KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa penularan COVID-19 semakin meningkat sejak kebelakangan ini berpunca daripada ahli politik yang pulang dari Sabah adalah tidaktepat.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perangkaan semasa menunjukkan hanya 132 daripada lebih 13,000 individu yang disaring didapati positif, selepas pulang dari Sabah.
Selepas semakan, beliau berkata, semua individu positif jangkitan wabak itu terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tujuan berkunjung ke Sabah.
“Mereka ini (individu yang positif COVID-19) bercampur-campur, termasuk orang politik yang kita tak nafikan ada didapati positif selepas kembali dari Sabah.
“Bagaimanapun, ada juga dalam kumpulan yang positif ini terdiri daripada pelancong dan ahli perniagaan, masing-masing dengan urusan atau tugas rasmi tersendiri.
“Jadi, bukan orang politik semata yang didapati positif jangkitan COVID-19 selepas kembali dari Sabah,” katanya pada sidang media khas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di Putrajaya, hari ini.
Sumber: BeritaHarian
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Perbelanjaan perjalanan pergi dan balik untuk mendapat rawatan kanser payu dara peringkat ke-4 di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ2), Kota Bahru, Kelantan serta turut menjaga ibu mertuanya yang sakit menjadi satu pengorbanan besar buat suami kepada isterinya yang sakit.
Syed Mohammad Aluwi (55) yang bekerja sendiri dengan menanam sayur di tanah pusaka peninggalan keluarganya seluas seekar tidak cukup untuk menampung perbelanjaan perjalanan dan harian keluarganya.
“Isteri saya, yang sakit sudah berulang-alik kira-kira 30 kali dan perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM600 setiap kali perjalanan dan belanja makanan tambahan perubatan sebanyak kira-kira RM300 sebulan.
Jawatankuasa Biro Cakna Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut melakukan ziarah cakna ke rumah pesakit di Temin, hari ini.
“Saya juga mempunyai empat orang anak berusia antara 6 hingga 15 tahun turut memerlukan perbelanjaan harian dan persekolahan, dua daripadanya tinggal di asrama, ” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Temin, di sini, hari ini.
Katanya, isterinya, Sharifah Khatijah Syed Ahmad, 43 tahun sudah mengidap penyakit kronik itu sejak 2018 dan telah berulang alik ke Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan kimoterapi di sana serta menjaga ibu mertuanya Tuan Sharifah Syed Yusoh, 85 tahun.
Adik kepada sakit, Nurulshima merawat Syarifah Khatijah Syed Ahmad yang terlantar
“Sejak akhir-akhir ini, saya kerap tidak ke kebun kerana menjaga isteri kalau dalam keadaan yang membimbangkan, kadang kala terpaksa bergadai barang kemas mana yang ada untuk perbelanjaan di samping bantuan daripada keluarga,”katanya.
Biro Cakna, Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut memberi sumbangan barangan dapur dan wang kepada Syed Mohammad, hari ini
Orang ramai yang ingin menyumbang kepada pesakit boleh melalui Syed Mohammad Syed Aluwi (suami) di akaun CIMB bernombor 7607086141 atau boleh menelefonnya di nombor 0146962755.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Seorang penjawat awam kerugian RM23,430 selepas menyerahkan nombor KodPengesahanTransaksi (TAC) kepada individu yang menyamar sebagai pegawai bank sebelum wang itu dipindahkan daripada tiga akaun milik mangsa, semalam.
Mangsa penipuan MacauScam berusia 49 tahun itu menerima panggilan daripada individu terbabit kira-kira jam 12 tengah hari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa didakwa membuat transaksi sebelum dihubungi pegawai bank yang memaklumkan kad kredit miliknya mempunyai tunggakan sebanyak RM4,778.90.
“Mangsa kemudian menghubungi bank di talian yang diberikan dan bercakap dengan seorang lelaki dikenali dengan panggilan MrLee dan meminta mangsa menyerahkan butiran akaun bank untuk semakan.
“Ketika sedang bercakap, Mr Lee meminta menyerahkan TAC dan mangsa tanpa berfikir panjang terus berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudian membuat semakan secara dalam talian dan mendapati dua akaun miliknya berkurangan sebanyak RM18,430.
Katanya, sebanyak RM5,000 dikeluarkan daripada akaun kad kredit mangsa.
Mohd Wazir berkata, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Temerloh petang semalam.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan modus operandi yang dilakukan suspek dengan menyamar sebagai pegawai bank.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sumber: BeritaHarian
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Pihak pengurusan MBS World menafikan premis kendalian mereka dikunjungi seorang pelanggan yang disahkan positif COVID-19.
Pengarah Urusan MBS World, Albert Leong berkata, pihaknya sudah menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sebaik sahaja berita mengenai perkara itu tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp.
“Dakwaan kononnya premis kami dikunjungi pelanggan berkenaan adalah tidak benar… kami sudah berhubung dengan pihak PKD Kuantan dan mereka mengesahkan pelanggan terbabit bukan dalam kategori berisiko tinggi untuk menyebarkan COVID-19.
“Pelanggan terbabit dan anaknya ada memasuki premis kami, tetapi suami pelanggan itu hanya menunggu di dalam kenderaan… ujian swab test dijalankan terhadap kedua-duanya menunjukkan mereka negatif,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihak MBS World sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan melakukan proses sanitasi secara berterusan di premis mereka.
Katanya, premis terbabit disanitasi dua kali sehari, pada sebelah pagi sebelum dibuka kepada pelanggan dan sebelah malam.
“Proses sanitasi ini adalah hasil inisiatif kami bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pelanggan.
“Selain itu, MBS World juga mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara… kami memberi jaminan bahawa premis kami adalah selamat untuk dikunjungi dan tidak ada masalah seperti didakwa pihak tertentu,” katanya.
Kira-kira seminggu lalu, terdapat khabar angin kononnya premis MBS World di Jalan Tanah Putih pernah dikunjungi pelanggan yang positif COVID-19.
Perkara itu bagaimanapun disahkan tidak benar dan penafian mengenai berita palsu itu sudah dibuat pihak pengurusan MBS World, awal minggu ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seorang gadis dikenali dengan nama Isabella Guzman, kembali menjadi perhatian netizen apabila kisahnya yang didakwa membunuh ibu kandungnya sendiri menjadi topik perbualan hangat netizen.
Nama sebenar Isabella Guzman ialah Isabella Yun Mi Guzman dan dia dikatakan membunuh ibu kandungnya, Yun Mi Hoy, dengan 151 tikaman di wajah dan leher.
Kejadian itu berlaku pada 28 Ogos 2013 dan dia melakukan jenayah kejam berkenaan ketika berusia 19 tahun.
Wanita berusia 47 tahun itu terus menuju ke bilik air. Tetapi tidak lama selepas Ryan Hoy, suami Yun Min Hoy, terdengar suara memukul dan menjerit dari isterinya.
Ryan segera bergegas ke tingkat atas, mendapati Isabella menyekat laluan ke pintu bilik mandi dan Ryan yang melihat darah mengalir dari balik pintu bilik mandi, segera menghubungi polis.
Selepas kira-kira dua jam, polis tiba dan mendapati Yun Mi Hoy berlumuran darah setelah dipukul dengan kayu besbol.
Polis turut mendapati kesan luka yang besar pada wajah Yun Mi Hoy.
Yun Min Hoy disahkan meninggal dunia di tempat itu sekitar jam 22.38 waktu tempatan.
Setelah membunuh ibunya, Isabella melarikan diri ke pasar mini berhampiran rumah. dan membersihkan kesan darah yang pada tubuhnya.
Malah dia berbohong kepada pemilik pasar mini itu dengan mereka cerita kononnya dia adalah mangsa jenayah seksual (diperkosa) dan meminta pemilik pasar mini terbabit tidak melaporkan kejadian itu kepada polis.
Polis berjaya menangkap Isabella yang juga suspek utama kes pembunuhan kejam itu, kira-kira 16 jam selepas melancarkan operasi mengesan dia.
Yang membuat kisah ini begitu mendapat perhatian adalah bahawa semasa perbicaraannya, Isabella didapati tidak bersalah dan tidak dipenjarakan. Selain itu, senyuman Isabella di dalam mahkamah menjadi perhatian. Dia tersenyum seperti tidak bersalah.
Ini kerana Isabella dinyatakan mengalami gangguan mental. Akibatnya, dia dihantar ke Hospital Kerajaan di Pueblo untuk mendapatkan ubat dan rawatan psikiatri.
Berdasarkan maklumat Doktor Richard Pounds, doktor yang merawat, Isabella didiagnosis menghidap paranoia skizofrenia.
Dikatakan bahawa Isabella sering menatap ke ruang kosong, bercakap dengan dirinya sendiri walaupun tidak ada orang lain yang tertawa pada dirinya sendiri.
Doktor juga mendedahkan bahawa Guzman mengalami delusi bahawa Yun Min Hoy bukan ibu kandungnya. Dia mengatakan Cecela adalah wanita yang dianggap sebagai ibu kandungnya.
Isabella yakin bahawa dia akan membunuh Yun Min Hoy untuk menyelamatkan dunia. Kerana kejadian ini, Isabella berkemungkinan berada di hospital jiwa seumur hidupnya. Peguam Daerah Kehakiman ke-18, George Brauchler, mengatakan Isabella akan tetap berada di sana sehingga dia tidak lagi menjadi ancaman kepada orang ramai dan dirinya sendiri.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kepetahan Duta Besar Perancis, Frédéric Laplanche menyampaikan dua rangkap pantun yang dimuatnaik melalui akaun Twitter rasmi Kedutaan Besar Perancis di Malaysia sejak semalam, menjadi perhatian netizen apabila menerima sebanyak 3,170 ulang kicau (retweet) dan 5,940 tand suka (like).
Laplanche dilantik sebagai Duta Besar Perancis ke Malaysia pada Ogos 2017 dan dijadualkan menamatkan perkhidmatannya hujung tahun ini, selepas kira-kira tiga tahun bertugas di Malaysia.
Sama-sama kita hayati kepetahan dan kefasihan beliau menyampaikan pantun melalui video ini.
#sahih
#yangpastisahih
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Kalau sudah rezeki tidak ke mana, bermula dengan pelbagai pekerjaan berasas makanan yang diusaha di rumah, kini SuyaBakery boleh berdiri teguh dengan membekal makanan kek dan roti di daerah ini.
Pengurusnya, Mohd Muzzammil Roslee (35) berkata, SuyaBakery yang bermula di rumah dengan seorang pekerja pada 2013 menghadapi pelbagai pahit manis dalam perusahaannya untuk mendapatkan pasaran.
“Berkat kesabaran dan disokong oleh pelbagai agensi termasuk menghadiri bermacam kursus pemasaran dan pembuatan, kini premis yang terletak di Bandar Inderapura mula mendapat tempat di hati pelanggan setempat dan daerah berdekatan.
“Kini, mempunyai enam pekerja di bahagian dapur dan tiga di bahagian kaunter bagi memudah dan melancarkan perniagaan dan tempahan,” katanya ketika ditemui di kedainya, di sini, hari ini.
Katanya, menghargai pelanggan, syarikatnya memberi sumbangan produk makanan selama satu tahun kepada murid dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kiol atas kejayaan lulus 100 peratus Ujian Penilaian Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan Sekolah-Sekolah Orang Asli 2019.
Katanya selain itu, Program Cabutan bertuah yang diadakan baru-baru ini, turut dihadiri Pengarah SME Corp Pahang ,Nadia Yusof , Timbalan Pengarah MARA, Pahang, Zainuddin Zakaria , Ketua Bahagian Pembangunan Usahawan Negeri Pahang, MARA, Noraidah Ishak dan Pegawai MARA Daerah Jerantut, Syafizzi Tahir.
Dalam program cabutan bertuah, pemenang Motosikal Yamaha Y15, Sufi Nur Nadhirah Azman yang mewakilkan suaminya Mohamad Syafiq Hassan menyatakan kegembiraan kerana baharu menerima cahayamata.
Seorang pembantunya, Umi Atikah Ismail (29), berkata SuyaBakery mempunyai jenama utama kek keju leleh dan roti serunding daging yang menjadi permintaan utama di situ.
“Ada ketikanya, kami mengeluarkan hampir seribu buku kek keju leleh seminggu, selain itu turut membuka peluang kepada pembekal tempatan untuk menghantar kerepek, maruku dan beberapa jenis bahan makanan untuk dijual,”katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Terima kasih kepada 6 orang anak muda, Muhammad Ikmal Abdul Manan, Ahmad Fadzril Abdul Ruzsnan, Abied Rohman Jamaluddin, Mohd Amir Bin Farouk, Kamal Mohd Idris dan Azri Azahar mereka berbakat menghasilkan potret yang sangat cantik pada dinding Klinik Gigi Putramedic, Kuantan.
*ingatan jangan ada yang busuk hati pulak .
#sahih
#yangpastisahih
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Tradisi memasak bubur Asyura teruskan setiap tahun bagi mengeratkan hubungan di kalangan ahli kariah dan penduduk di taman perumahan di FELDA Jengka 24.
Sebanyak 600 bekas bubur Asyura disediakan UMNO Cawangan Jengka 24.
Ketua UMNO Cawangan Jengka 24, Razak Daud berkata, program dianjurkan secara gotong-royong itu mendapat kerjasama baik daripada AJK UMNO Cawangan, Pergerakan Wanita UMNO Cawangan, Puteri UMNO dan Pemuda UMNO Cawangan berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seramai 111 peneroka tanah kosong kerajaan negeri dengan tanaman durian sebelum ini boleh meneruskan usaha pengeluaran durian setelah mendapat Perintah Pergantungan Sementara terhadap notis mengosongkan tanah kebun dan pajakan mereka di beberapa lokasi sekitar Raub.
Pekebun durian itu, berjaya mendapat Perintah Pergantungan Sementara itu setelah dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab Aziz, selepas mendengar hujahan daripada pemohon dan wakil responden berhubung tuntutan tersebut.
Peguam, Siew Choon Jern, yang mewakili kumpulan pekebun tersebut, berkata pergantungan notis yang dikeluarkan responden sehingga tarikh pendengaran semula permohonan yang dijadualkan akan diadakan pada 28 Oktober depan.
“Oleh itu pekebun durian itu boleh menjalankan kerja harian seperti biasa di atas tanah yang diterokai, selepas mendapat perintah dan notis mengosongkan tanah yang dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Raub dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), pekebun tidak berani masuk ke kebun itu.
“Ada di antara mereka mula mengusahakan tanah itu dengan tanaman durian sejak 1961, mereka hanya mahu keputusan yang adil serta dalam situasi menang-menang serta sedia berbincang dengan baik,”katanya.
Beliau berkata demikian selepas prosiding permohonan mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis pengosongan kebun dan pajakan tanah durian di Kompleks Mahkamah Kuantan, hari ini.
Tindakan itu dilakukan berikutan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram termasuk di kawasan hutan simpan di kawasan dusun durian di Raub yang membabitkan kawasan Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras.
#sahih
#yangpastisahih
Sumber Photo fb – Bazaie tuan muda puceceh
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!