CAC STADIUM MALAWATI SESAK, LEBIH 4,000 INDIVIDU POSITIF LAPOR DIRI
KUALA LUMPUR – Sedih dan dalam masa sama timbul rasa bimbang.
Itu perasaan apabila melihat ramai individu yang positif Covid-19 berpusu-pusu hingga terpaksa beratur panjang lebih 500 meter untuk melaporkan diri ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati di sini hari ini.
Lebih menyayat hati apabila kanak-kanak dan bayi antara individu yang disyaki positif turut sama beratur dan terpaksa berpanas sejak pukul 11 pagi tadi.
Hanya sebuah khemah berwarna putih sahaja kelihatan di tempat orang ramai beratur dan itu pun bagi menempatkan individu yang mengalami sesak nafas dan mereka yang mempunyai simptom pandemik yang serius.
Kebanyakan pengunjung yang hadir bersiap sedia dengan beg pakaian masing-masing di samping kelengkapan lain termasuk bantal dan baldi, seolah-olah mereka tahu akan ditempatkan di pusat kuarantin selepas ini, lapor MG
Menurut petugas perubatan di situ, kapasiti harian CAC Stadium Malawati boleh menerima antara 1,200 hingga 1,500 pengunjung dan kehadiran lebih 4,000 orang itu di luar keupayaan mereka.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUNGAI SIPUT: Polis membuka siasatan terhadap pemilik akaun Facebook (FB) Putra Yob berhubung sebaran berita palsu mengenai kononnya kejadian samun bersenjata oleh empat individu ke atas sebuah keluarga, berlaku di sini, sebagaimanapun video yang ditularkan di media sosial.
Polis membuka siasatan terhadap pemilik akaun Facebook (FB) Putra Yob berhubung sebaran berita palsu mengenai penularan video kononnya kejadian samun bersenjata oleh empat individu ke atas sebuah keluarga, berlaku di Sungai Siput. Foto tangkap layar Media Sosial.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahbudin berkata, tiada laporan polis diterima pihaknya berhubung kejadian samun terbabit di daerah ini, bahkan pemeriksaan sebaliknya mendapati insiden itu berlaku di New Delhi, India.
“Tiada kejadian berikut berlaku di sini (Sungai Siput). Kita tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kes rompakan bersenjata (seperti yang dimaksudkan).
“Pemilik FB itu sudah dikesan dan pihak polis akan rakam keterangan beliau,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Mohd Khaizam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebabkan kegusaran awam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video tular berbentuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu yang disertakan keterangan oleh pemilik FB terbabit yang mendakwa kejadian berlaku di Sungai Siput.
Video berdurasi dua minit dan 22 saat itu memaparkan empat individu menceroboh menerajah masuk ke sebuah rumah yang di dalamnya memperlihatkan terdapat tiga dipercayai sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak disamun.
Sumber: video media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENIAGA JUAL AYAM MURAH BANTU PENDUDUK TERJEJAS, HILANG SUMBER PENDAPATAN
KUANTAN: Tidak dapat dinafikan tekanan dihadapi kebanyakan penduduk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bukan sahaja menjejaskan pendapatan, bahkan ada yang kehilangan kerja.
Menyedari bebanan ditanggung penduduk ketika ini, seorang peniaga kedai runcit, Abd Latif Abdul Wahab, 50 tahun, mengambil inisiatif dengan menawarkan ayam proses pada harga paling murah berbanding harga pasaran ketika ini.
Beliau yang sudah berniaga sejak kira-kira 30 tahun berkata, sebanyak 150 ekor ayam proses disediakan kepada pelanggan dengan harga RM5.50 sekilogram.
Latif Abdul Wahab-Peniaga runcit
“Harga ini adalah paling rendah berbanding kebiasaannya dijual pada harga RM7.50 hingga RM9.50 sekilogram di pasaran.
“Idea ini tercetus selepas menyedari kesan (pandemik) COVID-19 terhadap orang ramai. Ada yang hilang kerja, ada yang terputus sumber pendapatan, jadi, saya harap inisiatif ini dapat membantu mereka,” katanya ketika ditemui di kedai runcit miliknya dekat Jalan Tanjung Pasir-Bukit Goh, di sini, pagi tadi.
Abd Latif berkata, bekalan ayam proses itu diperoleh daripada pembekal di Jabor, dekat Kemaman, Terengganu dan beliau menawarkan harga murah itu kepada pelanggannya selama tiga hari, bermula hari ini.
“Untuk hari ini, sebanyak 150 ekor terjual dalam masa kira-kira tiga jam dan bagi mereka yang tidak sempat mendapatkan ayam pagi tadi, mereka boleh datang ke kedai saya pagi esok dan lusa,” katanya.
Sementara itu, seorang pelanggan, Nor Farini Mahad ketika ditemui memuji usaha dilakukan peniaga seperti Abd Latif dan mengakui ia sangat membantu orang ramai yang terkesan sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
“Saya rasa memang patuhlah ada peniaga sudi menjual harga macam ini… sebagai contoh, saya sendiri pun anak lima orang, jadi kita punya keperluan itu agak tinggilah ditambah pula musim macam ini,” katanya.
Seorang lagi pelanggan, Yasser Mohamed berkata, usaha dilakukan Abd Latif itu sangat tepat pada masanya dan wajar dicontohi peniaga lain.
“Kita memuji peniaga seperti beliau kerana sanggup memberi harga serendah ini kepada pengguna, apatah lagi ketika rakyat sedang diuji dengan masalah ekonomi, jadi apabila ada peniaga sanggup meletakkan harga serendah ini, kami semua sangat gembira dan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan orang ramai,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PASAR DI CELAH LANDASAN KERETAPI, BOLEH PEGANG MACAM FILEM HOLLYWOOD
THAILAND: Video pasar yang berniaga di tepi landasan keretapi Maeklong,Bangkok,Thailand yang dikongsikan seorang netizen, Amir Arsad di laman facebook sejak Mei lalu mendapat 19 juta tontonan.
Video berdurasi 3 minit 52 saat itu memperlihatkan keadaan pasar yang menjual barangan seperti sayur,buah-buahan dan makanan membuka kanopi beserta canvas dan berniaga rapat di tepi landasan keretapi itu.
Peniaga bersiap sedia kemas barang-barang jualan yang terletak di tepi-tepi landasan keretapi.
Namun apabila keretapi tiba di laluan itu,ia akan membunyikan hon beberapa kali sebagai tanda amaran agar peniaga mengalihkan barang-barang jualan mereka supaya tidak dilanggar.
Amir Arsad juga memberitahu keretapi berwarna merah itu juga melintasi landasan dengan perlahan iaitu lebih perlahan daripada berbasikal.
Keretapi akan membunyikan hon beberapa kali sebelum lalu.Isyarat supaya peniaga mengemas semua barang-barang mereka di tepi landasan.
“Aku tak tahu berapa kilometer sejam diorang pandu, tapi aku rasa basikal aku lagi laju.
“Tengok tu, sayur pun di bawah keretapi yang lalu.Oh ngam ngam keretapi dengan kanopi.
“Dia rapat ni tangan kita pun boleh pegang keretapi.Rasa nak nangis babe (terharu) “katanya.
Video itu mendapat 151,000 tanda suka, 5,500 komen dan 24,000 perkongsian.
Sementara itu bagi Noraziah Mat Said memberi komen “saya 1 family dah pernah sampai sini.Tengok depan-depan dan pegang keretapi tu.”
“Ini adalah stesen keretapi di Maeklong,boleh saja nak dengan bayaran 50 baht untuk jarak lebih kurang 1 kilometer pergi ke van pelancong parking. Satu pengalaman yang unik dan menarik. Penuh dengan pelancong luar,” kata Hamdan Salihan.
“Pernah lalu sini.Menarik cuma kena hati-hati jela sebab gap still ada.cuma bunyi tu agak seram.hihi.”kata Ummi Sakinah Rusni.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Di saat ahli politik dan kunco-konco masih menampal sticker muka dan parti di kotak sedekah, rakyat Malaysia atau orang ramai yang cakna telah pergi jauh membantu rakyat yang sudah terdesak untuk mendapatkan bekalan sesuap nasi.
Tular di media sosial hari ini, untuk mengesan ‘Bendera Putih’.
Tular hari ini satu aplikasi http://kitajaga.co/ bertujuan untuk mengesan penerima ‘bendera putih’ yang sangat terkesan untuk mendapatkan bantuan semasa pendemik yang masih tiada penghujungnya.
Ramai yang diberhentikan kerja tidak kira golongan dan jenis pekerjaan yang mereka ceburi terlibat. Beribu-ribu sudah mula ‘rebah’ di dalam perjuangan kehidupan.
Aplikasi yang dipercayai boleh mengesan ‘bendera putih’
Website itu dikatakan dibangunkan oleh Reza Razali. Brilliant initiative bertujuan untuk mengesan yang memohon bantuan dan juga memberi bantuan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TERBANG PERANCIS DAFTAR ANAK SEKOLAH IBU MENTUA TIRI NORA DANISH TERUK DIKECAM
KUALA LUMPUR – Ibu mentua tiri pelakon Nora Danish iaitu Datin Seri Haflin Saiful baru-baru ini ada memuat naik foto dan video di laman Instagram dimana dia dikatakan berlepas ke Perancis. Difahamkan, tujuan isteri kepada Datuk Seri Nazri Aziz itu ke sana adalah untuk mendaftarkan anaknya bersekolah disana.
Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen. Di laman Twitter, rata-rata netizen mengecam Haflin apatah lagi ramai rakyat kesusahan sehinggakan ada yang mendoakan agar pesawat yang dinaikinya terhempas.
Malah, netizen turut meluahkan rasa berang apabila mendakwa Haflin dapat travel ke luar negara atas alasan yang meragukan dan lebih menimbulkan kemarahan apabila memuat naik perjalanannya ke sana di media sosial.
Dalam pada itu, lebih menjadi perhatian Haflin memuat naik satu entry di Insta Story seolah menyindir kembali netizen yang menghentamnya.
“Kecam la orang yang Powerful, kita kan takde power.. Ada powderpuff je,” tulis nya, lapor artis Malaysia.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Nazri Aziz turut sama dalam penerbangan dan setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada Ahli Parlimen Padang Rengas itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PASIR TUMBUH: Sebuah rumah dihuni oleh wanita itu termasuk 13 anak yang masih kecil serta turut memelihara 3 anak yatim-piatu telah terputus bekalan makanan ditularkan di laman sosial Facebook, semalam.
Oleh kerana keadaan yang mendesak, keluarga ini mengantungkan baju berwarna putih agar bantuan bekalan makanan akan tiba.
Ini disedari oleh jiran yang bertanya mengapa mengantungkan baju putih sedangkan tidak pernah berlaku sebelum ini.
Wanita berkenaan memaklumkan oleh kerana tiada bendera putih, wanita itu menggunakan baju putih untuk memberi isyarat memerlukan bantuan.
Badan Bukan Kerajaan yang prihatin segera menghulurkan bantuan kepada keluarga itu, semalam.
Suami kepada wanita itu sudah sebulan tidak bekerja sebagai buruh binaan dan bekalan di dapur sudah tiada.
Ini membuatkan sebuah Badan Bukan Kerajaan yang prihatin di situ menghulurkan makanan asas dapur termasuk sabun membasuh baju dan pinggan dengan segera termasuk wang tunai untuk memberi susu anak-anaknya.-SAHIH
Kredit : Raja Anita Raja Mukhtar
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KAJANG: Seorang lelaki didapati tergantung di jejantas Lebuhraya SILK yang menyambungkan Kampung Baru Balakong dan Amerin Mall pada jam 7.47 pagi, hari ini.
Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah terima panggilan MERS 999 daripada orang awam memaklumkan terlihat ada seorang lelaki tergantung di jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor.
Siasatan awal mendapati, simati ialah berbangsa Cina berusia 56 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di jejantas itu.
Maklumat awal daripada waris simati mendapati simati disyaki dijangkiti COVID-19 dan simati mengatakan beliau tidak tahan dengan sakit yang dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas.
Mayat simati berjaya diturunkan dengan bantuan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dan seterusnya mayat tersebut dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENARKAN KEGIATAN EKONOMI DAN PERNIAGAAN BEROPERASI DI NEGERI MEMPUNYAI KES RENDAH
JANGAN SEKAT SEMUA NEGERI DISEBABKAN KES TINGGI DI SELANGOR – NETIZEN
Selagi ada Selangor dalam situasi pendamik ini, selagi tu lah kes susah nak turun di bawah 4,000. Cuba keluarkan Selangor dari data kes baharu. Asingkan kes di Selangor itu. Buat prosedur operasi standard (SOP) lain khas untuk negeri Selangor sahaja.
Jangan campur aduk dengan negeri-negeri lain. Mesti kes harian negeri lain turun bawah 4000. Benarkan negeri yang mempunyai kes bawah 300 untuk merentas daerah dan hidupkan ekonomi negeri yang mempunyai kes aktif yang rendah..
Bila sakit jantung, doktor hanya rawat jantung, fokus pada jantung sahaja…bukan bila sakit jantung, doktor rawat seluruh anggota badan pesakit.. itu namanya buang masa dan buang tenaga. Bahagian tidak sakit, tapi pergi rawat benda yang tidak sakit, kerja sia-sia namanya!
Benarkan kegiatan perdagangan dan ekonomi di negeri yang rendah kes baharu Covid-19 untuk peniaga meneruskan kehidupan. – Foto hiasan
Paling kesian di negeri Perlis, hanya mempunyai 1, 2 kes sahaja, tapi kena ikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama seperti negeri yang mempunyai kes 2,000. Sepatutnya mereka boleh bebas rentas daerah dalam negeri itu sahaja. TIdak adil untuk negeri yang patuh dan kes Covid yang rendah. Jangan ambil sama rata untuk semua negeri, memang orang akan mengamuk.
Kalau dibenarkan pergerakan rentas daerah dan rantaian ekonomi negeri-negeri yang mempunyai kes aktif Covid yang rendah ini, maka ekonomi dalam negeri tu boleh berjalan dengan baik..
Kerajaan boleh kurangkan belanja untuk memberi bantuan kepada negeri-negeri yang boleh berniaga, buka kedai, buka restoran, boleh bekerja dan sebagainya… dengan syarat ketatkan pergerakan keluar masuk antara negeri. Jalankan swab test pada mereka yang hendak masuk negeri lain atas urusan yang betul-betul penting sahaja.
Kerajaan perlu lebih fokus pada negeri-negeri yang sedang PKP Penuh dan mempunyai kes masih tinggi. Bagi bantuan pada rakyat di negeri itu sahaja kerana mereka lebih memerlukan berbanding rakyat di negeri yang telah berlaku pergerakan ekonomi pada negeri mereka..
Duit kerajaan pun boleh jimat, tidak perlu pukul rata pada semua negeri..rakyat pun tidak marah. Selain itu akan berlaku persaingan sihat sebenarnya di antara negeri dengan negeri yang lain. Rakyat yang berada dalam negeri PKP Penuh mereka akan patuh SOP sebab mahu turunkan kes supaya dapat lakukan aktiviti yang sama macam negeri lain yang sudah bebas..
Paling penting, cepatkan pemberian vaksin supaya immuniti perkelompok (herd immunity) dapat dibina dengan cepat dan kurangkan kes kematian dan kes2 kritikal covid 19.
Jangan disebabkan kes di Selangor yang tinggi, semua negeri yang mempunyai kes rendah turut terlibat. -Foto hiasan
Pendapat saya, sekarang ni kita perlu fokus untuk banteras Covid-19 dan kembalikan pergerakan ekonomi. Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan kes bawah 4,000 baharu, boleh buka sektor lain. Kalau kira sekali dengan kes di Selangor, 2 tahun lagi belum tentu boleh buka sektor lain.
Kedai baju, kedai cermin mata, kedai barangan bayi dan sebagainya perlu ditutup sebab bukan essential service, bukan di Selangor sahaja, tetapi negeri lain pun terpalit sama. Pekerja mereka nak makan apa? Ada mulut yang perlu disuap. Berapa ramai kes bunuh diri berlaku akibat tekanan kerana dibuang kerja, diberhenti atas sebab majikan tak mampu bayar gaji pekerja.
Itu menunjukkan ekonomi negara kita semakin teruk, rakyat semakin tertekan, bantuan diberi kerajaan tidak mencukupi untuk keadaan semua orang. Kalau negeri yang dibenarkan berniaga dan bekerja, pendapat saya, mereka tidak perlu dibagi bantuan pun tidak mengapa. Asalkan kedai mereka dapat beroperasi.
Bantuan itu boleh diberi kepada rakyat dalam negeri yang betul-betul terkesan kerana kes semakin tinggi. Kerajaan perlu bekerja dengan cara fokus pada masalah dan cari jalan penyelesaian dengan cepat. Setiap SOP, setiap arahan tak boleh diberikan sama untuk semua negeri, mereka kena banci kes aktif dan trend peningkatan Covid yang berbeza-beza mengikut negeri.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!