Tarikan terbaru Cameron Highlands, ESCAPE yang berkeluasan 60 ekar bakal menjadi taman tema ala Eropah pertama di Malaysia.
Taman tema ini akan menyajikan pemandangan, persekitaran dan permainan yang berkonsepkan negara tersebut termasuk sebuah lereng ski kering sepanjang 1.2 kilometer dan tinggi 920 meter selain daripada mempunyai lif ski.
Namun, orang ramai membantah projek tersebut dan melancarkan petisyen supaya projek besar tersebut dihentikan.
Sekurang-kurangnya 19 ribu orang menyertai petisyen bantahan itu di laman web change.org dengan tanda pagar #SaveCameronHighlands yang mendapat perhatian warga Twitter.
Petisyen bantahan ini dijalankan kerana orang ramai tidak mahu habitat alam semula jadi di tanah tinggi Cameron Highlands terancam dan berlaku peningkatan suhu apabila penebangan hutan secara besar-besaran.
Kesan Penebangan Hutan Secara Besar-Besaran
Melindungi hutan dan kehidupan alam semula jadi adalah bertujuan untuk memulihara biodiversiti, mencegah berlakunya peningkatan suhu dan perubahan iklim.
Kesan daripada penebangan hutan akan mengakibatkan tanah runtuh kerana struktur tanah semakin longgar disebabkan ketiadaan pokok dan akar yang menjadi pegangan tanah serta tadahan hujan.
Kejadian tanah runtuh tersebut akan menjadi lebih parah apabila berlakunya banjir kilat dan banjir lumpur.
Hal ini akan menyebabkan kematian penduduk tempatan seperti orang asli dan komuniti setempat termasuklah sisa pokok, daun-daun dan haiwan liar yag turut sama terjejas selepas hutan dibersihkan.
Di Malaysia mempunyai lebih 3000 spesis flora dan 5000 spesis fauna yang masih wujud tetapi disebabkan penebangan hutan untuk kemajuan ekonomi telah menjejaskan kehidupan semula jadi dan semua kehidupan hutan mengalami kepupusan.
Untuk mengembalikan habitat liar ini bukanlah mengambil masa yang sekejap dan memerlukan pelbagai sumber untuk seimbangkan kembali ekosistem hutan yang menjadi santuari hidupan liar.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kepada mereka yang suka melancong mesti sudah tidak hairan menaiki kapal terbang atau pesawat.
Ada juga orang yang jadikan melancong aktiviti tahunan malah ada yang buat sebagai aktiviti bulanan tidak kisah dalam atau keluar negara. Walaupun melancong dalam negara, tak salah kalau menaiki kapal terbang atau pesawat janji bajet cukup!
Sejak Wright Brother berjaya menerbangkan pesawat mereka pada tahun 1903, zaman semakin maju dengan mempunyai teknologi yang tinggi pesawat diubah suai mengikut keperluan dan kemudahan yang ada.
Sebelum dunia mempunyai kapal terbang untuk tujuan pelancongan dan pesawat canggih, berteknologi tinggi dan memberi kemudahan kepada orang ramai, pesawat Wright Brother menjadi rujukan untuk jadi pesawat peperangan termasuk perang dunia.
Pelbagai pesawat dicipta sebagai percubaan untuk mencapai tahap yang maksimum.
Jom tengok 8 pesawat unik dan pelik yang pernah dicipta.
Kettering Bug
Kettering Bug adalah pesawat tanpa pemandu yang pertama dicipta.
Pesawat yang diperbuat daripada kayu berukuran 12 kaki panjang dan 15 kaki lebar yang dihasilkan oleh Ford boleh terbang hingga 120 km.
Pesawat Kettering Bug adalah projek rahsia kerajaan Amerika yang dijalankan oleh Orville Wright dan Charles. F. Kattering pada tahun 1918.
Tujuan pesawat tanpa pemandu ini dicipta untuk menjatuhkan bom di kawasan perang atau kawasan pengkalan musuh.
Mungkin drone yang terhasil pada hari ini adalah insipirasi dari pesawat Kettering Bug.
Pada pertengahan tahun 1950-an, Aerocycle HZ-1 dicipta oleh syarikat de Lackner Helicopters menjadi pemantau bagi Tentera Amerika Syarikat.
Aerocycle HZ-1 dikenali sebagai YHO-2 atau DH-5 Aerocycle adalah menjadi helikopter peribadi orang Amerika.
Walau bagaimanapun, pesawat ini agak bahaya dari segi keselamatan dan terlalu terbuka kepada juruterbang tanpa pelindungan yang baik kerana juruterbang berdiri di atas bilah kipas yang sedang berputar laju.
Pesawat yang diberi nama Kaman K-16 dibina pada tahun 1954 oleh syarikat Kaman Aircraft oleh Charles Kaman pada tahun 1945.
Pesawat ini untuk Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1959.
Pesawat Kaman K-16 direka khas untuk mendarat atas permukaan air dan darat.
Walaupun begitu, Tentera Laut Amerika Syarikat tidak menggunakan pesawat khas ini dengan kerap.
Bartini Beriev VVA-14
Sebuah pesawat yang diasaskan oleh seorang lelaki kelahiran Itali, Robert Bartini yang digunakan oleh Kesatuan Soviet pada tahun 1970-an direka dengan keistimewaan berlepas dari permukaan air dan terbang dengan kelajuan tinggi dengan jangka masa yang lama.
Pesawat Bartini Beriev VVA-14 atau nama sebenarnya adalah Vertikaľno-Vzletayushchaya Amfibiya (Pesawat Amfibia Apungan Vertikal) sangat efisyen terbang atas permukaan air dengan menggunakan kesan daripada aerodinamik.
Tujuan pesawat ini dicipta untuk memusnahkan kapal selam Polaris milik Tentera Luat Amerika Syarikat.
Namun, setelah kematian Bartini pada tahun 1974, projek pesawat ini tergendala dan hampir dibatalkan.
Pesawat Bartini Beriev VVA-14 yang terakhir berkhidmat pada tahun 1987 dan kini pesawat yang penuh sejarah ini berada si Muzium Tentera Udara Soviet.
Rekabentuk pesawat ini agak pelik dan unik, ia memanjang ke atas dan seadakan jidal, alat kegunaan menjahit.
Rotary Rocket Roton dicipta oleh Gary Hudson dan Bevin McKinney pada tahun 1990-an.
Bentuk pesawat pelik yang dicipta ini bertujuan mengurangkan kos melancarkan muatan ke orbit.
Pesawat Rotary Rocket Roton mempunyai empat bilah pemutar yang diameter besar dan setiap bilah terdapat ‘enjin’ yang diletakkan secara strategik pada setiap hujung bilah kipas pesawat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Barang-barang dapur dah semakin canggih dan memudahkan.
Kepada ibu-ibu atau mereka yang suka masak wajib ada barang-barang dapur yang tak renyah lagi. Pendek kata, campak-campak terus siap.
Jangan kerap makan luar atau tapau makanan selalu, tak elok terutama bagi mereka yang ada anak-anak. Kos makan di luar atau bungkus agak tinggi, kalau hari-hari bungkus makanan, haa susah juga.
Dengan adanya peralatan dapur yang hebat ini, korang boleh masak dengan kadar yang pantas dan menjimatkan.
Artikel ini khas untuk korang yang suka masak tapi tak suka buang masa yang lama di dapur.
Eh, barang-barang dapur ini juga sesuai dijadikan hadiah kahwin kawan-kawan yang baru sahaja membina rumahtangga.
Periuk Tekanan
Rupa bentuk periuk tekanan dengan periuk nasi lebih kurang saja tapi kegunaan periuk tekanan sangat banyak.
Bukan boleh masak nasi je, korang boleh buat sup, menggoreng, membakar, melembutkan daging, merebus tulang, eh banyaklah!
Tak rugi korang beli periuk ni. Lagi-lagi yang suka makan makanan siap hidang seperti nasi arab, nasi minyak, nasi hujan panas.
Mudah dan jimat masa, masukkan je segala bahan dalam periuk tekanan, lepas tu dah boleh makan.
Periuk tekanan memang dicipta untuk tahan karat, mudah dijaga dan untuk kegunaan berat.
Psst, nak masak daging korban pun senang.
Air Fryer
Haa, ini alat dapur yang sangat popular sekarang.
Tak dinafikan memang mudah kalau nak masak.
Yang jenis malas masak? Korang pun tak ada masalah kalau wujud air fryer ni dekat rumah korang.
Nak makan ayam goreng ke, ikan goreng ke, campak je dalam air fryer, confirm korang kenyang.
Bukan goreng je tau, buat kek pun boleh. Tak percaya, cuba try.
BBQ Grill & Steamboat Hot Pot
Siapa suka makan bakar-bakar dan steamboat elok korang beli ini.
BBQ grill & steamboat ni pun ada pelbagai saiz.
Yang suka makan dengan kuantiti yang banyak, boleh beli saiz besar.
Kalau yang nak makan depan TV, korang beli saiz kecil senang nak angkut ke mana-mana.
Harga pun tak mahal sangat, ia mengikut saiz dan kegunaan korang. Best juga makan ala ala santai.
Food Steamer
Khas untuk korang yang suka makanan berkukus dan yang on diet!
Food steamer ni mudahkan kerja korang, korang letak je apa yang korang nak makan dan tinggal, tak perlu jaga sangat sebab ia menggunakan elektrik.
Saiz dan tingkat pun ada macam-macam, beli yang korang perlu, okay?
Multifunction Hand Blender
Senang sangat kalau ada hand blender ni.
Macam-macam saiz ada, macam-macam kegunaan dan memudahkan.
Untuk memasak boleh, untuk buat jus buah pun boleh. Bestkan?
Multifunction Sandwich Maker
Nama je sandwich maker tapi sebenarnya banyak lagi kegunaan seperti buat waffle, tart, donut, grill dan macam-macam lagi.
Apa yang memudahkan korang adalah tak perlu keluarkan kuali untuk siapkan makanan.
Makanan yang disediakan menggunakan sandwich maker ini sesuai dimakan bila-bila masa terutama waktu sarapan.
Menu sarapan pun jadi sihat. Jimat masa dan tak perlu cuci periuk banyak-banyak.
Coffee Maker
Wow! Penting kepada coffee lover!
Korang yang suka minum kopi di pagi hari, wajib ada coffee maker di rumah.
Korang boleh brew biji kopi bila-bila korang nak, rasa segar dan original.
Nak hidang air pada tetamu pun senang.
Penapis Air
Sekarang penapis air minuman ni banyak sangat dijual.
Macam-macam jenama ada, korang kena pilih mengikut keperluan.
Kalau ada anak kecil yang menyusu, lebih mudah sebab ada untuk air panas juga.
Kalau korang nak masak air dalam kettle tu, haa sempat baby nangis.
Kalau ada penapis air, korang pun tak terkejar-kejar ke sana ke sini.
Tudung Saji Bertingkat
Rasanya tudung saji bertingkat ni dah ramai yang ada.
Mudah dan tak makan ruang berbanding tudung saji biasa yang besar tu.
Tudung saji biasa tu, sampai anak-anak boleh buat main pula.
Tudung saji bertingkat ni kegunaan sama macam tudung saji biasa cuma ia jimat ruang dan cara penyimpanan pun lebih kemas.
Vacuum Wireless & Robot Vacuum
Vacuum wireless atau robot vacuum cleaner ni pun dah viral.
Harga bergantung pada tahap kemampuan vacuum.
Yang jenis wireless, korang kena charge dan guna selagi ada bateri.
Robot vacuum pula, kena charge dan robot akan bergerak sendiri ke setiap sudut rumah korang.
Tak perlu wayar panjang-panjang dan tarik ke seluruh rumah, sekarangkan makin maju.
Vacuum ni boleh bersihkan dapur lepas korang memasak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sukan Olimpik yang berlangusng empat tahun sekali dan kali ini diadakan di Tokyo.
Sepatutnya temasya musim panas ini diadakan pada tahun lepas tapi memandangkan penularan virus COVID-19 semakin tinggi, sukan yang diminati ramai ini terpaksa ditunda pada tahun ini.
Banyak persiapan tuan rumah untuk menyambut atlet-atlet yang datang dari lebih 200 negara yang bersedia memperjuangkan kemahiran dan kehebatan dalam acara masing-masing.
Sepanjang persiapan, sudah ramai yang menjangkakan kehebatan Tokyo menyediakan kemudahan kepada tetamu dengan meilhat proses yang dilakukan sebelum acara perasmian bermula.
Jom tengok fakta best Tokyo yang menjadi tuan rumah kali kedua dalam sukan Olimpik musim panas.
Sukan Olimpik Ditunda
Sepatutnya sukan Olimpik di Tokyo dijadualkan antara 24 Julai dan 9 Ogos 2020.
Namun terpaksa ditunda kerana menularan COVID-19 di seluruh dunia semakin meningkat.
Tarikh baru diumumkan antara 23 Julai dan 8 Ogos 2021 membuatkan sukan Olimpik pertama kali ditunda sejak 124 tahun berlangusng.
Walau bagaimanapun, suka Olimpik yang diadakan ini tidak membenarkan penonton hadir menyaksikan semua sukan yang dijalankan untuk memastikan langkah pencengahan dan protokol kesihatan dilaksanakan secara ketat demi keselamatan atlet dan bagi mereka yang terlibat.
Tuan Rumah Kali Kedua
Bukan sekali bandar Tokyo, Jepun menjadi tuan rumah sukan Olimpik, malah pada tahun ini Tokyo menjadi tuan rumah kali kedua.
Kali pertama Tokyo menjadi tuan rumah sukan Olimpik pada tahun 1964.
Pada tahun 1972 dan 1998, bandar Sapporo dan Nagano menjadi tuan rumah untuk temasya Olimpik musim sejuk.
Stadium National Tokyo
Stadium National Tokyo yang direka oleh arkitek tempatan, Kengo Kuma bertemakan bumi dan alam sekitar.
Kuma menggunakan motif kayu-kayuan dalam pembinaan stadium yang memerlukan lebih 70,000 kaki kayu balak yang datangnya dari 47 wilayah.
Kapasiti stadium tersebut boleh mencecah 60,000 tempat duduk penonton dan menjadikan lokasi acara perasmian dan penutupan sukan Olimpik.
Pingat
Apa yang lebih mengujakan adalah pingat anugerah sukan Olimpik dan Paralimpik sepenuhnya dihasilkan dari sisa elektronik yang dikitar semula.
Pertandingan reka bentuk pingat dijalankan pada tahun 2017 dan dimenangi oleh Junichi Kawanishi.
Reka bentuk pingat disiapkan pada 24 Julai 2019 yang memerlukan lapan tan logam dikumpul untuk menghasilkan pingat.
Katil Kadbod
Kemudahan yang pelbagai disediakan oleh tuan rumah untuk keselesaan para tetamu.
Konsep yang bertemakan bumi dan alam sekitar diketengahkan untuk mengurangkan pembaziran selepas temasya tamat.
Katil kadboad juga boleh dikitar semula dan katil kukuh menampung berat hingga 200 kg.
Podium
Podium dihasilkan menggunakan plastik post-consumer yang boleh digunakan semula selepas sukan Olimpik berakhir.
Dikatakan 100% daripada tenaga boleh baharu untuk menghasilkan podium kitar semula.
Robot Di Lapangan Terbang
Jepun memang pakar mencipta robot, sukan Olimpik kali ini menyediakan pelbagai teknologi canggih untuk digunakan sebagai penyambut tetamu dari seluruh dunia.
Tetamu yang sampai di lapangan terbang akan menggunakan peranti pengesan muka yang lengkap dengan kamera dan mikrofon.
Untuk memudahkan atlet, alat pembantu membawa bagasi turut disediakan.
Selain itu, kereta tanpa pemandu digunakan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.
Perkara yang membuat orang ramai terpegun adalah pada majlis pembukaan, Jepun melancarkan hujan meteor buatan manusia yang membuatkan ramai kagum dengan kehebatan teknologi mereka.
Sukan Baharu Dipertandingkan
Sukan besbol tidak disenarai dalam acara sukan Olimpik pada tahun 2012 dan 2016.
Jepun mempunyai pasukan besbol yang sangat bagus dan rekod kajayaan yang banyak menyebabkan negara itu memutuskan untuk kembalikan acara tersebut dalam senarai sukan yang bakal dipertandingkan.
Sukan Olimpik di Tokyo menampilkan 33 rekod dan 399 acara.
Lima sukan baharu akan dipertandingkan di temasya ini termasuk bola keranjang, karate, papan selaju, sukan memanjat dan sukan luncur.
Pasukan Pelarian
Kali pertama pasukan pelarian menyertai sukan Olimpik pada tahun 2016 di Rio, Brazil.
Kini Pasukan pelarian seramai 29 atlet menyertai 12 acara sukan temasya ini mewakili pasukan IOC Refugee Olympic (EOR).
Penyertaan Jantina Seimbang
Buat pertama kali penyertaan atlet wanita dan lelaki seimbang.
49% atlet wanita menyertai sukan Olimpik pada kali ini.
Pada Hari Wanita Antarabangsa, IOC peruntukan kuota penyertaan atlet wanita dan menjadikan penyertaan atlet sukan pertama yang disertai oleh kedua-dua jantina dengan adil.
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) mewajibkan sekurang-kurangnya setiap acara diwakili seorang atlet lelaki dan seorang atlet wanita.
Selain itu, NOC perlu mewakilkan seorang atlet lelaki dan seorang atlet wanita untuk membawa bendara negara masing-masing semasa majlis perasmian dijalankan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jam tangan adalah aksesoris tangan yang dipakai oleh lelaki, perempuan dan semua peringkat umur.
Macam-macam jenis jam tangan yang dijual di pasaran sekarang, harga pun macam-macam ada.
Ada sesetengah orang memakai jam adalah wajib dan kalau tak pakai, rasa kekurangan pada badan.
Ada juga yang tak pakai mungkin sebab ada kemudahan lain untuk tengok masa.
Memakai jam memang berguna terutama bila sibuk melakukan tugasan harian walaupun dah ada smart phone untuk tengok masa berlalu.
Tapi jam tangan masih relevant untuk dipakai sampai ke hari ini.
Jam tangan bukanlah perkara wajib untuk setiap individu, ia bergantung kepada keperluan masing-masing.
Tapi pernah terfikir tak kenapa kebanyakkan orang pakai jam tangan di tangan kiri?
Seakan-akan memang peraturan memakai jam belah kiri.
Walaupun ada juga yang pakai jam tangan belah kanan tapi majoriti yang memakai jam adalah tangan kiri.
Kenapa ye?
Kisah Dahulu
Zaman dahulu hanya perempuan yang memakai jam tangan, kaum lelaki menggunakan jam poket kerena ia lebih berfungsi untuk peperangan.
Jam poket digunakan oleh kaum lelaki selain dari melihat waktu, ia juga digunakan untuk penunjuk arah dan ukur keseimbangan.
Dipanggil jam poket kerana size yang besar sedikit berbanding jam tangan tetapi masih muat untuk disimpan dalam poket.
Ada juga yang menyimpan jam poket ini dalam beg kulit yang digantung pada pinggang.
Tujuan beg kulit tersebut untuk mengelakkan jam poket pecah.
Jam poket di tempatkan di sebelah kiri untuk mengelakkan jam poket pecah, calar atau terjatuh.
Ini kerana penggunaan tangan kiri tidak dominan.
Kemudahan Untuk Si Pemakai
Sama juga dengan penggunaan jam tangan pada zaman sekarang.
Kalau pakai jam belah kanan, mungkin akan mengganggu aktiviti harian seperti menulis, makan atau memegang benda.
Lebih terkesan jika mereka yang memakai jam pintar (smart watch).
Susahkan kalau pakai tangan dominan atau tangan kanan, nak tekan skrin pada jam jadi kekok sebab tangan kiri tidak selalu ditugaskan untuk membuat kerja.
Oleh itu, peraturan yang tidak rasmi ini digunakan oleh seluruh dunia kerana secara tidak langsung memudahkan pergerakan dan melakukan aktiviti seharian.
Tapi jangan risau, memakai jam tangan di sebelah kanan bukanlah satu kesalahan atau pelik, ia hanya mengikut keselesaan seseorang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Menurut edisi terbaru Henley Passport Index, pasport Malaysia mampu mengakses ke 177 buah negara tanpa visa. Pemegang pasport Malaysia mendapat tempat ke-13 pasport berkuasa di dunia dan di Asia Tenggara pula pasport Malaysia mengekalkan kedudukan pasport kedua berkuasa selepas Singapura.
Negara yang tersenarai dalam Henley Passport Index adalah mengikut kedudukan asal negara berdasarkan jumlah destinasi yang diakses oleh pemegang visa.
Negara Asia yang tersenarai dalam Henley Passport Index termasuk Jepun, Singapura dan Korea Selatan yang menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga. Indeks ini dikemaskini berikutan dengan kesan buruk pandemik yang melanda dunia.
Menurut pihak Henley & Partner, pada bulan Januari dan Mac 2021, beberapa kemajuan telah dicapai menjadi 12% ketika pra-pandemik berbanding tahun 2019.
Henley & Partner menyatakan sementara berlakunya pra-pandemik ini, kemajuan untuk kembalikan tahap mobiliti antarabangsa akan menjadi perlahan.
Ketika virus COVID-19 melanda, boleh dikatakan semua negara di dunia menyekat perjalanan domestik dan antarabangsa walaupun memiliki pasport yang sah.
Namun kemunculan cryptocurrency akan membuatkan industri perhotelan kembali pulih. Cryptocurrency digunakan oleh kumpulan hotel antarabangsa yang menerima pengunjung dari setiap negara untuk membuat tempahan hotel.
Cryptocurrency dikenali sebagai inisiatif baru yang menggunakan mata wang digital untuk membuat bayaran ketika membeli barang atau menggunakan perkhidmatan. Kerjasama antara The Pavilions Hotels & Resort dengan gateway pembayaran crypto global, Coindirect.
Pengunjung dibenarkan membayar barangan dan perkhidmatan secara fleksibel dengan Bitcoin, Ethereum dan mata wang maya yang lain.
Pengasas bersama Coindirect, Jesse Hemson-Struthers berkata, perkhidmatan pembayaran secara maya ini memberi jaminan yang selamat, fleksibel dan mudah untuk pengunjung.
‘Pengunjung boleh membuat pembayaran menggunakan mata wang maya, kripto pilihan mereka bergantung kepada jenis mata wang, lokasi semasa membuat pembayaran dan menawarkan lebih banyak kemudahan secara moden,’ katanya.
Walau bagaimanapun, di Malaysia memberi pendapat aset nilai wang digital bukan tender sah memberi amaran kepada para pelabur supaya lebih berhati-hati ketika membuat urusan menggunakan sistem cryptocurrency.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Perkara normal apabila manusia berkumuh atau bernyahtinjaan atau lebih mudah buang air besar dan kecil.
Ia adalah hasil bahan buangan daripada badan manusia .
Proses ini mengeluarkan najis, air kencing, peluh dan karbon dioksida.
Bahan buangan ini merupada bahan makanan yang tidak dapat dicerna, lalu akan dibuang melalui proses tadi.
Sebuah universiti di Korea Selatan, Ulsan National Institute of Science and Technology (UNIST) mencipta tandas mesra alam yang mampu menghasilkan biogas dan baja menggunakan bahan kumuhan.
Tandas tersebut dinamakan BeeVi yang menggunakan pam vakum untuk menghantar najis ke tangki bawah tanah yang tidak menggunakan jumlah air yang banyak.
Melalui tangki tersebut, sisa buangan menjadi metana sekali gus dijadikan sumber tenaga untuk bangunan universiti dan kemudahan pelajar.
Sumber yang diambil dari Reuters, seorang profesor Kejuruteraan Bandar Dan Alam Sekitar, Cho Jae-Weon berkata, najis memiliki nilai tinggi dalam penghasilan tenaga dan baja, dengan ciptaan tandas mesra alam najis yang dibuang disalurkan ke peredaran ekologi.
Cho menjelaskan manusia membuang air besar sekitar 500 gram sehari yang boleh ditukarkan kepada 50 liter gas metana untuk menghasilkan elektrik 0.5kWh atau pemanduan boleh mencapai 1.2 kilometer (0.75 batu).
Selain itu, profesor berkenaan juga mencipta Ggool iaitu mata wang digital hasil daripada menggunakan tandas BeeVi.
Pelajar boleh menggunakan mata wang Ggool untuk membeli barang keperluan di kampus seperti kopi, buah-buah, buku atau mi segera dengan mengimbas kod QR untuk membeli.
Untuk pelajar yang menggunakan tandas BeeVi akan memperoleh 10 Ggool sehari dan boleh menggunakan wang digital tersebut untuk keperluan seharian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew (1915-1995) atau dikenali sebagai “Mr Honda” merupakan pengasas Boon Siew Honda. Loh dilahirkan di Hui-An, Daerah Fujian, China. Dia menghabiskan zaman kanak-kanaknya mengumpul najis babi yang berguna sebagai bahan bakar untuk mendapatkan duit. Ketika berusia 12 tahun, dia tiba di Pulau Pinang menaiki sebuah bot kecil dari China.
Dia hanya mampu bertutur dalam bahasa Hokkien. Ketika baru tiba dia bekerja sebagai pelatih mekanik kereta dengan upah 3 ringgit sebulan. Dia tinggal dalam kuarters pekerja ‘kolie keng’ di 4, Katz Street, Pulau Pinang dan dia menambah pendapatan dengan mengambil upah membasuh bas dengan bayaran 10 sen setiap buah.
Ketika berusia 18 tahun, Loh membeli 11 unit bas pertamanya dengan menggunakan simpanan 2,000 ringgit. Dia membaiki bas tersebut dan menjualnya dengan harga 12,000 ringgit. Kemudiannya dia membeli 39 unit bas yang lain.
Pada tahun 1942, kesemua wang hasil keringatnya dirampas oleh tentera penjajah Jepun semasa Perang Dunia ke 2. Tetapi Loh tidak berputus asa, selepas 1945 setelah Jepun kalah, dia mula menjual basikal dan peralatan motorsikal, kemudian dia mengembangkan perniagaannya untuk menjual kereta terpakai dan juga bas.
Pada tahun 1950-an, Loh membuat langkah pertama dalam pembangunan hartanah dengan membina vila di Taman Saw Kit dan Jalan Loh Boon Siew di Pulau Pinang.
Pada tahun 1958, ketika bercuti di Jepun Loh melihat motosikal Honda Super Cub sangat mendapat sambutan.
Dia percaya bahawa mesin berkos rendah pasti akan mendapat pasaran yang meluas di Malaysia yang sedang membangun. Loh mengatur perjumpaan dengan Mr. Soichiro Honda kerana menyedari potensi besar Honda. Sebagai tanda ikatan kepercayaan dan hormat yang semakin mendalam, Japanese Honda Motor Co Ltd kemudian melantik Boon Siew sebagai pengedar tunggal motorsikal Honda di negara ini pada ketika itu, 50 unit Honda 4-stroke cub dibawa masuk ke Malaysia.
Beberapa tahun kemudian kilang dibuka di Pulau Pinang bagi memasang Honda Cub dan motosikal Honda telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda. Honda Cub menjadi motosikal paling laris di Malaysia dan Loh Boon Siew sebagai orang pertama membawa masuk motosikal Honda Cub ke Asia Tenggara. Perkataan Kapcai berasal dari Honda Cub yang bermaksud motosikal kecil, sumber FB
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Cuaca panas memang tidak boleh dibiarkan. Setiap hari mencatat suhu yang tinggi. Masalah cuaca panas lebih merumitkan jika rumah anda tiada pengaliran udara yang baik.
Langkah yang mudah untuk masalah cuaca panas adalah memasang aircond atau penghawa dingin. Walaubagaimana pun, aircond juga mempunyai masalah seperti tidak sejuk. Kadang-kadang punca aircond tidak sejuk bukan melibatkan perkara yang serious. Anda boleh check masalah aircond rumah. Jom tengok 5 masalah kenapa aircond tidak sejuk.
Masalah Pemasangan
Ini selalunya berpunca apabila cara pemasangan tidak menepati standard yang ditetapkan. Mungkin tiada pengaliran udara yang betul dan saiz paip copper tidak sesuai.
Filter Tidak Cuci
Masalah ini adalah masalah sering terjadi. Masih ramai tidak tahu filter aircond boleh dibuka dan dicuci sendiri. Filter aircond perlu dicuci setiap bulan. Mudah sahaja, buka penutup aircond, tanggalkan filter dan cuci dengan air. Bersihkan habuk yang melekat kemudian keringkan.
Gas Habis
Gas aircond tidak cepat habis. Jika berlaku kebocoran gas akan cepat habis dan ruang tidak sejuk. Sebab gas habis adalah skru nat tidak ketat atau pecah semasa pemasangan, paip copper pecah, service valve rosak dan cooling coil bocor.
Kompresor Rosak
Jika kompresor rosak, ia perlu tukar. Jika berlaku masalah ini, cepat-cepat rujuk kepada nasihat juruteknik. Kalau tidak, bil elektrik akan melambung tinggi.
Horse Power Tidak Cukup
Horse power (HP) sangat penting untuk kesesuaian ruang aircond. Contohnya, ruang yang dipasangkan aircond memerlukan 2HP tapi hanya dipasang 1HP. Apabila ruang tidak cukup HP, maka kedinginan aircond tidak terasa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula, ramai netizen keliru dengan syarat yang ditetapkan. Rakyat tidak dibenarkan bergerak lebih 10 kilometer (km) dari rumah.
Tapi macam mana nak tahu sejauh mana destinasi yang ingin kita tuju. Selain menggunakan aplikasi Waze, anda boleh gunakan dua aplikasi lain yang boleh membantu anda untuk bergerak dalam lingkungan yang ditetapkan.
Aplikasi ini memang khas untuk mereka yang suka makan! Pilih lokasi anda, pilih makanan dan anda boleh pilih sama ada delivery atau pick-up di kedai yang anda pesan makanan.
Yang menariknya aplikasi ini dicipta oleh rakyat Malaysia. Asyraf Adlan seorang jurutera bersama pasukannya membina aplikasi ini untuk memudahkan rakyat menunjukkan pergerakan sehingga 10km dari tempat tinggal.
Aplikasi ini sangat mudah digunakan. Dengan pantas, ia boleh mengesan lokasi anda dengan peta lingaran merah untuk menunjukkan radius yang dibenarkan.
Tak perlu install, hanya buka di laman web. 2kmfromhome akan memberitahu anda lokasi yang berlingkaran kilometer yang anda perlukan.
Bukan setakat 10km sahaja, anda boleh pilih 1km, 2km, 5km, 10km, 15km dan 25km. Untuk PKP ini, anda hanya boleh menggunakan 10km sahaja supaya anda tidak disaman!
Dengan ini perjalanan anda lebih selamat dan jika ada pihak berkuasa menahan anda, inilah bukti yang anda perlu tunjukkan.
Mudah sangat! Jom guna aplikasi ini untuk memudahkan urusan anda. Hati-hati di jalan raya.
#KitaJagaKita
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!