Ambulan Amal sedia perkhidmatan dengan kos berpatutan
KUANTAN : Jabatan Amal Malaysia Cawangan Pahang menyediakan perkhidmatan ambulan bagi membantu pesakit dengan kadar bayaran yang berpatutan.
Perkhidmatan Ambulan Amal ini memiliki dua buah ambulan dan telah beroperasi sejak Oktober 2021.
Pengurus Ambulan Amal, Ahmad Hadi Ibrahim berkata, perkhidmatan ini untuk membantu pesakit yang memerlukan perkhidmatan menghantar atau mengambil pesakit dari rumah ke hospital dan sebaliknya.
“Malah, turut memberi perkhidmatan kepada pesakit untuk dihantar ke pusat hemodialisis atau memindahkan pesakit dari dalam dan luar negeri.
“Selain itu, perkhidmatan untuk ‘standby’ semasa terdapat aktiviti di dalam atau luar dewan kerana dibimbangi berlaku kejadian kecemasan di luar jangka,” katanya ketika ditemui.
Katanya, bayaran perkhidmatan ambulan ini ditentukan mengikut jarak kilometer ke destinasi penghantaran.
“Bayaran dikenakan berpatutan, pihak kami turut melihat keadaan taraf hidup pesakit berkenaan dengan memberi potongan atau diskaun.
“Orang ramai yang memerlukan perkhidmatan Ambulan Amal ini boleh dihubungi melalui aplikasai Whastapp atau talian hotline : 011-58904547,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Pasir Mas, Kelantan merakam kenangan di Puncak Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, Kelantan, baru-baru ini.
Kakitangan AIM naik keretapi ke Dabong
PROGRAM Cakna ‘Minds Train To Dabong’ menjadi suntikan semangat kepada 14 kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Cawangan Pasir Mas, Kelantan untuk lebih proaktif dalam membantu golongan sasaran membina kehidupan yang lebih baik.
Program sehari pada 2 Februari 2023 itu juga sebagai menghilangkan tekanan kerja kakitangan AIM berkenaan yang sentiasa gigih turun padang membimbing penduduk kampung meningkatkan taraf ekonomi keluarga menerusi pelbagai aktiviti.
Zakiah (dua dari kiri) bersama-sama kakitangan AIM di Lata Kertas.
Pengurus cawangan berkenaan, Zakiah Mustafa, berkata sebagai membuka lembaran baharu pada tahun 2023 semua kakitangan bersetuju untuk menaiki ‘Train To Dabong’ bagi menenangkan fikiran dengan menghirup udara segar dan melihat pemandangan cantik alam semula jadi sepanjang perjalanan.
Menurutnya, langkah itu juga dianggap mampu memacukan semangat serta jati diri dalam kalangan kakitangan kerana mereka akan menghadapi cabaran kerja yang lebih besar apabila sasaran pembiayaan untuk sahabat AIM aktif 3,429 orang dengan mencecah jutaan Ringgit Malaysia pada tahun ini.
Jelasnya, daripada terperap dalam pejabat tanpa melihat dunia luar sudah pasti akan mengusutkan pemikiran mereka termasuk mencari idea baharu untuk meningkatkan pembiayaan di samping memudahkan pula pembayaran dibuat oleh sahabat AIM.
“Saya juga ingin mewujudkan suasana kekeluargaan ketika bersama-sama kakitangan terutama dalam menyelesaikan beberapa perkara berbangkit demi memajukan AIM supaya lebih ramai sahabat dalam kalangan penduduk kampung yang boleh dibantu,” katanya.
Sebahagian kakitangan AIM merakam kenangan di depan Pondok Pok Teh selepas masing-masing menghulurkan sumbangan.
Jelasnya, perjalanan kakitangan AIM cawangan berkenaan ke Dabong bermula jam 7.15 pagi dari stesen Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB), Wakaf Bharu, Tumpat seterusnya menuju ke Pasir Mas, Tanah Merah, Temangan, Kuala Krai, Manek Urai dan sampai stesen Dabong jam 10.33 pagi.
“Selepas sarapan mereka bergerak dengan kenderaan menuju ke Lata Kertas, Lata Kenerong bagi menenangkan fikiran melihat permandangan cantik di situ sebelum berkunjung ke Pondok Pengajian Agama Pok Teh dengan masing-masing menghulurkan sumbangan.
“Sebelum bertolak pulang dengan kereta api 4.30 petang semua kakitangan AIM menyertai aktiviti lasak dengan memandu kenderaan ATV dan ‘Flying Fox’ di Pipe Jelawang Resort serta menjamu selera mi udang berhampiran Gua Ikan yang menjadi viral dalam media sosial,” katanya. -SAHIH..
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ENAM daripada 15 penumpang dan pemandu maut selepas van dinaiki mereka terbabas di kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands, petang tadi.
Penolong Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pusat gerakan operasi bomba Pahang menerima laporan kemalangan itu jam 1.15 petang.
“Seramai lima pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands dihantar ke lokasi kejadian sebaik laporan diterima.
“Berdasarkan maklumat awal, terdapat 15 penumpang, termasuk pemandu van yang terbabit dalam kejadian itu.
“Enam daripadanya maut dalam kemalangan itu akibat tersepit dan mayat mereka berjaya dikeluarkan pegawai dan anggota kami menggunakan peralatan khas menyelamat,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.
Ismail berkata, lima yang maut adalah penumpang wanita manakala seorang lagi adalah lelaki.
Katanya, mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Bentong bagi tujuan bedah siasat.
“Pasukan ambulan dari Genting Highlands dan hospital berhampiran turut berada di lokasi bagi memberikan bantuan.
“Operasi mengeluarkan semua mangsa sedang dijalankan dan mereka yang selamat dan cedera akan dihantar ke hospital berhampiran bagi rawatan lanjut,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Seorang Penolong Pegawai Perubatan di sebuah hospital di sini direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan berjumlah RM17,859.00.
Ia sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital terbabit daripada ejen-ejen pengurus jenazah yang berkenaan.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamed Shah Reza Noot Azman mengikut peruntukan Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Lelaki terbabit yang berusia 57 tahun yang bertugas di Unit Perubatan Forensik telah ditahan di Pejabat SPRMTemerloh, semalam.
Berdasarkan rekod, suspek disyaki telah menerima suapan sebanyak RM17,859.00 sekitar tahun 2021 hingga 2022.
Beliau ditahan reman sehingga 14 Febuari ini.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
80 mangsa terkesan, hujan lebat berterusan di Pekan
KUANTAN : Hujan lebat berterusan sejak malam tadi di beberapa kawasan di daerah Kuantan dan Pekan telah dilanda banjir seperti amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Di daerah Pekan, antara yang terlibat, Kampung (Kg) Pelak, Kg Bunut, Kg Paloh Hinai, Kg Permatang Chicar, Kg Tanjung, Kg Batu Balik, Kg Temai Hilir, Kg Temai Hulu, Kg Pulau Rumput, Kg Pahang Tua, Kg Acheh, dan Kg Jaya Gading.
Anggota bomba mendukung warga emas serta anak-anak kecil lebih 300 meter.
Turut terjejas Kg Sri Damai, Kg Orang Asli Runchang, Permatang Nangka yang melibatkan 23 keluarga seramai 80 orang setakat ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bebas, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, tindakan segera anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pekan berusaha keras memindahkan mangsa-mangsa banjir yang terlibat termasuklah mengusung dan mendukung warga emas serta anak-anak kecil lebih 300 meter.
“Mangsa dibawa untuk keluar dari lokasi banjir serta dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) SK Sri Terentang, dekat sini.
“Saya menyanjung tinggi dan menghargai pengorbanan anggota JBPM yang memikul tugas dan tanggungjawab tanpa mengira masa dan penat Lelah, mereka adalah ‘hero’ kita,” katanya melalui laman sosial Facebook beliau.
Katanya, untuk memudahkan usaha anggota bomba, buah Van pejabat DUN Bebar turut digunakan bagi memindahkan mangsa banjir dan 4 orang petugas terlibat.
“Diharapkan semua mangsa bersabar, manakala orang ramai sentiasa melihat keadaan sekeliling dan mengikut arahan sekiranya perlu dipindahkan ke tem[at selamat,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Rumah Pam Baru Loji Air Kechau 6 bernilai RM5.5 juta mula operasi dan bakal dinikmati penduduk di sekitar kawasan itu.
Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, usaha keras kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Ahli Dewan Undang Negeri Padang Tengku, Datuk Mustapa Long dan pejabat parlimen Lipis kemudahan ini dapat direalisasikan.
ADUN Padang Tengku, Datuk Mustapa Long (2 dari kiri) melawat rumah pam tersebut, hari ini
“Kita berharap dengan adanya loji baru ini akan memberikan kesenangan kepada penduduk yang yang akan menggunakan kemudahan dari Loji Air Kechau 6.
“Usaha untuk membina dan naiktaraf Bekalan Air seperti di Loji Air Mela akan dimulakan tidak lama lagi dan begitu juga dengan Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Dada Kering dekat sini turut akan diteruskan,” katanya.
Katanya, usaha untuk mengatasi masalah air ini tidak dapat diatasi dalam masa yang singkat, namun usaha kita tidak akan terhenti bagi memastikan bekalan air bersih kepada masyarakat ini akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Gajah liar terus mengganas ceroboh di Kampung Simoi Lama
LIPIS – Sebuah rumah milik seorang pekebun Orang Asli, Norfini Ajik, 46, antara kesan terbaharu apabila kawanan gajah liar terus mengganas di Kampung Simoi Lama, Pos Lenjang dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam, Norfini ketika sampai di kebun tanaman anak durian, pisang, tebu dan serai terkejut melihat rumah lama dijadikan tempat dia berehat serta menyimpan peralatan pertanian hampir roboh diganggu kawanan gajah liar berkenaan.
Keadaan rumah milik Norfini Ajik musnah akibat pencerobohan kawanan gajah liar di Kampung Simoi Lama, Pos Lenjang, Lipis semalam. – Foto Ihsan Penduduk
“Saya amat terkejut melihat sebahagian dinding dan lantai kayu sudah roboh, sebatang tiang (rumah) patah malah akan runtuh bila-bila masa.
“Lebih memeranjatkan saya, kawanan gajah liar terdiri daripada tujuh ekor masih berada tidak jauh sedang makan di kawasan tanaman berdekatan,” katanya di Kampung Simoi Lama dekat sini.
Menurut Norfini, selain peralatan rumah rosak, papan lampu (tenaga) solar juga dirosakkan, manakala banyak tanamannya turut musnah.
Cerita Norfini, memandangkan kawanan gajah liar itu masih berdekatan, dia terus lari ke kawasan matau untuk bertemu dengan beberapa orang pekerja di situ.
“Tetapi, dalam beberapa minit sahaja gajah liar ini mara ke arah matau dan kami pun beredar dari tempat ini untuk mengelakkan daripada ancaman keselamatan,” katanya.
Seorang penduduk, Atan a/l Dan, 40, berkata, sehingga ini sudah hari kelima kawanan gajah liar itu masuk ke kampung mereka sehingga merosakkan banyak tanaman komersial.
“Kalau rumah di kebun milik jiran saya diceroboh, kemungkinan lebih banyak lagi rumah dibina daripada kayu hutan di sini akan diceroboh dan diganggu malahan keselamatan kami juga semakin terancam,” katanya.
Ujarnya, sebaik-baiknya pihak berkuasa perlu menangkap haiwan liar ini dibawa ke santuari tempat lain untuk jaminan keselamatan penduduk Orang Asli di sini dalam tempoh jangka panjang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bas bawa pelajar dan guru MRSM Kuala Lipis terbaik
BENTONG : Bas Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Lipis terbabas dan terbalik di bahu jalan di Kilometer (KM) 19, Jalan Lurah Bilut, Bentong pada jam 8.50 malam, semalam.
Seramai 9 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong telah bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
Pelajar dan guru yang terselamat dihantar pulang ke MRSM Kuala Lipis dengan bas lain.
Komanden Operasi Kanan, Mohd Shafie Sulong berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah bas persiaran jenis Hino yang telah terbabas kerana melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.
“Terdapat 31 orang mangsa di dalam bas tersebut yang terdiri daripada 1 lelaki pemandu, 2 guru lelaki, 1 guru perempuan, 15 pelajar lelaki serta 12 pelajar perempuan.
“Pemandu bas, seorang pelajar perempuan serta 3 pelajar lelaki telah mengalami kecederaan dan dikeluarkan oleh orang awam daripada kenderaan tersebut,” lapornya.
Katanya, kesemua mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh Pasukan Bomba Unit Kecemasan (EMRS) sebelum dibawa ke Hospital Bentong dengan menaiki ambulan.
“Mangsa yang terselamat dan tidak cedera telah dihantar pulang ke MRSM Kuala Lipis dengan menggunakan bas yang lain,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penunggang motosikal maut, isteri patah kaki dalam kemalangan
JERANTUT : Seorang penunggang motosikal berusia 25 tahun maut di tempat kejadian manakala isterinya yang membonceng motosikal itu patah kaki dalam kemalangan di KM17, Jalan Jerantut-Benta, dekat Kampung Som, pada jam 10.20 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan berkata, kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 19 tahun telah hilang kawalan ketika tiba di tempat kejadian.
“ Pasangan itu yang menaiki motosikal jenis SYM yang datang dari Damak ke bandar Jerantut bertembung dengan sebuah kereta jenis Myvi yang datang dari arah bertentangan.
“Tiba di tempat kejadian, dipercayai pemandu kereta Myvi telah gagal mengawal kenderaan dipandunya lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri itu,” katanya.
Katanya penunggang yang bertugas di Ladang Risda Damak, Jerantut cedera di bahagian kepala dan punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan.
“Keputusan ujian air kecing negatif setelah menjalankan ujian terhadap pemandu kereta tersebut. Pemandu kereta itu ditahan polis. Kemalangan itu diklasifikasikan Sek 41(1) APJ 1987,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr. Nur Amalina Che Bakri meluahkan rasa bangga apabila dijemput ke Istana Buckingham, London untuk bertemu Raja Charles III dan Permaisuri.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Amalina berkata, jemputan tersebut adalah bagi mewakili negara pada pertemuan yang dianjurkan baginda di istana tersebut.
“Ia adalah satu penghormatan untuk bertemu Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III dan Permaisuri pada majlis resepsi di Istana Buckingham, mewakili Malaysia.
Dalam pada itu, Amalina berkata, kali terakhir dia bertemu Raja Charles III adalah pada tahun 2017.
Jelas beliau, ketika itu baginda adalah Putera Wales dan telah datang melawat Hospital Diraja London di mana tempat dia bekerja selepas serangan pengganas London Bridge.
Sumber : SarangBurung.net
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!