PAS BUKAN BERI KATA DUA ENGGAN KERJASAMA TANPA BERSATU
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan dakwaan Setiausaha Agung BN, Annuar Musa bahawa PAS bertegas supaya UMNO mesti turut menjadi rakan sekutu dengan BERSATU sebagai tidaktepat.
Gambar Hiasan
“(Kerana) keputusan Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional Rabu lepas bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan PAS sebagai dua parti teras mewakili bumiputera, Melayu, Islam.
“Tidak timbul langsung soal PAS beri kata dua tidak mahu kerjasama dengan UMNO tanpa BERSATU,” jelas Asyraf pada hantaran di media sosial malam tadi yang disiarkan Malaysiakini.
Terdahulu, Annuar memaklumkan UMNO tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu, seperti rancangan awalnya dahulu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang meluluskan usul meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang bagi melantik 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa proses pilihan raya.
Usul dicadangkan Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail dan diluluskan dengan suara majoriti tanpa kehadiran pembangkang, apabila tujuh ADUN DAP dan seorang daripada PKR bertindak keluar dewan sebagai tanda bantahan.
WAN Rosdy Wan Ismail
Seorang lagi ADUN PKR, Lee Chean Chung dari Semambu tidak hadir pada persidangan hari ini, kerana difahamkan mengikuti seminar di luar negara.
Terdahulu, Wan Rosdy mengusulkan pindaan terhadap Perkara 18 Bahagian Kedua undang-undang itu dibuat bagi membolehkan lantikan 5 ADUN daripada golongan berkaliber, bagi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat, khususnya dalam situasi pandemik COVID-19 yang belum pasti kesudahannya.
“Pertambahan ADUN dilantik ini mampu mengurangkan kadar nisbah seorang ADUN dengan jumlah penduduk, kerana kita adalah negeri yang besar. Ini adalah untuk saling melengkapi dan bukan pertindihan kepada perkhidmatan ADUN sedia ada.
“Lantikan ini tidak bersifat politiking, sebaliknya berorientasikan rakyat. Kita nampak peluang mereka untuk berkhidmat dan perlu dibawa ke DUN untuk justifikasi kelayakan profesional mereka, sebelum boleh dilantik,” katanya pada persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang dipetik dari Bernama.
Pindaan itu, menurut Wan Rosdy menyatakan lantikan ADUN berkenaan hendaklah atas usul 7 ADUN dan mendapat kelulusan majoriti mudah, selain mereka boleh mengambil bahagian dalam perbahasan dan berhak mengundi.
Bagaimanapun, 5 ADUN dilantik itu tidak layak dipilih sebagai menteri besar atau menganggotai majlis mesyuarat kerajaan negeri (EXCO).
“Lantikan ini bukan luar biasa kerana Sabah dan Terengganu sudah melaksanakannya. Pindaan ini sudah dibincangkan pada mesyuarat EXCO 22 Julai lalu dan mesyuarat pasca EXCO pada 3 Ogos lalu yang dipengerusikan setiausaha kerajaan negeri juga bersetuju dengan cadangan ini,” katanya.
ADUN Bilut, Lee Chin Chen merupakan yang pertama membantah usul itu kerana mendakwa lantikan itu melanggar prinsip demokrasi, kerana mereka yang tidak mendapat mandat rakyat menerusi pilihan raya boleh berada dalam DUN Pahang, selain menyifatkan lantikan itu sebagai pintubelakang.
ADUN Ketari, Young Syefura Othman juga membantah mengatakan tindakan itu kerana melibatkan implikasi kewangan, selain berpandangan tiada keperluan untuk menstabilkan kerajaan negeri menerusi lantikan tersebut, kerana jumlah pembangkang kecil jika dibandingkan dengan kerjasama 25 ADUN BN dan 8 wakil rakyat PAS.
Bekas menteri besar, Adnan Yaakob yang juga ADUN Pelangai berkata, tindakan itu wajar dilakukan bagi membolehkan kerajaan negeri melantik seorang wakil profesional daripada golongan minoriti atau yang tidak menang pilihan raya ke dalam DUN, untuk mengutarakan permasalahan masyarakat mereka.
Persidangan bersambung pada tarikh akan ditentukan kelak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: UMNO tidak ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu, seperti rancangan awalnya, menurut Setiausaha Agung BN, Annuar Musa.
Menurut laporan Malaysiakini, Annuar berkata, ini memandangkan PAS bertegas bahawa UMNO mesti turut menjadi rakan sekutu dengan BERSATU.
ANNUAR MUSA
“Dalam kajian kita, UMNO dan PAS ada kekuatan sendiri dan memang boleh menang (dalam PRU akan datang).
“Tapi tanya PAS, adakah PAS boleh menerima idea hanya UMNO dan PAS dan tinggalkan BERSATU?
“Pilihan ini tidak wujud.. PAS berpegang pada dasar UMNO, PAS dan BERSATU hendaklah bersama,” katanya dalam temu bual bersama Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan malam tadi.
Annuar mendakwa PAS menyatakan pendirian itu dengan jelas dalam mesyuarat Muafakat Nasional (MN) Rabu lalu.
Selepas kerjasama antara UMNO dan PAS membuahkan kemenangan di beberapa PRK selepas PRU 2018, kedua-dua parti itu memeterai kerjasama Muafakat Nasional pada September 2019.
Penganalisis politik berpandangan jika UMNO dan PAS berganding bahu dalam PRU akan datang, mereka mampu menyingkirkan BERSATU diketuai Muhyiddin Yassin dan merampas Putrajaya.
Bagaimanapun, PAS kini merupakan antara ahli Perikatan Nasional gagasan BERSATU. Usaha turut dilakukan untuk membawa BERSATU dalam Muafakat Nasional secara rasmi.
GAMBAR HIASAN
UMNO bagaimanapun dilihat berselisih dengan BERSATU apabila parti itu mendakwa tidak mendapat layanan dan penghormatan sewajarnya sebagai parti terbesar dalam gabungan PN yang membentuk kerajaan Persekutuan.
Pun begitu, kata Annuar, naratif itu adalah rekaan semata-mata.
“Itu cerita rekaan.. separuh daripada kabinet adalah (daripada) BN.. apa benda yang kita buat dalam kerajaan, kita boleh buat dan kita boleh ambil tanggungjawab.
“Tapi mengapa nak reka cerita (kononnya) kita tak dilayan dengan baik?” soalnya.
Menurut Annuar, UMNO telah menerima struktur kabinet tersebut ketika menyertai kerajaan pada Mac, justeru dia mempersoalkan mengapa suara tidak puas hati timbul selepas itu.
Dia turut menyifatkan UMNO terperangkap dalam superioritycomplex (kompleks tinggi diri), dan lupa bahawa ia tewas dalam PRU lalu.
Dia berkata keputusan untuk bekerjasama dengan BERSATU adalah keputusan bersama parti itu, dalam usaha untuk menolak kerjasama dengan presiden PKR, Anwar Ibrahim dan DAP.
Berkenaan jawatan timbalan perdana menteri daripada UMNO pula, dia berkata parti itu harus jelas sama ada tuntutan itu dibuat mewakili parti atau untuk kepentingan individu tertentu.
Soalnya, apakah UMNO mahu Muhyiddin mungkir janji untuk tidak melantik pemimpin berdepan tuduhan rasuah di mahkamah dalam kerajaan, atau apakah ia mahu mengabaikan pendirian presiden, Ahmad Zahid Hamidi untuk membersihkan namanya di mahkamah.
“Kalau tak mahu semua itu, bagitahulah demikian,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kesunyian selepas rakan-rakannya meninggal dunia.
Menurutnya, terbaharu Khalid Julong menghembuskan nafas terakhirnya semalam dan pemergian sahabatnya itu disifatkan sebagai tamatlah satu generasi pejuang Melayu.
“Khalid Julong meninggal pada 18 November 2020. Dengan pemergiannya maka tamatlah satu generasi pejuang Melayu.
“Kami berkenalan dan berdamping dalam arena politik apabila tamat sahaja perang Dunia Kedua. Kami berada dalam Saberkas, sekumpulan anak Melayu yang memiliki kesedaran akan bangsanya.
“British merancang untuk rampas negeri-negeri Melayu untuk dijadikan tanah jajahan mereka. MalayanUnion akan tamatkan kewujudan orang Melayu dengan Tanah Melayu mereka.
“Khalid, Azahari Taib, Khir Johari, Khir Pa’ Awang, Hj Taha, Chegu Senu dan lain-lain sudah tidak ada.
“Tinggal saya seorang. Saya sedih. Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian.
“Saya berdoa roh arwah Khalid Julong akan dirahmati Allah SWT,” katanya menerusi hantaran di laman webnya, Chedet hari ini.
Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, kesemua sahabat lamanya sudah meninggal dunia kecuali Khalid dan Osman Kuda yang juga berusia 90-an.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
POTONGAN GAJI 10 PERATUS DISALURKAN KE TABUNG AMANAH BENCANA PAHANG
KUANTAN: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Pahang setuju gaji mereka dipotong sebanyak 10 peratus untuk disalurkan kepada Akaun Amanah Bencana Pahang selama tiga bulan bermula bulan ini sehingga Januari tahun depan.
Menurut laporan SinarHarian, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu berkata, bantuan kecil itu diharap dapat membantu golongan yang terkesan bukan sahaja akibat pandemik koronavirus (COVID-19) tetapi bencana lain yang berlaku.
TIMBALAN Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu
Beliau yang merupakan ADUN Beserah berkata, langkah itu diambil seiring dengan keputusan Exco Kerajaan Negeri yang mengambil langkah sama sebelum ini.
“Saya menyambut baik keputusan kerajaan menubuhkan Akaun Amanah Bencana Pahang bagi membantu rakyat yang terjejas.
“Terima kasih juga kepada penjawat awam turut sama membuat potongan gaji untuk disalurkan ke akaun ini,” katanya pada sesi perbahasan Belanjawan Pahang 2021 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Selain Andansura, tujuh lagi ADUN PAS di Pahang ialah Rosli Abdul Jabar (Tanjung Lumpur), Mohd Sofian Abd Jalil (Luit), Mohd Tarmizi Yahaya (Panching), Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (Tahan), Mujibur Rahman Ishak (Chenor), Shahril Azman Abdul Halim (Jengka) dan Zuridan Mohd Daud (Damak).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai mendakwa 42 plot tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah terjual dalam tempoh lapan bulan terakhir Annuar Musa memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Kok Wai turut mempersoalkan status penjualan ini dan apakah penjualan itu dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan.
AHLI Parlimen Cheras, Tan Kok Wai
Dalam sidang media di lobi parlimen pagi ini, Kok Wai menuntut penjelasan Annuar berhubung perkara itu.
“Sejak Annuar memegang jawatan sebagai Menteri (Wilayah Persekutuan), banyak tanah lagi milik DBKL dijual kepada pihak swasta untuk dimajukan, dibangunkan sebagai projek perumahan, (projek) campuran komersial dan sebagainya.
“Saya ingin bertanya kepada Annuar mengapa benarkan transaksi penjualan tanah ini yang (kemungkinan) akan memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang atau selama-lamanya kepada banyak kawasan yang telah mengalami overdevelopment (terlalu banyak pembangunan),” katanya yang dilaporkan Malaysiakini.
Tambahnya, pembangunan itu juga berisiko memberi kesan negatif terhadap persekitaran dan kawasan rekreasi.
Ketika dihubungi oleh Malaysiakini selepas itu, Kok Wai mengatakan DBKL menerbitkan tiga notis untuk mengubah Pelan Bandar KL 2020 yang ada dalam beberapa bulan terakhir.
Dia mendakwa perubahan yang terbaru melibatkan 33 plot tanah milik DBKL, sementara dua notis sebelumnya menunjukkan perubahan kepada masing-masing tiga dan enam plot.
MENTERI Wilayah Persekutuan, Annuar Musa
Pelan itu, yang merangkumi rancangan pembangunan Kuala Lumpur, akan berakhir pada 31 Disember 2020.
“Masih ada sedikit waktu yang tersisa (sebelum pelan itu tamat) tetapi DBKL masih membuat tiga pindaan yang mempengaruhi 42 plot tanah,” katanya.
Jelas Kok Wai lagi, daripada 42 plot tanah tersebut, empat melibatkan kawasannya.
Katanya, walaupun merupakan wakil rakyat di kawasan itu, dia tidak tahu apakah ada tender terbuka atau berapa harga plot yang telah dijual.
Malaysiakini telah menghubungi Annuar dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Mahadi Che Ngah untuk mendapatkan komen.
Sidang media itu turut menampilkan ahli parlimen Pakatan Harapan lain dari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa); Fahmi Fadzil (Lembah Pantai); Tan Yee Kew (Wangsa Maju); Lim Lip Eng (Kepong); Hannah Yeoh (Segambut ) dan Fong Kui Lun (Bukit Bintang).
Mereka secara kolektif mendesak Annuar untuk menjelaskan isu yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Umum (PAC) terhadap 97 plot tanah DBKL yang terjual sejak 2011.
“Setakat hari ini, kami belum mendengar daripada menteri wilayah persekutuan, tentang respons beliau terhadap laporan PAC berkenaan dengan isu penjualan tanah milik DBKL.
“Saya rasa ini perkara yang penting kerana saya rasa menteri wilayah persekutuan perlu memberikan respons kepada parlimen,” kata Fahmi.
Dalam laporan yang diterbitkan semalam, PAC menyatakan kurangnya pematuhan prosedur operasi standard dalam cara penjualan tanah tersebut.
Ia juga menyatakan konflik kepentingan menteri wilayah persekutuan dan pembabitan Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam Yayasan Wilayah Persekutuan.
Ini kerana badan amal itu didapati membeli tanah dari DBKL, entiti yang juga dipengerusikan oleh menteri dan Datuk Bandar.
Yayasan itu berada di luar pemeriksaan Jabatan Audit Negara.
Antara saranan PAC adalah agar Yayasan Wilayah Persekutuan disusun semula agar fokus pada kebajikan, membenarkan kerajaan meneliti aktivitinya dan menyingkirkan penglibatan menteri dan Datuk Bandar.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman mengesahkan beliau diarah menjelaskan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, baru-baru ini.
Young Syefura atau lebih dikenali dengan panggilan Rara berkata, beliau akan menjelaskan bayaran kompaun itu dalam masa terdekat dan pihak polis memaklumkan bahawa kes terhadapnya itu dianggap selesai.
ADUN Ketari, Young Syefura Othman
“Saya meminta maaf kerana melanggar SOP PKPB yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang. Saya juga memohon maaf kepada semua rakyat Pahang atas kesilapan itu,” katanya seperti dilaporkan Bernama.
Young Syefura berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (Belanjawan 2021) pada persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang di Kuantan hari ini, yang dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semalam.
Sebelum ini, Young Syefura dikecam selepas memuat naik di Instagram gambar beliau bersama empat rakan menyambut ulang tahun kelahirannya di pantai Bagan Lalang, Selangor, yang kemudiannya dipadamkan daripada laman sosial tersebut.
Selangor merupakan antara negeri yang dikenakan PKPB sehingga 6 Disember ini, dan orang ramai dilarang merentas daerah tanpa urusan penting sepanjang tempoh tersebut.
Sementara itu dalam perbahasannya, Young Syefura mempersoal sama ada data yang dibentangkan pada DUN Pahang berhubung keluasan hutan di negeri itu, iaitu seluas 2.05 juta hektar iaitu 57 peratus daripada 3.59 juta hektar tanah negeri adalah sahih.
“Saya telah membuat semakan dan mendapati jumlah hutan ini tidak berubah sejak 2017. Bolehkah keadaan ini berlaku sedangkan hasil hutan menjadi penyumbang kepada pendapatan kerajaan negeri dan jumlahnya semakin meningkat,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: UMNO Selangor sedia bertembung dengan BERSATU pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Badan Perhubungannya, Tan Sri Noh Omar.
Katanya, pertembungan dengan BERSATU tidak dapat dielak jika parti tersebut tiba-tiba muncul meletakkan calon di kerusi yang akan ditandingi UMNO dan PAS, seperti dipersetujui kedua-dua parti menerusi Muafakat Nasional (MN).
PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR TAN SRI NOH OMAR
“Setakat ini kita UMNO tidak bersama dia (BERSATU). Kalau terpaksa bertembung maka bertembunglah. Bagi kita (UMNO) bertembung dengan BERSATU ok.. tetapi jangan bertembung dengan PAS.
“Sebab kita dan PAS dah ada MoU dalam MN.. jadi kalau PAS tak nak bertembung dengan BERSATU di kerusi itu, maka kita akan ambil kerusi itu,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Malaysiapost.
Noh berkata, UMNO dan PAS sebelum ini telah bersetuju dalam soal pembahagian kerusi di Selangor bagi menghadapi PRU-15.
Katanya, prinsip dipegang kedua-dua parti ketika ini jelas iaitu tidak akan bertembung di mana-mana kerusi.
“Di mana ada kerusi UMNO, di situ ada kerusi PAS. Contohnya sebegini di Parlimen ada tiga kerusi.. PAS ambil Parlimen, dua kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) UMNO akan ambil dan begitulah sebaliknya.
“Di mana ada UMNO di situlah ada PAS. Kita bersama-sama dengan syaratnya kita tidak akan bertembung. Itu yang kita persetujui setakat hari ini. Urusan kerusi kita dengan PAS di Selangor ini sudah selesai,” katanya.
Beliau juga melahirkan keyakinan UMNO dan PAS mampu merampas semula Selangor yang ditadbir Pakatan Harapan (PH).
“Dari segi Parlimen kita ada 14 dari 22 kawasan Parlimen yang mempunyai pengundi Melayu lebih 50 peratus. Kemudian peringkat DUN daripada 56 kerusi kita ada 36 kerusi majoritinya lebih 50 peratus adalah Melayu.
“Jika kita bertanding Melayu solid bersama penyokong UMNO, PAS ini serta pengundi Melayu ini bersepakat di 36 kerusi itu, insya-Allah kita boleh tubuh kerajaan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang lemah dan wajar meletak jawatan.
Kelemahan itu ketara selepas Muhyiddin dan kerajaan pimpinannya gagal mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan darurat untuk mengatasi penularan COVID-19.
TAN Sri Shahrir Samad
“Keputusan untuk diistyihar darurat sudah cukup memerlukan Muhyiddin meletakkan jawatan kerana pentadbir semasa darurat tidak perlu baginya kekal sebagai Perdana Menteri (PM).
“Siapalah yang menasihat Muhyiddin untuk menyembahkan nasihat ini kepada Agong? Saya dengar ramai peguam-peguam yang rapat dengan BERSATU dan komponen Perikatan Nasional (PN).
“Apabila nasihat Muhyiddin ditolak oleh Agong, sekali lagi terdedah kelemahan kepimpinan Muhyiddin sebagai PM dan lagi mengukuhkan sebab Muhyiddin sepatutnya meletakkan jawatannya sebagai PM,” katanya dalam satu catatan di akaun Facebook miliknya, petang tadi.
Jelasnya tindakan Muhyiddin memohon pengisytiharan darurat membuktikan yang beliau dalam keadaan tertekan.
“Ianya suatu tindakan yang desperate dan mendedahkan kelemahan kumpulan penasihat dan perancang Muhyiddin, innercircle dan jemaah menteri PN,” katanya lagi.
Oktober lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah bertitah menolak cadangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JANGAN TERLALU BERPOLITIK HINGGA SUKARKAN USAHA BANTU RAKYAT
KUANTAN: Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia menyelar kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan keputusan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mahu menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai kawasan bebas berniaga.
PENGERUSI Sekretariat NGO Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim
Pengerusinya, Muhammad Faiz Hashim berkata, dakwaan kononnya keputusan itu berbahaya kerana seolah-olah membuka pintupagar untuk menggalakkan orang ramai melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Kenyataan (Teresa) Kok itu sangat tidak berasas dan menunjukkan seolah-olah beliau langsung tidak ambil peduli tentang kesusahan rakyat yang sedang bergelut akibat wabak COVID-19.
“Jangan hanya pandai mempersoalkan tindakan pihak lain yang ingin membantu rakyat.. sedangkan anda sebagai Ahli Parlimen dan wakil rakyat, apa yang anda bantu untuk mengurangkan beban rakyat selama ini.
“Tak perlulah hanya (tahu) bercakap dan mempertikai usaha pihak lain.. adakah beliau ada niat lain apabila mengeluarkan kenyataan itu,” katanya dalam satu kenyataan media.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!