JERANTUT: Usaha untuk menarik lebih ramai remaja mengunjungi dan memakmurkan masjid, Gabungan Masjid FELDA Wilayah Jengka melancarkan program Kelab Remaja Masjid, semalam.
Program itu adalah hasil perbincangan pihak pengurusan 35 masjid dalam kawasan Wilayah Jengka sejak bulan Oktober bulan lepas.
Pengerusi Gabungan Masjid FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, setakat ini 40 pelajar sekolah sudah mendaftar sebagai Kelab Remaja Masjid dan jumlah itu dijangka meningkat sebaik sesi persekolahan dapat dibuka semula tidak lama lagi.
“Idea ini adalah hasil sumbang saran 35 buah masjid dan juga barisan ahli jawatankuasa gabungan masjid untuk mengatasi isu ketirisan jemaah remaja di masjid.
“Jadi kita perkenalkan program Kelab Remaja Masjid untuk tarik remaja bersama-sama memeriahkan masjid di Wilayah Jengka,” katanya.
Pengerusi Gabungan Masjid FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud
Jawatankuasa itu turut disertai Pengarah Program Penggerak Kelab Remaja Masjid, Yunan Abd Samad; Penyelaras Kemajuan Hal Ehwal Islam FELDA Wilayah Jengka, Muhamat Faizal Marjani dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 24, Hamdan Ramli.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Program itu diharap meningkatkan kehadiran remaja ke masjid dan mendapat sokongan daripada semua pihak, terutamanya ibu bapa dalam memperkasakan syiar Islam di Pahang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PELAJAR DAN TENAGA PENGAJAR GIAT MARA AKAN DIAKTIFKAN
LIPIS: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengaktifkan pelajar dan tenaga pengajar Giat Mara dalam bidang pendawaian elektrik untuk membantu membaiki pendawaian elektrik di rumah penduduk yg terjejas kerana bencana banjir baru-baru ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB)1, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, tenaga mahir pelajar dan tenaga pengajar Giat Mara itu boleh membantu mangsa banjir mendapat bekalan elektrik dengan cepat.
Datuk Seri Abdul Rahman (kiri) sebelum menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir, hari ini
“Kita maklum banyak rumah mangsa yang ditenggelami air dan bekalan elektrik terputus dan memerlukan pemantauan dan pemeriksaan yang rapi sebelum bekalan disambung semula bagi mengelak kecelakaan renjatan elektrik.
“Giat Mara bersedia dengan kemahiran yang ada serta boleh membaiki rumah mangsa selain meningkatkan lagi kemahiran mereka secara amali,” katanya selepas Program Penyerahan Bantuan Prihatin Felcra di Dewan Terbuka, Kampung Mela, Mukim Cheka, hari ini.
Penyampaian di Program Penyerahan Bantuan Prihatin Felcra di Dewan Terbuka, Kampung Mela, Mukim Cheka, hari ini.
Katanya, peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) diminta mengenal pasti kerosakan pendawaian rumah mangsa di kawasan masing-masing.
“Sekiranya kerosakan yang serius dan memerlukan peruntukan besar, JKKK diminta membuat laporan rasmi kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri (NADMA),” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS: Sebuah jambatan gantung yang menjadi penghubung utama penduduk antara dua kampung, di Kampung Tementong rosak teruk akibat bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB)1, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad meninjau jambatan gantung itu dan melakukan siasatan, jambatan itu rosak teruk dan sangat merbahaya kepada penduduk serta perlu dibaiki segera.
Datuk Abdul Rahman (kanan sekali) melawat jambatan gantung Kg Tementong, baru-baru ini. Foto Ihsan Fb Datuk Abdul Rahman Mohamad
Beliau bersama Pengarah KPLB Pahang, Datuk Mohd Aruwan Ab Aziz akan meluluskan peruntukan untuk membina jambatan gantung baharu untuk keselesaan penduduk.
“Selain itu, pembinaan jalan Perhubungan Desa yang menghala ke Damak, Jerantut akan turut dibina dan berharap pembinaan kedua-dua projek itu berjalan lancar seperti dirancang.
“Saya turut terharu kerana banyak pihak yang prihatin kepada nasib yang menimpa mangsa banjir di Lipis dan hari ini kita menerima kunjungan dari badan Bukan Kerajaan (NGO) dan wakil individu yang menyumbangkan beberapa keperluan,” katanya di Dewan Terbuka, Kampung Mela, Mukin Cheka, hari ini.
Beliau menghargai dan sentiasa mengalu-alukan sumbangan daripada pihak-pihak yang bermurah hati yang berhasrat membantu atau memberi sumbangan dalam apa jua bentuk dan perkhidmatan bagi meringankan beban mangsa banjir terbabit.
Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis, menyampaikan sumbangan pihak Felcra kepada 45 keluarga mangsa yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini.
“Terima kasih kepada semua NGO di bawah naungan FELCRA dan pimpinan tertinggi FELCRA kerana bertindak pantas dan cakna terhadap mangsa banjir di Lipis,” katanya di Dewan Terbuka, Kampung Mela, Mukim Cheka, hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN : Pemilik Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Nizam Hamid, kecewa apabila banyak komponen kapal lama yang ditemui di Kampung Pagar, Penjom, dekat sini, telah hilang.
Beliau berkata, sikap tidak bertanggungjawab individu atau kumpulan itu mencerminkan diri mereka yang langsung tidak mempunyai semangat menghargai khazanah negara.
ANTARA KOMPONEN KAPAL DIPERBUAT DARIPADA KAYU YANG BERMUTU TINGGI
“Saya menerima beberapa keping foto mengenai penemuan perahu besar.
“Memang saya teruja penemuan ini. Daripada tanda dagang seperti dilihat di foto, ia dipercayai milik atau dibuat oleh Inggeris.
“Penjom sehingga ke hari ini dikenali kawasan pengeluaran mineral emas.
“Saya bertanya kepada sahabat di Lipis, namun mereka memaklumkan bahawa komponen-komponen dan kepingan tembaga dan paku-paku habis dipokah.
WAKIL JABATAN WARISAN NEGARA MENINJAU DAN MEMERIKSA KEADAAN KAPAL LAMA DITEMUI DI SUNGAI PAHANG, DEKAT PENJOM
“Malah artifak perahu besar itu hanya tinggal lantai dan sebahagian kayu juga telah dijarah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
“Saya secara peribadi berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas.
“Mereka yang mengambil itu juga wajar mengembalikan papan/kayu,tembaga dan setiap artifak kepada kerajaan.
“Ini kerana ia merupakan khazanah negara dan sebahagian daripada sejarah tanah air,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MOHON MELALUI E-BANJIR: JIKA PIHAK LUAR INGIN SALUR BANTUAN
TEMERLOH: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan sukaralewan luar dari Pahang dan berada di kawasan zon hijau, yang ingin membantu penduduk terjejas banjir di negeri itu perlu membuat permohonan secara dalam talian e-banjir dan surat kebenaran daripada polis.
Mereka yang tinggal di Zon Merah pula tidak dibenarkan menghantar bantuan di negeri itu atas nasihat daripada Majlis Keselamatan Negeri Pahang, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Polis Diraja Malaysia dan agensi lain yang berkaitan bagi memutuskan rantaian covid-19.
WAN ROSDY MELANCARKAN PROGRAM SUKARELAWAN PAHANG DI KAMPUNG PENGKALAN JAYA, LEBAK, TEMERLOH
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagaimanapun, beliau berterima kasih dan mengalu-alukan NGO serta sukarelawan dari dalam negeri dan luar Pahang membantu penduduk yang terjejas, namun perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
“tujuannya agar di Pahang kita PKPB maknanya kita bersyarat dan kita tak mahu pahang jadi PKP pula.. jadi itulah tindakan yang perlu diambil.. ini pun atas nasihat agensi-agensi berkaitan”
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Beliau dalam pada itu, beliau mahu kerja-kerja membersihkan dan membuang sampah-sarap selepas banjir dilakukan secepat mungkin.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas flag off Program Sukarelawan Pahang di Kampung Pengkalan Jaya, Lebak, di sini.
Pada program tersebut, sukarelawan negeri Pahang, Majlis Tindakan Sosial Pahang, Skuad Bencana Pahang, UMNO Bahagian Temerloh, Penghulu dan JKKK serta NGO tempatan membantu mencuci rumah, tempat awam dan menyerahkan bantuan bencana banjir.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Kerosakan teruk laluan antara Kampung Kuala Tahan ke Kampung Kuala Sat, dekat Ulu Tembeling, mendapat perhatian segera ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Pahang sangat mengambil berat masalah kerosakan jalan itu dan akan membantu untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi membaiki segera jalan berkenaan yang rosak teruk sejak beberapa bulan lalu.
KERJA AWAL SUDAH DIMULAKAN HASIL PERUNTUKAN PERIBADI DATUK NAZRI NGAH
“Usaha ini adalah untuk memudahkan pengguna laluan berkenaan. Saya harap ia dapat memberi keselesaan kepada mereka yang sering berulang-alik menggunakan jalan ini,” katanya.
Sementara itu, ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud ketika dihubungi memaklumkan, Nazri mengumumkan kelulusan peruntukan segera itu petang semalam, selepas selesai menghantar bantuan bekalan makanan kepada penduduk kampung di sekitar Ulu Tembeling.
“Kerja awal sudah dimulakan.. jentera dan kerja-kerja asas di kawasan berkenaan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pihak kerajaan negeri memulakan kerja baik pulih sepenuhnya di laluan itu,” katanya.
ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud.
Mengulas mengenai misi penghantaran bekalan makanan kepada kawasan perkampungan Ulu Tembeling, Razak berkata, sejumlah 3,128 kampit beras diedarkan pagi semalam.
DATUK NAZRI NGAH (KANAN) BERSAMA PETUGAS DARI PEJABAT UMNO BAHAGIAN JERANTUT MENGAGIHKAN BANTUAN KEPADA PENDUDUK SEKITAR ULU TEMBELING
“Ini adalah bantuan susulan selepas pihak UMNO Bahagian dan kerajaan negeri menguruskan bantuan kepada mereka minggu lalu.
KIRA-KIRA 500 KELUARGA TERJEJAS AKIBAT BANJIR MENERIMA SUMBANGAN DARI PEJABAT UMNO BAHAGIAN JERANTUT
“Selain perkampungan di Ulu Tembeling, bantuan kali ini juga diagihkan kepada penduduk di FELDA Padang Piol, FELDA Sungai Retang dan perkampungan dalam Mukim Tembeling Tengah,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris menyarankan agar kerajaan menyediakan pusat sehenti saringan COVID-19 untuk sukarelawan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyertai misi pasca banjir.
Beliau berkata, banyak NGO yang menyatakan keinginan mereka turun padang membantu mangsa banjir, namun terhalang akibat kesukaran untuk melakukan ujian saringan.
AHLI PARLIMEN JERANTUT, DATUK AHMAD NAZLAN IDRIS
“Kalau boleh, saya sarankan agar permudahkan urusan mereka (NGO) kerana bantuan pasca banjir sangat diperlukan ketika ini, termasuklah di Jerantut yang turut terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini.
“Bukanlah saya maksudkan supaya melonggarkan peraturan sedia ada, kita tetap akur dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.. saya cuma harap kalau boleh sediakan pusat saringan sehenti untuk mereka (NGO) yang ingin menghulurkan bantuan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada Pengasas NGO MyRaudhah, Datuk Ruhaidini Abd Kadir di masjid Kampung Kelola, dekat sini, hari ini.
Terdahulu, Ahmad Nazlan dan Ruhaidi bersama 40 sukarelawan MyRaudhah bergotong-royong membersihkan masjid tertua di tebing Sungai Pahang itu.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada MyRaudhah kerana memilih kawasan Jerantut sebagai antara lokasi untuk melaksanakan program tanggung jawab sosial korporat (CSR) mereka.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MyRaudhah menyambut baik saranan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggalakkan petugas NGO atau orang perseorangan membuat saringan COVID-19 atau ujian swab sebelum menjalankan program khidmat masyarakat di kawasan bencana.
Pengasas MyRaudhah, Datuk Ruhaidini Abd Kadir berkata, langkah itu dapat memastikan sukarelawan tidak membawa COVID-19 hingga menimbulkan masalah lain.
AHMAD NAZLAN (EMPAT DARI KANAN) MENERIMA SUMBANGAN DARIPADA RUHAIDINI (DUA DARI KIRI) PADA PROGRAM MYRAUDHAH DI MASJID KAMPUNG KELOLA, JERANTUT
“Saranan mengenai perkara itu adalah sangat bertepatan dengan hasrat semua pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Sebaiknya, kita buat swab test sebelum pergi ke mana-mana lokasi untuk menghulur bantuan.
“Kalau boleh, biarlah kedatangan kita (untuk membantu) tidak pula memberi masalah kepada penduduk setempat yang sedang berdepan masalah banjir.
“Untuk misi atau program kali ini, seramai 40 sukarelawan MyRaudhah berkampung selama tiga hari di Temerloh, sebelum berkunjung ke Kampung Kelola dan bergotong-royong membersihkan masjid tertua di Mukim Pulau Tawar,” katanya.
Ruhaidi berkata, selain membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Songsang dan masjid Taman Sri Semantan di Temerloh semalam, pihaknya turut menyampaikan sumbangan kepada 12 keluarga di Kampung Bukit Tingkat, yang terjejas teruk akibat banjir.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris turut menyertai gotong-royong berkenaan dan melancarkan secara rasmi pertubuhan MyRaudhah.
Pertubuhan itu turut menyampaikan sumbangan wang tunai, set water jet, telekung dan sejadah serta pelbagai barangan keperluan asas kepada Ahmad Nazlan, untuk diagihkan kepada penduduk setempat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SELESAIKAN SEGERA ISU BANJIR KILAT: MASALAH BERULANG DI HADAPAN FAMA LANCHANG
TEMERLOH: Kerja pembangunan di kawasan Perumahan Bukit Lanchang dipercayai mengakibatkan berlaku banjir di atas jalan raya dan Pusat Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Lanchang sejak enam bulan lalu.
Pengadu, Muhammad Sha’ani Abdullah dalam aduannya melalui hantaran e-mel memohon penyelesaian segera banjir kilat yang kerap berlaku selepas hujan lebat akibat tebing perumahan Bukit Lanchang ditambak tanpa membina dinding menahan (retaining wall) dan sekadar menggunakan dinding penahan daripada papan.
ADUAN BERKAITAN ISU BANJIR KILAT YANG DITERIMA MAJLIS DAERAH TEMERLOH
“Kelihatan bahagian dinding penahan papan yang pecah telah menyebabkan tanah masuk dan menimbus parit serta mengganggu aliran air, gangguan itu mengakibatkan air melimpah di atas jalan dan berlaku banjir kilat.
“Kejadian seperti ini telah berlaku sejak 6 bulan lalu dan boleh membahaya keselamatan pengguna jalan terutama di waktu malam serta merencat kegiatan operasi pusat pengumpulan hasil pertanian FAMA,” katanya.
Katanya, kerja-kerja merata dan menambak turut menyebabkan pergerakan tanah berlaku dan mengakibatkan simen parit di tepi jalan raya tergerak dan terangkat mengakibatkan aliran air parit terhalang.
KEJADIAN BANJIR KILAT YANG SERING BERLAKU HINGGA MENGGANGGU OPERASI FAMA LANCHANG
Beliau merayu satu tindakan segera perlu diambil sebagai penyelesaian jangka panjang dan bagi menggelakkan pergerakan tanah dari tapak pembangunan ke kawasan awam demi keselesaan orang awam dan keselamatan pengguna jalan raya di laluan itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Waktu senggang peguam Noor Jehan Abu Bakar pada waktu malam sejak 3 Januari lepas dihabiskan dengan bermain gliserin, pewangi, alat penimbang dan pelbagai acuan kecil bagi menghasilkan sabun untuk dihadiahkan kepada mangsa banjir di Pahang.
Setakat ini, Noor Jehan, 50, dengan bantuan anak perempuannya yang berusia 18 tahun telah menghasilkan lebih 10 kilogram sabun dalam pelbagai bentuk menarik seperti hati, kumbang, burung hantu, rama-rama dan kaktus bagi menarik minat kanak-kanak untuk kerap mencuci tangan.
“Banjir kali ini berlaku dalam keadaan kita sedang berperang dengan wabak COVID-19 menjadikan aspek kesihatan lebih kritikal untuk mereka di pusat pemindahan sementara (PPS) dan membasuh tangan dengan kerap adalah satu cara pencegahan daripada dijangkiti penyakit itu.
“Membuat sabun adalah minat dan terapi kepada saya. Jadi kemahiran ini seharusnya turut digunakan untuk membantu dan menceriakan mereka yang sedang diuji dengan musibah menerusi pemberian sabun yang diperbuat dengan penuh kasih sayang,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
ANTARA CORAK MENARIK PADA SABUN DIHASILKAN SENDIRI OLEH NOOR JEHAN YANG TURUT DIBANTU ANAKNYA BAGI DIAGIHKAN KEPADA PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA SEKITAR KUANTAN DAN PEKAN/TWITTER NOOR JEHAN ABU BAKAR
Selain mahu menerapkan kebiasaan membasuh tangan, Noor Jehan mengakui pengalamannya berdepan musibah banjir pada tahun 2013 juga menyebabkan beliau berasa sabun antara barangan keperluan yang penting untuk diberikan kepada mangsa banjir.
“Kami berpindah dalam keadaan tergesa-gesa kerana air naik mendadak. Semasa itu, apa yang bermain di fikiran ialah dokumen dan barangan penting serta pakaian serba sedikit kerana keutamaan ialah menyelamatkan anak-anak… pastinya sabun tidak terlintas di fikiran semasa itu,” katanya.
Noor Jehan berkata memandangkan proses pembuatan sabun mengambil masa berhari-hari, beliau memutuskan supaya sabun kepada mangsa banjir diperbuat daripada bahan asas iaitu gliserin dan susu kambing sebelum ditambah pewangi seperti lavender supaya sabun comel itu siap dalam tempoh empat jam.
Proses pembuatan itu, jika dimulakan sekitar 8 malam, membolehkan beliau mendapat antara 250 hingga 300 buku sabun, menjelang tengah malam.
Bagi mengelakkan pembaziran, Noor Jehan yang tinggal di Taman Guru di sini menetapkan supaya sabun itu bersaiz mini, yang boleh dihabiskan seorang individu dalam tempoh dua hari, selain tidak menggunakan sebarang pembungkus.
“Kita tahu kutipan sampah di PPS sudah cukup banyak ditambah pula dalam situasi COVID-19, semua makanan mangsa banjir dibungkus.
“Oleh itu, saya meletakkan semua sabun ini di dalam satu kotak besar yang boleh diagihkan terus kepada penerima.
“Saiz yang kecil juga bermaksud tiada sisa yang ditinggalkan selepas mereka dibenarkan pulang ke rumah berbanding sabun buku biasa yang lazimnya akan ditinggalkan di bilik mandi PPS kerana ramai tidak suka membawa pulang sabun basah,” katanya.
Noor Jehan berkata setakat ini, sabun kasih sayang itu telah dihantar ke beberapa PPS dengan pertolongan sukarelawan banjir termasuk di Kuantan, Pekan dan Maran termasuk di penempatan Orang Asli di negeri ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!