Orang ramai awas dengan lembu berkeliaran di jalan
KUALA KRAU – Pengguna jalan raya di laluan Jerantut- Temerloh perlu berwaspada kerana terdapat haiwan ternakan berkeliaran di atas jalan raya terutama di waktu malam.
Kemalangan jalan raya telah berlaku di jalan itu awal pagi ini berdekatan Kampung Kuala Mai melibatkan sebuah kereta dengan sekumpulan lembu.
Penternak wajar bertanggung jawab terhadap haiwan mereka dan tidak membiarkan berkeliaran.
Kereta tersebut mengalami kerosakan teruk manakala seekor lembu mati.
Penternak haiwan itu dikehendaki mengurung haiwan mereka dan jangan dibiarkan berkeliaran kerana boleh meragut nyawa pengguna laluan itu dan juga kerosakan kenderaan terbabit.
Sumber/Gambar: Mohd Arif
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Daya ketahanan, ketajaman, kecekapan dan kepantasan akan semakin berkurang apabila usia meningkat. Selalu terlupa, selalu tertinggal barang, tidak ingat sesuatu perkara dan macam-macam hal lagi.
Tetapi sebenarnya ada senaman ringan dan mudah dapat bantu memelihara kemampuan otak walaupun umur semakin meningkat.
WAKTU TIDUR
Kesihatan otak bergantung pada penjagaan waktu rehat seperti tidur. Jika anda tidur lewat, waktu tidur tidak menentu atau tidur terlalu lama juga akan menjejaskan kesihatan otak. Tetapkan waktu dengan betul dan sesuai dengan aktiviti seharian. Otak juga perlu berehat dan bersedia untuk menjalankan aktiviti pada esok hari.
BERHENTI MENGGUNAKAN SEARCH ENGINE
Internet menjadi sebahagian dalam kehidupan seharian kita. Mudah, cepat dan tepat segala informasi yang kita perlukan. Tetapi ada kelemahan jika sering menggunakan search engine untuk mencari maklumat. Membaca adalah salah satu cara untuk mengasah otak lebih tajam dan fokus, Untuk hal-hal yang mudah, cari cara manual seperti buku, surat khabar, majalah dan sebagainya.
BAHASA KETIGA
Selain bercakap dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, apa kata belajar bahasa ketiga. Dapat juga keistimewaan dan kelebihan. Proses pembelajaran mempengaruhi aura positif untuk otak secara keseluruhan. Belajar perkara baru dapat merangsang perkembangan otak di hippocampus dan cerebral cortex. Bahagian ini adalah kawasan yang menyimpan memori seseorang.
JALAN KAKI
Rajinkan diri untuk lebih banyak berjalan kaki berbanding naik kereta atau motor. Contohnya, pergi ke masjid atau surau selalu naik motor, apa kata tukar pula jalan kaki. Selain dapat kebaikan lebih banyak, otak juga akan sihat dan tetap fokus.
MAKAN MAKANAN SIHAT
Pemakanan yang baik bukan sahaja untuk tubuh badan, malah akan memberi kesihatan kepada otak. Makan makanan yang memberi nutrisi secara menyeluruh termasuk otak. Sebagai contoh, makan makanan yang mengandungi Omega-3 dan kekacang yang mengandungi vitamin E.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Nescafe, kopi, teh atau kopi moden yang sering tular memang menjadi pilihan ramai orang tidak kira pada waktu pagi atau petang, malah malam juga menjadi minuman untuk berehat.
Air yang menjadi kegemaran ramai ini mengandungi kafein menyebabkan ketagihan hingga menyebabkan masalah kesihatan.
Apakah kesan kafein terhadap badan jika ambil dalam jumlah yang banyak dan berlebihan.
Risiko berlaku โcaffeine induced cardiac arrestโ iaitu kegagalan jantung berpunca daripada kafein.
Serangan jantung mengejut dan menyebabkan kematian.
Minuman berkafein bukan tidak elok tetapi perlu mengambil dalam jumlah yang betul. Jika ambil secara betul, kafein memberi khasiat.
Ia menjadi ‘pembunuh’ jika diambil secara tidak terkawal dan melebihi keperluan badan.
Menurut sumber, laporan yang dikeluarkan daripada World Health Organization (WHO), kafein boleh diambil 400mg sehari.
Satu kajian dalam Journal of Analytical Toxicology, 51 kes kematian berpunca daripada kafein berlebihan, individu minum dengan 30 cawan kopi dalam masa yang singkat.
Setiap individu perlu tahu jumlah kafein yang diambil dan jarak masa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Raja buah mula โmenimbunโ di sekitar bandar ini kerana buah durian mula gugur sejak awal minggu ini.
Seorang peniaga berkata, buah popular ini akan habis dalam tempoh sebulan.
Beberapa gerai jualan durian mula tumbuh di sekitar bandar Jerantut dengan harga yang berpatutan.
Buah durian yang datang dari daerah ini seperti Kampung Damak, Batu Balai dan Jerangsung, tidak lama lagi pula durian premium kampung dari Ulu Cheka akan turut meluruh.
Harga durian masih berpatutan seperti jenis IOI berharga RM25 sekilogram (kg), musang king RM 28 dan durian kampung antara RM8 hingga RM10 satu kilogram. Durian โlonggokโ turut dijual sekitar RM40.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tokey Ayam Bongkar Rahsia Kenapa Ayam Tiada, Ayam Mahal, Ayam Disorok? Ada Pihak Tertentu Mempunyai Agenda Tersembunyi?
Assalamualaikum, saya Yani.
Pengalaman dalam industri ayam taklah banyak, ada lah dalam 10 tahun dalam penternakan, proses, dan perniagaan ayam.
Harini saya nak kongsi kisah sebenar, lengkap, kenapa sejak akhir-akhir ini, ayam tiada di pasar,
KFC tiada ayam goreng, ayam naik harga,
Pada suatu masa dahulu, harga ayam naik turun. Harga bergantung apa? Bergantung kos, kos naik, harga naik, kos turun, harga turun. Semua pengilang dedak, penternak, peniaga ayam, hidup dengan aman damai.
Kemudian, pada tahun lepas harga bahan mentah import meningkat mendadak. Kerana kelemahan ringgit, kenaikan kos penghantaran antarabangsa dan faktor bekalan.
Jadinya, harga jagung meningkat (meningkat lebih 100% 2021), harga kacang soya meningkat (meningkat lebih 30% 2021) dan harga gandum meningkat. Semua bahan-bahan yang menjadi kandungan utama dedak naik lebih 80%.
Dan bahan-bahan ini diimport. Sebelum anda tanya, kenapa makanan ayam diimport, ini ceritanya.
Ayam daging ni, dedak-dedaknya dihasilkan dengan tepat supaya ayam cukup nutrien, boleh membesar dengan maksima dan efisien dalam tempoh ditetapkan. Dan yang paling penting, dedak mestilah makanan yang ayam suka makan.
Baka ayam ini kebanyakannya baka-baka import, seperti COBB, ROSS dan Indian River. Ayam ini bukan makan jagung manis Cameron Highland, ayam makan jagung bijirin yang tidak ditanam secara meluas di Malaysia.
Bahan-bahan ini, kita bukan import sikit, setahun, lebih 3.9 juta tan matrik jagung bijirin dan lebih 1.4 juta tan metrik soya diimport . Boleh kita hasilkan sebanyak tu?
Memang boleh. Jadi bila bahan-bahan mentah ini naik harga, harga dedak meningkat dari RM80/50kg kepada RM120/50kg, meningkat lebih 50%.
Bila kos meningkat, maka kos ternakan meningkat dan macam biasa, logiknya, harga ayam turut meningkat, dan itu yang berlaku, sehingga 4 Disember 2021.
Harga kawalan ditetapkan pada RM9.30, tanpa kawalan harga dan subsidi kepada dedak.
Sebenarnya, pengilang dedak, penternak sudah lama menyerap kenaikan harga, supaya harga kepada pengguna tidak terlalu membebankan. Bila harga kawalan ditetapkan, kami bukan kurang untung, kami rugi.
Jadi kami sebagai penternak kurangkan kemasukan ayam di ladang supaya kerugian dapat dikurangkan sementara kami nampak titik keluar
Jadi sebab itulah ayam kurang. Tiada konspirasi, tiada agenda, hanya penternak nak meneruskan kelangsungan hidup. Kemudian, harga kawalan makin turun RM9.10, kemudian RM8.90 dan ada pula buat RM8.
Penternak makin tersepit, dan ada yang dah gulung tikar. Bukan anak ayam tiada atau yang punca bermasalah.
Tapi, siapa yang nak ternak ayam bila rugi? Selepas penternak, ramai peniaga dan pekerja dalam industri ini akan juga kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan
Kami harap titik tengah dapat dicapai supaya industri ini dapat kekal dan pada masa yang sama pengguna dapat membeli makanan asas pada harga mampu milik. Sekian
Sumber: Yani Hardinata Hairuddin via Tokey Ayam Wak Akob, Keluarga My.
Pendapat ini adalah pendapat peribadi penulis.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lemang ‘Kelamai’ teruskan kemeriahan hari raya ketiga di Lipis
LIPIS – Sekiranya dilihat dari jauh atau gambar sudah tentu orang akan menyangka lemang sedang dimasak, tetapi sebenarnya makanan itu dikenali sebagai ‘Kelamai’ bagi masyarakat Lipis khususnya penduduk di Kampung Relong, Padang Tengku dekat sini.
Seorang warga emas, Baharuddin Saaid, 63, berkata, kelamai sejenis makanan tradisional penduduk Relong dimasak seperti lemang, tetapi mengandungi bahan campuran tepung, santan dan gula kabung.
Baharuddin Saaid, golongan muda perlu menyambung tradisi memasak kelamai
“Kalau lemang, bahan memasaknya merupakan campuran beras pulut, santan dan sebagainya, tetapi kelamai cuma memerlukan tepung, santan dan gula kabung antara juadah tradisi masyarakat Melayu di sini.
“Kebiasaannya, kelamai dimasak pada hari raya ketiga, iaitu dalam tempoh umat Islam menjalani ibadat puasa enam. Jadi, kelamai sesuai untuk hidangan tetamu bagi menggantikan lemang yang sudah kehabisan termasuk juadah berbuka puasa bagi mereka yang menjalani puasa enam,” katanya.
Kelamai masakan juadah tradisional
Katanya, penduduk Relong menghidupkan warisan kelamai itu setiap kali selepas hari hari raya pertama dan kedua khususnya sepanjang bulan Syawal malahan makanan itu menjadi hidangan majlis kenduri-kendara perkahwinan dan program jamuan di masjid.
Katanya, berasaskan sejarah, juadah kelamai itu diwarisi daripada tokoh pedagang bernama Tok Linggi yang berasal daripada Kampung Bukit Meninjau, Sumatera Barat (Indonesia) yang berhijrah ke Pahang dan membuka Kampung Relong sekitar 1780-an.
“Selain meninggalkan ramai keturunannya di Kampung Relong dan berdekatan, Tok Linggi juga mewariskan makanan kelamai untuk dinikmati oleh generasi baharu sehingga ini,” katanya.
Baharuddin berkata, dia bersama abangnya, Zainal Abdini Saaid, 65, yang baharu pulang ke kampung dari Johor Bahru sudah berpakat untuk memasak kelamai pada hari raya ketiga kerana masih ramai sanak saudara dan tetamu yang bertandang ke rumah.
“Seperti biasa buluh lemang yang ditebang di pinggir kampung ini lalu dibersihkan dan dimasukkan tepung yang siap dibancuh, santan kelapa dan manisan pokok kabung, iaitu gula kabung yang telah diproses oleh pengusaha daerah ini.
“Memasak kelamai agak berbeza dengan lemang. Kelamai perlu dimasak pada bahagian atas terlebih dahulu, berbanding lemang lazimnya dipastikan masak bahagian bawah (pangkal),” katanya.
Tambahnya, tempoh memasak kelamai hampir dua jam dan apabila isi dalamnya terjulur keluar (muncul) di hujung buluh menandakan kelamai sudah masak dan boleh dimakan.
โTidak semua penduduk di sini mahir memasak kelamai cuma segelintir orang-orang tua sahaja dan warisan makanan itu perlu dipelajari oleh golongan muda supaya ada kesinambungan untuk keperluan memeriahkan suasana hari raya dan kenduri-kendara,โ katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Hari raya hampir tiba, lemang menjadi salah satu juadah popular. Beberapa petua untuk membeli lemang yang sudah siap dibakar. Petua ini untuk membantu pembeli mendapatkan lemang yang terbaik
ย 1.ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย Cari gerai lemang yang banyak kayu
ย Dinasihatkan anda mencari gerai lemang yang banyak kayu. Sebab kebiasaanya gerai lemang yang banyak kayu ini akan membakar lemang digerai tersebut dan sahaja dekat bara api.
2. Jangan pilih lemang yang terlalu besar atau terlalu kecil
ย Buatlah pemilihan yang bijak, tak semestinya lemang yang besar rasanya sedap. Ambil yang sedang-sedang sahaja sebab yang besar tidak semestinya dimasak dengan sempurna. Apabila kita potong lemang yang besar ini, keliling lemang memang masak namun di bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut. Jadi seeloknya belilah yang kurus serta kecil, peluang untuk garing tu amat tinggi. Sebabย total surface areaย yang kena haba sangat besar.
3. Minta tauke lemang belah dahulu bahagian bawah lemang
ย Sebolehnya minta tauke belah dahulu bahagian bawah lemang tu. Ini kerana nak bakar lemang orang akan pakai hipotesis. Jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk dekat pelanggan dan kata lemang masak. Kita pun beli namun menyedihkan bila potong bahagian bawah masih lagi tak masak. Kesian.
4. Jangan singgah kedai lemang yang guna kayu pallet
ย Jangan sesekali singgah beli lemang di gerai yang menggunakan kayu pallet sebagai kayu bakar lemang. Tolong jangan! Sebab gerai yang pakai pallet ini berbahaya sewaktu bakar lemang tersebut. Kalau anda perasan, pallet kayu ini jarang anai-anai sentuh kan?
Ya, sebabnya pallet kayu ini telah diracun dengan sejenisย chemicalย khas untuk mengelakkan anai-anai makan. Jadi kalau pallet tersebut dibakar secara tidak langsung ia akan menghasilkan gas berbahaya. Walaupun kita tak nampak mungkin lemang tersebut sudah terkena tempias.
5. Kalau beli banyak cuba minta diskaun
ย Kalau anda beli 3 batang ke atas rasanya tak salah kan minta diskaun. Tapi janganlah minta diskaun gila-gila. Kesian la dekat orang yang bakar lemang siang malam tu, ingat senang ke nak kawal api. Hari-hari pedih mata tau!
6. Pilih bahagian atas lemang yang sudah kering
Sewaktu membeli lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni โkepalaโ yang sudah kering. Apabila kepala sudah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling lama 2 hari. Walaupun kepala tersebut nampak kotor atau tidak elok, jangan buang! Bahagian tersebutlah yang paling sedap bagi sebatang lemang. Sebab lemak-lemak santan yang mendidih dah terkumpul di bahagian atas. So dia rasa masin-masin sikit dan berlemak. Memang sedap!
7. Terbalikkan lemang upside down
Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemangย upside downย dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi.
8. Bau dahulu kepala lemang
Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu kepala lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.
Akhir sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak. Namun, kena jaga adab antara pembeli dan penjual. Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tauke lemang. Sekarang zaman viral, lemang tak masak sikit dah viral. Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali. Kena viral pulak, terus lingkup.
Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli. Benda makanan jangan berkira tuan puan, kopi hipster RM20 secawan beli tak komplenpun.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KELADI KEMAHANG ANTARA YANG SEDAP DIMAKAN, INI CARA ORANG PAHANG
KELADI kemahang atau nama saintifiknyaย colocasia esculentaย merupakan sejenis tumbuhan ubi jenis keladi daripada keluargaย araceaeย yang lazimnya tumbuh liar di kawasan agak lembap dan subur.
Tumbuhan ini banyak didapati di Pahang khususnya di laluan Benta-Jerantut iaitu di Kampung Kemahang, Benta.
Menurut cerita orang dahulu kala, nama Kampung Kemahang diperoleh kerana kewujudan keladi itu yang banyak tumbuh meliar di kawasan tersebut.
Bagi orang Pahang, jika sebut keladi kemahang, semua tahu dan tumbuhan ini begitu sinonim dengan masakan gulai masam tempoyak.
Cara mengambil dan memasak keladi kemahang ini banyak pantang larangnya antaranya :
Tidak boleh boleh bertindih bayang semasa mengambilnya.
Perdunya dicabut terus daripada tempatnya.
Cara mengambilnya juga hanya satu haluan dan tidak boleh berpatah balik.
Elakan mengambil keladi kemahang yang berbunga sebab biasanya ia gatal.
Pilih yang muda sahaja.
Keladi kemahang tidak boleh digoreng.
Punca keladi ini gatal boleh dikatakan keladi yang tumbuh bukan dikawasan yang sesuai. Amat diyakini keladi kemahang yang tumbuh di Kampung kemahang, Benta dan sebelah Ulu Cheka, Jerantut tidak gatal.
Namun punca ia gatal masih tidak diketahui hingga kini. Mungkin keladi kemahang tidak diperolehi dikawasan yang disyorkan dan teknik memasaknya juga memainkan perananya.
Petua untuk memasak keladi kemahang Untuk mengelakkan daripada rasa gatal anda boleh meletakkan satu sudu kecil minyak masak atau beberapa ulas beras. Selain itu, nak kurangkan rasa gatal, petuanya adalah batang keladi kemahang direbus (celur) sekejap sahaja. Kemudian ditos airnya atau rendam dengan air bergaram sebelum dimasak.
Cara masak keladi ini sangatlah mudah selepas dicampurkan bahan asas seperti tempoyak lada dan kunyit, kacau sesekali saja. Biarkan meruap, lalu diletakan keladi kemahang tersebut.ย
Masa diatas dapur jangan kerap mengacau sekadar dibalik-balikkan keladi cara pelahan. Sebab boleh tukar menjadi gatal sekali gus menjejaskan rasa masakan tersebut selain keladi tersebut boleh menjadi hancur.
Untuk rampaian gulai keladi kemahang ini agar lebih menarik dan sedap bolehlah anda meletakkan bunga kantan, terung pipitย @ terung manggor , petai atau jering semai.ย Selamat mencuba.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tumbuhan hutan boleh dieksploitasi bagi tujuan komersial serta mampu menjana pendapatan lumayan asalkan seseorang itu sanggup meredah duri dan ranjau untuk memperolehnya. Ketinggian nilai hasil hutan itu pula terletak pada kemahiran seseorang selain bijak memanfaatkannya.
Antara hasil hutan yang tinggi nilainya ialah pokok bayas atau nama saintifiknyaย Oncosperma horridayang banyak ditemui di hutan Taman Negara, Kuala Tahan dan Hulu Tembeling dekat sini.
Masyarakat Melayu di pedalaman Hulu Tembeling memanfaatkan umbut pokok bayas untuk dicampurkan dalam masakan tradisional bagi menghasilkan rasa yang enak dan menyelerakan.Umbut (bahagian dalam batang atau mayang pokok bayas) merupakan sejenis bahan lembut dan sedap jika dimasak secara resipi kampung.
Seorang penduduk Kampung Pengau, Hulu Tembeling, berkata, umbut itu diperoleh daripada pokok bayas di hutan tebal Taman Negara, Kuala Tahan dan Hulu Tembeling.
Menurutnya, rupa dan saiz pokok bayas seakan-akan pokok nibong dan pokok pinang yang mempunyai batang tinggi dan keras, berduri serta sukar ditebang menggunakan pisau atau parang biasa.’
‘Saya bersama rakan mengambil masa seminggu meredah hutan mencari pokok ini kerana ia tidak tumbuh berdekatan kampung bahkan sukar pula ditemui.”
Kerja-kerja menebang pokok bayas agak sukar dan terpaksa menggunakan kapak dan beliung yang tajam untuk menetak lapisan luar batangnya,” katanya ketika ditemui di Kampung Pengau, Tembeling.
Setelah pokok ditebang, menurut Ahmad, tugas membuang kulit keras pokok bayas dilakukan untuk mendapatkan umbutnya dengan menggunakan peralatan beliung.Jelasnya, kerja menebang pokok itu juga mengambil masa agak lama semata-mata untuk mengambil lapisan umbutnya sahaja manakala bahagian batangnya perlu dibuang.
Lapisan umbut dalam batang bayas, katanya, dipotong pendek-pendek sepanjang kira-kira satu meter untuk mudah dipikul atau diangkut ke dalam bot di Sungai Tembeling untuk dibawa pulang atau dijual.
Beliau yang menjual umbut bayas sejak 10 tahun lalu seterusnya memberitahu, setiap batang pokok tersebut boleh menghasilkan 12 meter umbut.’
‘Keratan umbut ini dijual dengan harga RM8 dan kami memperoleh antara RM80 hingga RM100 setiap kali dijual kepada pemborong di pasar tani di bandar Jerantut,” katanya.
Adakalanya, menurutnya, umbut bayas digunakan untuk masakan kenduri-kendara majlis perkahwinan atau menyambut kedatangan pelawat luar yang singgah di kampung berkenaan.
Sementara itu, rakannya,berkata, bukan mudah mencari umbut bayas kerana tumbuhan itu terdapat jauh di dalam hutan tebal dan mengambil masa lama untuk mencarinya di samping berdepan dengan ancaman tertentu.
Katanya, umbut bayas memang popular sejak zaman dahulu lagi di kalangan orang Melayu di Jerantut dan Kuala Lipis kerana ia sinonim dengan masakan lemak yang dihidangkan bersama gulai tempoyak ikan air tawar daripada Sungai Tembeling, Sungai Jelai dan Sungai Pahang.
Untuk menikmati keenakan masakan ini, umbut bayas yang siap ditebang perlu segera disiang atau dipotong seterusnya dimasak tanpa membiarkan ia terlalu lama,” katanya.
Masakan lemak umbut bayas, katanya, sesuai dihidangkan semasa jamuan kenduri-kendara, gotong-royong dan menyambut pembesar dan pelawat yang singgah di kampung yang terletak di persisiran sungai itu.
Jelasnya , sebahagian besar generasi kini tidak mengenali lagi pokok bayas.
”Ramai di kalangan golongan muda tidak tahu keenakan masakan lemak umbutnya, malah tidak mahir memasak berasaskan campuran tumbuhan itu,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kebelakangan ini cuaca tidak menentu. Sekejap panas sangat, hujan lebat, berangin dan macam-macam berlaku dalam satu hari.
Cuaca yang tidak menentu ini berpunca daripada Bumi pusat di geometri cakera Matahari iaitu kedudukan Matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.
Matahari berada di garisan khatulistiwa menyebabkan Malaysia mengalami hari-hari yang amat panas terik.
๐ ด๐ บ๐๐ ธ๐ ฝ๐ พ๐ บ๐ merupakan fenomena yang berlaku 2 kali setahun iaitu sekitar ๐ฎ๐ญ ๐ ๐ฎ๐ฐ & ๐ฎ๐ฏ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ apabila matahari berada tegak di ats garisan Khatulistiwa.
โ๏ธ Ekuinoks TIDAK memberi kesan signifikan terhadap ๐๐๐ต๐ & ๐ฐ๐๐ฎ๐ฐ๐ฎ ๐ป๐ฒ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ.#metmalaysiapic.twitter.com/XR2wh3bRS4
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) March 19, 2022
Ciapan @metmalaysia, menjelaskan masa pada waktu siang dan malam dibahagikan sama rata pada setiap 12 jam.
Selepas kejadian cuaca panas ini, akan berlaku peralihan Monson Barat Daya dan musim Monsun Timur Laut dengan fenomena El Nino yang kuat.
Kejadian El Nino akan mengakibatkan purata hujan yang seakan sedikit dan cuaca akan menjadi lebih panas.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!