RAUB – LALUAN lebuh raya lingkaran tengah utama (LTU) mula dipenuhi kenderaan apabila orang ramai bergerak pulang ke kampung halaman, hari ini.
Berdasarkan tinjauan SAHIH mendapati laluan dari Pintasan Bentong hingga ke Raub berjalan lancar dan tidak berlaku kesesakan luar biasa.
Bagaimanapun kesesakan dilihat mula berlaku di laluan keluar LTU Pintasan Raub yang menyaksikan kesesakan kira-kira tiga kilometer.
Laluan keluar itu dikawal oleh polis trafik bagi memastikan tiada kesesakan luar biasa.
Sementara itu Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihak polis menjangkakan kira-kira 2.3 juta kenderaan memasuki Pahang hari ini.
Katanya, kenderaan dijangka mula masuk ke negeri ini dengan jangkaan waktu kesesakan puncak esok dan lusa.– SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Nikmati selera Pantai Timur di Shahzan Hotel Kuantan
KUANTAN – Saban tahun, nikmat berbuka puasa di Kafe Puteri Teja, Shahzan Hotel Kuantan di sini, tak pernah mengecewakan.
Sempena Ramadan kali ini, hotel ini menyediakan juadah yang pasti membuatkan tetamu ‘kecur air liur’ dengan pelbagai menu makanan masyarakat Pantai Timur yang menyelerakan.
Nasi Arab, Serawa Durian, Kambing Bakar, Gulai Udang Kelantan, Sup Kambing , Nasi Kerabu, Bingkai Ubi dan Laksa Terengganu antara juadah yang tersedia.
“Tidak lupa juga makanan dan lauk-pauk enak dari negeri ini antaranya, Patin Masak Tempoyak dan Opor Daging,” kata Pengurus Besar Shahzan Hotel Kuantan, Charles Peter.
Tambahnya, bufet Ramadan ini bermula 12 Mac lalu hingga 8 April ini dan boleh dinikmati dengan harga RM85 untuk dewasa dan RM45 (kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun).
Selain itu, katanya, Shahzan Hotel Kuantan menawarkan Promosi Bilik Ramadan untuk musim perayaan tahun ini.
“Kita menawarkan bilik standard pada harga RM208 seorang dan RM298 (berdua) untuk semalam yang mana tetamu turut dijamu dengan sahur dan iftar.
“Tawaran ini hanya boleh ditebus secara tempahan langsung atau menerusi laman web kami mulai 12 Mac hingga 9 April nanti,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN – Peralihan monsun sejak awal bulan ini yang membawa cuaca panas dan kering menyaksikan kawasan Sungai Pahang berdekatan Kampung Pesagi, Maran berubah menjadi beting pasir.
Keadaan itu menimbulkan masalah kepada penduduk di sepanjang jajaran sungai berkenaan yang kebanyakannya mencari rezeki sebagai nelayan sungai dan menternak ikan sangkar.
Mohd Yusuf Mat Amin, 63, berkata ketiadaan air di alur sungai itu memaksanya mudik ke hilir Sungai Pahang untuk menangkap ikan.
“Kejadian air kering di alur sungai ini sudah biasa berlaku, cuma setiap tahun ia makin teruk.
Mohd Yusuf Mat Amin…..
“Macam tahun lepas pun ada juga (berlaku), tapi dalam bulan Julai atau Ogos.
“Tahun ini awal lagi dah jadi begini, susah sikitlah untuk kami yang cari rezeki di sungai,” katanya.
Dia memaklumkan terdapat kira-kira 20 penduduk di situ yang menjadi nelayan sungai dan berdepan kesukaran untuk mendapatkan hasil tangkapan.
“Benda ini berlaku setiap tahun, sejak awal tahun 2000 kalau tak silap saya, tapi belum nampak lagi usaha nak atasi masalah ini.
“Kalau boleh saya harap kerajaan Pahang korek pasir di sini, di bahagian sungai yang dah jadi beting pasir supaya bolehlah air sungai mengalir ke kawasan sebelah sini,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Setafar Chek, 65, pula memberitahu alur sungai yang kering itu merangkumi keluasan hampir tiga kilometer dan mendakwa ramai pengusaha ikan sangkar mengalami kerugian puluhan ribu ringgit setiap kali fenomena itu berlaku.
Katanya, jajaran sungai berkenaan merentasi Kampung Pesagi, Kampung Sanding dan Kampung Sawah yang menempatkan puluhan sangkar ikan patin dan tilipia diternak penduduk setempat.
“Minggu lepas ada pemilik sangkar menjual secara lelong ikan ternakan kerana tak sanggup menanggung kerugian.
Setafar Chek…
“Sangkar mereka dah terapung atas pasir, air semua dah kering jadi macam mana nak simpan lagi ikan.
“Daripada rugi baik dia jual murah-murah, kalau dibiarkan memang mati semua ikan sungai itu,” katanya.
Dia juga bersetuju jika kerajaan Pahang mengambil pasir di kawasan berkenaan untuk tujuan mendalamkan semula alur sungai itu.
“Seberang (sungai) sana ada orang korek (lombong) pasir, jadi sebelah sana air tak kering macam di sini.
“Aktiviti itu mencipta lubuk ikan dan membantu kami nelayan sungai meningkatkan hasil tangkapan.
“Kalau sebelah sini pun boleh korek juga pasir, rasanya adalah air di alur sungai kampung kami,” katanya.
Ditanya sama ada aktiviti melombong pasir di sungai bersebelahan menjadi punca alur sungai kering itu, Setafar menafikan fenomena berkenaan ada kaitan dengan aktiviti berkenaan.
Katanya, kejadian alur sungai kering itu berpunca daripada cuaca panas melampau dan ketiadaan hujan untuk tempoh lama.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Maran – Kerajaan Pahang sedia meneliti dan mengkaji untuk meneroka bahan mineral nadir bumi oksida sekaligus membina kilang pemprosesan nadir bumi di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri wan Rosdy Wan Ismail berkata,kita mengesahkan bahawa Pahang antara 10 negeri yang mempunyai unsur nadir bumi lempung Jerapan Ion.
Menurutnya, kajian menyeluruh perlu dibuat kerana ia membabitkan kawasan alam sekitar, perhutanan dan sebagainya.
“KITA AKAN TELITI TENTANG PERKARA NI LAH ADA KITA ADA TAPI URUSAN UNTUK INI KITA HARUS KAJI DAN TELITI SEBAB IA MELIBATKAN KAWASAN HUTAN SIMPAN DAN SEBAGAINYA”
Kerajaan Pahang amat positif dalam mengusahakan pengeluaran hasil nadi bumi kerana secara langsung menjanjikan pulangan hadil dan peluang pekerjaan kepada rakyat, katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pecah Tanah Skim Tanah Rakyat ( STR) Felda Pahang di Dewan Semai Bakti Felda Jengka 14 Jengka Pahang ..
Ketika ini di bumi Pahang terdapat Kilang Lynas di Kuantan. Yang bahannya dibawa dari Australia dan menjadi milik negara itu sepenuhnya.
Laporan sebuah hari ini terdapat 10 negeri membabitkan 29 kawasan yang mempunyai unsur nadir bumi Lempung Jerapan Ion (IAC-REE) dianggarkan berjumlah 16.1 juta tan metrik dengan nilai pasaran RM810 bilion.
Tambah beliau, penubuhan Akademi Mineral Pahang di Lipis tahun ini antara strategi jangka Panjang Kerajaan Negeri melatih generasi muda dalam bidang berkenaan.
Menurutnya, kampus sementara di Lipis melatih pelajar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menjuruskan kepada tenaga meneroka hasil mineral di Pahang.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAUB – MCA dan MIC Pahang menolak keras dakwaan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail seorang samseng sebagaimana yang ditularkan dalam media sosial Baharu-baharu ini.
Setiausaha MCA Datuk Chong Sin Woon berkata, Wan Rosdy melaksanakan tanggungjawabnya selaku pemimpin Kerajaan negeri membanteras pencerobohan tanah termasuk di Cameron Highland.
Beliau berkata, ketegasan Wan Rosdy walaupun tidak populis tetapi memberi kebaikan kepada lebih banyak khalayak berbanding seorang dua orang yang berkepentingan pribadi.
“Dia kena ambil proses seperti itu lah sebab kita tengok sebelum ni banyak kawasan setinggan dia kena bersihkan ,kawasan penjaja haram mana mana sebelom ni menggunakan tanah haram dia kena mengambil tindakan ..untuk jangka masa panjang .
Rekod Wan Rosdy memimpin Negeri Pahang sangat cemerlang dan terbukti dengan peningkatan hasil negeri dan rakyat semua golongan mendapat pelbagai bantuan.
Melabelkan Wan Rosdy sebagai samseng adalah meleset dan berniat buruk untuk menjejaskan reputasi dan integrity beliau sebagai pemimpin negeri dan nasional,` katanya kepada media hari ini.
Sebelum itu Sin Woon menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2024 anjuran MCA Pahang yang dihadiri Wan Rosdy dan Presiden MCA Datuk Seri Dr.Wee Ka Siong di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Raub hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi MIC Pahang Datuk K.Tamilselvan berkata, tohmahan bEkas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat ( PKR) G.Gobalakrisnan terhadap Wan Rosdy tersasar dari fakta sebenar.
“ Jadi mb pahang ni memang dia buat sebaik baik nya untuk kaum india iaitu orang susah dan apa apa orang kurang upaya dia akan tolong dan tanah pun telah mb telah memberi ramai untuk india di seluruh pahang .
Menurutnya, sejarah kelam politik G.Gobalakrisnan pun yang keluar MIC kemudian masuk PKR dan kembali ke pangkuan MIC yang akhirnya dipecat MIC.
K.Tamilselvan turut membidas kenyataan bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu yang melabelkan Menteri Besar samseng sedangkan ketegasan itu memberi banyak kebaikan kepada rakyat negeri ini.
Beliau yang juga Ketua Bahagian MIC Daerah Raub berikrar Masyarakat India akan terus memberi sokongan terhadap kepimpinan Wan Rosdy menerajui negeri terus maju dan gemilang.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
30 pasukan sertai kejohanan gasing pangkah tradisional
JERANTUT – Sebanyak 30 pasukan mengambil bahagian dalam Kejohanan Gasing Pangkah Tradisi di FELDA Kota Gelanggi, dekat sini.
Kejohanan julung kali itu dianjurkan Majlis Daerah Jerantut (MDJ) dengan kerjasama warga peneroka FELDA Kota Gelanggi 1.
Perasmian kejohanan dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Keindahan dan Landskap/Pelancongan MDJ, Datuk Abdullah Lebai Din.
Kejohanan itu bertujuan memeriahkan dan menghidupkan kembali sukan tradisional yang semakin dilupakan generasi muda.
Turut hadir pada majlis perasmian kejohanan itu adalah Pengurus FELDA, Aswadi Hassan; wakil pengarah FELDA Wilayah, Mohd Faizal Mat Jusoh dan Ketua Peneroka FELDA Kota Gelanggi, Abd Rahman Ghani.
Hadir sama setiausaha MDJ, Kasri Abdullah; Pengerusi GPW FELDA Wilayah Jengka, Zariah Haron dan Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud.
Program itu berjaya mencapai matlamat apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada generasi muda.
Selain itu, ia turut menarik kunjungan peminat sukan gasing tradisional dari dalam dan luar daerah Jerantut.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Ketika Jack Voon memberitahu kenalannya mengenai rancangan untuk mengelilingi dunia, ramai yang menganggap dia ‘gila’ dan tidak realistik.
Apatah lagi dia bercadang untuk melakukan ekspedisi itu menggunakan kereta jenis Perodua Kenari.
Kereta itu adalah ‘pemberian’ kenalannya yang menetap di Kuantan, Pahang.
Namun, dengan kesungguhan dan semangat tinggi dimilikinya, Jack yang berasal dari Sarawak kini sudah hampir selesai membuat persiapan.
Minggu lalu, Jack singgah di Kuantan untuk mengubahsuai kereta Kenari yang akan digunakan dalam ekspedisi itu.
Dia ketika ditemui baru-baru ini berkata, proses memasang alat pemanas untuk kereta terbabit akan membantu dia melengkapkan misi itu.
“Kereta kita dah biasa ada penghawa dingin, tapi untuk membawa ke luar negara, kena pasang alat pemanas sebab ada kawasan yang saya akan lalu beriklim sejuk.
“Saya dah cari kedai aksesori di Sarawak untuk pasang alat pemanas ini, tapi tidak ada.
“Jadi saya bawa ke Kuantan selepas dimaklumkan di sini ada bengkel yang memiliki kemahiran untuk memasang alat berkenaan,” katanya.
Proses pemasangan dilakukan di Paka Turbo Garage yang terletak di kawasan perindustrian Semambu, dekat sini.
Jack yang berusia 46 tahun bagaimanapun tidak memaklumkan kos pemasangan alat itu.
“Kosnya masih berpatutan dan memang perlu untuk dipasang pada kereta ini.
“Setakat ini semuanya masih mengikut perancangan walaupun saya akui masih kekurangan dana untuk menjayakan misi ini,” katanya lagi.
Jack turut berkongsi impiannya untuk mempromosikan kebudayaan Borneo sepanjang ekspedisi itu.
Katanya, ia adalah peluang terbaik untuk dirinya membawa budaya unik masyarakat pelbagai kaum di Sarawak bagi dikongsikan bersama rakyat negara lain.
“Saya anggarkan ekspedisi ini akan mengambil masa kira-kira tiga tahun.
“Semua benua akan saya cuba jelajah menggunakan kereta Kenari ini dan saya harap ekspedisi ini akan berjaya.
“Kalau ada pihak ingin menaja ekspedisi ini atau turut menyumbang kepada dana menjayakan ekspedisi julung kali ini, amat saya alu-alukan,” katanya.
Jack dijangka akan memulakan ekspedisi itu awal bulan depan melalui benua Asia sebelum ke Eropah, Afrika, Amerika Utara dan Selatan.
Dia kemudiannya akan cuba merentasi Antartika sebelum ekspedisi itu berakhir di benua Australia.– SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Tahukah anda bahawa pokok anggur pelbagai variety boleh ditanam dan berbuah lebat yang rasanya manis dalam iklim Malaysia?.
INI dibuktikan Syed Norhaimi Syed Zin,60, dari dari Taman Perumahan Batu Embun yang menanam 20 variety anggur dari pelbagai negara seperti Ukraine di Pusat Pertanian Temin ( PPT), dekat ini.
Katanya, variety anggur di tanam ialah Heliodor, Jubilee, Velez, Dixon, Rumba, Baikonur, Jupiter, Lorano, Beauty Krasotka, Krasava, Ninel, Banana, Golden Musqat, Faith, Monte Cristo dan beberapa variety lagi.
Menurutnya, projek tanaman anggur di PPT bermula April 2022 dan kini pokok berusia setahun sembilan bulan sudah dua kali berbuah dengan rasa manis yang dijadual masak awal April ini.
` Terdapat tiga rumah perlindungan hujan yang menempatkan 76 pokok yang hidup subur seperti negara asal katanya kepada media hari ini selepas majlis pembukaan projek anggur di Pusat Pertanian Temin ( PPT), hari ini.
Syed Norhaimi Syed Zin…
Menurut Syed Norhaimi produk anggur berpotensi menjadi tanaman tempatan yang popular tarikan pelancong domestik kerana produktif sepanjang tahun.
Menurut beliau, ini berbeza dengan negara asalnya tanaman anggur hanya satu musim sahaja atas faktor peredaran empat musim negara berkenaan.
Mengulas lanjut, beliau mula meminati tanaman anggur ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19 tahun 2021 kerana tidak boleh bergerak ke mana-mana.
“ Untuk menghilangkan jemu, saya banyak layari Facebook dan teruja ada orang boleh membuahkan anggur di negara ini dengan mudah.
Justeru saya mengikuti kursus secara bersemuka dan secara dalam talian bagi meningkatkan ilmu.
“Kemudian saya membuat pesanan beberapa jenis benih dengan harga RM300-RM400 sepokok dan menanam dalam pasu di tepi rumah,“ katanya.
Menurutnya, kejayaan itu menarik perhatian Jabatan Pertanian Jerantut menawarkan kawasan di PPT untuk projek tanaman secara komersial.
“Anggur yang ditanam itu boleh mengeluarkan hasil dalam masa enam bulan sahaja. Pokok yang baru tiga bulan ditanam sudah mengeluarkan bunga dan tiga bulan kemudian, boleh menikmati buahnya,” katanya.
“Pengunjung yang hadir dikenakan sedikit bayaran di mana mereka antara lain akan diberi penerangan mengenai varieti anggur yang boleh berbuah subur di negara ini selain aspek pembajaan, kawalan penyakit dan teknik membuahkan anggur,” katanya-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman membuka 54 kertas siasatan terhadap syarikat Snuppee yang didakwa menipu pengguna membabitkan kerugian bernilai lebih RM1 juta.
Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Rohaimi Md Isa berkata siasatan awal mendapati syarikat iu mempromosikan platformnya untuk menjana pendapatan tambahan secara dalam talian.
“Individu yang berminat dikehendaki mendaftar dan membeli pakej ditawarkan serendah RM50 hingga RM13,700 dan melakukan tugasan diberikan.
“Nilai komisen diterima adalah berbeza berdasarkan pakej yang disertai.
“Namun, pada akhir bulan lalu, syarikat berkenaan dikesan menawarkan ‘cashback’ sebanyak 80 peratus bagi setiap penambahan wang ke dalam akaun Snuppee,” katanya dalam kenyataan.
Rohaimi berkata, tertarik dengan tawaran diberikan, ramai pengguna membuat pindahan wang kepada syarikat tersebut, namun pada 29 Januari lalu syarikat itu mengeluarkan notis mendakwa telah muflis dan menutup semua operasi mereka.
Beliau berkata siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan menggesa mana-mana individu yang telah menjadi mangsa skim penipuan itu membuat laporan di balai polis berhampiran.
“Polis komited dalam memastikan siasatan terhadap skim penipuan ini dilaksanakan dengan sewajarnya selaras peruntukan undang-undang agar penjenayah yang terlibat dapat ditahan dan dihadapkan ke mahkamah dengan segera,” katanya.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
INDIVIDU misteri yang masyhur dan sering dinantikan kemunculannya.
. Langsung tiada maklumat berkenaan beliau selain gelaran, jawatan dan serban merah yang menampakkan mata.
. Inilah Abu Ubaidah, jurucakap rasmi Briged Izzuddin Al-Qassam.
. Susuk pemuda Palestin yang menggugat musuh tanpa pedang, hanya dengan kalam.
. Pada 2006 beliau muncul pertama kali bagi mengumumkan penangkapan askar Israel, Gilad Shalit.
. Hari ini 2023 beliau muncul lagi bagi mengumumkan kemenangan buat umat Islam!
. “Perang kali ini akan tercatat dalam sejarah pembebasan Al-Aqsa!” – Abu Ubaidah
. Dengan lisannya, rakyat Palestin yang sudah digasak hebat selama 26 hari terus gagah mempertahankan tanah air.
. Jiwa-jiwa yang hampir putus asa juga kembali bangkit meyakini janji-Nya.
.
“Selagi mana Abu Ubaidah baik, maka kami juga baik-baik sahaja,” ucap rakyat Palestin.
. Suara beliau jauh lebih mengasyikkan daripada lagu mahupun syair yang ada.
. Kalimahnya jelas, teratur, tenang dan mempunyai roh yang mampu menghidupkan hati.
. Ucapanmu wahai Abu Ubaidah, menebarkan rasa bangga, kemuliaan, keberanian dan kekuatan dalam diri kami terhadap agama ini.
. Bahkan Abu Ubaidah lebih dipercayai oleh rakyat Israel berbanding Netanyahu!
. Kenalkanlah Abu Ubaidah ini kepada anak-anak kita.
. Biarkan mereka belajar daripada Abu Ubaidah yang turut mengingatkan kita kepada dua Sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ubaidah al-Jarrah R.A serta Tsabit Ibn Qais.
. Ceritakan kepada generasi muda mengenai kehebatan Abu Ubaidah al-Jarrah R.A yang menjadi panglima perang serta disebut oleh Baginda sebagai orang yang dipercayai.
. Berperwatakan sederhana namun di bawah kepimpinannya tentera Islam berjaya membuka kota Baitul Maqdis, Palestin!
. Ceritakan juga kepada mereka mengenai Tsabit Ibn Qais. Seorang Sahabat yang dilantik menjadi jurucakap Rasulullah S.A.W.
. Mahir bersyair, kata-katanya jelas, bahasanya indah dan suaranya menaikkan semangat orang yang mendengar.
. Segalanya dilakukan atas dasar iman sehingga kedua-dua Sahabat ini termasuk dalam kalangan mereka yang dijamin syurga.
. Sebuah cita-cita bagi setiap mukmin. Dan inilah juga cita-cita para pejuang Palestin.
. Persis ayat yang sering diulang Abu Ubaidah di setiap akhir ucapannya, “إنه لجهاد نصر أو استشهاد”
“Sesungguhnya ini ialah jihad, sama ada kemenangan atau kesyahidan!”
. Semoga Allah panjangkan umur Abu Ubaidah, memberkati dan menjaganya. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!