LOS ANGELES: Legenda Rock, Eddie Van Halen, 65, meninggal dunia akibat kanser, pada Selasa.
Perkara itu diumumkan oleh anaknya, Wolf Van Halen, menerusi Twitter.
“Saya tidak percaya menulis ini tetapi bapa saya, Edward Lodewijk Van Halen meninggal dunia selepas lama bertarung dengan kanser, pagi ini,” tulisnya.
“Dia adalah bapa terbaik. Setiap momen yang kami kongsi dengannya sama ada di pentas atau di luar pentas adalah yang terbaik.
“Hati saya sedih dan tidak mungkin akan luka ini akan pulih. Saya sayangkan kamu,,” katanya lagi.
Dilahirkan di Belanda dan dibesarkan di California, Van Halen mengasaskan kumpulan rock dengan abangnya, Alex pada 1970-an sebelum popular.
Menjadi antara kumpulan paling berpengaruh di Amerika Syarikat (AS), kumpulan itu terkenal dengan pelbagai lagu seperti Jump, Panama, Runnin’ with the Devil dan gitar solo, Eruption.
Van Halen sudah menjual lebih daripada 75 juta album dan mempunyai lagu popular tempat pertama terbanyak dalam carta lagu rock di AS.
Eddie Van Halen meninggalkan balu iaitu isteri keduanya, Janie Liszewski dan seorang anak lelaki.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Azzam Sham membawa pulang hadiah RM100,000 bersama trofi setelah dinobatkan sebagai juara BigStage 2020 dengan menewaskan empat peserta lain yang disiarkan secara langsung oleh Astro dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam ini.
Tempat kedua diraih oleh Usop, nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor yang memenangi hadiah bernilai RM 50,000 dan ketiga dimenangi oleh Qody Rany bernilai RM 25,000.
Azzam yang membawa dua buah lagu iaitu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza serta Granede .
Manakala tempat ke-4 pula dimenangi Didie Rashid memenangi RM 10,000 dan tempat kelima diraih oleh Fadh Majid yang menerima hadiah bernilai RM 5,000.
Program realiti musim ketiga itu dikendalikan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama disiarkan melalui Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Sementara itu, Usop memohon maaf secara terbuka selepas menamatkan nyanyian keduanya dengan gurauan menegur bentuk badan Sherry Al Hadad yang dianggap tidak sepatutnya oleh netizen di pentas akhir itu.
Sumber: ASTRO
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, selepas dipercayai terbabit dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air dijalankan mereka.
Difahamkan, pasangan selebriti itu hadir tengah hari tadi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk diambil keterangan membabitkan kes tersebut.
Menurut sumber, setakat ini, siasatan masih dijalankan namun penglibatan pasangan selebriti tersebut tidak dapat dipastikan.
Jelasnya, selain mereka, beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil.
“Masih tidak dapat pastikan sama ada mereka akan ditahan atau pun tidak memandangkan proses merakam keterangan masih berjalan,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.
Namun pasangan selebriti ini gagal dihubungi untuk mengesahkan perkara itu.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAGAN DATUK: Kalau sudah namanya seniman, dalam apa situasi sekalipun, kecintaan pada seni tidak pernah pudar.
Apatah lagi selepas lebih lima dekad berjuang di pentas menghiburkan masyarakat, rutin itu bagaikan terapi buat anak seni seperti seniman terbilang negara, Datuk M Daud Kilau.
Namun, kegemilangan dan kemasyhuran yang pernah dijulang beliau dahulu, kini semuanya bagaikan tiada erti lagi buatnya.
Sinonim dengan gelaran Raja Gelek Malaysia, kehidupan M Daud Kilau yang selesa satu ketika dulu, kini sudah berbeza.
Seiring dengan usianya yang sudah mencecah 82 tahun, kudrat anak jati kelahiran Bagan Datuk, Perak ini semakin terbatas.
Keadaan kesihatannya semakin uzur sejak 2016 selepas mengidap komplikasi buang air kecil.
Sejak itu, beliau terus diduga dengan ujian penyakit-penyakit lain seperti kencing manis, kebas tangan dan kaki selain sakit pinggang, keadaan jantung yang tidak stabil.
Bahkan, pendengaran sebelah telingannya juga sudah semakin merosot dan sekiranya mahu ke biik air, Daud perlu dipapah ahli keluarganya.
“Hendak berjalan pun sudah tidak lalu (larat) sangat… solat juga atas bangku. Saya bergantung dengan ubat… dua tiga bulan sekali akan ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk untuk pemeriksaan kesihatan.
“Saya kini banyak menghabiskan masa dan sisa hidup mencari saham akhirat,” katanya kepada sekumpulan wartawan yang menziarahi beliau di kediamannya di Kampung Sungai Balai Baruh, dekat sini, pada Rabu.
M Daud Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau yang terkenal dengan lagu Cek Mek Molek itu tinggal bersama isterinya, Datin Rohani Awang Ngah, 63, dan seorang anak lelaki.
Sekalipun, sedang melalui kehidupan yang serba mencabar, namun, jauh di sudut hati, M Daud tidak pernah melupakan peminat-peminat yang selama ini menjadi tunggak kejayaannya dalam gelanggang seni.
“Saya doakan semua (peminat) panjang umur dan murah rezeki… doakan juga Daud Kilau lekas baik.
“Kalau tak baik tidak apa (tapi) kalau saya pergi doakan selamat pergi dan sedekahkan Al-Fatihah,” kata pengibur legenda tanah air itu.
Terdahulu, dalam pertemuan yang sama, seniman sepanjang zaman itu menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin.
M Daud Kilau turut menerima bantuan awal daripada kerajaan negeri yang disampaikan oleh Mohd Akmal.
Menurut Mohd Akmal, kerajaan negeri melalui agensi berkaitan akan melihat bantuan yang bersesuaian untuk penyanyi veteran itu.
Sumber: ASTRO Awani
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Seorang guru muncul juara dengan mempertaruhkan lagu Sehati Sejiwa dalam Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik , sempena Sambutan Hari Malaysia 2020 yang dianjurkan oleh Majlis Kebudayaan Daerah Jerantut yang diadakan secara atas talian.
Tempat kedua disandang oleh Mohd Sidek Mohd Hen membawa lagu Bahtera Merdeka dan ketiga jatuh kepada Mohd Azimus Mohd Amran.
Manakala ketegori kanak-kanak, juara digondol oleh Nayli Arissa Mohd Raihan (8 tahun), tempat kedua diraih oleh Shahrir Zafran Mohd Saidi (10 tahun) dan tempat ketiga disandang oleh Nur Arisya Azzahra Aminuddin (12 tahun).
Sebanyak 25 penyertaan diterima melalui aplikasi whasapp dan telegram untuk menyertai pertandingan itu yang bermula pada 25 Ogos dan tamat pada 15 September yang terbahagi kepada dua kategori dewasa dan kanak-kanak. Semua pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: “Secara jujur, tiada berita daripada Amy, setakat ini,” demikian luahan pemain bass kumpulan Search, Nasir Daud mengulas hubungan dengan bekas vokalis, Amy yang mengumumkan pengunduran diri daripada kumpulan legenda itu pada Mac lalu.
“Saya ada menghubungi Amy sekali, tetapi tidak berjawab selepas pengumuman pengunduran diri, tetapi anggota Seach lain tiada menghubunginya.
“Bukan kami bermusuhan, tetapi Amy memilih untuk menyepikan diri. Mungkin Amy belum bersedia mahu bercakap.
“Kami tidak mahu bermusuh dengan Amy, jadi walaupun tanpanya, kami tetap meneruskan Search kerana ini adalah kerjaya kami. Search perlu terus berjalan ke hadapan memperjuangkan rock Melayu,” katanya kepada BH Online.
Selain Nasir, Search turut dianggotai Din dan adiknya, Kid.
Nasir berkata, selagi berdaya, mereka akan meneruskan legasi Search dan akan memastikan kumpulan itu tetap melangkah tanpa noktah.
“Setakat ini, apa yang semua nampak, saya, Din dan Kid masih meneruskan perjuangan Search. Kami bertiga adalah tiang, tunggak dan sendi kepada Search.
“Bunyian Search ada pada tiga orang ini. Search bukan hak milik seseorang, ia mewakili satu kumpulan yang semuanya memberi sumbangan kepada kumpulan ini hingga hari ini.
“Jadi, tidak pernah timbul persoalan Search hilang daripada radar. Kami akan meneruskan tanpa noktah dengan bantuan rakan seperti Datuk Awie menerusi Konsert Cinta Buatan Malaysia,” katanya.
Bagaimanapun, Nasir menafikan Awie adalah pengganti Amy.
Katanya, Awie hanyalah mengisi kekosongan bagi projek bersama Imaginex dan HS Shazlicious itu.
“Awie mempunyai banyak komitmen lain yang perlu dijaga, jadi dia hanyalah sebagai pengisi kekosongan dan ruang yang diperlukan.
“Beliau memang baik hati dan mahu membantu Search selagi kami memerlukannya.
“Saya rasa kami saling memerlukan dan membantu. Lagipun, tak ramai mempunyai bakat seperti Awie sebab bentuk lagu Search berbeza, tak ramai yang mampu menyampaikannya dengan baik,” katanya.
Nasir berkata, ramai yang bertanya sama ada Search mahu mencari pengganti Amy atau sebaliknya.
“Bukan tak mahu mencari, kami juga mahukan seorang penyanyi, tetapi setakat ini, tiada. Nak jadi seperti Amy atau Awie memakan masa dua hingga tiga dekad, jadi tak mudah untuk mencari penyanyi yang boleh membuatkan Search terus hidup,” katanya yang ditemui pada sidang media Konsert Cinta Buatan Malaysia Search dan Awie di Bukit Kiara Equestrian, semalam.
Pada 1998, Awie pernah tampil bersama Search untuk projek istimewa berjudul Bikin Wilayah. Gabungan itu memenangi kategori Album Rock Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) pada 1999.
Kini selepas 22 tahun, Awie kembali bersama Search menerusi Konsert Cinta Buatan Malaysia Search dan Awie yang dijadualkan pada 12 Disember depan di Stadium Melawati, Shah Alam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Ketandusan filem berunsur kenegaraan mendorong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) memberi tumpuan terhadap usaha memartabatkan filem bergenre mengangkat kisah sejarah dan ikonik.
FINAS akan membuka permohonan dana filem kenegaraan bermula 15 Oktober depan bagi menambah kandungan berunsur kenegaraan.
Tidak terhad kepada jalan cerita berkisar sejarah kenegaraan, permohonan juga dibuka kepada penggiat seni yang berminat menghasilkan kisah tokoh sukan mahupun pemuzik tanah air.
Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid berkata, idea berkenaan bagi menggalakkan lebih banyak penghasilan filem berunsur kenegaraan. Ia adalah cetusan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.
“Penghasilan filem berunsur kenegaraan salah satu khidmat untuk negara. Kemungkinan akan mempertimbangkan untuk dijadikan bahan tontonan di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi sekiranya sesuai untuk golongan muda.
“Bagaimanapun, penghasilan filem kenegaraan yang dihasilkan perlulah berasaskan fakta, bukannya fiksyen. Jika kisah menarik dan boleh dijadikan rujukan, Saifuddin juga mencadangkan untuk membawa filem ke peringkat antarabangsa melalui kedutaan luar negara, tetapi bukan untuk tujuan komersial.
“Saifuddin ingin mengikut jejak langkah dan inisiatif dilakukan kerajaan Libya terhadap filem epik perang, Lion of the Desert pada 1981 yang menampilkan tokoh bernama Omar Mukhtar. Filem berkenaan bukan sahaja dijadikan silibus pembelajaran di sekolah, tetapi berjaya ditayangkan di luar negara melalui kedutaan Amerika Syarikat,” katanya kepada BH Online.
FINAS mahu ikut jejak langkah kerajaan Libya terhadap filem epik perang, Lion of the Desert pada 1981 yang bukan sahaja dijadikan silibus pembelajaran di sekolah, tetapi berjaya ditayangkan di luar negara.
FINAS mahu ikut jejak langkah kerajaan Libya terhadap filem epik perang Lion of the Desert pada 1981 yang bukan sahaja dijadikan silibus pembelajaran di sekolah, tetapi berjaya ditayangkan di luar negara.
Zakaria berkata, FINAS tidak meletakkan sasaran permohonan, sebaliknya penggiat seni yang memiliki idea, layak untuk memohon dan mereka yang berjaya akan dipanggil untuk ke sesi pitching.
Bagaimanapun, katanya, bagi mengelakkan dana yang dikeluarkan digunakan sewenang-wenangnya dan mengelakkan filem daripada terbengkalai, FINAS lebih tegas dalam soal pemilihan kali ini.
“FINAS tidak mempunyai sasaran berapa banyak filem kenegaraan yang akan dikeluarkan dalam tempoh setahun. Pada peringkat permulaan, kami mensasarkan lima naskhah sahaja.
“Jika ada banyak naskhah yang bagus, FINAS sanggup mengeluarkan dana. Bagaimanapun, peruntukan dana masih belum ditetapkan kerana ia berdasarkan cadangan kertas kerja yang dihantar.
“FINAS faham, bajet menghasilkan filem berunsur kenegaraan memerlukan perbelanjaan besar kerana membabitkan kajian, props dan sebagainya,” katanya.
Katanya, FINAS mensasarkan filem kenegaraan pertama menerusi inisiatif ini akan menemui penonton selewat-lewatnya penghujung tahun hadapan apabila permohonan dibuka pada Oktober ini.
“Sekiranya berjaya disiapkan lebih awal, kami mensasarkan paling awal akan menemui penonton pada bulan kemerdekaan.
“Bagaimanapun, FINAS tidak akan lepas tangan sepenuhnya kepada produksi, sebaliknya sentiasa memantau perkembangan terkini penghasilan filem berkenaan. Kami tidak mahu insiden lama yang berlaku kepada FINAS berlaku lagi,” katanya.
Zakaria berkata, sebelum ini, terdapat beberapa filem berunsur kenegaraan yang tergantung dan gagal disiapkan, malah ada yang menghasilkan filem ‘asal boleh’.
Katanya, FINAS akan menyediakan panel pemantau yang bukan sahaja melakukan pemantauan mengenai jalan cerita, malah perjalanan penggambaran bagi mengelakkan kesilapan sama berulang.
“FINAS melantik panel pemantau bagi mengelakkan filem tidak siap dan cincai. Mereka terdiri daripada penggiat industri dan ahli akademik supaya naskhah yang dihasilkan menepati piawaian.
“Selain itu, ia juga bagi memastikan filem yang dihasilkan siap pada waktu yang ditetapkan dan tidak terbengkalai, memandangkan FINAS mengeluarkan dana yang besar. Jadi, kami tidak mahu mensia-siakan modal yang dikeluarkan sekiranya filem tidak siap,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
AZADAN RABBANI DIRAWAT AKIBAT DARAH TINGGI, JANTUNG TERSUMBAT
KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid popular Rabbani, Azadan Abdul Aziz, 47, yang mengalami masalah saluran jantung tersumbat dimasukkan ke Hospital Selayang selepas tekanan darahnya meningkat, semalam.
Anaknya, Mohd Izwan Izzuddin atau Izwan, 23, berkata, bapanya kini stabil cuma tekanan darahnya masih tinggi dan kini di bawah pemerhatian doktor.
“Tekanan darah ayah masih turun dan naik. Risau apabila tekanan darah tinggi kerana kita tahu perkara ini permulaan pelbagai penyakit.
“Dan terbaharu, doktor mendapati ayah ada masalah jantung di mana saluran tersumbat selepas menjalankan ECG atau ujian ultrasound (echocardiogram).
“Disebabkan itu, ayah perlu ditahan di wad untuk pemerhatian. Sebelum ini, ayah tidak pernah mempunyai masalah jantung, tetapi mungkin perkara ini adalah satu hikmah untuk ayah berehat selepas kuat bekerja,”
Izwan memohon orang ramai mendoakan bapanya yang ditahan di wad, sejak tengah hari semalam cepat sembuh.
“Doakan ayah. Dia jarang macam ini, orang yang kenal ayah tahu bahawa dia bukanlah seorang yang lemah. Dia sangat kuat dan saya percaya ayah akan segera sembuh,” kata anak sulung dari empat beradik itu.
Sementara itu, Azadan menerusi aplikasi Whatsapp memberitahu, dirinya dalam keadaan baik dan berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Insya-Allah, saya sudah stabil, tetapi sekarang masih ditahan di wad lagi.
“Mulanya, saya pergi ke klinik kerajaan untuk periksa mata sebelah kanan, kemudian doktor mengatakan tekanan darah saya tinggi.
“Jadi, doktor menyuruh saya terus ke wad kecemasan Hospital Selayang. Saya terus kena tahan sampai sahaja ke wad kecemasan,” katanya.
tamat
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pak Andak berusia 61 tahun yang dikenali melalui drama bersiri Tujuh Hari Mencintaiku 2 meninggal dunia di kediamannya di Presint 9, Putrajaya pada jam 2.30 pagi, hari ini.
Pelakon veteran Mohd Idris Mat Diah didapati tidak sedarkan diri oleh anaknya Alia kira-kira jam 2 pagi sebelum menghubungi ambulans.
Pasukan perubatan yang tiba kemudian mengesahkan Idris meninggal dunia jam 2.30 pagi. Jenazah Idris disolatkan di Masjid Al-Faizin, Kepong, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, petang ini.
Idris merupakan antara pelakon veteran yang cukup disegani dengan peranan bapa dan datuk dan memainkan watak dalam drama Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir dan Zahir Tak Terucap. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bakat muda, Dilla Razak, bakal menyengat dalam arena seni suara tanah air serta berhasrat membariskan dirinya bersama penyanyi tersohor negara tidak lama lagi dengan kemunculan singlenya berjudul Cahaya Rindu.
Dilla Razak, 19 tahun, nama penuhnya Nurfadillah Abdul Razak, pada awalnya berkecimpung dalam bidang teater muzikal dan kerap mendendangkan lagu-lagu berbentuk syair, gurindam, nazam termasuk irama Malaysia, mula dikesan oleh Mohd Azizul Nazim.
Penyanyi kelahiran negeri Pahang itu menyanyikan lagu ciptaan Gee dan lirik ditulis oleh Jay yang juga anak jati Temerloh dengan menerbitkan single Cahaya Rindu genre balad.
Mohd Azizul yang bertindak sebagai penghubung kepada penyanyi muda ini menyatakan Dilla sangat berbakat dan sentiasa kerjasama dan berusaha keras untuk meningkatkan mutu vokalnya serta mampu membawa lagu pelbagai genre.
“Kebolehannya membawa lagu syair,gurindam, puisi, nazam dan irama Malaysia dengan lenggok dan patah lagu yang dianggap sukar bagi generasi muda, tetapi Dilla mampu membawa dengan baik.
“Dari sudut berinteraksi dengan penonton dengan yakin serta tutur kata yang baik, menggambarkan Dilla bersedia untuk berada di peringkat tinggi dan yakin mengharungi persada seni tanah air ,” katanya.
Sementara itu, Dilla Razak anak keempat daripada enam beradik bersedia memberi sepenuh tumpuan dalam bidang nyanyian yang sudah sebati dengan dirinya semenjak di sekolah rendah dengan menyertai pelbagai persembahan berbentuk nyanyian dan teater.
Katanya, semasa sekolah menengah dia meneruskan minatnya dengan mengambil bahagian dalam bidang puisi dan syair yang diminatinya serta sentiasa menerima undangan di majlis makan malam dan program rasmi dengan lagu-lagu lama (oldies) , irama Malaysia serta lagu masa ini.
“Saya mula berjinak dengan teater muzikal selepas peperiksaan SPM secara aktif, saya kerap diberi peranan untuk menyanyikan lagu syair, puisi , gurindam dan nazam selain irama Malaysia, dari situ saya berasa yakin untuk meneruskan karier sebagai penyanyi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!