AUSTIN, Texas – Seorang wanita memfailkan saman ke atas syarikat minuman kopi tersohor, Starbucks kerana mendakwa tangannya melecur selepas pesanannya tumpah ketika diambil menerusi pembelian secara pandu lalu, lapor akhbar New York Post kelmarin.
Mary Simms dari negeri Texas, Amerika Syarikat turut mendakwa dia menerima pesanan yang salah daripada kakitangan Starbucks di situ.
Seorang pekerja dilaporkan memberitahu Simms bahawa dia diberi minuman yang salah dan wanita itu memberhentikan keretanya untuk mengembalikan pesanan yang diambil.
Namun begitu, ketika mahu memberikan semula kopi tersebut, penutup cawan terbuka dan kopi itu tumpah di atas riba Simms, lapor Agensi
“Akibat tumpahan itu, Simms mengalami melecur tahap pertama dan kedua hingga menyebabkan kecederaan dan kerosakan peribadi yang teruk,” demikian menurut tuntutan saman itu.
Simms dilaporkan menuntut saman kurang daripada AS$75,000 (RM314,550) bagi keseluruhan kos kerugian yang ditanggung akibat insiden tersebut.
Seorang jurucakap Starbucks dilaporkan memberitahu portal Insider bahawa syarikat itu masih menyiasat tuntutan tersebut.
“Kami mengambil tanggungjawab untuk menyediakan persekitaran selamat buat semua pelanggan dengan serius dan memastikan minuman kami dibuat dengan berhati-hati serta dihantar kepada pelanggan dengan selamat,” kata jurucakap itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Telatah seekor monyet liar secara spontan mengenakan pelitup muka tular di media sosial baru-baru ini.
Pengendali laman Twitter @bunkroti berkongsi di dalam video itu terlihat, aksi monyet itu bersahaja menutup mulut dan mukanya apabila orang ramai cuba mendekatinya.
“Monyet pun reti ikut SOP, malulah kalau jadi antivaksin tapi SOP pun susah nak ikut,” tulis pengendali akaun Twitter menerusi ruangan kapsyen video hantaran tersebut semalam.
Hantaran itu menerima reaksi yang pelbagai dengan kebanyakan pengguna media sosial menyifatkannya sebagai melucukan selain ada yang ingin menghadiahkan monyet tersebut pelitup muka kanak-kanak.
“Pandai lah monyet ini ikut SOP, manusia biasa pun tak nak ikut SOP” ujar Zawawiyah.
“Kalau jumpa monyet ini nak bagi dia satu pelitup muka kanak-kanak” komen Nabilah Husna.
“Rasanya ini golongan antivax yang makan ivermectin itu, sebab itu dari manusia jadi binatang” kata Paeh.
“Baguslah monyet ini jaga SOP, tapi janganlah tutup mata itu nanti tak nampak masa depan nanti,” tulis seorang lagi pengguna, lapor kosmo online
Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih 16,000 ulang kicau dan 19,000 tanda suka di media sosial Twitter miliknya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LEPAS 30 TAHUN ‘BAYI’ KULIT ALBUM SAMAN NIRVANA, TUNTUT RM631,500 SETIAP ANGGOTA
NEW YORK – Bayi pada kulit album ‘Nevermind’ kumpulan terkenal di Nirvana kini sudah dewasa.
Setelah 30 tahun berlalu, dia kini membuat tuntutan terhadap kumpulan atas kumpulan rock terkenal itu alasan eksploitasi seksual kanak-kanak.
Lelaki berkenaan Spencer Elden mendakwa dia adalah bayi yang berbogel di kolam renang pada kulit album Nirvana yang diterbitkan pada tahun 1991 itu.
Menurut laporan TMZ, dalam tuntutannya Elden mendakwa dia tidak bersetuju gambar tersebut digunakan pada album pada ketika itu kerana dia hanya bayi berusia empat bulan.
Malah dikatakan penjaga Elden juga tidak membenarkannya.
Elden dalam tuntutan samannya mendakwa gambar itu sebenarnya adalah eksploitasi pornografi kanak-kanak. Dia juga mendakwa kumpulan rock itu berjanji untuk menutup kemaluannya dengan pelekat tetapi perkara itu tidak terjadi sehingga album tersebut dikeluarkan.
Menurut dokumen tersebut, Elden mendakwa Kurt, Dave Grohl dan anggota kumpulan yang lain gagal melindungi dan menghalangnya daripada dieksploitasi secara seksual.
Malah Elden mendakwa tubuh bogelnya semasa kecil terpampang pada kulit album tersebut menyebabkan dia mengalami ‘kerosakan’ seumur hidup.
Elden membuat tuntuan ke atas ahli kumpulan terkenal itu, harta tanah Kurt Cobain dan lain-lain untuk ganti rugi hanya selepas tiga dekad album tersebut diterbitkan.
Lelaki itu juga difahamkan menuntut USD150,000 iaitu bersamaan RM631,500 setiap anggota Nirvana.
TMZ dalam laporannya cuba menghubungi wakil untuk harta tanah Nirvana dan Kurt namun sehingga kini tidak mendapat jawapan berhubung isu tersebut.
Nirvana adalah kumpulan rock Amerika yang ditubuhkan di Aberdeen, Washington pada tahun 1987.
Kumpulan tersebut dianggotai penyanyi dan pemain gitar Kurt Cobain, pemain drum Dave Grohl dan basis Krist Novoselic. Kurt meninggal dunia pada 5 April 199,lapor TMZ
‘Nevermind’ adalah album kedua kumpulan tersebut yang diterbitkan pada tahun 1991 mengandungi lagu-lagu popular iaitu Smells Like Teen Spirit dan Come as You Are.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LEMBAGA DIDAKWA HANTU TOLAK KANAK-KANAK MAIN GELONGSOR
SAN NICOLAS DE LOS GARZA, MEXICO – Seorang ibu terkejut apabila terlihat kelibat satu wajah entiti dipercayai hantu sedang menolak anaknya yang leka bermain permainan gelongsor di sebuah taman permainan, lapor akhbar The Sun semalam.
Hernandez Blankhaa pada awalnya tidak menyedari kehadiran entiti tersebut, namun selepas dia menonton semula klip video yang dirakam, wanita itu menyedari terdapat satu wajah menyeramkan sedang menolak anaknya dari bahagian atas gelongsor.
“Kejadian ini berlaku kepada anak perempuan saya empat hari lepas. Saya memberitahu beberapa orang bahawa saya amat terkejut dan bertanya kepada mereka mengenai kelibat wajah yang muncul itu.
“Saya tidak tahu mengapa ia berlaku. Setiap kali saya menonton video itu, ia membuatkan saya berasa seram.
“Saya sekadar ingin berkongsi mengenai cerita paranormal ini dengan anda semua. Seseorang sila beritahu saya satu hipotesis mengenai kejadian ini kerana saya masih dalam keadaan terkejut,” tulis wanita itu dalam satu hantaran di Facebook.
Video kejadian yang berlaku pada bulan lepas itu menjadi tular dengan ramai pengguna media sosial meluahkan rasa seram mereka melihat video itu.
“Memang dapat dilihat dengan jelas wajah hantu di situ,” kata seorang pengguna.
“Ia hanya seorang kanak-kanak hodoh yang bermain dengan mereka,” komen seorang pengguna yang tidak mempercayainya. – Agensi
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu kereta yang enggan membayar tol di plaza tol akhirnya memalukan diri sendiri apabila dia kemudiannya terkandas dan terpaksa juga membuat pembayaran bagi meneruskan perjalanan.
Rakaman kejadian tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna jalan raya yang bengang apabila kereta dipandunya telah diekori rapat oleh sebuah kereta jenis Proton Waja sehinggalah mereka memasuki lorong pembayaran dipercayai di plaza tol Batu Tiga, Shah Alam.
Berang kerana diekori sebegitu, pemandu berkenaan kemudiannya bertindak bijak memperlahankan kenderaan dan berhenti betul-betul dihadapan palang mengakibatkan Proton Waja tersebut terkandas.
Perkongsian tersebut telah mendapat lebih daripada 86,000 tanda suka termasuk 1,800 komen daripada pengguna media sosial yang bersetuju dengan tindakan itu dan menyifatkan cubaan mengelak membayar tol itu sebagai pentingkan diri sendiri dan merbahaya.
“Nombor plat terpapar tu, kita kumpul setiap nombor kereta yang buat kesalahan begini dan serahkan pada pihak berkaitan agar hidup dia susah di jalan raya macam dia susahkan orang lain,” cadang seorang pengguna dengan nama @Aman.
“Bahaya buat macam ni boleh akibatkan kemalangan, jangan pentingkan diri sendiri dan jangan sokong kata orang tu susah dan sebagainya. Salah tetap salah, jangan sebab kita susah kita susahkan orang lain juga,” tegas seorang lagi pengguna dengan nama @arlan99, lapor kosmo online.
Sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada kejadian telah dilaporkan kepada mana-mana pihak penguatkuasaan atau tidak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Hajat seorang pemancing mencari rezeki untuk keluarganya terganggu apabila ‘port’ memancingnya ‘dilawati’ satu objek misteri yang sedang berterbangan.
Menerusi perkongsian di laman TikTok milik seorang lelaki dikenali @razifmutalib7, kelihatan satu objek misteri sedang terbang berlegar-legar di lokasi memancing.
Klip video berdurasi satu minit 23 saat itu juga memaparkan objek misteri itu terbang tinggi melepasi ketinggian pokok di sekelilingnya.
Turut kedengaran suara pemancing yang berdoa agar objek misteri itu tidak menganggunya mencari rezeki.
“Aku cari rezeki, aku cari rezeki, pergi, pergi jangan datang dekat. Aku sedang cari rezeki,” kata pemancing itu.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman sosial meninggalkan pelbagai reaksi dan komen tentang kejadian itu.
“Real ni mat, salute pada abang ni, sanggup beranikan diri demi mencari rezeki kepada keluarganya. Semoga pemancing ini sentiasa dilindungi,”tulis Mat Bening, lapor KOSMO online
Pada masa sama, ada juga yang mendakwa perbuatan itu sengaja dirakam menggunakan dron bagi menarik perhatian pengguna laman sosial.
“Selalu cakap nampak hantu dan berjaya rakam kelibat objek terbang, tetapi guna ‘dron’ letak kain pastu rakam. Biasalah nak cari ‘like’ dan view di laman sosial,” kata Minah Power.
Bagaimanapun, Kosmo! tidak dapat mengesan di mana kejadian itu dirakam dan kesahihan video tersebut.-
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seperti biasa sejak dari dulu jika ada isu yang berkaitan kaum cina maka Dong Zong yang akan menjadi juaranya. Jika ada isu berkaitan penentangan terhadap perkara-perkara berkaitan dengan Melayu dan Islam maka Dong Zong juga akan menjadi pemain utamanya. Apakah kita sekarang ini dibawah Kerajaan DAP-PH akan berterusan berbicara dan dihidangkan dengan isu perkauman dan tuntutan-tuntutan melampau Dong Zong.
Dalam soal Tulisan Khat dan Tulisan Jawi ini walau Tun Mahathir selaku Perdana Menteri telah membuat keputusan yang amat jelas seperti “Keputusan mengenai Khat adalah muktamad”, seharusnya tidak lagi timbul pertikaian dari Dong Zong serta Ahli-ahli Parlimen dan ADUN DAP kerana ia merupakan keputusan kerajaan yang diwakili juga oleh DAP. Kenapa lagi perlu petisyen dan sebagainya. Mereka sengaja mengaitkan isu jawi dengan ugama sedangkan jawi hanya tulisan arab dan Khat pula merupakan seni tulisan.
Seperti yang kita tahu bahawa Dong Zong merupakan salah satu Hua Tuan (Persatuan-Persatuan Cina Utama Malaysia) dari lebih 2065 persatuan cina yang memainkan peranan dalam mengemukakan tuntutan di dalam Dokumen Siqiu. Pelbagai tuntutan yang mempertikaikan hak keistimewaan Orang Melayu Bumiputera Islam. Pelbagai perkara dalam perlembagaan cuba mereka ubah dan hapuskan untuk melenyapkan hak istimewa Orang Melayu.
Setiap perkara yang berkaitan Orang Melayu menjadi masalah kepada Dong Zong. Apakah Dong Zong ini “Pelampau Cina” yang menjadi “Tangan Jahat” bagi pihak Bangsa DAP? Apakah Tulisan Khat yang menjadi sebahagian dari budaya Orang Melayu Islam seawal 1303 (Batu Bersurat Terengganu) itu dilihat sebagai ancaman kepada Bangsa DAP? Apakah Dong Zong lupa bahawa Malaysia ini Tanah Melayu dan Majoritinya juga Melayu Islam?
Dalam cadangan Kerajaan era Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sebelum ini untuk mewujudkan satu Sekolah Wawasan dimana Sekolah Kebangsaan,SJK(C) dan SJK(T) dikumpulkan dalam satu kampus ditentang oleh Dong Zong atas alasan tidak mahu budaya melayu diterapkan kepada anak-anak mereka nanti.
Antara tuntutan lain Dong Zong yang ada dalam Siqiu ialah menuntut agar sistem kuota di universiti ,penjawat awam,pinjaman dan bantuan pelajaran dihapuskan dan digantikan dengan sistem meritokrasi atau berasaskan kebolehan dan pencapaian.
Dong Zong juga merupakan pemain utama dalam menggesa Kerajaan mengiktiraf Sijil UEC dan juga seawal pemerintahan kerajaan DAP-PH, Dong Zong menggesa agar bantuan kerajaan disalurkan kepada Sekolah-Sekolah Persendirian Cina (Menengah dan Rendah) dan kerajaan DAP-PH secara terus merealisasikan tuntutan Dong Zong ini apabila memasukkan Sekolah Persendirian Cina sebanyak 60 sekolah dengan peruntukan RM12 juta dibawah peruntukan SJK(C) sebanyak RM50 juta yang berada diluar sistem atau dasar Pendidikan Negara sebagai sekolah yang mendapat peruntukan kerajaan dan secara tidak langsung ianya bertentangan dengan dasar kerajaan. Ini juga merupakan tuntutan yang ada dalam Siqiu.
Tuntutan Dong Zong bukan lagi tuntutan tetapi seolah suatu perkara yang harus diutamakan dalam Kerajaan DAP-PH hari ini.Untuk kepentingan mereka semuanya lulus dan “OK” tetapi apabila sampai kepada Orang Melayu Islam dalam bab Tulisan Khat pun mereka menentang dan bersuara lantang dengan pelbagai cara.
Saya ingin memberikan ingatan kepada Dong Zong bahawa mereka perlu ingat dan sedar di mana mereka berpijak dan langit mana yang mereka sedang junjung hari ini. Ini Tanah Melayu dan majoritinya masih Melayu Islam. Jangan dek kerana sikap Dong Zong terlalu lantang ini bakal mengundang semula kepada pertembungan kaum yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 satu ketika dahulu. Dong Zong jangan jadi “Pelampau Cina” yang akhirnya membakar kemarahan Orang Melayu Islam yang boleh mengundang perpecahan antara kaum.
Saya amat setuju dengan kenyataan Tun Mahathir bahawa Dong Zong ini merupakan satu pertubuhan yang rasis dan justeru itu saya mencabar kerajaan supaya mengharamkan Dong Zong atas dasar menyelamatkan Malaysia dari terjerumus ke dalam senarai negara bergolak atau negara yang tidak selamat apabila berlaku pertembungan etnik, kaum dan agama. Negara pasti tidak aman jika Dong Zong terus dibenarkan bersuara lantang. Dong Zong harus menghormati bangsa majoriti (Melayu) di Malaysia dan teras budayanya juga adalah Melayu. Pasti api kebangkitan Melayu Islam bisa saja membakar setiap kulit Chauvinist yang tidak sedar di mana bumi dipijak dan langit mana yang mereka junjung.
Sumber – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah anak kepada seorang ulamak, Al Allamah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin ( 1902 – 1975 )
Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin Bin Muhammad. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin menuntut ilmu sepenuhnya dengan ulama besar Muar iaitu Qadhi Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Haji Hasan al-Muari.
Beliau telah berhasil mengkhatamkan beberapa kitab terkenal di Alam Melayu dibawah pengawasan gurunya itu seperti Faridatul Faraid. Qadhi Tuan Guru Haji Abu Bakar inilah yang banyak mempengaruhi corak pemikiran beliau.
Sebagai seorang ulama dan pendidik yang berwibawa, Tuan Guru Haji Muhammad Yassin telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh penting selepasnya. Antaranya ialah Tuan Guru Haji Azman Bin Azhari yang telah mengasaskan Khaujakan Johor.
Tuan Guru Haji Muhammad Yassin adalah seorang pendakwah dan guru yang sangat gigih. Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan agama khususnya di sekitar Muar jugalah amatlah besar. Beliau telah mengasaskan dua buah sekolah untuk tujuan penyebaran ilmu kepada anak-anak tempatan. Sekolah tersebut ialah :
Sekolah Menengah Mohd Yassin di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar. Sekolah ini adalah merupakan sekolah persendirian yang diasaskan beliau
Sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2 Jalan Bakri
Beliau meninggal dunia ketika berusia 73 tahun dan dimakamkan di Muar, Johor.-SAHIH
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin
Sumber – Tulisan Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah
Kredit : Tengku Yusuff
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA SELANGOR: Puluhan ikan puyu didapati naik ke darat di luar sebuah surau di Sawah Sempadan, Tanjong Karang, hari ini. Insiden itu tular menerusi video berdurasi satu minit 26 saat dengan perakam melahirkan rasa pelik terhadap kejadian tersebut.
Keajaiban berlaku ketika hujan itu seterusnya menimbulkan pelbagai spekulasi dengan menyatakan akan berlakunya banjir besar. “Allahu Akbar, banyaknya (ikan puyu). Ajaib, Ajaib, Ajaib. Kejaiban surau Sulaiman.
Hari ini, 18 Ogos 2021 banyaknya ikan puyu naik,” kata perakam tersebut. Sementara itu, rata-rata netizen yang menyaksikan video tersebut teruja dengan insiden tersebut dengan mengaitkan dengan perubahan musim.
“Ikan akan naik ketika hujan secara mendadak terus dan kejadian ini akan belaku apabila sesuatu kawasan itu telah mengalami musim kemarau.
“Dengan kata lain sekarang sudah masuk musim hujan yang sering berbeza dgn bulan lepas agak kemarau,” kata pengguna Pekebun Kecil.
Ada juga netizen menyatakan pemberian rezeki kepada penduduk setempat. “Allah kalau hendak beri kita rezeki boleh datang dari bermacam-macam cara. Bersyukurlah. Tidak mustahil bagiNYA,” ujar pengguna Zulkafli bin Ibrahim, lapor Utusan Online
Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor menegaskan pihak belum menerima sebarang laporan berkaitannya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MANUSIA BAKAL BERPERANG DENGAN MAKHLUK ASING MENJELANG 2025
LONDON – Seorang individu yang mendakwa dirinya merupakan ‘pengembara masa’ dari tahun 2714 menegaskan bahawa makhluk asing dijangka tiba di Bumi pada hari ini, lapor akhbar The Sun hari ini.
Peristiwa itu menurutnya akan menjadi permulaan kepada satu peperangan yang akan tercetus pada tahun 2025.
Menggunakan akaun TikTok bernama @aesthetictimewarper, individu tersebut berkata, makhluk asing akan mendarat di Bumi ketika hujan meteor Perseid.
“Ya, saya merupakan ‘pengembara masa’ dari tahun 2714. Sesuatu yang hebat akan berlaku pada 11 Ogos 2021.
“Satu kejadian hujan meteor besar-besaran akan berlaku selama dua minggu di hemisfera utara yang mengandungi pesanan Nozic.
“Satu daripada meteor tersebut akan kelihatan berbeza dengan meteor lain kerana ia merupakan kapal angkasa yang mendarat di Bumi yang sedang bersiap sedia untuk perang Nozic,” tulisnya pada hantaran tersebut.
Dia bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perang Nozic, namun mendakwa perang tersebut bakal bermula pada tahun 2025.
Hantaran lelaki itu menerima komen-komen skeptikal daripada netizen dengan ramai yang mengecam dakwaannya.
“Tiada satu pun daripada dakwaannya menjadi kenyataan. Tolong beritahu kami sesuatu yang benar,” kata seorang pengguna, lapor Agensi
“Apa kata lelaki ini tunjukkan kepada kita bagaimana rupanya,” tulis seorang lagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!