KUANTAN: Setakat jam 12 tengahari tadi, pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang masih kekal dengan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka, membabitkan dua daerah iaitu di Raub dan Pekan.
Menurut Portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Raub seramai 145 penduduk daripada 49 buah keluarga terjejas telah dipindahkan selepas kawasan rendah di daerah itu dinaiki air membabitkan 7 PPS.
7 PPS berkenaan adalah di SK Ulu Sungai yang menempatkan 42 orang daripada 11 keluarga, diikuti Masjid Kampung Kuala Semantan, seramai 38 orang daripada 12 keluarga, Dewan Serbaguna Kampung Pia, seramai 26 orang daripada 10 buah keluarga, Masjid Kuala Temau, 16 orang daripada 7 buah keluarga dan Balairaya Kampung Chenua seramai 5 orang daripada 1 buah keluarga.
Turut dibuka, SK Tersang, menempatkan 11 penduduk terjejas banjir daripada 3 buah keluarga dan Balai UMNO Kampung Batu Talam, menempatkan 7 orang penduduk daripada 5 buah keluarga.
Sementara itu, di daerah Pekan, kekal dengan sebuah PPS di buka di Sekolah Kebangsaan Seri Terentang yang menempatkan 5 penduduk daripada sebuah keluarga.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BEKAS PEMAIN BOLA BALING 12 TAHUN MENGIDAP KETUMBUHAN DI PAHA KAKI KIRINYA DIBEDAH
JERANTUT: Bekas penjaga gol sukan bola baling Pahang bawah 12 tahun 2018 telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam tulang di bahagian kaki kirinya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada November lepas.
Ady menunjukkan kesan pembedahan di kakinya
Muhammad Ady Putra Azhari, 14 tahun mengalami penyakit Chondroblastoma iaitu ketumbuhan pada tulang sejak bulan November 2019 dan melakukan beberapa pemeriksaan perubatan sebelum disahkan untuk dibedah.
Ady yang pernah bersama skuad negeri Pahang lelaki kategori 12 tahun yang menjuarai kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dengan menewaskan Sabah yang diadakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2018.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Tembeling itu turut terpilih mewakili Pahang di Kejohanan Bola Baling bawah 16 tahun Kebangsaan ketika berusia 12 tahun di tahun yang sama.
Bapanya, Azhari Awang Kecik berkata, anaknya pernah tergelincir di dalam rumahnya pada November 2018 tetapi masih boleh aktif bermain dan mengalami kesakitan selepas tiga bulan kejadian tergelincir itu.
Bekas guru dan jurulatihnya, Muhd Fekry Yahya (kiri), Shamsul Nizam (tengah berdiri) dan Presiden Kelab Bola Baling Jerantut, Hafizainuddin Kassim menyerahkan sumbangan
“Sejak itu dia mengalami kesakitan dan terus mendapat rawatan ke Hospital Jerantut sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS),Temerloh.
“Pemeriksaan doktor pakar di HOSHAS mendapati melalui proses pengimejan resonans magnetik (MRI) dan terdapat tanda ketumbuhan di antara bahagian tulang paha (femur) dan tulang kering (tibia) yang perlu dibedah,” katanya ketika ditemui di Kuala Tembeling.
Katanya anaknya dirujuk ke HKL dan pembedahan sepanjang kira-kira 40 sentimeter dilakukan bagi membuang ketumbuhan dan tulang yang rosak serta diganti dengan besi serta berada di bawah pengawasan doktor selama 3 minggu.
Anak bongsu daripada 5 beradik kepada pasangan Azhari dan Rahmah Ismail itu memang berhasrat untuk menyarung jersi pasukan bola baling negara sehingga ke peringkat tertinggi tetapi selepas pembedahan mula berasa bimbang untuk bermain sukan itu.
Ibunya, Rahmah Ismail berkata anaknya mungkin terpaksa melupakan sukan bola baling atau sukan yang melibatkan pertembungan fizikal sebaliknya mungkin akan menceburkan diri dalam bidang sukan elektronik (e-sport).
Rakan sepasukan 2018, Muhammad Irham Hijazi Shamsul Nizam (kiri) dan Izzul Irfan Abdul Rahman (kanan) menyerahkan sumbangan dari Kelab Bola Baling Jerantut
“Kematangan dan ketenangnya berkomunikasi dengan rakan sepasukan ketika perlawanan menyebabkan dia terpilih mewakili negeri dalam kategori bawah 16 tahun walau pun ketika itu baru berusia 12 tahun,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Pekan menjadi daerah kedua dilanda banjir di Pahang, susulan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Terentang dibuka malam tadi bagi menempatkan lima mangsa daripada sebuah keluarga.
Ia menjadikan setakat pagi ini sembilan PPS sudah dibuka di Pahang termasuk lapan di Raub.
Semua PPS itu menampung 161 mangsa daripada 53 keluarga setakat 11 malam tadi, berbanding 109 mangsa daripada 34 keluarga, petang semalam.
PASUKAN BOMBA MEMBANTU PENDUDUK BERPINDAH KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA
Sementara itu, menurut portal infobanjir.water.gov.my, paras Sungai Lipis, Batu Malim di Raub menghampiri paras berjaga-jaga iaitu 113.20 meter berbanding 114 meter yang ditetapkan.
Paras amaran yang ditetapkan ialah 114.24 m manakala, bahaya pula 114.8 m.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Lebih banyak bantuan disalurkan kepada warga peneroka yang terjejas akibat COVID-19 dan mengalami masalah kesihatan.
Pengagihan bantuan itu sudah ditetapkan mengikut maklumat diterima daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dilantik kerajaan negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah berkata, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, setiap rakyat di Pahang akan diberi perhatian dan bantuan bersesuaian dengan masalah yang mereka hadapi.
ADUN PULAU TAWAR, DATUK NAZRI NGAH (DEPAN) MENGUNJUNGI KEDIAMAN WARGA PENEROKA FELDA KOTA GELANGGI 3 PADA PROGRAM ZIARAH KASIH DI FELDA KOTA GELANGGI 3, PAGI TADI
“Kita adalah antara kerajaan negeri yang sering dijadikan contoh kerana memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu meringankan bebanan ditanggung rakyat.
“Usaha dan bantuan ini adalah bukti rasa prihatin dan berpegang kepada amanah diberikan rakyat yang memilih kami sebagai wakil mereka” katanya.
Beliau berkata demikian selepas program Ziarah Kasih DUN Pulau Tawar di FELDA Kota Gelanggi 3 dekat sini, pagi tadi.
Pada program itu, Nazri sempat melawat empat kediaman peneroka FELDA berkenaan yang mengalami masalah kesihatan, diserang angin ahmar dan berkerusi roda.
DATUK NAZRI NGAH (3 DARI KANAN) BERSAMA AJK UMNO BAHAGIAN JERANTUT MENGUNJUNGI KEDIAMAN WARGA PENEROKA FELDA PADA PROGRAM ZIARAH KASIH DI FELDA KOTA GELANGGI 3
Turut menyertai program itu ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud; Pengerusi JKKK FELDA Kota Gelanggi 3, Abdul Rahim Ahmad dan Pengurus FELDA Kota Gelanggi 3, Shukri Napi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Keusahawanan, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang berkata, kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan rakyat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Perkembangan kes COVID-19 di Pahang sehingga jam 12 tengah hari tadi menyaksikan 15 kes baharu direkodkan di negeri ini.
Daerah Bentong mencatatkan 13 kes baharu dari Kluster Jalan Genting, manakala daerah Kuantan pula mencatatkan dua kes baharu dari Kluster Atabara.
GAMBAR HIASAN
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dua kes baharu yang direkodkan di Kuantan didaftarkan di Mukim Kuala Kuantan 1, hasil saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
“Terdapat 5 kes telah didaftarkan bagi Kluster Atabara ini. Kluster ini melibatkan daerah Kuantan dan Pekan. Kes indeks adalah hasil saringan bergejala,” katanya.
Sementara itu bagi kes membabitkan Kluster Jalan Genting, 13 kes direkodkan hari ini yang didaftarkan di Mukim Bentong, hasil saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
“Sehingga kini terdapat seramai 14 orang telah didaftarkan bagi Kluster Jln Genting ini. Kes indeks adalah hasil saringan di tempat kerja,” katanya.
Kes indeks ini dikategorikan sebagai import B (Kuala Lumpur) dan kesemua kes adalah bukan Warganegara.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Raub menjadi daerah pertama di Pahang dilanda banjir musim tengkujuh apabila 55 mangsa daripada 19 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) awal pagi tadi.
Ketua Zon Tiga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Sharulnizam Nasir berkata hujan berterusan sejak jam 6 petang semalam menyebabkan kawasan rendah di empat kampung di daerah itu dinaiki air mulai 12.30 tengah malam.
“Operasi memindahkan mangsa dari Kampung Tersang, Kampung Batu Talam, Kampung Kuala Semantan dan Kampung Ulu Sungai bermula sekitar 1 pagi yang dilaksanakan dengan kerjasama agensi keselamatan lain.
“Selain itu, bomba juga terlibat dalam operasi mengalihkan empat pokok tumbang di sekitar daerah Raub yang diakibatkan oleh angin kuat di Jalan Raub-Bukit Fraser, Taman Makmur dan Kampung Ulu Sungai,” katanya semasa dihubungi Bernama hari ini.
GAMBAR HIASAN
Shahrulnizam berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang makluman berkaitan kejadian tidak diingini akibat banjir dan akan terus berwaspada memandangkan cuaca masih hujan renyai dan mendung.
Sementara itu, portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan empat PPS dibuka iaitu Balai UMNO Batu Talam yang menempatkan enam mangsa daripada empat keluarga, Masjid Kampung Kuala Semantan (19 mangsa, enam keluarga), Balai Raya Kampung Ulu Sungai (20 mangsa, enam keluarga) dan Sekolah Kebangsaan Tersang (10 mangsa, tiga keluarga).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MANGSA MASIH TIDAK DITEMUI PADA HARI KETUJUH PENCARIAN
TEMERLOH: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menzahirkan keprihatinan terhadap rakyatnya dengan berkenan berangkat menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Kampung Kuala Kujan, Jalan Triang, Temerloh hari ini.
Yang DI-Pertuan Agong mencemar duli di lokasi mangsa yang hilang di Kampung Kuala Kujan
Turut mencemar Duli, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah berangkat mengiring Seri Paduka Baginda dalam operasi yang mengambil masa selama 45 minit mulai jam 3.00 petang, hari ini.
Seri Paduka Baginda turut menerima sembah taklimat berkenaan operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) daripada Datuk Ali Syahbana Sabaruddin dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Ir Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.
Mangsa, Loqman Hamka, 20, dari Kampung Kuala Kujan dilapor hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang pada hari Jumaat lalu dan masih gagal dikesan sehingga hari ini.
Yang Di-Pertuan Agong turut menyertai misi pencarian
Mangsa, membantu keluarganya menternak ikan patin sangkar di kawasan terbabit .
Pada hari kejadian, Loqman keluar dari rumah pada jam 9.30 pagi dan memberitahu bapanya, Hamka Abu Bakar, 61, untuk melihat rawai ikan yang dipasang di tempat kejadian.
Beberapa jam kemudian, rakan kepada Loqman memaklumkan kepada bapa mangsa bot milik anaknya telah hanyut tetapi Loqman tiada dalam bot tersebut.
Al-Sultan bertitah kepada ibu mangsa (kiri sekali), Rohaya Ismail
Wan Mohd Zaidi memaklumkan anggota bomba telah melakukan drag and pull technique dengan menggunakan grappling iron di lokasi yang dikatakan mangsa dilihat kali terakhir dan hanya berjaya mengesan tali rawai serta rangka-rangka yang disyaki besi kerangka sangkar ikan yang tenggelam di dasar sungai.
“Pencarian diteruskan hingga ke jambatan baharu Guai secara menghilir dan telah melakukan pencarian pada timbunan sampah sarap yang tersangkut di cerucuk besi jambatan baharu tersebut,
“Lokasi sangat berisiko untuk melakukan selaman berikutan air sungai yang keruh dan jarak penglihatan terhad di dalam air dan keadaan arus sungai yang sangat deras serta bahaya di dasar sungai.
Bapa mangsa, Hamka Abu bakar, 61, terharu dengan keberangkatan Yang Di-Pertuan Agong yang meluangkan masa pada hari ini sebagai tanda Raja berjiwa rakyat dan baginda berpesan agar bersabar dengan kejadian yang berlaku.
“Saya terima kasih kepada semua anggota yang terlibat yang berusaha dengan gigih mencari jasad anak saya sehingga hari ini,”katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PROGRAM RUMAH RAKYAT PAHANG (RRP) BANTU RAKYAT MILIKI KEDIAMAN SENDIRI
LIPIS: Pahang di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menjadikan negeri pertama memberi rumah yang siap dibina di atas tanah pemilik secara percuma kepada rakyat miskin di negeri itu melalui program Rumah Rakyat Pahang ( RRP).
Datuk Seri Wan Rosdy merasmikan rumah RRP di Kampung Keledek, pagi ini
Katanya pada tahun 2020 ini, kerajaan negeri mensasarkan membina 98 buah bernilai RM65,000 sebuah dengan menelan belanja RM 6.37 juta dan bakal didiami tidak lama lagi.
“Kerajaan negeri memperuntukan dana untuk membina dua buah rumah untuk setiap Dewan Undangan Negeri dan sebuah untuk parlimen membabitkan 42 DUN dan 14 Parlimen.
Datuk Seri Wan Rosdy (kanan) bersama Datuk Abdul Rahim Muda
“Insya Allah, 2021 kita akan terus membina 100 unit rumah seperti ini dan mensasar kepada rakyat yang sangat memerlukan melalui dana kerajaan negeri,” katanya di Majlis Penyampaian Kunci Rumah kepada pemilik Rumah Rakyat Pahang di Kampung Keledek, pagi tadi.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Datuk Abd Rahim Muda, ADUN Padang Tengku, Datuk Mustapa Long, ADUN Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Kiram, ADUN Cheka,Lee Ah Wong dan Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohd Hafizi Ibrahim.
Sementara itu, penerima RRP, Haslina Jali berkata, sangat bersyukur dan gembira dengan keprihatinan kerajaan negeri di bawah Datuk Seri Menteri Besar untuk menjadi kehidupan keluarganya dalam keadaan selesa.
Penerima RRP, Haslina Jali sangat bersyukur dengan usaha dilakukan kerajaan Pahang
“Rumah 3 bilik dan dilengkapi dengan tandas dan bilik mandi menyerikan lagi hidupnya seperti orang lain bersama keluarga.
“Sebelum ini saya menetap di rumah lama tidak jauh dari sini yang agak daif dan tidak selesa dengan 4 orang anaknya,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Program Halal Ummah Peringkat Daerah Jerantut mendapat sambutan mengalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang diadakan di Masjid Sultan Abdullah Bukit Rang, Pulau Tawar, di sini, hari ini.
Program itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara dan kaedah sembelihan yang betul dalam Islam dengan memberi peluang kepada peserta mempraktikkan ilmu berkaitan penyembelihan secara teori dan amali.
Sebahagian peserta di program tersebut, hari ini
Program anjuran bersama dengan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut dan Masjid Sultan Abdullah, Bukit Rang, sebagai tuan rumah.
Timbalan Pengarah JAIP, Zakaria Mohamad berkata, program itu dijadikan sebagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) berusaha untuk lebih mendekati masyarakat dan menjalankan tanggungjawab terhadap sosial.
Peserta wanita tidak melepas peluang untuk mendengar ceramah cara sembelihan yang betul
“Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara dan kaedah sembelihan dalam Islam dan memberi peluang kepada peserta mempraktikkan cara penyembelihan yang betul dengan yakin.
“Dua slot perkongsian ceramah, teori dan amali yang menampilkan penceramah dari JAIP dan dibantu tenaga pakar kepada peserta kira-kira 100 orang,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Jerantut, Syarifuddin Mohamad Sa’ad berkata usaha sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dan beroleh manfaat dan keberkatan dariNya, di samping mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.
“Objektif program ini adalah memberikan kefahaman kepada peserta mengenai konsep halal dan haram dari sudut Islam, memantapkan kefahaman kepada peserta mengenai penyembelihan menurut konsep halalan toyyiban,” katanya.
Seorang peserta wanita yang turut diberi peluang menyembelih ayam, Noraini Che Arshad berkata, dengan ceramah yang diikuti secara teori dan tunjuk cara penyembelihan memberi keyakinan pada dirinya untuk mencuba menyembelih seekor ayam.
“Jarang seorang wanita menyembelih ayam, setelah mengikuti kursus ini, mula keyakinan diri meningkat untuk melakukan sembelihan mengikut syariat nanti,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Penduduk di kawasan Wilayah Jengka dan penempatan FELDA dikehendaki berwaspada di musim tengkujuh dengan membuat persiapan rapi mengumpul semua dokumen penting dan diletakkan di tempat selamat untuk mudah dibawa sekiranya air naik mendadak terutama di kawasan yang kerap berlaku banjir.
Ekoran hujan lebat yang kerap berlaku kebelakangan ini, termasuk laluan utama ke FELDA Kota Gelanggi Satu dinaiki air sedalam kira-kira satu meter pagi semalam, menyebabkan berpuluh-puluh kenderaan ringan terkandas termasuk yang menghala ke kawasan FELDA Gelanggi Dua, FELDA Kota Gelanggi Empat dan Gugusan FELDA Lepar.
Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Rancangan Wilayah Jengka, Razak Daud berkata penduduk yang tinggal di kawasan yang rendah harus berwaspada serta bersedia untuk berpindah jika keadaan bertambah buruk.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Rancangan Wilayah Jengka, Razak Daud
“Pastikan anak-anak masing-masing tidak bermain-main di kawasan air yg deras untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.
“Sediakan semua dokumen penting dan mustahak seperti sijil kelahiran, kad pengenalan dan dokumen lain untuk mudah dibawa bersama sekiranya diarahkan berpindah oleh jawatankuasa bencana,”katanya.
GAMBAR HIASAN
Katanya, jangan abaikan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan untuk membenteras penularan wabak COVID-19 yang masih berleluasa.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) FELDA Kota Gelanggi Satu, Abdul Rahman Abdul Ghani berkata, paras air mula naik sejak awal pagi tadi dan sekiranya hujan lebat berterusan kemungkinan jalan tersebut tidak boleh dilalui.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) FELDA Kota Gelanggi Satu, Abdul Rahman Abdul Ghani
“Setakat ini belum ada mangsa yang dipindahkan ke pusat perpindahan sementara, namun semua penduduk di kawasan rendah diarah berjaga-jaga terutama membawa dokumen penting sekiranya perlu ke pusat pemindahan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!