Kenalpasti penularan COVID-19 ketika sambutan Thaipusam
Kenalpasti penularan COVID-19 ketika sambutan Thaipusam
KUALA LUMPUR :Sekiranya terdapat penularan wabak COVID-19 dikenalpasti di mana-mana kuil yang mengadakan sambutan Thaipusam, maka sambutan berkenaan akan dibatalkan pada hari seterusnya.
Jelas Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, pematuhan SOP adalah sangat penting dan pihak pengurusan perlu memikul tanggungjawab.
Antara SOP yang disentuh ialah, perarakan chariot atau pedati, sembahyang, palkodam dan kavadi.
Kesemua SOP tersebut diluluskan setelah dipersetujui oleh Mesyuarat Menteri Kuartet.
Tambahnya lagi, sebarang pelanggaran SOP, ia akan disiasat di bawah Akta 342.
Turut hadir ke sidang media tersebut ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan.-SAHIH