BUENOS AIRES: Kerajaan Argentina memperketat sekatan di dalam dan sekitar ibu negara Buenos Aires bagi mengawal kenaikan mendadak kes Covid-19 termasuk menutup sekolah dan melaksanakan perintah berkurung bermula jam 8 malam serta menghadkan aktiviti sosial.
Presiden Alberto Fernandez, 62, yang mengumumkan perkara itu sehari selepas beliau dijangkiti virus berkenaan berkata, negara Amerika Selatan itu perlu lebih masa dalam memerangi Covid-19 selepas kes harian meningkat minggu ini.
“Virus sedang menyerang kita dan kita tidak akan menyerah,” kata pemimpin sayap kiri itu yang disiarkan televisyen.
Pelaksanaan itu menyaksikan sekolah di kawasan pusat bandar Buenos Aires ditutup dan semua aktiviti sukan dalaman, rekreasi, aktiviti kebudayaan dan keagamaan ditangguhkan sehingga 30 April.
Argentina merekodkan 25,157 kes baharu Covid-19 semalam, selepas melepasi rekod 27,001 kes pada Selasa.
Agentina menyaksikan seramai 2.6 juta dijangkiti dengan 58,542 kematian.
Negara itu menyaksikan seramai 2.6 juta dijangkiti dengan 58,542 kematian, lapor Reuters.
Kerajaan Peronis Fernandez cuba mengelak sekatan menyeluruh untuk melindungi pemulihan ekonomi yang rapuh dengan kadar kemiskinan meningkat, tetapi melaksanakan sekatan yang ketat selepas peningkatan kes baru-baru ini.
Minggu ini, gabenor Buenos Aires berkata, Argentina kini berdepan tsunami dengan jumlah kes yang dilaporkan.
Datuk bandar pembangkang Buenos Aires bagaimanapun menentang penutupan sekolah.
Di beberapa kawasan kejiranan di bandar raya itu, warga kota membunyikan hon dan memukul kuali bagi menyuarakan bantahan terhadap tindakan yang diambil kerajaan itu yang turut disiarkan rakaman televisyen tempatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NEW DELHI LAKSANA PERINTAH BERKURUNG HUJUNG MINGGU
NEW DELHI: New Delhi melaksanakan perintah berkurung hujung minggu untuk memerangi Covid-19 sementara banyak negeri mengumumkan pelbagai langkah baharu ekoran lonjakan jangkitan menyebabkan hospital sesak dengan pesakit.
Langkah lebih ketat itu diambil memandangkan India mencatatkan 200,739 kes harian baharu dan 1,038 kematian, menurut data Kementerian Kesihatan pada Khamis, lapor Bernama.
Uttar Pradesh, negeri paling padat penduduk akan melaksanakan perintah berkurung antara jam 8 malam dan 7 pagi di sepuluh daerah yang mencatatkan lebih 2,000 kes aktif dan menutup semua sekolah selama sebulan.
Kerajaan New Delhi pada Khamis mengumumkan akan mengenakan perintah berkurung hujung minggu untuk memutuskan rantaian jangkitan dan menyekat aktiviti tidak penting.
Auditorium, restoran, pusat beli-belah, gimnasium dan spa ditutup namun pawagam dibenarkan beroperasi dengan sepertiga kapasiti pada hari biasa.
Negeri Rajasthan melaksakan perintah berkurung dari jam 6 petang hingga 5 pagi mulai Jumaat bersama langkah-langkah lain untuk menyekat perhimpunan awam dan aktiviti sosial.
Banyak wilayah di India bergelut menangani lonjakan kes Covid-19, dengan petugas perubatan dan hospital bekerja dalam keadaan yang sangat sukar.
Di beberapa tempat, jumlah korban semakin bertambah menyebabkan kekurangan tempat pembakaran mayat dan pengebumian.
Menurut media tempatan, di bandar Surat, Gujarat struktur tempat membakar mayat hampir lebur disebabkan penggunaan berterusan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TRIVIA KISAH PERCINTAAN QUEEN ELIZABETH BERSAMA PRINCE PHILIP
Pengumuman mengenai kematian Prince Philip mengejutkan ramai orang, hampir seluruh dunia mengetahui berita ini.
Prince Philip dan Queen Elizabeth melayari kisah percintaan hampir 74 tahun. Prince Philip meninggal pada usia 99 tahun di Windstor Castle.
Jom tengok trivia mengenai percintaan mereka!
Keluarga Yang Besar
Mempunyai keluarga besar yang bahagia. Pasangan Diraja ini mempunyai 4 orang anak, 8 cucu dan 10 cicit.
Pertemuan Pertama
Pada tahun 1934, Princess Elizabeth berusia lapan tahun dan Prince Philip berusia 13 tahun berjumpa pertama kali di majlis perkahwinan Princess Marina dan Prince George.
Pertemuan Kedua
Pada 1939, pertemuan mereka ketika Princess Elizabeth berusia 13 tahun dan Prince Philip berusia 18 tahun. Ketika ini Princess Elizabeth membuat lawatan ke Toyal Naval College bersama keluarganya. Prince Philip adalah seorang kadet dalam latihan. Kemudian, selepas lawatan, mereka mula bertukar surat untuk berhubung.
Prince Philip Minta Restu
Bertahun sudah bercinta dan membalas surat, pada 1946 Prince Philip berusia 20 tahun meminta restu daripada King George VI, ayah kepada Princess Elizabeth untuk berkahwin dengan anak perempuannya.
Seterusnya, Prince Philip membuatkan cincin emas khas untuk kekasih hati dan menambah berlian daripada tiara ibunya. Pembuat cincin tersebut adalah Philip Antrobus. Tidak lama selepas itu, pasangan ini bertunang selepas menyambut hari kelahiran Princess Elizabeth.
Berkahwin
Pasangan ini berkahwin pada 1947 ketika Prince Philip berusia 26 tahun dan Princess Elizabeth berusia 21 tahun. Majlis perkahwinan berlangsung pada Westminster Abbey.
Majlis perkahwinan tersebut dihadiri oleh 150 tetamu dan disajikan makanan tengah hari di Istana Buckingham. King George VI hanya menganjurkan majlis yang sederhana kerana negara Britain baru pulih dari Perang Dunia II.
Melahirkan Anak
Selepas setahun usia perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Prince Charles Philip Arthur George.
Dua tahun kemudian, mereka menyambut kelahiran kedua dengan seorang puteri, Princess Anne Elizabeth Alice Louise. Ketika ini keluarga Diraja ini menetap di Malta.
Princess Elizabeth Ditabalkan Sebagai Pemerintah Negara
Pada usia 25 tahun, Princess Elizabeth mewarisi tahkta ayahnya. King George VI mangkat pada tahun 1953, seterusnya Princess Elizabeth ditabalkan sebagai Queen Elizabeth II.
Queen Elizabeth II Menyambut Kelahiran Ketiga Dan Keempat
Pada tahun 1960 hingga 1964, Queen Elizabeth II sekali lagi melahirkan anak ketiga iaitu Prince Andrew Albert Christian Edward.
Selang 4 tahun seterusnya, pasangan melahirkan anak keempat, Prince Edward Antony Richard Louis.
Usia Perkahwinan Ke-25
1972, usia perkahwinan pasangan ini sudah 25 tahun. Queen Elizabeth II membuat kenyataan mengapakah beliau memilih Prince Philip sebagai peneman hidup.
“Sekiranya saya ditanya apa pendapat mengenai kehidupan berkeluarga selepas 25 tahun berkahwin, saya dapat menjawab kesederhanaan dan keyakinan yang membuatkan saya melakukannya.”
Usia Perkahwinan Ke-50
Pada 1997, Prince Philip berkongsi apakah perkara yang membuatkan perkahwinan mereka bahagia selama 50 tahun.
“Saya rasa pelajaran utama yang kita pelajari adalah toleransi merupakan satu-satunya unsur penting dalam perkahwinan yang bahagia. Anda boleh lihat pada saya, Queen Elizabeth mempunyai kualiti toleransi yang banyak.”
Prince Philip Bersara Dan Usia Perkahwinan Ke-70
2017, Prince Philip bersara. Sumber dari The New York Times, Prince Philip mengundurkan diri daripada tugas Diraja dan pada yang sama pasangan Diraja ini menyambut ulang tahun perkahwinan ke-70 tahun.
Usia Perkahwinan Ke-73
Pada tahun 2020, usia perkahwinan mereka yang ke-73. Ketika ini, mereka disambut dengan pelbagai jenis kad ucapan daripada cucu-cicit.
Berita Kematian Prince Philip
9 April 2021, berita kematian Prince Philip diumumkan.
“Dengan dukacitanya, Yang Mulia Queen Elizabeth II yelah mengumumkan kematian suami tercinta, Yang Mulia Prince Philip, Duke of Edinburgh pada pagi ini di Istana Windsor”,
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kehidupan berumah tangga ada turun naiknya. Bukan selalu bahagia, mesti ada rintangan dan dugaan yang dilalui. Membina keluarga bukan perkara mudah, ia bergantung kepada pelbagai aspek. Sebagai contoh, cara layanan, didikan, percakapan dan banyak lagi.
Rasulullah sangat mengambil berat pasal keluarga, anak-anak dan isteri. Ada 4 cara rasulullah melahirkan rasa sayang terhadap pasangan. Tapi zaman sekarang mungkin tidak ramai yang amalkan. Sempena bulan Ramadan, bolehlah mula romantik dengan pasangan dengan amalan ini.
Suapkan Makanan
Selalu nampak isteri suapkan suami, apa kata kali ini suami pula suap isteri. Bukan romantik sahaja malah, hati isteri juga berbunga-bunga. Tak salah pun bersuap-suap depan anak-anak. Mereka pun akan nampak kasih sayang dalam keluarga.
Panggilan
Panggilah isteri dengan nama yang manja. Rasulullah juga memanggil isterinya dengan panggilan manja, Ya Humaira kepada Aisyah bermaksud ‘Wahai si putih kemerah-merahan’. Isteri juga panggil suami yang baik-baik sahaja. Sweet je bila dengar.
Bawa Isteri Bersiar-Siar
Jangan biarkan isteri anda terperap dalam rumah, sekali-sekala bawalah isteri berjalan. Rasulullah membawa isterinya makan bersama di luar.
Menghantar Isteri Keluar Rumah
Baginda berkata, ‘Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)’. Rasulullah menghantar isterinya ke pintu. Ini antara perkara mudah yang anda boleh amalkan, hanya hantar isteri ke pintu sahaja sebelum isteri keluar rumah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEMBURAN HIDUNG MAMPU BUNUH 99.99 PERATUS VIRUS COVID-19
OTTAWA: Semburan hidung didakwa terbukti membunuh 99.99 peratus virus COVID-19, menurut satu laporan penyelidikan di Kanada.
Semburan itu dikatakan dapat mencegah penularan coronavirus dengan berkesan dan memendekkan tempoh jangkitan.
Bagi mereka yang sudah dijangkiti virus berkenaan, semburan itu juga boleh mengurangkan tahap kemudaratan gejala yang dialami.
Semburan yang dikembangkan sebuah syarikat Kanada, SaNOtize, berupaya membunuh kuman dalam saluran udara di bahagian atas hidung.
Ia juga menghalangnya daripada menetas dan masuk ke dalam paru-paru, berdasarkan keputusan ujian makmal di Amerika Syarikat (AS) dan Britain.
Pesakit yang dirawat dengan semburan itu juga menunjukkan penurunan purata kadar virus dalam badan sebanyak 1.362 dalam tempoh 24 jam pertama iaitu sekitar 95 peratus, lapor Agensi.
Dalam tempoh 72 jam, pengumpulan virus dalam badan didapati berkurangan lebih daripada 99 peratus.
Ketua Penyelidikan Ujian Klinikal Britain, Dr Stephen Winchester, berkata beliau amat berharap semburan hidung akan menjadi senjata terbaru dalam melawan COVID-19.
“Ini adalah satu revolusi dalam sejarah perubatan COVID-19 yang saya harap akan membantu perang masyarakat dunia melawan pandemik coronavirus,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ramai yang merasakan diri sendiri layak untuk berkahwin kerana mampu menyara hidup sendiri dan tidak lagi bergantung pada ibu ayah. Ada juga yang merasakan tidak layak berkahwin kerana masih tidak dapat menguruskan perkara wajib dan tidak reti serba-serbi.
Yang mana satu ni? Masih berbelah bahagi. Masih lagi berfikir. Perlukan pasangan atau bahagia hidup sendirian? Bersedia menjalankan tanggungjawab atau tidak mahu komitmen yang tinggi? Hukan berkahwin terbahagi pada 5. Jom tengok korang dah layak kahwin ke belum.
Wajib Kahwin
Seseorang yang sudah mempunyai keupayaan untuk berkahwin dari segi kewangan, mampu menyediakan nafkah pasangan zahir dan batin. Mampu membayar mahar atau mas kahwin selain daripada menyediakan keperluan isteri dan keluarga. Bukan itu sahaja, pihak lelaki berkahwin tanpa niat untuk menganiaya pasangan. Kepada lelaki yang mampu menyediakan semuanya dan berniat untuk mengelak daripada berzina, korang wajib berkahwin. Selamat berumah tangga!
Sunat Kahwin
Ini adalah paling mudah. Individu yang tidak mahu terlibat dengan maksiat dan zina hukumnya adalah sunat untuk berkahwin. Tapi, jangan gunakan alasan ini untuk kahwin tanpa restu!
Harus Kahwin
Individu yang tidak mahu melakukan zina atau maksiat dan mampu untuk memberi nafkah zahir dan batin kepada pasangan.
Makruh Kahwin
Mampu memberi nafkah zahir seperti kewangan, penyediaan keperluan tetapi mempunyai kelemahan fizikal iaitu tidak mampu memberi nafkah batin kepada isteri. Selain itu, makruh juga jika individu mempunyai kebimbangan jika berlaku zalim terhadap isteri. Untuk pengetahuan anda juga, hukum makruh jika berkahwin pada waktu menghadapi peperangan. Jangan kahwin masa perang ye!
Haram Kahwin
Ini adalah paling mudah difaham. Haram berkahwin jika seorang lelaki tidak mampu menunaikan semua kewajipan terhadap pasangan. Tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin, berniat untuk menzalimi pasangan dan anak-anak. Belajar dan fahami dahulu erti perkahwinan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Muzium adalah bangunan yang menyimpan barang, khazanah sejarah purba yang mungkin tidak dapat ditemui lagi. Muzium adalah tempat yang penting untuk menyimpan sejarah dan ditugaskan untuk menjaga setiap koleksi dengan baik.
Siapa suka pergi muzium? Di Malaysia banyak muzium yang boleh anda kunjungi. Tapi di luar negara mempunyai muzium pelik dan menakjubkan untuk dilawati. Selain daripada sejarah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, terdapat juga muzium yang terbuka untuk kunjungan sebagai memperingati. Jom tengok muzium apa yang pelik!
Museum-Body Pernah terfikir tak nak ‘masuk’ dalam badan manusia? Muzium badan membawa pengunjung meneroka sistem badan manusia. 35 timetrovaya besar tubuh badan manusia yang membolehkan pengunjung melihat sistem rangkaian dalam badan bermula dari kaki dan berakhir dengan neural otak. Pengunjung boleh menyentuh organ yang ada. Selain itu, bunyi dan bau juga diwujudkan untuk menambah suasana real dalam badan.
Glore Psychiatric Museum George Gloor pekerja hospital psikiatri mula mengumpul alat perubatan yang digunakan untuk merawat. Pada masa yang sama, George Glore juga mengumpul ‘alat ciptaan’ pesakit mental untuk mengurangkan penderitaan pesakit.
Science Museum of Minnesota Muzium ini menyediakan alat perubatan yang meragukan. Pengunjung boleh melihat alat perubatan yang tidak masuk akal dan tidak dapat disahihkan secara formal. Sehingga kini ada beberapa alat yang masih berfungsi.
International UFO Museum and Research Center Muzium Kajian UFO yang bertempat di New Mexico. Pengunjung boleh melihat makluk asing atau alien dan UFO yang ditemui oleh tentera pada 1947. Pengunjung juga boleh melihat budaya kuno dan maklumat penculikan orang asing. Setiap tahun muzium ini mengadakan festival UFO, pertunjukkan pakaian dan cerita UFO.
Teddy Bear Museum Muzium Patung Beruang yang terletak di Pulau Jeju, Korea mempamerkan koleksi patung beruang dari seluruh dunia. Pelbagai jenis patung beruang berasal daripada setiap negara telah dipamerkan di muzium ini.
Sulabh International Museum of Toilets Muzium Tandas, New Delhi, India. Dr. Bindeshwar Pathak mempamerkan koleksi tandas dari pelbagai zaman. Setiap koleksi yang berada dalam muzium tersebut mempunyai sejarah tersendiri.
Museum Wacky Creations Ciptaan atau karya yang tidak menjadi dibuang begitu sahaja. Muzium ini mengumpul bahan yang tidak dapat ‘dijual’ oleh pencipta. Antara rekaan yang dicipta adalah melukis pada kepala pin yang memelurkan mikroskop untuk melihat lukisan tersebut.
SPAM Museum Spam yang dimaksudkan adalah sosej dalam tin. Muzium ini terletak di Austin, Minnesota. Pelbagai jenis pameran jenama Spam yang melebihi daripada 3400 tin. Pengunjung dapat melihat semua iklan jenama tersebut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKAN: Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan ditutup daripada operasi pengajaran dan pembelajaran ekoran salah seorang guru disahkan positif Covid-19 kesan daripada Kluster Teknologi Peramu.
Pemberitahuan kepada waris Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan ditutup
Sehubungan dengan itu, semua guru sekolah itu melakukan ujian calitan dan ahli keluarga masing-masing dikuarantin sehingga diberitahu kelak, pagi ini.
Semua urusan murid sekolah itu diambil oleh oleh pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Dewan makan sekolah SBP itu beroperasi seperti biasa.
Notis yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Ibubapa tidak perlu bimbang tentang keselamatan anak masing-masing, tiada tindakan dan dilarang mengambil anak yang tinggal di asrama untuk pulang bermalam.
Selain itu, terdapat kes yang sama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdullah, Jalan Haji Montok, Pekan; Sekolah Kebangsaan (SK) Peramu Jaya, Bandar Baru Peramu Jaya, Pekan dan SK Indera Shahbandar, Jalan kampung Marhum, Pekan turut ditutup mulai 6 April hingga 16 April.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NEW DELHI – Bintang Bollywood Katrina Kaif disahkan dijangkiti Covid-19 dan kini menjalani kuarantin di rumah.
“Saya mengikuti semua protokol keselamatan di bawah nasihat doktor saya. Minta semua kontak saya untuk segera menjalani saringan Covid-19,” kata Katrina dalam catatan media sosial pada Selasa.
Sebelum ini beberapa selebriti lain turut dijangkiti virus itu termasuk aktres Alia Bhatt, pemain kriket Sachin Tendulkar dan pelakon Aamir Khan.
Kes Covid-19 menyaksikan peningkatan di India, industri hiburan dan hub perniagaan Mumbai antara yang paling teruk terjejas,lapor Bernama.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pelakon drama Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan Makcik Petir meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan anaknya, Faizul Hafiz Hashim di akaun sosial Facebooknya.
“Dukacita dimaklumkan Mama saya telah meninggal dunia pada 1.45pagi sebentar tadi.
“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yg beriman,” kata Faizul Hafiz.
Pada tahun 2017, Noryati pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru, lapor ASTRO Awani.
Noryati juga diuji apabila sebelah kakinya terpaksa dipotong kerana menghidap penyakit kencing manis.
Allahyarham terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama lakonannya seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!