Nazri Ngah turun padang bagi semangat kepada jentera UMNO Jerantut
KLUANG – Bekas Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah meluangkan masa bersama jentera UMNO Bahagian itu yang sedang membantu kempen sempena pilihan raya kecil (PRK) Mahkota.
Nazri adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar dan pernah memegang jawatan sebagai Exco Kerajaan Pahang.
Beliau yang masih bersemangat dalam politik mengambil ruang cuti hujung minggu untuk menyantuni petugas UMNO Jerantut di sekitar bandar Kluang.
Nazri dalam masa sama sempat bertemu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang kebetulan turun berkempen di pusat daerah mengundi (PDM) Jalan Hospital dan Taman Berlian.
Walaupun sudah tidak aktif dalam politik, namun Nazri masih berkongsi pengalaman dan strategi penting dalam memenangi hati pengundi. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jentera UMNO Jerantut terima kunjungan KIMMA Johor
KLUANG – Sejak hari penamaan calon, hampir 100 petugas dari UMNO Bahagian Jerantut, Pahang berkampung di Kluang, Johor.
Ia adalah bagi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah yang bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Mahkota.
Antara pusat daerah mengundi (PDM) yang diamanahkan jentera UMNO Bahagian Jerantut adalah PDM Jalan Hospital, PDM Taman Berlian selain PDM Dorset.
Petugas daripada Pemuda, Puteri dan Wanita dari Jerantut juga diberi peranan membantu Jalinan Rakyat (JR) UMNO Johor menyantuni pengundi di kawasan itu.
Ahli jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud turut berkesempatan bersama jentera dari Bahagian itu berkempen di Kluang dengan bertemu dengan pengundi di sekitar Mahkota.
“Selain membantu gerak kerja jentera UMNO dan BN berkempen, kami juga mengambil peluang untuk berkenalan dengan petugas daripada parti komponen BN yang turut sama berkampung di sini,” katanya.
Terdahulu, Razak bersama jentera UMNO Bahagian Jerantut menerima kunjungan daripada wakil Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Johor ketika berada di PDM Dorset.
Pertemuan ringkas itu sempat membincangkan strategi mendekati kira-kira 66,000 pengundi di Mahkota dalam usaha memastikan Syed Hussien menang pada 28 September ini.
“Gerak kerja sedia ada sudah dilaksanakan sebaik mungkin dan kita harap strategi kempen pada minggu terakhir ini akan memberi kelebihan kepada calon BN, Syed Hussien,” jelasnya. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
UMNO Jerantut, Ipoh Barat bawa semangat Nenggiri ke Mahkota
KUANTAN – Jentera UMNO dari Jerantut, Pahang dan Ipoh Barat, Perak sudah bersedia menggempur kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, dekat Kluang, Johor.
Mereka yang mula berkampung di situ sejak kelmarin berkata, gerak kerja lengkap sudah siap dirancang bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah.
Setiausaha UMNO Bahagian Ipoh Barat, Mohd Zawawi Mohd Yusof berkata, pendekatan turun padang yang sebelum ini dilakukan pada pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri Ogos lalu, akan digunakan di Mahkota.
“Kami bawa semangat (kemenangan) di Nenggiri, Gua Musang, Kelantan ke sini dan saya sendiri yakin calon BN mampu memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar dalam PRK kali ini.
“Saya percaya jentera UMNO dari negeri lain juga mempunyai kaedah kempen tersendiri untuk memenangi hati pengundi di Mahkota,” katanya kepada SAHIH .
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud berkata, kejayaan BN di Nenggiri sememangnya memberi suntikan semangat kepada semya jentera yang terbabit dalam PRK Mahkota.
Katanya, segala perancangan awal sudah dilakukan dan kelebihan dimiliki Syed Hussien akan membantu BN mengekalkan kerusi DUN berkenaan.
“Seperti yang Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi maklumkan semalam, Syed Hussien memiliki kelebihan untuk memenangi hati pengundi Cina di Mahkota memandangkan dia memiliki latar belakang pendidikan sekolah Cina.
“Selain itu, kawasan DUN Mahkota juga dijaga dengan baik oleh wakil rakyat daripada BN sebelum ini, jadi tidak ada banyak isu berbangkit dan jika ada pun, ia boleh diselesaikan dengan berhemah oleh kerajaan negeri Johor,” katanya.
PRK Mahkota menyaksikan satu lawan satu antara BN dan Perikatan Nasional (PN).
BN mempertaruhkan Syed Hussien, manakala PN mencalonkan Mohamad Haizan Jaafar.
Menurut daftar pilihan raya, setakat 2 Ogos terdapat 66,318 pengundi layak di Mahkota merangkumi 61,397 pengundi biasa; 4,510 pengundi tentera dan suami isteri masing-masing; 401 pegawai polis dan 10 pengundi luar negara.
Pengundian awal ditetapkan pada 24 September ini. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Setiap parti politik dibina dengan kekuatan dan kesepakatan ahli di peringkat akar umbi.
Dalam proses memperkukuhkan lagi organisasi, pemilihan pucuk pimpinan adalah antara kaedah bagi menguji kesetiaan dan semangat ahli parti itu.
Selaras dengan pemilihan peringkat Cawangan dan Bahagian dalam MIC yang baru berlangsung, ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam mengadakan pertemuan dengan barisan pimpinan baru MIC Bahagian Bentong.
Perjumpaan itu diadakan di pejabat baru MIC Bahagian Bentong, dekat pekan Karak.
Turut hadir adalah ADUN Sabai, V Arumugam dan pimpinan MIC Bahagian.
Antaranya Ketua MIC Bahagian Bentong, Dr Jayendran yang akan mengetuai parti berkenaan bagi penggal 2024-2027.
Amizar dalam masa sama merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan pimpinan MIC Bahagian Bentong sebelum ini yang menjalankan tugas dengan baik.
Dia berharap kecemerlangan pimpinan terdahulu akan diteruskan barisan pimpinan baru dalam memperkuatkan lagi Barisan Nasional di peringkat Bentong dan Pahang. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Semangat tidak pudar UMNO Jengka 24 sedia hadapi PRU16
JERANTUT – Semangat kesepakatan dan semangat tidak pudar ditunjukkan ahli akar umbi UMNO Cawangan Jengka 24 dapat meningkatkan keyakinan UMNO Bahagian Jerantut dalam menghadapi PRU16.
Ia ditunjukkan ahli parti cawangan itu dalam Mesyuarat UMNO Cawangan Jengka 24 yang berlangsung semalam.
Bagi AJK UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud, dia bersyukur kerana semua ahli kekal bersemangat tinggi walaupun berdepan kekalahan dalam PRU15 lalu.
“Dengan semangat ditunjukkan dalam mesyuarat kali ini, saya percaya kita dapat membantu merampas kembali kerusi di peringkat DUN dan Parlimen yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu.
“Saya sendiri tidak menyangka bahawa semua ahli tidak patah semangat dalam perjuangan demi bangsa dan agama.
“Kita masih perlu bekerja keras dalam hal memenangi hati pengundi di Jerantut dan di kawasan DUN Tahan, Pulau Tawar dan Damak,” katanya.
Razak juga yakin segala gerak kerja diatur dapat dilaksanakan dengan lancar melalui kerjasama baik semua pihak, sama ada di peringkat Cawangan dan Bahagian Jerantut.
Katanya, pelbagai program turun padang dilakukan pimpinan dan ahli selepas PRU15 bagi membuktikan bahawa UMNO bukanlah parti untuk musim pilihan raya semata-mata.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KETUA UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said bukanlah nama asing dalam arena politik negara.
Dilahirkan pada September 1965, anak jati Kuala Krau ini mempunyai perjalanan politik penuh warna-warni.
Ismail mula dipilih sebagai ahli parlimen P87-Kuala Krau dalam pilihan raya umum ke-11 dan sejak itu juga, beliau tidak pernah jemu membawa pelbagai perubahan dan pembangunan di kawasan berkenaan.
Wataknya yang serius tetapi mudah mesra menjadi aset penting dalam pembentukan dirinya dan parti UMNO dan Barisan Nasional Pahang.
Ismail pernah bersekolah di Sekolah Menengah Al-Khariah Temerloh sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Islam Klang, Selangor.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan bertugas di pelbagai agensi sebelum menyertai politik.
Kecemerlangan Ismail dan ciri kepimpinan dimiliki menjadikan beliau adalah antara individu disegani kawan dan lawan.
Selepas menceburi politik, beliau memegang pelbagai jawatan penting antaranya dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada tahun 2010.
Ismail seterusnya diberi kepercayaan memegang jawatan lebih penting, sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat antara tahun 2013.
Selepas itu, bintangnya dalam pentadbiran negara semakin menyinar dan dipilih sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada tahun 2020.
Ismail berjaya mempertahankan kerusi P87-Kuala Krau sehingga pilihan raya umum ke-14.
Namun pada pilihan raya umum ke-15, beliau akhirnya tewas melalui pertembungan tiga penjuru ketika itu.
Ismail menyifatkan kekalahan dalam pilihan raya berkenaan disebabkan permainan persepsi dilakukan pihak pembangkang sepanjang tempoh kempen berlangsung.
“Semua calon yang bertanding tidak seharusnya menyemai politik kebencian semata-mata demi meraih undi.
“Tindakan memburukkan saingan mereka tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang calon wakil rakyat.
“Politik kebencian dan sikap usik peribadi pesaing harus diberhentikan,” katanya yang kini masih setia bersama penduduk di Kuala Krau.
Sepanjang bergelar ahli parlimen Kuala Krau dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri dan Persekutuan, Ismail tidak pernah melupakan kawasan diwakilinya.
Banyak perubahan dan pembangunan dibawa untuk keselesaan dan kesenangan penduduk di situ.
Beliau juga mengakui agak jarang menghebohkan kebaikan dilakukannya dan lebih suka memberi peluang kepada pengundi menilai sendiri apa dilaksanakan sebelum ini.
“Kadang-kadang segala kebaikan dilakukan akan dilupakan hanya kerana satu kesilapan kecil yang kita buat.”
Datuk Seri Ismail Mohamed Said..
“Namun, ia tidak pernah mematahkan semangat untuk saya terus berbakti kepada penduduk di sini,” jelasnya.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Seperti dijangka, pimpinan PAS Pahang menjadi ‘jaguh’ dalam bab menghentam kerajaan negeri Pahang.
AJK UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud berkata, isu penemuan lambakan barangan dapur di pusat pelupusan sampah dekat laluan Rumpun Makmur-Gunung Senyum lewat petang semalam, dengan pantas menjadi ‘peluru’ untuk mereka.
“Barangan keperluan asas itu dah tak selamat digunakan, jadi lebih baik dilupuskan daripada diagihkan kepada penduduk.
“Kalau diagihkan, nanti jadi cerita lain pula… memang PAS tiada modal nak cari salah kerajaan Pahang, jadi benda ini pun boleh mereka ‘tunggang’ asalkan popular,” katanya.
Razak turut mengingatkan bahawa semua barangan dapur itu diusahakan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.
Katanya, ia tidak membabitkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat atau Kerajaan Pahang.
Tegasnya, Ismail sudah berusaha memberikan sumbangan kepada penduduk di kawasan berkenaan, berbanding pemimpin PAS yang hanya pandai cari salah orang sahaja.
“Pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Ismail ada juga berusaha.. ada inisiatif untuk mencari dana untuk membantu penduduk.
“Pimpinan PAS Pahang pula buat apa? Takkan hanya pandai cari salah orang saja.
“Cubalah buat sesuatu untuk membantu rakyat dan tidak hanya ‘menunggang’ isu untuk kepentingan politik semata,” ujarnya lagi.
Dia turut menasihatkan penduduk agar tidak termakan dengan permainan persepsi dilakukan pembangkang dalam isu yang tular itu.
“Saya fikir rakyat Pahang sudah matang, sudah masak dengan permainan politik PAS di negeri ini.
“Penjelasan sudah diberikan oleh Datuk Seri Ismail dalam hal ini.. sepatutnya kita ambil ia sebagai satu pengajaran kepada semua pihak.
“Saya harap isu ini tidak diperbesarkan oleh pihak yang mempunyai agenda tertentu,” katanya.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam meluangkan masa bertemu dengan barisan pimpinan Pemuda UMNO Bahagian Bentong, semalam.
Dia yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang adalah antara pemimpin yang memulakan perjalanan dalam politik melalui platform Pemuda UMNO.
“Bila bersama Pemuda ni.. semangat naik semacam.
“Saya bersama barisan pimpinan Pemuda UMNO Bahagian Bentong sembang-sembang dan saling bertukar aspirasi dan inspirasi dalam menggerakkan langkah baharu pergerakan Pemuda selepas ini.
“Sambil-sambil lepak ni, saya ceritakan kisah zaman saya dalam Pemuda dulu.
“Macam-macam saya cerita.. saya kongsikan, mudah-mudahan menjadi pembakar semangat mereka,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAUB – MCA dan MIC Pahang menolak keras dakwaan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail seorang samseng sebagaimana yang ditularkan dalam media sosial Baharu-baharu ini.
Setiausaha MCA Datuk Chong Sin Woon berkata, Wan Rosdy melaksanakan tanggungjawabnya selaku pemimpin Kerajaan negeri membanteras pencerobohan tanah termasuk di Cameron Highland.
Beliau berkata, ketegasan Wan Rosdy walaupun tidak populis tetapi memberi kebaikan kepada lebih banyak khalayak berbanding seorang dua orang yang berkepentingan pribadi.
“Dia kena ambil proses seperti itu lah sebab kita tengok sebelum ni banyak kawasan setinggan dia kena bersihkan ,kawasan penjaja haram mana mana sebelom ni menggunakan tanah haram dia kena mengambil tindakan ..untuk jangka masa panjang .
Rekod Wan Rosdy memimpin Negeri Pahang sangat cemerlang dan terbukti dengan peningkatan hasil negeri dan rakyat semua golongan mendapat pelbagai bantuan.
Melabelkan Wan Rosdy sebagai samseng adalah meleset dan berniat buruk untuk menjejaskan reputasi dan integrity beliau sebagai pemimpin negeri dan nasional,` katanya kepada media hari ini.
Sebelum itu Sin Woon menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2024 anjuran MCA Pahang yang dihadiri Wan Rosdy dan Presiden MCA Datuk Seri Dr.Wee Ka Siong di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Raub hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi MIC Pahang Datuk K.Tamilselvan berkata, tohmahan bEkas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat ( PKR) G.Gobalakrisnan terhadap Wan Rosdy tersasar dari fakta sebenar.
“ Jadi mb pahang ni memang dia buat sebaik baik nya untuk kaum india iaitu orang susah dan apa apa orang kurang upaya dia akan tolong dan tanah pun telah mb telah memberi ramai untuk india di seluruh pahang .
Menurutnya, sejarah kelam politik G.Gobalakrisnan pun yang keluar MIC kemudian masuk PKR dan kembali ke pangkuan MIC yang akhirnya dipecat MIC.
K.Tamilselvan turut membidas kenyataan bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu yang melabelkan Menteri Besar samseng sedangkan ketegasan itu memberi banyak kebaikan kepada rakyat negeri ini.
Beliau yang juga Ketua Bahagian MIC Daerah Raub berikrar Masyarakat India akan terus memberi sokongan terhadap kepimpinan Wan Rosdy menerajui negeri terus maju dan gemilang.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ahli Parlimen Raub jangan lebih sudu dari kuah– UMNO Raub
RAUB: Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dibidas kerana bersikap lebih sudu dari kuah ekoran gesaannya agar Ketua Pemuda UMNO membuat permohonan maaf terhadap Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Gesaan itu susulan isu cadangan Kor Ming yang mahu mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Ketua Penerangan Umno Bahagian Raub, Datuk Abdullah Abu Bakar menegaskan, ahli Parlimen Raub itu harus berhati-hati memberi komen terhadap UMNO termasuk kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin.
Menurutnya, Chow Yu Hui cuba menjadi jaguh menahan lukah di pergentingan dengan memainkan sentimen itu dengan harapan lebih populis di kalangan Masyarakat Cina.
Teguran beliau di media terhadap Ketua Pemuda UMNO sangat tidak wajar dan seolah-olah seperti berada di luar Kerajaan Perpaduan, katanya kepada SAHIH hari ini.
“ Lebih elok beri tumpukan kepada pembangunan dalam Parlimen Raub berkaitan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum termasuk kaum Melayu, India dan Orang Asli.
Tambah beliau, gesaan Chow Yu Hui supaya Majlis Tertinggi UMNO bertindak terhadap Akmal Saleh satu cubaan untuk mencampuri urusan UMNO.
Tegas Abdullah, sikap beliau yang sering tidak sehaluan dengan suara UMNO akan menyebabkan keretakan yang akan membawa perpecahan dalam kerajaan hari ini.
Abdullah yang juga Presiden Alumni Majlis Belia Felda Malaysia ( AMBFM) menyokong Muhammad Akmal yang tidak melayan gesaan Chow Yu Hui agar membuat permohonan maaf terhadap Nga Kor Ming.
Beliau memuji Ketua Pemuda UMNO itu yang tegas untuk mempertahankan tiga perkara sensitive khususnya yang berkaitan aspek agama Islam, bangsa Melayu/Bumiputera dan institusi diraja ( 3R).-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!