HILANG TEMPAT BERTEDUH SEKELIP MATA
Berita Kebakaran/Setempat
HILANG TEMPAT BERTEDUH SEKELIP MATA
KEDIAMAN MUSNAH, TIADA KEMALANGAN JIWA
JERANTUT: Malang tidak berbau apabila seorang peneroka hanya mampu melihat kediaman keluarganya hangus dijilat api dalam kebakaran di FELDA Jengka 12, dekat sini, tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, kediaman milik Ibrahim Mat Diah musnah hampir 80 peratus berikutan api marak dengan cepat.
Beliau bagaimana pun redha dengan insiden itu dan tidak ada ahli keluarganya yang mengalami kecederaan.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, pihaknya sudah menyampaikan sumbangan segera sebanyak RM500 untuk keluarga terbabit.
“Ini adalah sumbangan awal daripada kami dan kita harap ada lagi pihak lain turut tampil menghulurkan bantuan kepada Ibrahim dan keluarga.
“Selain itu, kita turut melancarkan tabung bagi meringankan bebanan mereka.. sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 156057562231 atas nama Jemilah Dris yang juga isteri kepada Encik Ibrahim,” katanya.
Terdahulu, Razak bersama Ketua Unit Komuniti FELDA Wilayah Jengka, Semsassom Abdullah; Ustaz Faizal Marjani dan Ketua Peneroka FELDA Jengka 12, Mat Jamin Mat Asin melawat keluarga mangsa dan menyampaikan sumbangan peribadi.
Mereka turut memaklumkan bahawa keluarga Ibrahim akan ditempatkan di unit inap desa dimiliki Gabungan Peneroka Wanita (GPW) FELDA Jengka 12, buat sementara waktu.