KUANTAN: Sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota melakukan tinjauan dan rondaan di sekitar pekan Sungai Lembing yang dilanda banjir kilat awal pagi tadi.
Tinjauan kira-kira jam 10 pagi itu adalah bagi memantau keadaan semasa paras air sungai dan kemungkinan berlaku masalah mendapan tanah di sepanjang laluan dari pekan Sungai Lembing ke kawasan sekitar.
PEMANTAUAN PARAS AIR SUNGAI DI PEKAN SUNGAI LEMBING OLEH JBPM PAHANG, POLIS DAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA/FACEBOOK
Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota diberi tanggung jawab memantau situasi semasa di kawasan pekan berkenaan.
Turut menyertai rondaan dan tinjauan itu adalah pegawai dan anggota polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Awal pagi tadi, pekan Sungai Lembing dinaiki air sehingga 0.5 meter berikutan hujan lebat di hampir keseluruhan kawasan di daerah Kuantan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Banjir kilat dilaporkan berlaku di sekitar Pekan Sungai Lembing, awal pagi tadi.
Menurut perkongsian dari laman sosial Facebook Mac Tang, hampir keseluruhan kawasan pekan kecil itu dinaiki air kira-kira 0.5 meter.
KEADAAN BANJIR KILAT DI PEKAN SUNGAI LEMBING/FACEBOOK MAC TANG
Kejadian banjir kilat berkenaan adalah berpunca daripada hujan lebat sejak awal pagi tadi.
LALUAN UTAMA PEKAN SUNGAI LEMBING DINAIKI AIR 0.5 METER/FACEBOOK
Pekan Sungai Lembing yang dikenali sebagai antara kawasan bersejarah di Pahang adalah kawasan yang sering dilanda banjir kilat, terutamanya ketika musim Monsun Timur Laut yang melanda Pantai Timur Semenanjung antara bulan Oktober hingga Mac.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Sebanyak 20 lagi masjid baharu akan dibina di Pahang tahun depan.
Pembinaan masjid baharu ini adalah kesinambungan hubungan baik antara kerajaan negeri diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan kerajaan Persekutuan serta kerjasama Kementerian Kewangan.
DATUK SERI SYED IBRAHIM SYED AHMAD
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, sembilan masjid baharu sudah siap dan sedang dibina sepanjang tahun ini.
“Antara projek pembinaan masjid baharu yang dilaksanakan tahun 2020 ialah di Kampung Tekal, Temerloh; Kampung Rengai, Lipis; Kampung Gol dan Kampung Som, Jerantut; Taman Saga, Temerloh; Kampung Perepat, di daerah Rompin; Masjid Al Hidayah Alor Akar, Kuantan dan Masjid Lubuk Paku, Maran.
SYED IBRAHIM (KANAN) MELAWAT PROJEK PEMBINAAN MASJID KAMPUNG KUALA TEKAL, TEMERLOH
“Anggaran kos bagi pembinaan masjid ini ialah kira-kira RM32 juta dan ini adalah bukti kesungguhan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan dalam memartabatkan syiar Islam,” katanya.
Syed Ibrahim turut mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan baru Masjid Kampung Kuala Tekal, dekat Temerloh.
Pada lawatan itu, beliau menerima taklimat mengenai perkembangan projek pembinaan masjid berkenaan yang disampaikan Jurutera Daerah, Anuar Mohd Azlan.
TAKLIMAT MENGENAI PERKEMBANGAN PROJEK PEMBINAAN MASJID KAMPUNG KUALA TEKAL, TEMERLOH OLEH JURUTERA JKR DAERAH
Turut hadir wakil Pegawai Daerah Temerloh, Firdaus Ado dan pihak pemaju projek terbabit.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PERSIAPAN HARI POTENSI PERINGKAT KEBANGSAAN SECARA ATAS TALIAN MEYAKINKAN
KUANTAN: Unit Komunikasi Korperat KEMAS, Jabatan Kemajuan Masyarakat Pahang menunjukkan tahap professionalisma yang tinggi dalam persiapan membuat liputan Hari Potensi Peringkat Kebangsaan 2020 yang berlangsung pada 16 hingga 20 November 2020, baru-baru ini.
Petugas Unit Media melakukan kerja suntingan
Penolong Pengarah Kanan, Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dahliah Osman berkata, Hari Potensi tahun 2020 yang diadakan kali ini adalah dengan norma baharu yang sangat menitik beratkan prosedur operasi standard (SOP) bagi menyekat penularan wabak Covid-19.
“Tahun ini, kaedah pelaksanaan Hari Potensi bermula di peringkat parlimen, negeri seterusnya peringkat kebangsaan yang diadakan secara atas talian.
“Oleh itu, semua petugas KEMAS diberi latihan teknikal untuk persiapan bagi menyediakan peserta yang bertanding untuk hari potensi yang disiarkan melalui aplikasi youtube Live dan boleh ditonton oleh orang awam khususnya waris yang mempunyai anak yang terlibat,”katanya.
Katanya, pelaksanaan Hari Potensi norma baharu ini mendapat kerjasama dari Unit Media KEMAS Pahang di bawah unit ini yang diketuai Ahmad Ismail dan dibantu oleh 10 orang kakitangan KEMAS.
Ahmad Ismail melakukan persiapan untuk siaran secara langsung atas talian Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan.
“Unit Media ini telah dilatih dan diberi pendedahan dengan peralatan dan perisian media seawal September lalu, selain itu turut menghasilkan modul pembelajaran secara e-pembelajaran dan bakal disiarkan melalui youtube dan facebook.
Pengarah KEMAS Negeri Pahang, Zamri Mohamad berkata, Hari Potensi adalah kemuncak bagi setiap acara yang disertai oleh kanak-kanak Tabika KEMAS yang bermula di peringkat parlimen , negeri seterusnya kanak-kanak yang terpilih mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan.
Pengarah KEMAS Negeri Pahang, Zamri Mohamad
“Acara dipertandingkan seperti bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris , pidato, tilawah dan terjemahan dan boneka tangan bagi kategori lelaki dan perempuan, selain untuk bertanding, acara ini boleh dijadikan latihan pengucapan awam dan turut membentuk yakin diri kanak-kanak berhadapan dengan khalayak.
“Konsep pembelajaran di tabika KEMAS ialah belajar melalui bermain yang sangat sesuai dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka bermain, ingin tahu dan mencuba seterusnya membaca, menulis , mengira, dan menaakul (4M),”katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Sebuah pusat pastri bagi kegunaan golongan B40, bakal dibuka di daerah ini bagi memudahkan mereka menyediakan kek tempahan, sekali gus membantu menambah pendapatan keluarga.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, pusat itu akan dilengkapkan dengan kemudahan peralatan membuat kek bagi membolehkan golongan berkenaan menghasilkan kek tempahan masing-masing.
AHMAD NAZLAN (KIRI) MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PESERTA BENGKEL/FACEBOOK
Beliau bercadang untuk menyediakan kemudahan itu berikutan sambutan menggalakkan daripada golongan itu yang menghadiri kursus kemahiran pastri anjuran Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).
Katanya, walaupun pada awalnya hanya 150 tempat disediakan untuk mengikuti Kursus Sijil Profesional Seni Pastri, yang dikendalikan oleh tenaga pakar, tetapi sambutan yang diterima begitu menggalakkan sehingga terpaksa diadakan dalam tiga siri membabitkan 450 peserta.
“Kursus tiga hari ini memberi peluang kepada golongan B40 yang terkesan dengan pandemik COVID-19 mempelajari pelbagai teknik membuat kek daripada chef hotel,” katanya ketika menutup Kursus Sijil Profesional Seni Pastri siri kedua yang diadakan selama tiga hari di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini.
Ahmad Nazlan berkata, peserta kursus perlu memanfaat dan tidak mensia- siakan kemahiran yang dipelajari itu untuk membantu keluarga masing masing menambah pendapatan.
“Kita juga berharap kursus sebegini dapat membuka peluang kepada golongan sasar untuk menjana pendapatan tambahan bagi memastikan kelangsungan hidup setelah pendapatan mereka terjejas akibat wabak COVID-19,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KEKERAPAN BERLAKU DIBIMBANGI MENGUNDANG MASALAH BESAR
JERANTUT : Kejadian hujan lebat yang berlaku mengakibatkan air naik secara mendadak di hadapan Stesen Minyak Caltex, Bandar Inderapura , menghala ke bandar Jerantut mengakibat beberapa buah kenderaan kecil terkandas di dalam air, kejadian berlaku kira-kira jam 6.50 petang semalam.
Menurut beberapa orang awam yang ditemui, kejadian banjir kilat akan berlaku ketika hujan lebat dan air akan naik secara mendadak terutama sebelah kiri jalan menghala ke bandar kerana di kawasan itu kelihatan agak rendah dan condong ke kiri bahu jalan.
Orang awam membantu menolak sebuah kenderaan ke tempat selamat dalam kejadian banjir kilat, semalam.
Dikatakan, aliran air tidak lancar kerana sistem peparitan dipercayai kecil dan mungkin tersumbat menyebabkan air tersekat sedalam kira-kira 0.5 meter.
Pihak berkaitan disaran mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan isu tersebut kerana kejadian seperti itu kerap berulang dan dibimbangi akan mengundang masalah lebih besar terutama pengunjung dari luar yang tidak biasa dengan jalan di kawasan tersebut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Seramai 30 peserta mengambil bahagian dalam Bengkel Penghasilan Sabun Daripada Minyak Masak Terpakai yang diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuantan, dekat sini, hari ini.
SEBAHAGIAN PESERTA BENGKEL KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI
Bengkel anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) Wanita Inspirasi Kuantan, Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuantan, Wanita IKRAM Kuantan dan KRT sekitar bandar ini.
Peserta didedahkan dengan kaedah pengurusan sisa dapur dengan lestari oleh Pengerusi Malaysian Nature Society (MNS) Pahang, Noor Jehan Abu Bakar.
PENGERUSI MNS PAHANG, NOOR JEHAN BAKAR (TENGAH) BERSAMA WAKIL WANITA IKRAM PAHANG DAN PESERTA BENGKEL
Selain diberikan panduan mengenai kaedah menghasilkan sabun daripada sisa minyak masak terpakai, peserta turut diberikan taklimat mengenai peranan boleh dimainkan wanita bagi menguruskan sisa dapur dengan lebih sistematik.
Bengkel bermula kira-kira jam 9 pagi itu turut dihadiri Pegawai Tugas-tugas Khas Ahli Parlimen Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN : Seramai 30 penduduk pelbagai kaum di Taman Impianku, di sini menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sumbangan anjuran Prihatin Taman Impian itu bagi meringankan beban mereka ketika negara dilanda wabak Covid-19.
Pada Program Kebajikan bersama Komuniti Taman Impianku, dalam ucapannya beliau memaklumkan agar semua masyarakat perlu mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan bagi mengelak penularan COVID-19.
Datuk Saifuddin (tengah) bersama komuniti Taman Impianku di Kuantan
Beliau yang juga merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, penjarakan fizikal amat penting kerana virus tersebut boleh merebak apabila bersentuhan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
CROSS CULVERT KECIL MENGAKIBATKAN ALIRAN AIR TIDAK LANCAR
KUANTAN: Sistem perparitan Cross Culvert di Jalan Dato Lim Hoe Lek berdekatan Stadium Darul Makmur yang kecil menjadi punca aliran air tidak lancar ketika hujan lebat mengakibatkan air melimpah dan berlaku banjir kilat ke atas jalan raya .
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Datuk Abd Rahim Muda turun padang petang tadi meninjau perparitan di sekitar Padang Majlis Perbandaran Kuantan II, Jalan Lim Hoe Lek dan Jalan Bukit Ubi yang dilanda banjir kilat kerana hujan lebat sejak malam kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Datuk Abd Rahim Muda
“Aliran sistem perparitan di kawasan itu tidak tersumbat dengan sampah dan sebagainya namun terdapat beberapa longkang sistem cross culvert ada disitu bersaiz kecil menjadi punca laluan air tidak lancar ketika hujan lebat.
Beliau telah memohon pihak bertanggungjawab segera mengambil tindakan bagi mengatasi masalah perparitan tersebut agar dapat melancarkan aliran air bagi menggelakkan berlaku banjir kilat.
Datuk Abd Rahim Muda (2 dari kiri) sedang meninjau di kawasan kejadian banjir kilat
Beliau telah memohon pihak bertanggungjawab segera mengambil tindakan bagi mengatasi masalah perparitan tersebut agar dapat melancarkan aliran air bagi menggelakkan berlaku banjir kilat.
Turut sama dalam tinjauan itu, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuantan, Datuk Hamdan Hussin, Pegawai Daerah Kuantan, Tengku Dato’ Nor Asmaliza Ku Lah, Timbalan Ketua Polis Kuantan, Wakil Alam Flora dan Jabatan Parit dan Saliran Kuantan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Nazri Ngah bergegas ke FELDA Jengka 10 setelah menerima aduan berkaitan kejadian banjir kilat di situ, malam tadi.
Beliau turut menggesa agensi terlibat untuk bersiap sedia di kawasan Jengka 10 untuk menghadapi sebarang kemungkinan kerana paras air Sungai Tekam semakin meningkat naik ekoran hujan lebat sejak malam tadi.
Datuk Nazri Ngah (3 dari kiri) bersama penduduk setempat meninjau kawasan banjir
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pulau Tawar berkata, kerajaan negeri bersama agensi terlibat sedang memantau keadaan di situ termasuk memindahkan penduduk yang terlibat ke Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai, Jengka 10 di sini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!