KLANG: Seorang lelaki warga Kemboja dan empat sekeluarga rentung dalam kebakaran membabitkan lima buah rumah di Kampung Delek Kanan di sini, awal pagi tadi.
Memetik laporan SinarHarian, Pengarah Bomba Selangor, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Norazam Khamis berkata, panggilan kecemasan diterima pihaknya pada jam 3.56 pagi.
“Seramai 34 anggota dan pegawai bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Pelabuhan Klang dan Andalas bergegas ke lokasi kejadian.
“Mayat lelaki warga Kemboja di sebuah rumah manakala empat sekeluarga termasuk seorang wanita Kemboja dan seorang kanak-kanak lelaki ditemukan di sebuah rumah lagi,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurutnya, sederet rumah setingkat berkeluasan 100 x 20 kaki persegi itu musnah 90 peratus.
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.20 pagi dan kerja-kerja pemadaman dilakukan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH : Empat buah kenderaan hampir rentung dalam satu kejadian kebakaran di sebuah rumah di Kampung Batu 5, Jalan Maran, Temerloh, awal pagi ini.
Ketua Balai Bomba Bukit Angin, Hashnuddin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.38 pagi dan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati telah berlaku kebakaran melibatkan empat buah kenderaan yang diletakkan di garaj bersebelahan sebuah rumah kediaman.
“Api sempat dipadamkan oleh penghuni rumah itu dengan menggunakan 2 aliran paip getah dan baldi berisi air bagi mengawal kebakaran dari terus marak.
“ Anggota bomba melakukan pemeriksaan menyeluruh di sekitar kawasan dan kenderaan terbakar bagi memastikan tiada lagi punca atau unsur yang boleh menyebabkan kebakaran berulang,” katanya.
Katanya, mujur kebakaran hanya melibatkan kenderaan dan tidak merebak pada bahagian dinding rumah terdekat serta tiada berlaku kemalangan jiwa. Punca kejadian masih dalam siasatan
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA: Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Taman Malim Jaya di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata mayat Lai Hee Miow ditemui di bahagian hadapan tempat duduk penumpang kereta Proton Iswara dalam kebakaran kira-kira jam 2.30 petang.
Beliau berkata kereta yang didaftarkan atas nama anak mangsa diparkir di tepi selekoh di taman itu, dalam jarak selang sebuah rumah dari rumah mangsa.
“Sebelum kejadian, anak perempuan mangsa pulang ke rumah dan melihat mangsa berada di bahagian hadapan tempat duduk penumpang dalam keadaan gembira kira-kira jam 1.45 tengah hari tadi.
“Namun 45 minit kemudian, ahli keluarga mangsa yang berada di dalam rumah mendengar suara jiran taman menjerit menyatakan kebakaran berlaku sebelum mereka keluar dari rumah dan mendapati jiran sedang memadam kereta yang terbakar itu,” katanya dalam satu kenyataan dilaporkan Bernama, malam ini.
Mengulas lanjut, Afzanizar berkata tiada saksi melihat punca kebakaran dan insiden disedari jiran mangsa ketika api sedang marak dari dalam kereta sebelum cuba memadamkannya.
Beliau berkata menurut ahli keluarga mangsa yang berusia 65 tahun itu hanya duduk di rumah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.
Katanya mangsa sebelum itu pernah mendapat rawatan mental di Hospital Pantai sejak 2017 hingga sekarang dan kali terakhir lelaki itu sepatutnya mendapat pemeriksaan mental pada Jun tetapi enggan berbuat demikian serta tidak mengambil ubat yang diberikan doktor.
“Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba dan hasil siasatan awal dapati tiada unsur jenayah atau perbuatan khianat ke atas kebakaran yang berlaku,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres setingkat di Jalan Helang Belalang 2, Kepong Baru, di sini, malam tadi.
Mangsa berusia 74 tahun itu yang dipercayai menghidap penyakit angin ahmar, disahkan meninggal dunia akibat melecur teruk.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 8.39 malam.
Susulan itu, katanya, seramai 35 anggota bersama lapan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, BBP Pantai, BBP Sentul serta BBP Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setiba di lokasi berkenaan, anggota mendapati ada seorang mangsa terperangkap di dalam sebuah rumah teres yang terbakar.
“Anggota segera bertindak memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa.
“Rumah itu terbakar 80 peratus, manakala mangsa melecur 100 peratus. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, Unit Anjing Pengesan (K9) turut dikerahkan ke lokasi bagi mengenal pasti punca kebakaran berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Kerana kasihkan adiknya yang terperangkap dalam kebakaran kediaman mereka, seorang remaja lembam sanggup meredah api bagi menyelamatkan adiknya itu.
Tindakan Nuraina Erieka Abdullah, 13 tahun yang dilahirkan lembam sangat membanggakan ahli keluarganya.
Bapanya, Wan Ahmad Faiz Wan Shamsudin, 38, berkata walaupun Nuraina Erieka tidak sempurna seperti kanak-kanak lain, namun dia boleh diharap untuk menjaga adiknya ketika dia dan isteri keluar bekerja.
Menurutnya, dalam kejadian kebakaran rumah sewanya di Flat Taman Anggerik Desa Jalan Beserah, 9.30 malam Rabu lalu, Nuraina Erieka berjaya membawa keluar adiknya berusia setahun tiga bulan yang terperangkap dalam bilik.
“Ketika kebakaran, saya dan isteri Nur Zalina Mohd Fauzi, 38, ke rumah ibunya yang terletak kira-kira 500 meter daripada rumah dan ketika itu, anak bongsu tidur dalam bilik.
“Saya difahamkan Nuraina Erieka yang turun menyelamatkan diri, sebelum naik semula ke rumah kami di tingkat tiga untuk menyelamatkan adik bongsunya yang berada dalam bilik tidur.
“Nuraina Erieka bertindak berani meredah asap tebal dan bahang api bagi menyelamatkan adiknya… keberaniannya yang ditunjukkan membanggakan kami sekeluarga,” katanya ditemui BH di sini, semalam.
Wan Ahmad Faiz berkata, sekiranya Nuraina Erieka tidak segera menyelamatkan adiknya kemungkinan kejadian buruk berlaku disebabkan asap tebal memenuhi dalam rumah ketika itu.
Sementara itu, Nur Zalina terharu setiap kali teringatkan kesungguhan anak sulungnya yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semambu, di sini meredah asap tebal semata-mata untuk menyelamatkan adiknya.
“Kebakaran berpunca daripada kebocoran paip dapur gas, api cepat merebak menyambar dinding dan siling. Kejadian berkenaan menyebabkan saya sekeluarga terpaksa menumpang inap desa seorang individu yang prihatin.
“Dengan pendapatan tidak seberapa sebagai peniaga jagung, saya buntu memikirkan sampai bila kami sekeluarga terpaksa menumpang,” katanya yang lebih tiga tahun menyewa di rumah berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Sebuah rumah termasuk dua buah motosikal hangus dijilat api di Kampong Paya Rajin dalam kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira jam 6.55 petang, hari ini
Kejadian berlaku ketika hujan lebat disusuli guruh dan kilat. Rumah mangsa yang dikenali Pok Soh Mandur terbakar dengan pantas.
Walau bagaimana, semua ahli keluarga rumah itu selamat. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Stor menyimpan fail di Tingkat Empat, Hospital Kuala Lumpur terbakar malam tadi sehingga menyebabkan beberapa pesakit terpaksa dipindahkan ke kawasan lapang.
Komander Operasi Kanan PBK II Hamzah Mohd Isa, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.07 malam dan bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, serta pasukan forensik dengan kekuatan lapan anggota.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan stor yang menyimpan fail berkeluasan 8 x 12 kaki persegi.
“Kemusnahan dianggarkan 10 peratus namun tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal kira-kira jam 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati beberapa pesakit dipindahkan ke kawasan lapang bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.
Sehingga jam 1.10 pagi ini, pesakit sudah kembali ke wad masing-masing, selepas pasukan Bomba dan Penyelamat selesai menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BELURAN: Rumah calon BEBAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, musnah dalam kebakaran di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran Rastam Keladi berkata rumah Abdul Rahman Kongkawang, yang juga penyandang kerusi DUN Labuk, di Kampung Muanad 3 di sini musnah dalam kejadian pada kira-kira jam 2.30 petang.
“Balai Bomba dan Penyelamat Beluran menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 2.35 petang tadi dan sepasukan bomba bergegas ke tempat kejadian, yang terletak kira-kira 8 kilometer dari balai.
“Kejadian melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal iaitu berstruktur kayu. Api berjaya dikawal daripada merebak sejam kemudian,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Rastam berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.
-BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Satu blok Sekolah Menengah Agama Majlis Darul Ehyail Maarip (SMAMDEM), Ulu Cheka, Jerantut yang membabitkan asrama, dewan dan dua buah kelas terbakar kira-kira jam 9.15 pagi, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, Tuan Mohamad Zulkifli Mohamad Zainal, berkata setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.21 pagi, pihak terus ke lokasi kejadian dan mendapati api sedang marak.
“Blok yang terbakar itu terdapat asrama, dewan dan kelas dan pihak bomba dalam proses pemadaman menggunakan dua aliran salur bagi memadamkan api.
“Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Damak turut memberi bantuan dan api dapat dikawal sepenuhnya kira-kira jam 10.00 pagi dan tidak melibatkan kemalangan jiwa 61 pelajar dan 15 tenaga pengajar berlaku, punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
Seorang kakitangan sekolah yang enggan nama disiarkan berkata, pada ketika itu beberapa orang murid berada di kelas berdekatan berteriak menyatakan kebakaran bermula dari asrama.
“Saya menjerit mengarahkan semua murid tingkatan tiga dan lima yang berada di blok sama keluar menyelamatkan diri termasuk pelajar di kelas blok bersebelahan ke tempat selamat.
“Di asrama itu hanya dihuni 14 orang pelajar lelaki dan terdapat sebuah dewan serbaguna yang kosong sebelum penempatan dua buah kelas yang terbakar,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!