Pencarian diperluaskan sehingga 335 batu nautika dan mungkin lebih
JOHOR : Operasi Carilamat tiga penyelam warga asing, yang hilang di perairan Mersing, Johor, diteruskan, bermula pukul tujuh pagi tadi.
Sektor pencarian di laut diperluaskan, kepada 335.79 batu nautika persegi, manakala pencarian udara, 427.89 batu nautika persegi.
Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran memaklumkan, operasi hari ini melibatkan 115 petugas, dan dua pesawat udara Maritim, dan Polis Diraja Malaysia.
Selain 11 bot Maritim, Pasukan Polis Marin, Grup Gerak Khas, agensi kerajaan dan komuniti nelayan setempat.
Selain itu, Jurulatih Menyelam warga Norway, Kristen Grodem, yang diselamatkan semalam, sedang menerima rawatan di Hospital Mersing.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kanak – kanak 5 tahun dilaporkan hilang selamat diserahkan kepada Keluarga
Baling 7 April -Kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun di Kuala Ketil, Kedah yang tular menerusi aplikasi whatsup selepas dilaporkan hilang , selamat diserahkan polis kepada keluarganya. Ketua Polis Daerah Baling,Superintenden Shamsudin Mamat menerusi kenyataan berkata, mangsa diserahkan kepada ibunya yang hadir ke Balai Polis Kuala Ketil pada jam 8 pagi tadi .
Hasil siasatan awal mendapati mangsa dihantar ke Balai Polis Kuala Ketil oleh 2 orang guru pada jam 7.15 pagi tadi yang terjumpa mangsa ketika mereka sedang mengeluarkan wang di sebuah bank.
Berdasarkan keterangan ibu mangsa Yusni Yahaya, 41 tahun, kejadian berlaku ketika beliau menghantar kakak mangsa ke sekolah pada jam kira-kira 7.05 pagi.
Sebaik pulang didapati pintu pagar dan pintu hadapan rumah telah terbuka .
.Ibu mangsa yang cemas kemudiannya bertindak mencari mangsa yang hilang di sekitar kawasan taman kediaman sebelum mengetahui berita tentang kanak-kanak itu yang telah berada di Balai Polis Kuala Ketil melalui kenalannya yang melihat aplikasi whatsup. – SAHIH
Photo : Polis
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH : Dua beranak maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menangkap ikan menggunakan wayar yang dipasang pada bateri kereta berhampiran sungai di ladang kelapa sawit di Batu Sawar 2, Kuala Krau, Temerloh, semalam.
Mayat bapa dan anaknya yang berketurunan Orang Asli, masing-masing berusia 45 dan 16 tahun dari Kampung Paya Sendayan.
Kedua-dua mayat telah ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira pukul 3.40 petang semalam.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan mendapati bapa dan anak itu keluar dari rumah untuk aktiviti menangkap ikan, sejak Sabtu lalu.
Menurutnya, ahli keluarga mula curiga apabila kedua-duanya tidak pulang ke rumah pada malam Sabtu lalu.
Ahli keluarga dan penduduk kampung Orang Asli yang menyedari kehilangan mereka mula mencari ke seluruh kampung dan kawasan berhampiran kira-kira pukul 10 pagi semalam.
Namun begitu, kira-kira pukul 3.40 petang, mereka menemukan kedua-dua mangsa dalam keadaan terbaring berhampiran sungai.
Penduduk kampung menjumpai bateri kereta dan wayar elektrik dipasang pada pancing berhampiran mangsa dan mereka dipercayai terkena renjatan elektrik ketika memancing menggunakan wayar elektrik hidup di kawasan itu.
Ramli berkata, kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini, untuk bedah siasat.
Tambah beliau, polis sedang menyiasat jika terdapat penduduk Orang Asli lain turut melakukan aktiviti memancing nadi elektrik di sungai berkenaan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pasar malam Jalan TAR sesak bagi persediaan ramadhan
KUALA LUMPUR : Orang ramai mula membuat persediaan bagi menyambut kedatangan Ramadan esok, dengan membeli barangan keperluan di pasar.
Tinjauan di Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) mendapati orang ramai sudah mula berpusu-pusu datang ke pasar untuk membeli barangan keperluan harian.
Kemeriahan dapat dirasai apabila jumlah pengunjung lebih ramai berbanding sebelum ini.
Walaubagaimanapun, pengunjung tetap memakai pelitup muka ketika berada di pasar malam bagi mengekang penularan COVID-19.
Pasar Malam Lorang Tuanku Abdul Rahman (TAR) mula dibuka pada pukul 12.30 tengah hari sehingga 10 malam.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jutawan dari Terengganu, Muhammad Azlan Abdullah@Ali bayar denda pemandu lori
ALOR SETAR- Seorang pemandu lori treler didenda Rm4000.00 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu sebuah lori treler dengan tidak cermat dan bertimbang rasa, 10 tahun lalu.
Hukuman dijatuhkan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif kepada Nor Azam Mat Saman, 44 tahun di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi, 17 Ogos 2012 di Jalan Pendang ke Kobah, Nor Azam, yang memandu sebuah lori treler sedang membuat pusingan U.
Bagaimanapun sebuah motorsikal yang datang dari arah Pendang ke Kobah melanggar lori treler berkenaan menyebabkan penunggangnya meninggal dunia.
Tertuduh kemudian didakwa dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333 pindaan 1999-A1065) kerana memandu sebuah lori treler dengan tidak cermat dan bertimbang rasa.
Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM4000.00 dan tidak lebih RM10,000.00 dan penjara tidak lebih 12 bulan.
Pendakwaan diwakili Inspektor Ahmad Shukri Saadon (Inspektor Perundangan/Pendakwaan), Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Setar
Manakala Nor Azam diwakili peguam, Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.
Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif menjatuhkan hukuman denda 4 ribu ringgit dan hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.
Denda tersebut bagaimanapun telah dibayar oleh seorang jutawan dari Terengganu, Muhammad Azlan Abdullah@Ali yang bersimpati dengan kesusahan hidup pemandu lori berkenaan.
Kos guaman turut ditanggung Muhammad Azlan yang turut hadir di Kompleks Mahkamah Alor Setar, pagi tadi.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM – Gempa bumi berukuran 6.2 skala richter berlaku di pusat gempa bumi pada 76 kilometer barat laut Payakumbuh, Indonesia pagi ini menyebabkan gegaran kuat turut dirasai di Lembah Klang.
Satu hantaran daripada akaun Twitter @infoBMKG, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia gempa bumi berlaku di 17 kilometer (km) ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 km.
Gegaran turut dirasakan sekitar Pelabuhan Klang, Cyberjaya, Shah Alam dan beberapa kawasan lain. Bagaimanapun, kejadian ini tidak berpotensi berlakunya tsunami.
Jabatan Meteorologi Malaysia, @metmalaysia juga membuat hantaran di akaun Twitter untuk pemberitahuan mengenai gempa bumi yang berlaku di Semenanjung.
GB lemah M 4.9 di Utara Sumatera, Indonesia pd 12:02 tgh hari, 25 Feb 2022. Pusat GB pd 0.2° U & 100.0° T dgn kdalmn 10 km. 324km Barat Daya dr Port Dickson,NSembilan. Gegaran dirasai di Lembah Klang. MET Malaysia akan terus memantau keadaan ini.MET Malaysia. pic.twitter.com/e9FMWswe6T
Orang awam turut berkongsi video kejadian yang merasakan gegaran di Sunway, Sungai Way dan semua kakitangan yang berada dalam bangunan diarahkan keluar.
Pekerja swasta, Nik Waney, 24, yang bekerja di Menara PKNS, Petaling Jaya berkata gegaran turut dirasai kerana lokasi pejabatnya berada di tingkat 12.
‘Saya duduk di tepi tingkap dan tiba-tiba terasa gegaran dan diarah turun keluar dari bangunan ini dengan kadar segera.
‘Saya memang terkejut dan takut kerana sebelum ini tidak pernah merasakan gempa bumi sepanjang hidup saya,” katanya.
Sementara itu, gegaran kuat turut dirasai di Bangunan Wisma BERNAMA, Jalan Tun Razak kira-kira jam 9.35 pagi ini.
Semua kakitangan memaklumkan gegaran berlaku kira-kira 5 minit sebelum semua warga kerja Bernama bergegas keluar dari bangunan berkenaan bagi tujuan keselamatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Aqil teruja dapat tonton kereta lumba kawalan jauh
Foto atas : Aqil menerima sumbangan
TEMERLOH – Hasrat Mohd Aqil Aqmar Nordin (4 tahun) untuk menyaksikan kereta kawalan jauh akhirnya tercapai apabila bapanya membawa dia dari Felda Ulu Jempol ke Dataran Temerloh sejauh kira-kira 60 kilometer, semalam.
Lebih manis hasrat itu turut direalisasaikan oleh Kelab Temerloh RC dengan mengadakan demo kereta kawalan jauh di dataran itu.
Pengerusi kelab itu, Khairul Mohd Azuar Ibrahim berkata, impian adik Aqil sangat teruja untuk melihat dari dekat kereta kawalan jauh dan diketahui daripada kawan-kawannya.
“Oleh itu, hari ini (semalam), kami sempat mengumpul ahli kelab dengan kira-kira 50 buah kereta berskala 1/5 dan 1/8 dan dianggarkan bersaiz hampir 50 sentimeter sehingga 80 sentimeter menggunakan minyak petrol dan beteri
“Dengan bunyi seperti kereta lumba yang nyaring, adik Aqil kelihatan sangat teruja dan gembira, katanya.
Sementara itu, bapanya, Nordin Jasni (39) yang turut berada bersama untuk menyaksikan perlumbaan kereta lumba kawalan jauh.
“Bermula dengan melihat kawan-kawannya serta menonton melalui Facebook dan video melalui aplikasi whatsapp, anaknya kerap kali bertanya untuk menyaksikan permainan itu.
“Oleh kerana saya mempunyai kenalan yang bermain kereta lumba ini, saya memohon untuk membawa anak saya untuk melihatnya.
“Saya sekeluarga datang ke dataran ini, Aqil nampak gembira dan teruja dan turut berbisik untuk memilikinya,”katanya.
Katanya, dia berterima kasih kepada kelab itu kerana sanggup ‘melayan’ anaknya yang turut mencuba bermain kereta kawalan jauh itu.
Mohd Aqil yang mengidap penyakit juvenile hyline fibromatosis yang disahkan oleh doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada peringkat awal kelahirannya adalah seperti bayi normal yang lain.
Perubahan fizikal bermula di bahagian jari tangan dan kaki bayi itu dan mula membengkok ketika di usia bulan ketiga termasuk berlaku tulang mengeras dan kejang, pada usia 6 bulan kemudian berlaku perubahan seolah ketumbuhan di bahagian mulut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pada suatu ketika dahulu di Tanah Melayu, telah ditempatkan seorang mamat British yang bernama Sir Richard Olaf Winstedt atau juga dikenali sebagai R. O. Winstedt.
Beliau ni merupakan pengkaji Timur Inggeris dan pentadbir koloni dengan kemahiran Malaya British.
Dalam tahun 1902 Sir Richard Olaf Winstedt telah menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu dan ditempatkan di negeri Perak. Di situlah dia belajar dan memahami bahasa dan budaya orang Melayu.
Si mat saleh ni sebenarnya mempunyai satu sifat buruk. Perangai tak semenggah bak kata orang kampung aku. Bila dia ditugaskan ke negeri-negeri di Tanah Melayu ni, dia tak buat pun kerja yang ditugaskan tapi dia selongkar istana-istana Melayu untuk belajar mengenai manuskrip lama dan ilmu warisan orang melayu.
Jadi atas ‘usaha’ dan ‘kerajinan’ beliau, pada 1909 dia akhirnya telah berjaya menulis dan menghasilkan satu jurnal ‘Ilmu Memanggil Puntianak’. Ayat seruan ini didapati hasil daripada penemuan beliau pada manuskrip lama milik Dato’ Amarabangsa Wiraja. Wijaya yang merupakan seorang pawang yang amat terer lagi hebat dari Temenggor, sekitar tahun 1850.
*Siapa yang berani boleh lah baca.
Sumber dari google dan blog.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Memohon jika jumpa, mencari adik saya yang hilang hilang dipercayai akibat banjir di benus, bentong mohon bantuan informasinya Hilang sejak 19/12/2021.
lokasi kejadian banjir di Benus, Bentong , Pahang gagal dihubungi lepas tarikh tu. Mohon kepada sesiapa yg mengenali beliau.. Boleh beritau info terkini diruangan komen.. Waris dia di indonesia sedang mencari- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Johor Bahru: Lelaki yang melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di hadapan rumah di Taman Teratai, Kangkar Pulai, berjaya ditahan polis semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan jam 4.45 petang di Kampung Kangkar Baru, Yong Peng oleh pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Johor.
Katanya, pada Selasa lalu, suspek melarikan kanak-kanak perempuan jam 5.30 petang dengan menaiki kereta.
“Kemudian suspek membawa mangsa ke Stulang Laut dan melakukan samun terhadap seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berumur lingkungan 20 tahun, mengakibatkan kerugian anggaran RM500.
“Selepas itu, mangsa diarahkan oleh suspek untuk merakam kejadian amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di dalam kereta dipandu suspek.
“Suspek kemudian meninggalkan lelaki OKU terbabit di tepi jalan Stulang Laut dalam keadaan selamat. Manakala kanak-kanak terbabit yang dalam ketakutan serta trauma ditemui orang awam di hadapan kedai makan di Kangkar Pulai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ayob Khan berkata, suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 20 Disember.
Katanya, kereta suspek jenis Proton Waja berwarna kelabu dan sebuah telefon bimbit dirampas.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya.
Semalam, media melaporkan sepasang suami isteri trauma selepas anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun hilang dipercayai diculik di hadapan kediaman mereka di Taman Teratai, di sini, pada Selasa, lapor HM ONLINE
Bagaimanapun mangsa ditemui selamat di belakang barisan rumah kedai kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya, enam jam selepas dia dilaporkan hilang.
Gambar: Polis/media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!