IKLAN: PEMBANTU UNDANG-UNDANG WANITA DAN CANTIK SAHAJA?
IKLAN: PEMBANTU UNDANG-UNDANG WANITA DAN CANTIK SAHAJA?
PETALING JAYA: Iklan jawatan kosong sebuah firma undang-undang yang mencari pembantu undang-undang dengan kriteria “wanita sahaja dan cantik” tiba-tiba tular di media sosial.
Firma guaman di sebalik iklan tersebut mengakui ia ‘kesilapan yang tidak disengajakan’ dan diterbitkan tanpa persetujuan rakan kongsi.
FMT melaporkan, Iklan itu, yang dimuat naik di platform pencarian pekerjaan Badan Peguam semalam, difahamkan telah diubah suai dengan kriteria berkenaan dipadamkan.
“Kami telah menarik balik iklan tersebut dan kesilapan itu amat kami kesali,” kata firma tersebut dalam satu kenyataan.
“Sekali lagi, kami memohon maaf.”
Catatan asal iklan yang muncul di akaun pengguna Facebook Aidil Khalid telah dikongsi lebih 540 kali sejak dimuat naik semalam yang kebetulan adalah Hari Wanita Antarabangsa.
“Iklan pekerjaan jenis apa ini? Dikehendaki: ‘wanita sahaja dan cantik’. Serius? Anda mencari pembantu undang-undang atau ‘sugar baby’? ” ulas Aidil mengenai hantaran yang dikongsi melalui laman Facebooknya