KEPRIHATINAN BANTUAN KEBAJIKAN KPDRM
KEPRIHATINAN BANTUAN KEBAJIKAN KPDRM
RAUB : Sebagai usaha mengekang pandemik Covid-19 secara berterusan, Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) menjalankan misi sanitasi di Sekatan Jalan Raya (SJR) yang bermula di daerah Bentong dan Raub, Pahang.
Selain itu, petugas barisan hadapan dia dua dareah tersebut menerima sumbangan barangan keperluan sebagai dorongan kepada mereka untuk terus menjalankan tugas yang diamanahkan.
Pengerusi KPDRM, Datuk Seri Ayub Yaakob berkata, aktiviti tersebut turut mendapat kerjasama daripada Kumpulan Koperasi Mantap Berhad (KMB) dan Kami Anak Felda ( KAF) Wilayah Mempaga.
Antara bantuan yang diberikan berupa air mineral, air kotak, biskut, pelitup separuh muka, dan cecair pembasmi kuman.
Jelasnya, pahang antara kawasan pertama lah yang kita jalankan program ini insyallah kita akan gerak ke negeri sembilan ,melaka ,johor dan seterusnya ke negeri negeri yang lain selepas ini.
Pengerusi KPDRM, Datuk Seri Ayub Yaakob
Tujuan ini tidak lain tidak bukan selain menyampaikan sumbangan ini tetapi kita memberi motivasi kepada anggota anggota polis ini .
Selain itu katanya, bantuan sama turut diberikan kepada penduduk terjejas banjir di dua daerah berkenaan yang berlaku pada bulan lalu sebagai tanda sokongan dan kebersamaan rakyat dalam menghadapi waktu yang sukar.
Beliau berkata demikian selepas Misi Bantuan Kebajikan dan Kemasyarakatan di Raub, Pahang.