manakala abang yang juga seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak boleh berjalan.
“Saya cuma mampu menunggang motosikal menggunakan sebelah tangan (kanan) ke tempat kerja, tetapi malangnya terbabit pula dengan kemalangan sehingga patah kaki dan entah berapa lama lagi benar-benar sembuh sepenuhnya,” katanya.
Katanya, dia menerima hidayah untuk memeluk Islam lalu bertemu dengan Mohd Fawzy Fong untuk menguruskan lafaz kalimah shahadat dengan tunjuk ajar pegawai agama Islam di pejabat MUIP Lipis.
“Saya kini lebih tenang serta berpeluang mempelajari selok-belok agama Islam sambil berdoa supaya cepat sembuh bagi membolehkan bekerja semula serta berharap ada dermawan yang dapat membantu selain berterima kasih dengan sumbangan MUIP Lipis dan Hospital Lipis yang menyediakan sebuah kerusi roda,” katanya.
Sementara itu, Aliuddin menambah, MUIP sudah dua kali berziarah dan menyampaikan sumbangan kepada Adam Lee memandangkan dia masih tidak bekerja dan tanpa pendapatan selepas terbabit dengan kemalangan.
“Bukan sahaja insan mualaf seperti Adam Lee ini, pejabat MUIP Lipis turut membantu sumbangan wang tunai dan barang makanan kepada semua saudara baharu Islam (mualaf) pelbagai keturunan, golongan asnaf, mereka yang tidak berkemampuan serta penduduk yang ditimpa bencana supaya dapat meredakan kesusahan yang mereka tanggung.
“Kita berharap Adam Lee bersabar dengan ujian Allah SWT dan segera sembuh seperti sedia kala bagi meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini,” ujarnya.
Ketua Saudara Baharu Daerah Lipis, Mohd. Fawzy Fong berkata, dia kerap memantau kebajikan Adam Lee yang tinggal bersendirian di Penjom yang masih dirawat akibat patah kaki serta membantu menyediakan barang keperluan dapur termasuk membawanya ke hospital.
“Selain Adam Lee, kita dengan kerjasama MUIP di sini turut mengambil berat kebajikan saudara baharu lain khususnya yang berdepan kesusahan akibat ditimpa penyakit, warga emas dan OKU,” katanya.
Orang ramai dan dermawan yang ingin beramal jariah membantu Adam Lee Abdullah bolehlah menghubunginya menerusi talian 017 7934018 dan Mohd Fawzy Fong (019 9288780) atau sumbangan terus ke akaun Maybank bernombor 161172204151.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Yayasan Raja Shamri (YRS) telah memberi sumbangan berbentuk peka makanan kering kepada 60 orang golongan asnaf yang kehilangan pekerjaan, warga emas, kes kurantin dan tiada punca pendapatan di sekitar Jerantut dan Temerloh baru-baru ini.
Sukarelawan bagi pihak Kumpulan 3rd Force YRS telah menyampaikan sumbangan tersebut di Kampung Bukit Dinding, Kg Batu 100 di Jerantut dan Kampung Sajang, Kg Golt Holt serta Kg Paya Sok, Temerloh
YRS ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan untuk memberi inspirasi kemanusiaan dengan mempermudahkan untuk berbuat baik, mengajak semua berbuat baik dan meraikan kerja-kerja kebaikan dan kebajikan.
Wakil 3rd Force YRS, Fauzan Adnan menyampaikan sumbangan
Wakil 3rd Force YRS, Fauzan Adnan berkata, sumbangan itu diberikan secara telus dan tanpa banyak protokol atau birokrasi supaya bantuan diterima dengan pantas demi memberi kehidupan yang lebih baik kepada golongan yang memerlukan yang menjadi falsafah YRS.
“The 3rd Force merupakan sebuah NGO berdaftar yang telah bertapak bukan sahaja di dalam negara malah juga di luar negara seperti di Qatar, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.
“Perjuangan pengasas YRS hanya satu, iaitu untuk mengajak semua orang untuk menjadi orang baik-baik yang menaungi kerja-kerja kemanusiaan,” katanya.
Katanya, The 3rd Force menjadikan pengasasnya, Raja Shamri sebagai ikon Orang kurang upaya (OKU) yang memperjuangkan isu-isu kemanusiaan bukan sahaja bersifat domestik malah menyeluruh ke seluruh negara. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BANTING – Pantai Morib sudah sinonim dengan penduduk di Kuala Langat dan juga daerah berdekatan, malah menjadi tempat rekreasi utama setiap kali hujung minggu dan cuti umum kerana kedudukannya yang tidak jauh dari Lembah Klang.
Namun, Pantai Kelanang yang dianggap ‘hidden beach’ kini mula dikenali ramai sejak hampir kebelakang ini kerana kedudukannya yang tidak jauh dari pantai Morib serta menyajikan keindahan semulajadi dan kemudahan awam yang baik.
Kemudahan yang diadakan di pantai yang dahulunya sunyi. Suhairi Harun (gambar Kecil)
Seorang penduduk tempatan, Suhairi Harun (52) berkata, pantai ini tidak jauh dari Pantai Morib dan mula dikenali ramai kira-kira 10 tahun lalu oleh penduduk tempatan sebagai tempat orang kampung beriadah.
“Bermula dengan usaha Badan Kebajikan Sukarelawan Pantai (BKSP) yang memajukan kawasan ini secara beransur-ansur akhirnya mendapat bantuan dan kerjasama daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat yang menyediakan kemudahan.
“Orang ramai mula berkunjung ke pantai ini kerana mempunyai keistimewaan tersendiri dengan penjaja menjual makanan laut seperti pepahat atau siput buluh, lokan, kepah selain ikan laut segar,” katanya.
Katanya, orang tempatan sangat berbangga dengan pantai ini dan ahli BKSP seramai kira-kira 50 orang sering berikhtiar memajukannya dan berusaha memperkenalkan kepada orang luar.
Mail Udang, hasil laut menjadi buruan ramai
Peniaga hasil laut, lebih digemar dipanggil Mali Udang (55) berkata, setiap hujung minggu banyak menjual ikan segar, kepah, lokan, udang dan pepahat.
“Harga berpatutan dan hasil yang segar, orang ramai datang ke sini untuk membeli termasuk peniaga kedai makan yang membeli dengan jumlah yang banyak.
“Kepah yang terkenal di pantai Morib dan pepahat di pantai Kelanang sudah dikenali ramai dengan keenakannya jika dimasak serta kurang berpasir,” katanya.
Cahaya Ayu Mahmud, setiap hujung minggu diadakan pelbagai acara bagi menarik ramai pengunjung
Seorang peniaga, Cahaya Ayu Mahmud (53) berkata, di pantai itu kerap diadakan pelbagai acara di pantai khususnya di hujung minggu dan cuti umum, menjadikan pantai ini dikunjungi ramai.
“Selain itu kawasan pantai dianggap ‘dalam kampung’, pengunjung boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah serta lautan yang mempesonakan.
“Kawasan permainan taman kanak-kanak turut disediakan di samping berseronok bermain layang-layang serta bersantai dengan merasai kelembutan pasir pantai di tapak kaki dan melakukan banyak lagi aktiviti lain,” katanya.
Azmi Ibrahim, kemudahan awam lengkap
Seorang pengunjung dari Puchong, Azmi Ibrahim (45), berkata tempat letak kereta yang luas serta mencukupi dan berdekatan dengan pantai, selain itu diselenggara dengan baik, bersih dan pantai yang panjang.
“Bagi penggemar yang suka berkhemah, di pantai ini amat sesuai, redup di bawah pokok dengan dengan udara yang bertiupan di sini agak nyaman, mungkin terdapat lebih banyak pokok yang tumbuh di sepanjang pantai.
“Selain itu, pemandang indah laut Selat Melaka dan dikelilingi oleh pohon-pohon yang besar, kayu bakau dan pokok rhu mula menjadikan Pantai Kelanang menjadi pilihan ramai untuk beriadah,” katanya.
Bahriah Ramli bersama cucunya berharap tahap kebersihan perlu dipertingkatkan
Bahriah Ramli (58) dari Jerantut, Pahang turut setuju dengan suasana semulajadi pantai itu yang amat menarik dan berharap pihak berkaitan dan orang ramai menjaga alam sekitar dan kebersihannya.
“Pantai ini berpotensi akan dikenali ramai kerana sebagai pilihan dan sokongan kepada pantai Morib ketika waktu puncak yang selalu sesak dengan pengunjung,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA : Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama UMP Advanced Education menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, dekat sini, baru-baru ini.
Program itu adalah antara inisiatif ECERDC dan UMP Advanced mendekati masyarakat, terutamanya golongan warga emas.
Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti UMP Advanced, Saharudin Ramli berkata, objektif utama penganjuran adalag bagi memberi peluang kepada peserta menunjukkan kemahiran masing-masing.
“Program ini mula diperkenalkan pada tahun 2015 dan sudah berjaya melatih 550 peserta.
“Untuk aktiviti di Sang Riang, kita bersama ECERDC memperkenalkan antara program keusahawan ditawarkan UMP Advanced dan kali ini kita bawa bersama peserta Kursus Bakeri Pastri Tradisi dan Moden; Masakan dan Pembungkusan Komersial serta Kursus Urutan Dan Bekam,” katanya.
Turut hadir Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Bera, Abdul Halim Rabu dan Pegawai Projek Empower ECERDC (Pembangunan Modal dan Insan) daerah Bera, Amirul Nabihah Hamdan.
Pengerusi Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, Yap Yoke Moey turut merakam ucapan terima kasih kepada pihak UMP Advanced dan ECERDC kerana sentiasa memilih rumah kebajikan itu sebagai antara lokasi penganjuran program mereka.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bantu awal persekolahan untuk murid Tahun Satu negeri Pahang tahun ini
Foto atas : Majlis penyampaian Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) dan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang kepada pelajar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai dan DUN Tanah Rata di Sungai Koyan dekat sini hari ini.-Foto Pahang Media.
LIPIS – Seramai 23,617 orang murid Tahun Satu yang bakal memulakan sesi persekolahan pada 21 Mac ini akan menerima manfaat bantuan awal persekolahan bernilai RM100 seorang yang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.36 juta.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, program bantuan awal itu untuk murid Tahun Satu antara inisiatif yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan negeri sebelum ini untuk memberikan galakan dan semangat murid berkenaan apabila melangkah masuk ke sekolah tidak lama lagi.
“Bantuan ini diberikan kepada semua murid Tahun Satu di Pahang tanpa mengira bangsa, agama, latar belakang dan ras akan diberikan dalam masa terdekat.
“Waris murid tidak perlu bimbang kerana kerajaan negeri telah memudahkan cara pemberian bantuan dengan memperoleh maklumat murid secara automatik daripada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) dan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang kepada pelajar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai dan DUN Tanah Rata di Sungai Koyan dekat sini hari ini.
“Saya berharap insiatif kerajaan negeri ini dapat meringankan beban perbelanjaan serta keselesaan ibu bapa dan penjaga murid berkenaan membuat persiapan persekolahan anak mereka tahun ini
“Inisiatif dalam bantuk bantuan ini merupakan hasrat utama saya sebagai Menteri Besar Pahang untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berkemahiran, matang serta seimbang yang menjadi agenda penting kerajaan negeri memberikan tumpuan sektor pendidikan,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Wan Rosdy menjelaskan kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM13.6 juta untuk program Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) dan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) di bawah Yayasan Pahang kepada pelajar di seluruh negeri tahun ini.
“Program biasiswa ini untuk membantu pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana bagi persiapan memulakan sesi awal persekolahan tahun ini tidak lama lagi.
“Setiap orang pelajar akan menerima menerima RM300 setahun bagi penerima Sekolah Rendah, manakala bagi Sekolah Menengah pula akan menerima RM600 tempoh yang sama,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai selanjutnya berkata, seramai 392 orang pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah kawasan Jelai dan Tanah Rata menerima biasiswa tersebut dan akan diikuti pemberian inisiatif yang sama di semua Dewan Undangan Negeri dalam masa terdekat.
“Kita juga memperkenalkan program bantuan di bawah inisiatif Pahang Pride Student antara usaha yang sama bagi membantu keluarga berpendapatan rendah dan sederhana sebagai persiapan persekolahan penghujung bulan Mac ini.
“Kerajaan negeri dengan dibantu oleh semua agensi kerajaan akan terus berbakti serta memberikan sumbangan kepada rakyat, seperti kata orang-orang tua, ‘Hidup kayu berbuah, hidup kita manusia ini biarlah berjasa,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Awas sindikit penipuan jualan atas talian semakin berleluasa
LIPIS – Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak tertipu dan lebih berhati-hati dalam pembelian barangan melalui atas talian kerana terdapat sindiket penipuan penjualan yang semakin berleluasa kebelakangan ini.
Golongan yang terkesan ramai berlaku di kalangan remaja yang ‘terpikat’ dengan barangan yang dianggap mahal tetapi dijual dengan harga yang sangat murah dan kadang-kala harga tidak masuk akal.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, pihaknya banyak menerima aduan daripada mangsa kes ditipu berkaitan pembelian melalui atas talian yang semakin rancak sejak awal 2020.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor
“Mangsa yang membeli barangan melalui atas talian akan dihubungi oleh pihak kastam dengan mengarahkan mangsa agar membayar sejumlah wang untuk melepasi sekatan cukai dan sebagainya.
“Malah, modus operandi yang menghairankan, panggilan daripada sindikit kepada mangsa boleh dilakukan dengan cepat bertukar tangan kepada pihak polis, kononnya mangsa akan dipersalahkan kerana melakukan pembelian tidak mengikut saluran percukaian atau ‘black market,” katanya.
Selain itu, katanya, pihak mangsa yang mula ‘terdesak’ atau takut ditahan polis akan menyalurkan wang dikehendaki kepada sindikit penipuan itu.
“Orang ramai jangan panik sekiranya berlaku kejadian seperti ini, sebaliknya memberitahu kepada orang yang tahu terlebih dahulu atau terus melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
“Bagi menggelak berlaku kejadian seperti ini, orang ramai dinasihatkan membeli daripada agen penjualan yang sudah dikenali serta membaca komen daripada pembeli lain yang boleh menentukan kesahihan ‘syarikat’ penjualan itu,”katanya.
Katanya, mangsa boleh menyemak nombor kaun melalui semakmule bagi mendapatkan kesahihan akaun yang digunkan oleh pihak sendikit.
“Paling penting orang ramai jangan melayan sebarang urusan pembelian atau pinjaman sekiranya tidak melakukannya dan elakkan terjebak dengan pencintaan atas talian atau ‘love-scam’ yang sudah banyak berlaku dengan mangsa kerugian ratusan ribu ringgit.
“Kesalahan jualan atas talian atau e-dagang yang melakukan penipuan boleh diletakkan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara satu hingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
“Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam melakukan urus niaga atau pembelian barangan dalam talian,” katanya.
Orang ramai boleh menghubungi pihak polis melalui aplikasi Whatsapp berkaitan kes seperti ini kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CCID infoline : 013-2111222 pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kolam Takungan Hiliran RM11 juta dibina Kuala Medang
Foto atas: Datuk Seri Wan Rosdy (kiri) menerima penerangan berkaitan Projek ORS di Kuala Medang hari ini.
LIPIS – Kerajaan negeri Pahang membina sebuah Kolam Takungan Hiliran atau Off River Storage (ORS) berharga RM11 juta bagi menampung kegunaan kira-kira 3,000 penduduk di sekitar Kuala Medang, hari ini.
Kawasan yang bakal menikmati kemudahan itu ialah penduduk Gugusan Felda Sungai Koyan, Kampung Kuala Medang, Kampung Tanjong Gahai, Agropolitan Gahai, Dusun Pak Senam dan Kampung Bertang.
Selain itu penduduk Kampung Kuala Serai, Kampung Kuala Koyan dan beberapa buah penempatan di pesisir Sungai Jelai bakal menikmati kemudahan ORS itu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek tersebut bernilai RM11 juta dibina di tapak seluas 2.3 hektar mula dilaksanakan pada bulan September 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Disember tahun ini.
Datuk Wan Rosdy menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan banjir di Kuala Medang, hari ini
Katanya, selain itu kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM151. 28 juta bagi menyiapkan projek pembangunan infrastruktur bekalan air baharu serta menaik taraf sistem yang sedia ada tahun ini.
“Jumlah tersebut meningkat sebanyak RM58.78 juta atau 63.5 peratus daripada sejumlah RM92.5 juta peruntukan tahun lalu bagi tujuan menambahbaik perbekalan air demi manfaat rakyat negeri ini.
“Peningkatan peruntukan ini membuktikan kerajaan negeri sangat serius dengan isu air di semua tempat malah bersungguh-sungguh menyelesaikan isu ini demi kemudahan dan keselesaan rakyat negeri ini,” katanya kepada media selepas melancarkan projek pembinaan Off River Storage (ORS) atau Kolam Takungan Hiliran di Kuala Medang, Lipis hari ini.
Katanya, kesinambungan projek yang lalu, kerajaan negeri menerusi Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) akan meneruskan pelaksanaan projek yang telah dirancang di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang mana sebahagian besarnya merupakan projek sambungan yang telah mula dilaksanakan sebelum ini.
Turut hadir, iaitu Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan), Datuk Razihan Adzharuddin, Pengarah Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Pahang, Ir. Roslina Yusop dan Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohd. Hafizi Ibrahim.
Katanya, projek ORS ini melibatkan dua agensi, iaitu JPS sebagai pelaksana, manakala Paip bertindak sebagai operator bekalan (air) membabitkan segmen pembinaan loji rawatan air, tangki simpanan dan pemasangan paip yang telah pun siap dan digunakan oleh pihak industri dan pengguna domestik.
“Kerajaan negeri sentiasa komited dan berusaha menangani bekalan air terawat kepada penduduk menerusi peruntukan kerajaan negeri kerana pengalaman beberapa tahun lalu sudah banyak memberikan pengajaran khususnya pengurusan air dan alam sekitar.
“Kemudahan di ORS ini membolehkan air mentah dari sungai berhampiran disalurkan ke sebuah kawasan takungan akan melalui proses pramendapan sebelum dibekalkan ke loji rawatan air berhampiran yang mampu menampung bekalan selama 10 hari sekiranya penduduk terputus bekalan,” katanya.
Katanya, projek ini juga antara alternatif kerajaan negeri menangani masalah loji rawatan air Kuala Medang yang terpaksa memberhentikan operasi apabila berlaku bacaan kekeruhan air mencecah 3,000 NTU (Nephelometric Turbidity Unit),” katanya.
“Projek ini akan menjadi realiti tidak lama lagi sekali gus menepis tohmahan pembangkang yang kerap menggunakan isu air dan alam sekitar di negeri Pahang bertujuan kepentingan politik pemimpin mereka,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Ketua Peneroka Jengka 24, razak Daud menyampaikan cenderamat kepada Tamrin Zakaria.
JERANTUT – Jawatankuasa Kemakmuran dan Kemajuan Rancangan (JKKR) Jengka 24 meraikan pertukaran Pengurus Felda Jengka 24, Tamrin Zakaria yang bertukar ke Jengka 14, hari ini.
Ketua Peneroka Jengka 24, Razak Daud berkata, beliau berterima kasih kepada pengurus yang bakal bertukar kerana telah memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di situ.
“Beliau amat prihatin dengan sebarang kesulitan yang dihadapai oleh masyarakat setempat dan sering berbincang untuk mengadakan sebarang program dan pelaksanaannya dengan masyarakat.
“Sepanjang perkhidmatan beliau selama 5 tahun di Jengka 24, keramahan dan penglibatannya menyenangkan kami di sini,” katanya di Majlis Malam Jasamu Di Kenang, hari ini.
Katanya, kehadiran pengurus baharu, Saiful Muhammad Puzi pula bakal yang berkhidmat di Jengka 24 bakal menyinarkan lagi Jengka 24 agar terus maju.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis menyerbu sebuah rumah dan menahan seorang penganggur lelaki berusia 40 tahun dalam operasi Op Tapis di Felda Kechau 1, dekat sini pada jam 11.30 malam, semalam.
Dalam serbuan tersebut, pihak polis menjumpai satu kotak plastik lampu suluh warna hijau bercetak ‘USB charge’ di atas lantai ruang tamu rumah tersebut.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, pemeriksaan dilakukan dan didapati di dalam kotak itu dengan disaksikan suspek telah menjumpai sebelas paket plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi serbuk berwarna merah jambu disyaki dadah jenis Heroin.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor
“Anggaran berat dadah tersebut 15.06 gram dan nilai pasaran dadah tersebut dianggarkan RM 527, suspek telah menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Kuala Lipis dan hasil saringan awal didapati negatif, manakala ujian air kencing mendapati positif Metafetamin dan diserahkan untuk tindakan selanjutnya.
“Suspek ditahan di bawah Sek. 39B Akta Dadah berbahaya (ADB) 1952 dan Sek. 15(1)(a) ADB 1952, dan ditahan direman pada 3 Mac untuk siasatan lanjut,” katanya.
Beliau berharap, orang ramai memainkan peranan dalam menangani aktiviti penyalahgunaan dadah di tempat masing-masing dengan melapor segera sebarang aktiviti yang tidak bermoral itu kepada pihak polis.
“Kerjasama orang awam boleh membantutkan pengedaran dadah demi keharmonian masyarakat di tempat masing-masing dan juga generasi muda,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!