Treler langgar jejambat buat pengguna lain kelam kabut
PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal menghadapi situasi cemas dan panik apabila treler di hadapannya melanggar laluan jejambat lalu menyebabkan batu-batu jatuh dan menimpa penunggang itu serta sebuah kereta Perodua Axia.
Rakaman insiden yang tular dalam aplikasi media sosial Facebook itu dipercayai dirakam menerusi kamera papan pemuka milik kereta yang berada di belakang motosikal tersebut. Individu yang menyiarkan rakaman itu di Facebook, Aliff Haiqal berkata, kejadian tersebut berlaku di depan Petronas Taman Kobena, Jalan Bertingkat Skudai, Johor.
“Selalu tengok dekat koleksi dashcam, hari ni depan mata sendiri. Depan Petronas Taman Kobena, Jalan Bertingkat Skudai. Kalau Axia itu ada kerosakan dan perlukan bukti, boleh panjangkan ke group Axia,” tulisnya di ruang keterangan Facebook.
Mengulas kejadian hampir meragut nyawa itu, rata-rata pengguna Facebook menyalahkan pemandu treler tersebut kerana tidak mengikut peraturan lebuh raya yang ada menetapkan had ketinggian muatan dan warganet turut mendoakan keselamatan pemandu-pemandu terlibat, lapor utusan online
“Kadangkala hairan juga mananya tidak, pemandu treler macam ni mana dia dapat lesen bawa treler panjang,” komen Shak Soon Yong. “Masalah betul lori yang lalu sini tak tahu had tinggi. Dekat depan sikit tu flyover nak ke Paradigm pun selalu lori langgar palang,” komen Sam Mael.
Gambar media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Dua remaja tidak sedar dirakam CCTV ketika tarik parcel
PETALING JAYA: Tindakan dua lelaki menarik bungkusan barang milik penduduk di Taman Inspira, Parit Raja ketika penghuni tiada di rumah mengundang padah apabila kejadian tersebut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Kejadi itu disiarkan seorang pengguna laman media sosial Facebook, Juriah Kassim yang juga salah mangsa kes pencurian itu.
Wanita itu berharap penduduk taman perumahan di Johor sentiasa menjaga barangan mereka ketika tiada di rumah dan memberi informasi bahawa pencuri tersebut tinggal di sebuah taman di Parit Raja.
Jelasnya, kes pencurian seperti itu bukan kali pertama berlaku di tamah perumahan tersebut walaupun laporan sudah dibuat oleh penduduk taman.
“Moga penduduk taman yang tiada di rumah bekerja lebih berhati-hati jika ada penghantaran parcel di dalam pagar rumah. Sudah banyak kes mereka buat walaupun baru sahaja pindah taman ni. Ramai dah orang taman buat laporan pasal keluarga ni tapi macam tak serik,” tulisnya diruangan keterangan Facebook.
Rata-rata netizen meluahkan perasaan marah melihat tindakan remaja tersebut kerana mengambil barangan milik orang lain dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi memberi pengajaran.
“Nasib baik rumah ada CCTV, tak adalah nanti salahkan orang hantar parcel. Jahat betul yang ambil barang tu pun. Apalagi masalah dia nak ambil barang orang,” komen Zura Durra Izz Zameer, lapor utusan online.
“Cacat agaknya, tak boleh kerja. Pandai mencuri sahaja, sebab cacat otak sedangkan lagi ramai OKU dekat Malaysia ni pandai berniaga, pandai buat duit. Dua manusia ini memang betul-betul cacat otak,” komen Nelinania Hishamuddin.
“Siap bawak batang besi. Kiranya dia dah usha (amati) dulu sebelum tu. Budak-budak macam ni kalau perasan nampak dia lalu lagi depan rumah banyak kali, hati-hati la. Silap-silap habis barang lain pun dirembatnya. Kena selalu manga pagar tu walaupun orang ada dalam rumah,” komen Taufiq Al Hakim.
Gambar – media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Keturunan Raja Yala dipinggirkan hingga menumpang tanah orang
Kisah menarik dan sedih dari Yala (THAILAND). Kami melawat ke rumah kerabat diraja Yala. Namanya Tengku Muhammad. Kisah lamanya tidak sempat ditanya. Bila kami melihat keadaan rumahnya, dapur tempat tidur.
Sedihnya. Tengku ini menumpang tinggal di tanah orang lain. Bersamanya isteri dan 2 orang cucu. Cucu mereka anak yatim piatu. Memgikut cerita jiran, tiada siapa yang pedulikan pakcik dan cucu nya ini. Mahu pun imam kampung pun tidak ambil tahu. Jiran sebelah lah tempat bergantung.
Diberi sedikit gulai tiap kali mereka memasak. Itulah sunnah Nabi bila jiran sebelah terbau masakan. Yang menariknya Tengku Muhammad masih menyimpan keris dan pedang peninggalan Sultan Yala.
Keris yang beratus tahun. Bila dibacakan doa keris ini boleh berdiri sendiri.
Rumah yang kedua seorang nenek dan cucunya. Nenek ini berketurunan raja.
Bila kami sampai kami letak beras di atas rumahnya dia menangis. Nenek kata beras di dapur makin habis,yang ada hanya beras hancur dimakan bubuk. Menangis dari kami sampai hingga kami balik.
Doanya panjang kepada yang telah memberi sadaqah. Nenek ini kata dia bersaudara dua pupu kepada Tengku nenek ini yang lupa namanya kerana kami sendiri menahan menangis.
Dia pelihara seorang cucu. Ibu dan bapa cucu nya ini dipenjara. Cucunya selepas 3 hari dilahirkan dipenjara dan dihantar ke rumahnya. Nenek ini menjaga seorang diri. Jikalau lihat keadaan nenek ini memang tidak larat hendak berkerja. Nak menanggung makan minum dirinya dan cucunya. Hanya jiran-jiran tempat bergantung.-SAHIH
Kredit : Koleksi Senjata Warisan
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARANG – Seorang pekerja tapak binaan terkejut apabila menemui seekor ular sawa batik seberat 250 kilogram (kg) ketika melakukan kerja rutin di Kampung Gong Nangka di sini pada Rabu.
Ketika kejadian, lelaki itu sedang bekerja di tapak binaan menggunakan jentolak sebelum reptilia tersebut ditemui dalam tanah yang dikorek dan dibersihkan.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Marang, Leftenan (PA) Mujahid Abd Wahab berkata, pihaknya menerima laporan penemuan ular tersebut pada jam 2 petang lalu dan tiga anggota dikejarkan ke lokasi.
Ular sawa sepanjang 5.79 meter ini berjaya ditangkap oleh petugas APM dalam tempoh 25 minit dan dipindahkan ke dalam lori dengan bantuan orang awam menggunakan jentolak.
Selepas itu, seekor lagi ular sawa turut ditemui berhampiran lokasi penemuan ular pertama, katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau berkata, saiz ular sawa kedua lebih kecil berbanding pertama dengan berat dianggarkan 100kg dan panjang 4.27 meter.
Kita percaya lokasi itu adalah sarang reptilia tersebut dan kedua-dua ular ini akan dipindahkan ke Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman dalam masa terdekat, katanya.
Katanya, setakat November ini pihaknya sudah berjaya menangkap 1,103 ekor ular dan spesies paling banyak adalah sawa serta tedung selar, lapor kosmo online
Oleh itu, saya menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan segera menghubungi pihak berkuasa melalui talian kecemasan sekiranya menemui ular atau haiwan berbisa lain, katanya.
Gambar: APM
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ibu bernafas menggunakan bantuan peralatan oksigen
JERANTUT : Seorang anak, Khatijah Che Wain, 55, berasa sebak melihat ibunya, Salmah Husin, 83, mengalami gangguan pernafasan dan hanya bergantung kepada tabung oksigen untuk menyambung hayat di Felda Sungai Tekam dekat sini hari ini.
Ibunya mengalami penyakit paru-paru yang kronik mula dikesan pada 2015 dan lama-kelamaan menyebabkan tidak boleh menghembus dan menghela nafas serta mula menggunakan bantuan peralatan tabung oksigen elektrik sejak dua minggu ini.
Khatijah menjelaskan ibunya mula bergantung kepada tabung oksigen elekrtik yang disambung melalui tiub getah menerusi hidung untuk bernafas sejak paru-parunya rosak dan tidak berfungsi dikesan oleh doktor Hospital Bandar Pusat Jengka.
“Saya sebak melihat ibu sukar bernafas dan lebih lagi berasa cemas apabila kadang kala berlaku bekalan elektrik terputus menyebabkan aliran oksigen terhenti.
“Ketika bekalan elekrtik terputus ibu mengalami gangguan untuk bernafas dan terpaksalah kami menyewa tabung oksigen yang boleh diganti (disambung) bagi memulihkan dia bernafas,” katanya di Felda Sungai Tekam dekat sini hari ini.
Katanya, sehingga ini mereka hanya menyewa peralatan pernafasan kuasa elekrik dan tabung oksigen daripada sebuah farmasi di Bandar Pusat Jengka dengan perbelanajaan RM400 sebulan.
Bercakap selanjutnya, Khatijah yang tidak bekerja semata-mata menjaga ibunya berkata, tekanan yang dihadapi keluarga lagi apabila ibunya turut mengalami komplikasi jantung bengkak dan darah tinggi dihidapinya sejak tujuh tahun lalu.
Katanya, sebulan sekali akan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) dan Bandar Pusat Jengka sebulan sekali untuk merawat ketiga penyakit tersebut termasuk mengambil darah.
“Sebelum ini, dia kerap kali ditempatkan di wad selama beberapa hari untuk rawatan kali terakhir pada bulan lalu apabila doktor mengesahkan paru-parunya kronik dan terpaksa menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas.
“Selain tabung oksigen , ibu saya hanya bergantung kepada ubat yang dibekalkan oleh hospital dan Klinik Kesihatan Tekam Utara malah hanya berbaring di tempat tidur sejak ditimpa penyakit kronik ini,” katanya.
Khatijah Che Wain (duduk) menjaga ibunya, Salmah Husin (berbaring) yang cuma bernafas menerusi peralatan oksigen elektrik (bawah, kanan) di Felda Sungai Tekam, Jerantut, Pahang hari ini.
Khatijah berkata, ibunya yang mempunyai sembilan orang anak berusia antara 51 hingga 64 tahun hanya makan nasi kanji dan bercadang untuk membeli susu tepung yang mengandungi campuran bahan kesihatan.
“Saya dan keluarga terpaksa mengeluarkan belanja rawatan sebanyak RM60, manakala menyewa ambulans mencecah RM600 ketika berulang alik bagi keselamatan dirinya semasa ke hospital.
“Ini ditambah pula dengan belanja menyewa peralatan elektrik membantu pernafasan, tabung oksigen , lampin pakai buang dan kebajikan lain mencecah sebanyak RM1,600 sebulan,” katanya.
Khatijah berharap kerajaan dan dermawan dapat membantu katil untuk orang sakit (seperti katil hospital) dan kerusi roda bagi memudahkan dibawa ke bilik air.
Orang ramai dan dermawan yang ingin beramal jariah boleh menghubungi Khatijah Che Wain menerusi talian 017 9302296 atau sumbangan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0600441000066493 (Salmah Husin) atau akaun Maybank bernombor 156020517507 (Khatijah).-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lelaki maut bergaduh gara-gara pembesar suara, tiga individu berkemungkinan ke tali gantung
IPOH – Polis menahan tiga individu termasuk dua beranak disyaki terlibat dalam pergelutan yang membawa kematian seorang lelaki di pasar pagi Flat Jalan Ashby di sini pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa dikenali Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, disahkan maut di tempat kejadian dipercayai akibat ‘dikunci’ leher ketika pergaduhan itu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kerana suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang dikatakan mencuri pembesar suara milik seorang daripada mereka.
Menurutnya, berlaku pertengkaran mulut dan pergelutan antara mangsa dan suspek yang berusia 34, 47 dan 60 tahun.
Salah seorang suspek tidak berpuas hati telah menemui mangsa bersama pembesar suara berkenaan sebelum berlaku pertengkaran.
Leher mangsa telah dicekak dari belakang sebelum dilepaskan. Difahamkan mangsa juga mempunyai masalah mental, katanya ketika ditemui pada program Hi Profile Policing (HPP) Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (dalam talian) 2021 di AEON Kinta City di sini.
Mior Faridalathrash berkata, pihaknya turut merampas sebilah pisau lipat yang ditemui di lokasi kejadian.
Katanya, permohonan reman terhadap ketiga-tiga suspek akan dilakukan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor HM ONLINE
Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali berkata, mangsa yang juga penduduk setempat sering bersarapan di gerai terbabit.
Pagi tadi memang ada lelaki mencari mangsa dan awalnya berlaku pertengkaran mulut antara mereka sebelum bergelut.
Kemudian datang lagi seorang lelaki memaut leher mangsa yang tertiarap. Kami minta dia lepaskan tapi dia enggan hinggalah anggota polis tiba, katanya.
Katanya, walaupun mangsa dikatakan tidak siuman tetapi dia tidak pernah mengganggu penduduk lain.
gambar: Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Keladi Guine 916 Gold RM100,000 bukan untuk dijual
PETALING JAYA – Orang nak RM100,000 kita tak jual, jual tak ada untung simpan tak ada rugi.
Itu antara kata-kata seorang penjual pokok hiasan jenis keladi menerusi satu klip video di laman aplikasi TikTok milik @pemburujanda8339.
Menurut penjual tersebut, dia ditawarkan oleh seorang pembeli yang ingin membeli pokok keladi miliknya jenis Guine 916 Gold dengan harga kira-kira RM100,000.
Bagaimanapun kata penjual tersebut, dia tidak akan menjual keladi kesayangannya itu kerana ingin membiakkan bakanya.
“Kita simpan untuk jual anak (benih), benih ini sahaja pun RM3,000 hingga RM4,000,” jelas penjual itu.
Menerusi klip video berdurasi 32 saat itu, kelihatan pokok keladi tersebut turut dirantai oleh pemiliknya, mungkin bagi mengelakkan ia di curi.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikah sebenar klip video itu dirakam, namun berdasarkan dialek lelaki itu dia dipercayai dari sebuah negeri di Pantai Timur.
Susulan perkongsian lekaki itu, rata-rata netizen terkejut dengan harga keladi terbabit yang hampir menyamai harga sebuah Proton X70.
“Harga dia (keladi) dah boleh beli Proton X70 baharu dengan spesifikasi tinggi. Tetapi hobi orang berlainan, ada yang sanggup beli demi hobi,” kata Hajar Abdullah, lapor kosmo online
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Anis Putri.
“Dulu pokok keladi orang kampung biar di belakang rumah dan kawasan semak sahaja kerana tiada harga. Tetapi sekarang jual keladi boleh ‘buat’ duit,” ujarnya.
Gambar : Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bekas banduan samun wanita sedang tunggang motosikal
TUMPAT – Dua lelaki menahan dan mengacukan pisau terhadap seorang wanita yang sedang menunggang motosikal secara bersendirian ketika melalui sebuah lorong di Kampung Ana di sini pada Sabtu lalu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang menyebabkan mangsa berusia 43 tahun kerugian RM7,000 apabila rantai tangannya diambil lelaki berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud bagaimanapun berkata, seorang daripada dua suspek berjaya ditahan polis pada awal pagi Ahad.
Beliau berkata, suspek terbabit merupakan banduan yang dibebaskan dari penjara pada bulan lalu serta memiliki 17 rekod jenayah lampau atas kesalahan dadah dan jenayah.
“Dalam kejadian itu, mangsa menunggang motosikal bersendirian, secara tiba-tiba didatangi dua lelaki tidak dikenali yang menunggang sebuah motosikal lain dari arah belakang.
“Suspek bertindak menghalang laluan motosikal mangsa dan pemboncengnya turun menghampiri wanita berkenaan serta mengacukan sebilah pisau, lapor sinar online.
“Suspek kemudian menarik seutas gelang tangan emas yang dipakai mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal bersama seorang lagi suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Beliau berkata, akibat kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Chabang Empat di sini.
“Siasatan dijalankan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh daripada sebuah rumah di sekitar lokasi kejadian.
“Suspek berusia 32 tahun ditahan di Wakaf Bharu. Semakan mendapati suspek memiliki 17 rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah serta dadah, manakala ujian saringan yang dijalankan mendapati lelaki itu positif dadah jenis amphetamine,” jelas beliau.
Beliau berkata, suspek direman enam hari bermula Ahad untuk siasatan lanjut.
“Polis masih mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata pisau,” ujarnya.
Gambar : Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Sebuah kedai alat ganti kereta musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Kampung Pasir, Taman Segambut, di sini hari ini.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Muhammad Ridhwan Kamarulzaman berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.50 petang.
“Susulan itu, anggota dari lapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dibantu BBP Sentul, Sri Hartamas, Hang Tuah, Titiwangsa, Taman Tun Dr. Ismail, Wangsa Maju dan Seputeh dengan kekuatan 83 anggota telah ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan kedai menjual alat ganti kereta terpakai (half cut) yang berkeluasan 40×100 kaki, terbakar hampir 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, lapor kosmo online.
Jelasnya, operasi pemadaman melakukan teknik offensive dan defensive dengan membahagikan pasukan pemadam kepada beberapa bahagian untuk mengelakkan kemerebakan yang lebih besar.
“Bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan setakat ini dan kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan,” tambahnya.
Gambar : Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Selepas yu paus, nelayan jumpa ikan lumba-lumba pula
BALIK PULAU: Seorang nelayan sekali lagi tidak menduga yang kepulangannya dari perairan berdekatan Pulau Kendi di sini diiringi sekumpulan lima ekor ikan lumba-lumba bersaiz dua meter hingga ke Jeti Nelayan Teluk Kumbar petang ini.
Roslizan Ramli, 40, berkata, dia tergamam sebaik sahaja melihat hidupan laut itu mengekori sampannya sepanjang perjalanan pulang kira-kira pukul 2 petang.
Menurutnya, jarak lokasi penemuan ikan lumba-lumba adalah kira-kira 200 meter dari pantai berkenaan.
“Saya tak sangka jumpa lagi hidupan laut yang begitu jarang ditemukan di kawasan berdekatan pantai Teluk Kumbar. Selalunya, spesies tersebut kerap ditemukan kumpulan nelayan berdekatan perairan dekat Pulau Kendi.
“Hampir setengah jam hidupan laut itu berenang di tepi sampan dan saya sempat memberi makan hasil tangkapan ikan selangat.
“Saiznya kira-kira satu depa dan kelihatan amat jinak. Saya sempat merakam video dan mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan,” katanya di sini hari ini.
Semalam, Roslizan menemukan seekor ikan yu paus bersaiz kira-kira tujuh meter ketika dalam perjalanan keluar memancing di belakang Pulau Kendi pada pukul 10 pagi.
Dia memberitahu, hidupan laut bersaiz besar akan timbul di permukaan laut setiap kali peralihan angin monsun,lapor kosmo online
“Memang sangat teruja selepas dua hari berturut-turut terserempak spesies hidupan marin yang dilindungi,” tambahnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!