KUALA LUMPUR: Pengacara dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan pilihan hatinya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau dikenali sebagai PU Riz.
GAMBAR HIASAN
Bekas pengacara MeleTOP tersebut dijangka akan diijab kabul pada jam 10.30 pagi ini, lapor Astro AWANI.
Majlis pernikahan diadakan secara tertutup disebuah hotel terkemuka di ibu kota.ajlis ini hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PM UCAP TAHNIAH KEPADA BELABAN HIDUP : INFEKSI ZOMBIE
MENANG KATEGORI SERAM DAN SAINS FIKSYEN WORLD FILM CARNIVAL (WFC) SINPAURA 2021
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Mahyuddin Yassin memberi ucapan tahniah kepada pengarah filem, Ray Lee, penerbit kelahiran Sarawak, Misha Minut dan semua pihak yang terlibat dalam penerbitan serta para pelakon atas kemenangan yang mengharumkan nama Malaysia di luar negara.
“Saya ingin berkongsi kegembiraan dan mengucapkan tahniah atas kejayaan filem indie, Belaban Hidup: Infeksi Zombie yang memenangi kategori Seram dan Sains Fiksyen bagi genre filem cereka di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021.
“Kemenangan ini meneruskan kesinambungan kejayaan filem-filem atau terbitan kreatif pemain industri tempatan di peringkat antarabangsa sebelum ini, sekaligus membuktikan negara tidak ketandusan bakat dan penghasil karya hasil seni yang berkualiti antarabangsa,”katanya.
Kata beliau, berasa yakin filem yang menggabungkan elemen seram dan aksi yang mengetengahkan kisah pahlawan Dayak Sarawak ini secara tidak langsung mampu mempromosi Malaysia, khususnya kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa di Sarawak kepada dunia.
“Tahniah kepada pengarah filem, saudara Ray Lee, penerbit kelahiran Sarawak, saudari Misha Minut, semua pihak yang terlibat dalam penerbitan serta para pelakon atas kemenangan ini yang tentunya turut mengharumkan nama Malaysia di luar negara.
“Semoga filem yang dikhabarkan bakal memasuki pawagam pada Ogos depan, moga akan mendapat sambutan daripada peminat-peminat filem tempatan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : Intan Najuwa kembali menjadi perhatian apabila mengakui ikatan pertunangannya dengan Razrul Anwar Rusli sudah berakhir.
Bagaimanapun tiada angin, tiada ribut, nama aktor Zul Ariffin dikaitkan sebagai punca Intan, 24, dan Razrul putus tunang buat kali kedua.
Nyata kelihatan terkejut dengan spekulasi liar netizen, Zul berkata, dia tidak ada kena mengena dengan isu tersebut.
“Saya tak pernah pula dengar cerita begini (Najuwa putus tunang) dalam media sosial.
“Saya selalu sangat dikaitkan dengan macam-macam gosip tetapi untuk kali ini saya tak tahu dan tiada kena mengena.
GAMBAR HIASAN
“Saya ada banyak benda nak buat dan macam taka da kerja lain pula hendak jadi punca.
“Ini bukan kali pertama orang bercakap tentang saya berkaitan isu seperti ini. Sebelum ini, spekulasi tersebut muncul mungkin disebabkan pernah digandingkan bersama dalam drama,” jelasnya ketika ditemui pada majlis tayangan Penunggang Agama di MMCineplex ECurve, Mutiara Damansara pada petang Isnin.
Zul dan Intan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa ketika kedua-duanya bergandingan dalam drama Setelah Ku Dimiliki pada 2019.
Terdahulu berita perpisahan Intan Najuwa dan kekasih Kembali menjadi bualan warganet apabila Intan menjawab soalan peminat di Instagram storynya menerusi ask me question, hari ini tentang mengapa tunangnya sudah tidak kelihatan di media sosial, lapor Sinar Harian.
“Alamak ada lagi soalan ini. Kami sudah lama buat hal masing-masing. Dia dah happy dengan life dia. Saya pun dah happy dengan life saya. Harap selepas ini tiada soalan ini lagi,” tulisnya.
GAMBAR HIASAN
Sementara itu, Intan menerusi akaun Instagram miliknya memaklumkan dia dan bekas tunangnya sudah lama berpisah.
“Saya dan bekas tunang saya sudah lama putus. Dan sebab kami putus tidak ada kena mengena dengan orang ketiga atau apa sahaja,” ujarnya.
Intan dan Razrul pernah bertunang pada 18 Ogos 2018 dan mereka memaklumkan pertunangan tersebut sudah terputus pada Februari tahun lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : BAPA kepada pelawak dan penyanyi, Achey, telah menghembuskan nafas terakhir pada lewat malam Khamis.
Achey menerusi Instagram miliknya, memaklumkan mengenai pemergian bapanya, Hamzah Salam, 85.
“Tiada lagi abah… tapi abah tetap dalam diri kami… Innalillahiwainnailaihirojiun….” tulisnya ringkas.
Achey pada pagi Khamis memaklumkan bapanya ditemui tidak sedarkan diri dan telah dikejarkan ke Hospital Segamat, Johor.
Menerusi temu bual bersama mStar, Achey memaklumkan, pada kebiasaannya bapanya akan tidur selepas Subuh dan bangun untuk bersarapan.
“Selalu selepas Subuh, abah akan sambung tidur dan dalam jam 10 pagi, dia akan bangun untuk bersarapan. Tetapi pagi ini, adik yang ada di kampung memaklumkan abah tidak sedarkan diri.
“Badannya panas tetapi kakinya sejuk. Jadi mereka terus hubungi ambulans dan dia dikejarkan ke Hospital Segamat,” ujarnya.
Bapa Achey dikejarkan ke hospital pada pagi Khamis setelah ditemui tidak sedarkan diri.
Tambah Achey, keadaan kesihatan bapanya mula merosot setelah mengalami kemalangan lima tahun lalu dan bergerak menggunakan kerusi roda.
Pemergian bapa Achey seolah mengulangi detik pilu pada 2019, ketika Achey menyertai Muzikal Lawak Superstar bersama arwah Abam dan Black membentuk kumpulan Botak.
Achey ketika itu mendapat berita duka mengenai pemergian mengejut bapa mertuanya, Yahya akibat sesak nafas.
Kali ini pada Muzikal Lawak Superstar 2 minggu ketujuh yang berlangsung pada Jumaat malam, kumpulan Mashuk yang dianggotai Achey bersama Mark Adam dan Shuk Sahar harus membuat persembahan tanpa Achey.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lagu Gila ciptaan dan lirik ditulis oleh Ezra Kong, Ahmad Ikhwan Lee (Noki) dan Nabilah Hani Azali (Loca B) serta didendangkan oleh Kaka Azraff Noki dan Loca B dinobatkan sebagai juara dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-35 yang disiarkan secara langsung melalui stesen TV3 kelmarin.
Naib juara, lagu Semalam ciptaan dan lirik oleh Nurul Aina Abdul Ghani (Aina Abdul), dinyanyi sendiri oleh pencipta ini, manakala tempat ketiga lagu Belenggu Rindu ciptaan dan lirik oleh Ezra Kong dan Hael Husaini Razmi disampaikan oleh Jamal Abdillah dan Wany Hasrita.
Dua belas lagu finalis itu dijurikan oleh Datuk Mokhzani Ismail (Ketua Juri), Datuk Syafinaz Selamat, Mohd Faizal Maas (Ajai), Helen Yap, Lukhman Abdul Kadir, Hasridz Murshim Hashim (Acis), Rosman Shafie (LY), Edrie Hashim, Mohd Hezry Mohd Hafidz (AG Coco) dan Azhar Abu Bakar (Azmeer).
Ketua juri AJL ke-35, Datuk Mokhzani Ismail berkata, setiap tahun AJL muncul, maka pihak penganjur terus mencari sesuatu kelainan dan perubahan positif dalam industri penghasilan lagu tempatan tetapi masih berpaksi pada kualiti produksi lagu.
Datuk Mokhzani Ismail, ketua juri AJL ke-35.
“Komposer dan penulis lirik menggabungkan kreativiti melodi yang diolah, lirik dan persembahan yang memberi kesan besar kepada penerimaan pendengar dan penonton.
“Keberanian komposer memberikan elemen baharu dengan mengimbangi antara teknikal penciptaan, harmoni dan melodi serta bentuk (form) dalam penciptaan masing-masing tanpa membelakangkan nilai komersil, ” katanya ketika dihubungi.
Katanya, semua lagu mempunyai identiti dan tarikan tersendiri, malah mempunyai mesej melalui lirik yang disampaikan.
“Ada lirik yang sangat dekat dengan kita ketika kita sedang melawan pandemik, kami menghayati bait-bait dalam lirik serta persembahan, maka juri sepakat mengangkat lagu Gila sebagai juara.
Antara barisan juri AJL ke-35, Datuk Mokhzani Ismail (kiri sekali).
“Semua kriteria diambil kira selain melodi dan kreativiti, lirik, gubahan dan impak dalam industri untuk menentukan lagu yang paling layak dinobatkan sebagai juara AJL,” katanya.
Sementara itu, Ernie Zakri dipilih untuk vokal terbaik melalui lagu Gundah, ciptaan dan lirik oleh Sharon Anne Paul Abdullah (Sharon Paul) Ernie Shahirah Zakri(Erni Zakri). Lagu ‘Eh’ dendangan Zizi Kirana dipilih sebagai lagu persembahan terbaik.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
6 FAKTA MENARIK DAN MENGEJUTKAN MENGENAI ICE CREAM
Ice cream terkenal di seluruh dunia sejak dulu lagi. Macam-macam perisa, jenis, bentuk sudah wujud. Harga pun macam-macam, dari murah sampailah sangat mahal.
Ice cream bukan kegemaran kanak-kanak sahaja. Boleh dikatakan semua orang suka ice cream. Kita makan ice cream ni sebenarnya tahu tak asal-usul kewujudan pencuci mulut yang sedap tu? Jom tengok fakta yang best pasal ice cream!
Founder
Kalau zaman sekarang, founder sesuatu produk sangat terkenal. Ada sesetengah tu muka founder jadi model iklan produk sendiri. Tapi ice cream, siapa yang betul-betul tahu penciptanya? Ada banyak cerita pasal ice cream ni.
Salah satunya adalah, Maharaja Nero pada zaman Rom Purba suka makan salji bersama buah dan madu., macam air batu campur (ABC). Beliau akan menghantar seseorang ke gunung untuk ambil salji.
Ada juga yang mengatakan Marco Polo memperkenalkan ice cream di Eropah.
Resepi Awal
Ivan Day merupakan sejarawan makanan, menurut beliau antara bahan yang digunakan untuk membuat ice cream adalah gula, sejenis perisa bernama mace dan ambergris. Ambergris adalah bahan dalam usus sperm whale yang dikeluarkan dalam bentuk muntah. Err, yang ni serious ke?
Pencuci Mulut Mewah
Ice cream pernah menjadi pencuci mulut yang mahal. Hingga akhir tahun 1800, ice cream hanya dinikmati oleh golongan elit, kaya dan berkemampuan sahaja. Kenapa? Sebab bahan yang digunakan perlu diimport dan kos menyimpan ice cream sangat mahal iaitu dalam peti sejuk. Bersyukur sekarang boleh dikatakan setiap rumah ada peti sejuk, boleh makan ice cream hari-hari.
Ice Cream Coklat Atau Vanila
Dua-dua perisa sangat terkenal dan sedap! Ramai yang beranggapan ice cream vanila datang lebih awal dari ice cream coklat kerana perisa vanila berwarna putih atau tanpa warna. Tetapi menurut sejarah, ice cream berperisa coklat adalah kemunculan awal. Tak apalah, mana-mana yang datang dulu janji sedap.
Kon Wafel
Siapa suka makan ice cream dengan kon wafel? Kon wafel dicipta secara tidak sengaja oleh seorang penjual ice cream di World’s Fair, St. Louis, Missouri. Semasa beliau menjual ice cream, kon ice cream sudah kehabisan tetapi permintaan masih banyak. Beliau pergi ke penjual wafel berdekatan, mereka mula mendapat idea bernas menukarkan wafel kepada kon ice cream.
Buah Ice Cream Vanila
Di Hawaii ada buah yang rasa seperti ice cream vanila yang bernama inga feuillei oleh masyarakat tempatan. Eh, teringin pula nak rasa mana tahu lagi sedap.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Selebriti terkenal, Neelofa menjadi bualan netizen selepas menghadiahkan satu set seterika dipercayai berharga RM13,000 kepada kakaknya, Noor Nabila.
Pendedahan itu dilakukan seorang pengguna dengan memuat naik tangkap layar InstaStory Nabila yang mengucapkan terima kasih kepada adiknya atas pemberian hadiah tersebut.
“Tengok Neelofa bagi kakak dia iron (seterika) ni macam best.
“Gigih Google (carian) nak beli juga, sekali tengok harga dia mampu berhuhu je’,” tulisnya.
GAMBAR HIASAN
Entri itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, termasuk mempersoalkan kecanggihan seterika tersebut yang dikatakan memiliki teknologi terkini selain mengambil kira faktor keselamatan.
“Iron (seterika) ni boleh gerak sendiri ke macam mana? Ada wifi ke?
“Bukan dia guna pun nanti, bibik dia yang guna,” komen netizen, lapor KOSMO! Online.
GAMBAR HIASAN
Pada September lalu, dalam perkongsian menerusi YouTubenya, Nabila memaklumkan akan berpindah ke kediaman baharu.
Pemberian seterika mahal tersebut dipercayai merupakan hadiah daripada Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor kepada Nabila untuk kediaman baharunya nanti.
Sementara itu minggu lalu, bekas pengacara program TV itu turut menjadi bualan netizen apabila dikecam mewarnakan kuku jarinya dengan inai yang kelihatan berwarna hitam sekali gus dilabel berhati hitam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kalau sebut Abel Makkonen Tesfaye mesti ramai tak kenal tapi kalau sebut The Weeknd, banyak lagu yang korang dah hafal, kan? Seperti Love Me Harder, Can’t Feel My Face dan banyak lagi.
Penyanyi, penulis lagu dan produser yang berusia 30 berasal dari Toronto, Ontario, Kanada ini membuat kejutan kepada peminat dengan mengubah wajahnya.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Perubahan ketara The Weeknd membuatkan ramai terkejut dan melemparkan pelbagai soalan.
Tapi sebenarnya The Weeknd ubah muka bertujuan untuk gimik muzik videonya (MV) sahaja.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
MV lagu yang bertajuk Save Your Tears sudah ada di YouTube.
Korang boleh tengok, okay?
Perubahan transformasi The Weeknd hanyalah untuk albumnya.
Wakil The Weeknd tidak memberikan apa-apa komen dengan penampilan barunya.
Beliau juga pernah bekerjasama dengan studio kesan solekan, Prosthetic Renaissance.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAGAN DATUK: Keadaan Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 83, semakin pulih selepas menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) pada November, tahun lalu.
Sebelum itu, penyanyi lagu Sirih Pinang dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) selepas mengadu sesak nafas.
Anak keduanya, Ahmad Zaini Muhammad Daud, 50, berkata, bapanya sudah tidak mengalami sesak nafas selepas tiga salur darahnya dimasukkan alat sten dalam pembedahan berkenaan.
“Keadaan kesihatan ayah semakin baik selepas menjalani pembedahan. Beliau juga sudah tidak sesak nafas dan tercungap-cungap lagi.
“Selera makan pun okay, cuma biasalah orang tua, ada kala selera makan turun naik,” katanya ketika dihubungi BH Online.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Menurutnya, bapanya kini banyak menghabiskan masa dengan berehat dan beribadah di rumah.
“Ayah lebih suka berehat di rumah selepas menjalani pembedahan, apatah dalam situasi pandemik COVID-19,” katanya.
M Daud atau nama sebenarnya, Muhammad Daud Kilau yang turut dikenali dengan lagu Cek Mek Molek dan Gila Judi berdepan masalah kesihatan, sejak lima tahun lalu.
Beliau yang mempunyai penyakit kencing manis kini tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang sakit, selain jantung tidak stabil dan kurang daya pendengaran.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Serbuan ke kediaman usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, telah dilakukan pihak berkuasa semalam bagaimanapun usahawan tersebut gagal ditemui.
Menurut sumber, serbuan telah dilakukan sekitar pukul 9 malam di kediaman usahawan itu di Seksyen 10, Kota Damansara.
“Ketika serbuan, hanya terdapat beberapa individu termasuk bapanya, Kamaruz Zaman Harun, 68, pembantu rumah dan dua kanak-kanak disyaki anak angkatnya dalam kediaman berkenaan.
“Pemeriksaan lanjut telah dilakukan di seluruh kediaman itu bagaimanapun Nur Sajat gagal dijumpai,” ujarnya kepada Kosmo! hari ini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan Nur Sajat seolah-olah memerli Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) apabila memberitahu masih tiada orang mengetuk pintu rumah untuk menangkapnya.
Perbuatan itu dilakukan selepas JAIS memaklumkan sedang memburu Sajat selepas waran tangkap kepadanya dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah pada Selasa lalu.
Pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah di hadapan Mohammad Khalid atas pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan Agama Islam dipandang hina dalam majlis bacaan Yassin dan solat hajat.
Kesalahan itu dilakukan di Nursajat Beauticion, Seksyen 16 di sini pada pukul 7.30 malam, 23 Februari lalu.
Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 10 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor ) 1995.
Nur Sajat kemudiannya dibenarkan ikat jamin RM3,000.
Sementara itu, hasil tinjauan Kosmo! di laman Instagram milik Nur Sajat juga gagal ditemui dan dipercayai telah dinyah aktifkan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!