Pak Andak berusia 61 tahun yang dikenali melalui drama bersiri Tujuh Hari Mencintaiku 2 meninggal dunia di kediamannya di Presint 9, Putrajaya pada jam 2.30 pagi, hari ini.
Pelakon veteran Mohd Idris Mat Diah didapati tidak sedarkan diri oleh anaknya Alia kira-kira jam 2 pagi sebelum menghubungi ambulans.
Pak andak atau Mohd Idris Mat Diah meninggal pada jam 2.30 pagi, hari ini.
Pasukan perubatan yang tiba kemudian mengesahkan Idris meninggal dunia jam 2.30 pagi. Jenazah Idris disolatkan di Masjid Al-Faizin, Kepong, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, petang ini.
Idris merupakan antara pelakon veteran yang cukup disegani dengan peranan bapa dan datuk dan memainkan watak dalam drama Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir dan Zahir Tak Terucap. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bakat muda, Dilla Razak, bakal menyengat dalam arena seni suara tanah air serta berhasrat membariskan dirinya bersama penyanyi tersohor negara tidak lama lagi dengan kemunculan singlenya berjudul Cahaya Rindu.
Dilla mempersembahkan lagu Cahaya Rindu
Dilla Razak, 19 tahun, nama penuhnya Nurfadillah Abdul Razak, pada awalnya berkecimpung dalam bidang teater muzikal dan kerap mendendangkan lagu-lagu berbentuk syair, gurindam, nazam termasuk irama Malaysia, mula dikesan oleh Mohd Azizul Nazim.
Penyanyi kelahiran negeri Pahang itu menyanyikan lagu ciptaan Gee dan lirik ditulis oleh Jay yang juga anak jati Temerloh dengan menerbitkan single Cahaya Rindu genre balad.
Mohd Azizul yang bertindak sebagai penghubung kepada penyanyi muda ini menyatakan Dilla sangat berbakat dan sentiasa kerjasama dan berusaha keras untuk meningkatkan mutu vokalnya serta mampu membawa lagu pelbagai genre.
Mohd Azizul Nazim (kiri) bersama Dilla
“Kebolehannya membawa lagu syair,gurindam, puisi, nazam dan irama Malaysia dengan lenggok dan patah lagu yang dianggap sukar bagi generasi muda, tetapi Dilla mampu membawa dengan baik.
“Dari sudut berinteraksi dengan penonton dengan yakin serta tutur kata yang baik, menggambarkan Dilla bersedia untuk berada di peringkat tinggi dan yakin mengharungi persada seni tanah air ,” katanya.
Sementara itu, Dilla Razak anak keempat daripada enam beradik bersedia memberi sepenuh tumpuan dalam bidang nyanyian yang sudah sebati dengan dirinya semenjak di sekolah rendah dengan menyertai pelbagai persembahan berbentuk nyanyian dan teater.
Katanya, semasa sekolah menengah dia meneruskan minatnya dengan mengambil bahagian dalam bidang puisi dan syair yang diminatinya serta sentiasa menerima undangan di majlis makan malam dan program rasmi dengan lagu-lagu lama (oldies) , irama Malaysia serta lagu masa ini.
“Saya mula berjinak dengan teater muzikal selepas peperiksaan SPM secara aktif, saya kerap diberi peranan untuk menyanyikan lagu syair, puisi , gurindam dan nazam selain irama Malaysia, dari situ saya berasa yakin untuk meneruskan karier sebagai penyanyi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Peserta Big Stage, Sandra Dianne meninggal dunia susulan terbabit dalam kemalangan semasa dalam perjalanan untuk menghadiri raptai pada 5 September lalu, di Hospital Putrajaya, pagi ini.
Alessandra Dianne Ampuria , 26 tahun, merupakan seorang penyanyi dan penulis yang popular dengan lagu “Hey Kau! merupakan salah seorang daripada 12 peserta Big Stage Musim Ketiga yang bersiaran melalui Astro Ria.
Allahyarham yang berasal dari Tuaran, Sabah dalam keadaan kritikal selepas enam hari bertarung nyawa susulan kemalangan itu.
#sahih
#yangpastisahih
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan tuntutan faraid yang ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam di sini, hari ini.
Nor Hidayah, 28, memberitahu, pembahagian faraid itu merangkumi rumah, kereta, wang tunai dan barang peribadi peninggalan Allahyarham suaminya.
“Alhamdulillah, urusan faraid dapat diselesaikan. Saya sangat berpuas hati dengan keputusannya. Pihak sebelah sana juga akan mendapat bahagian mereka.
“Antara harta yang difaraidkan adalah rumah, kereta, wang tunai dan barangan peribadi arwah seperti jam tangan, kamera dan telefon.
“Walaupun pihak di sebelah sana tidak hadir, namun, ia tidak mengganggu proses mahkamah kerana semua bahagian (faraid) sudah ditetapkan,” katanya kepada pemberita sebaik selesai prosiding tuntutan faraid dan hadanah (hak penjagaan anak) di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini.
Prosiding itu dikendalikan secara tertutup.
Mengulas ketidakhadiran ibu mentua, Sabariah Arshad untuk hadir ke mahkamah berhubung kes tuntutan hak penjagaan anak, Nor Hidayah berkata, mahkamah menetapkan Oktober depan sebagai tarikh baharu.
“Saya harap pihak di sana dapat hadir ke mahkamah Oktober nanti,” katanya.
Mengenai wang RM10,000 yang dikeluarkan daripada akaun arwah suami seperti didakwa bekas adik ipar, pelawak Ali Puteh, Nor Hidayah mengaku melakukannya.
Namun, Nor Hidayah menafikan menggunakan wang itu untuk kegunaan peribadi.
“Saya ada mengambil wang RM10,000 tetapi saya masukkan ke dalam akaun anak saya. Saya tidak gunakan sesen pun,” katanya.
Mengulas spekulasi konon kereta mewah peninggalan Abam ditarik, Nor Hidayah menafikannya.
“Kereta masih ada… Dakwaan yang mengatakan kereta itu ditarik tidak benar. Tetapi, saya tidak mahu komen lebih-lebih,” katanya.
Sebelum ini, Nor Hidayah bersama dua peguam mengadakan sidang media tergempar di sini, bagi menjelaskan dakwaan dia membuat tuntutan saman terhadap bekas ibu mentuanya itu.
Peguam Mohamed Ibrahim Mohamad menjelaskan, pihaknya menafikan dakwaan itu dan menegaskan Sabariah yang memfailkan saman terhadap Nor Hidayah, Julai lalu.
Sebelum ini, menerusi siaran langsung di Facebook (FB) sebuah portal berita, Ali Puteh atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menunjukkan surat saman yang dihantar peguam Nor Hidayah kepada ibunya.
Menjelaskan mengenai surat saman yang dinyatakan Ali Puteh, peguam syariah Fadhlina Siddiq menjelaskan, nama Sabariah turut tersenarai dalam tuntutan berkenaan sebagai pengesahan waris.
#sahih
#yangpastisahih
Sumber- New Straits Times Press (M) Bhd
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!