Semangat seorang veteran dari Umno Bahagian Jerantut sanggup berpeluh demi agama,bangsa dan negara.
Razak Daud sanggup berpeluh demi kestabilan politik negara di usia senja
Demi kestabilan politik membawa kepada kesejahteraan negara dan rakyat selesa.
UMNO dan Barisan Nasional telah membuktikan kestabilan dan kesejahteraan negara dalam tempoh 60 tahun sebelum diambil alih oleh parti pemerintahan yang bertahan 22 bulan.
Kemudian pentadbiran kerajaan ‘campuran’ di bawah kepimpinan ‘orang UMNO’, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Demi bangsa, Razak Daud (62) masih ‘kuat’ untuk turut turun padang bersama berkempen di Parlimen Segamat (P140) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Buluh Kasap dan Jementah.
Beliau bersama bertugas di sana dengan Jawatan Kuasa UMNO Bahagian Jerantut .-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penyokong dan pengundi Johor yakin BN akan memenangi PRN
Foto atas : Datuk Seri Najib turut turun berkempen di PRN Johor.
Sokong kepada Barisan Nasional (BN) sangat mengalakan dalam kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Johor yang bakal turun untuk memangkah pada 12 Mac ini.
Salah seorang yang Ahli jawatankuasa UMNO Jerantut yang berada di sana, Razak Daud berkata, pemerhatiannya mendapati sokongan padu diberi oleh penyokong dan pengundi di sana terhadap BN.
“Kita mengharapkan kemenangan besar kepada BN Johor untuk membentuk kerajaan yang stabil bagi mentadbir negeri Johor dan pada 12 Mac ini akan menjadi kenyataan.
“Oleh itu, rakyat Johor perlu mengambil peluang yang terhidang ini untuk mengembalikan UMNO/BN untuk membentuk sebuah kerajaan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan, Pilihanraya Umum Dewan Negeri Johor tidak akan ditunda, walaupun terdapat peningkatan kes harian Covid-19.
Satu-satunya kaedah yang dapat menunda daripada PRU Dewan Negeri itu dijalankan adalah menerusi pengisytiharan darurat.
Menurutnya, PRU Dewan Negeri Johor perlu dijalankan selepas pembubaran dewan negeri dan pengumuman tarikh penamaan calon, mengundi awal dan hari mengundi oleh Suruhanjaya Pilihanraya, SPR.
Beliau sekali lagi memberi jaminan, tidak akan ada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP di seluruh negara seperti sebelum ini dan hanya PKPD bersasar sahaja di lokaliti berlaku peningkatan kes.
Datuk Seri Ismail mengulas gesaan Majlis Presiden Pakatan Harapan mengenai penundaan PRU Dewan Negeri Johor disebabkan pertambahan kes Covid-19 ketika ini.
Beliau ditemui dalam satu majlis bersama Jentera Barisan Nasional Parlimen Ledang di Tangkak, Johor.
Majlis turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohamad.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui kerajaan Pusat akan tumbang jika mana-mana parti politik dalam gabungan tersebut menarik sokongan mereka terhadap kerajaan sedia ada.
Beliau bagaimanapun berkata, apa yang lebih penting pada masa ini adalah kestabilan politik dan ekonomi dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan negara dalam berhadapan pelbagai cabaran semasa.
“Kita tunggu apa yang sebenarnya, memang betul kalau mereka (Perikatan Nasional) menarik sokongan, kerajaan akan tumbang, itu faktanya secara jelas.
“Sesiapa tarik sokongan akan tumbang tak kira siapa, kalau Gabungan Parti Sarawak (GPS) tarik atau dalam kalangan UMNO sendiri, kerana kerajaan memiliki kelebihan empat kerusi, lebih lima enam kerusi tarik sokongan, kerajaan akan tumbang tak kira siapa,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Wang Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Monsun Timur Laut 2021/2022 Daerah Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.
Semalam, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan menyatakan Pas dan Bersatu menegaskan sokongan kedua-dua parti itu terhadap kerajaan adalah bersyarat.
Presiden Bersatu itu berkata, sokongan mereka ketika ini perlu dihormati dan dirunding berlandaskan nilai integriti, anti rasuah serta berkebajikan.
Kedua-dua parti itu menegaskan pendirian mereka ekoran rasa kurang senang terhadap tindakan UMNO membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi membuka jalan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri menjelaskan beliau percaya, kestabilan politik di peringkat nasional menjadi keutamaan semua pihak.
“Banyak perkara kita sedang rancang untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Saya percaya kalau timbul perkara-perkara seperti ini, politik kita kembali bergolak, ekonomi merudum, terjejas akibat tindakan ini,” tambahnya.
Sementara itu, beliau percaya kemungkinan perbincangan akan dilakukan melibatkan antara parti-parti terlibat.
“Tetapi perkara ini masih terlalu awal dan yang paling penting keselamatan, kesejahteraan, keharmonian rakyat perlu diberikan keutamaan,” jelasnya.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Kesemua 14 cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang, bersama sayap Armada, sayap Srikandi dan bersekutunya, akan dihantar membantu Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) Johor untuk memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan.
Menurut Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, semua jentera Bersatu Pahang telah bersedia dan hanya menunggu arahan dari Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk turun ke kawasan-kawasan tumpuan.
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah
Tambah Saifuddin sebaik sahaja menerima arahan MPT, Badan Pimpinan Bersatu Pahang akan mengadakan bermesyuarat khas mengatur gerak kerja di Johor kerana PRN Johor kali ini adalah dianggap luar biasa penting
“Kali ini kita menganggap pilihan raya Johor adalah pilihan raya yang luar biasa pentingnya kerana pengerusi Bersatu negeri Johor ialah Presiden parti , yakni Tan Sri Muhyiddin jadi kita mesti menunjukkan prestasi yang baik mempertahankan kerusi kerusi yang sedia dan.
“Ditambah lagi semasa mesyuarat kami bertekad untuk meningkatkan prestasi Johor mesti lebih baik daripada prestasi di Melaka,” katanya.
Saifuddin berkata demikian selepas melakukan lawatan tahun baru Cina di pusat penjagaan Orang-orang Tua di Bangunan Persatuan Tionghua di Jalan Bukit Ubi Kuantan pada semalam.
Semalam Pengerusi Pakatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memaklumkan gabungan itu akan memuktamadkan agihan kerusi bagi menghadapi PRN Johor bersama Pas dan Gerakan dalam masa seminggu lagi.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PH mahu kerjasama dengan semua pembangkang hadapi PRN Johor
PH memutuskan bahawa semua parti pembangkang, termasuk Pejuang, Warisan dan Muda, perlu bekerjasama bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Johor (PRN) yang bakal diadakan.
Perkara itu dimaklumkan pengerusinya Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Majlis Presiden PH yang berlangsung kira-kira dua jam di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
“Ada beberapa persetujuan awal. Kita akan membuka ruang untuk semua kekuatan pembangkang dan masyarakat sivil (untuk) memastikan ada perubahan.
“Kalau ada sedikit retak (di kalangan pembangkang), tidak akan membantu. Jadi kita ada satu suara, satu tindakan dan satu strategi untuk memastikan kerajaan Umno BN dikalahkan bermula di Johor,” katanya.
“Semua pembangkang, maknanya Pejuang, Warisan, Muda, masyarakat sivil dan parti-parti lain. Strategi kita mesti merangkul semua pembangkang,” katanya lagi ketika diminta mengulas lanjut berkenaan perkara itu.
Susulan itu, katanya, PH Johor akan memulakan rundingan bagi pembahagian kerusi, termasuk kerusi yang sebelum ini ditandingi Bersatu ketika masih bersama gabungan itu.
Sumber – Malaysiakini
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Khairuddin gugur jawatan AJK Pas tiada kaitan dengan Muafakat Nasional
Foto atas: Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika melakukan lawatan kerja Projek Wakaf Air di Felda Sungai Retang, hari ini.
JERANTUT – Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali yang digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas, kurang dua bulan selepas dilantik memegang jawatan itu tidak membawa sebarang kesan dalaman parti tersebut.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Khairuddin bukan calon yang menang dalam Pemilihan Pas dan hanya dicalonkan untuk mengisi kekosongan jawatankuasa yang dilantik.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
“Tiada membawa sebarang kesan kerana penyokong parti di peringkat akar umbi perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
“Dalam mesyuarat kedua yang dipengerusikan oleh presiden parti, namanya (Khairuddin) digugurkan dan digantikan nama lain yang dipersetujui bersama jawatankuasa.
“Oleh itu tiada isu besar yang berbangkit yang boleh menyebabkan perpecahan dalaman parti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media dalam lawatan kerja Projek Wakaf Air di Felda Sungai Retang, hari ini.
Katanya, pengguguran bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu diputuskan pada mesyuarat PAS yang diadakan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
“Walaupun Dr.Khairuddin mempunyai prestasi yang baik ketika menjawat jawatan menteri tetapi disiplin tetap menjadi keutamaan dalam parti.
“Pengguguran mana-mana tokoh parti dan pemimpin adalah perkara biasa dalam PAS berdasarkan pelbagai faktor,” katanya.
Beliau mengakui pengguguran Dr.Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mempunyai alasan tertentu setelah mengambil kira pandangan jawatankuasa disiplin.
PAS sangat tegas dalam pematuhan disiplin di mana siapa yang tidak ikut disiplin boleh ditukarkan jawatan dan bertugas di tempat lain, digantung keahlian serta boleh dipecat.
“Namun, Dr. Khairuddin akan diberi tugas lain dalam parti khususnya dalam portfolio ekonomi sesuai dengan kepakarannya dalam bidang itu.
“Selain itu, pengguguran Khairuddin tidak langsung kaitan dengan Muafakat Nasional ( MN) yang dipengerusikannya bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung Umno 2021 pada 13 hingga 15 Januari tahun depan ditangguhkan, disebabkan bencana banjir yang berlaku di negara ini.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perkara itu dipersetujui Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, Jawatankuasa Pengurusan Umno serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi.
Beliau berkata Perhimpunan Agung Umno 2021 itu akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
“Umno bersama berdukacita terhadap rakyat yang terkesan kerana bencana banjir dan berharap jentera Umno dan Barisan Nasional serta kerajaan pusat dan negeri terus membantu mereka,” katanya dalam kenyataan di laman twitternya.
Beliau berkata terdapat Bahagian seperti Kota Raja dan Klang di Selangor, masih tidak mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian kerana dilanda musibah banjir.
Menurutnya Perhimpunan Agung Umno kebiasaannya melibatkan hampir 6,000 pemimpin akar umbi Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri daripada 191 Umno Bahagian dan ribuan lagi pemerhati dari seluruh negara.
SUMBER : Bernama
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ahli UMNO jangan ambil mudah, detik hitam 22 bulan sudah termaktub
LIPIS – Ahli UMNO diingatkan senario politik hari ini sudah jauh berbeza jika dibandingkan dengan politik era terdahulu kerana landskap politik negara masa ini sudah berubah dengan faktor rakyat semakin matang dan bijak serta boleh menilai dan menimbang sesuatu isu itu.
Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, UMNO tidak lagi boleh dilihat sebagai sebuah parti eksklusif dan parti itu seharusnya bergerak seiring mengikut arus politik semasa.
Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Katanya, UMNO pernah melalui 64 tahun zaman kegemilangan, bermulanya dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi Datuk Seri Najib Abd Razak, tetapi, langit tidak selalu cerah dan jangan disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
“Kita pernah melalui detik hitam selama 22 bulan kita jatuh, tragedi kekalahan PRU-14 cukup memberi kesan kepada kita semua, hampir 6 bulan saya termenung tanpa arah tuju, duduk di pejabat tanpa seorang pun datang.
“Parti keramat ini dikejutkan dengan tragedi yang amat dasyat, kekalahan yang amat teruk cukup memberi kesan yang sangat mendalam kepada kita semua,” katanya di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis, hari ini.
Rahman berkata, berkat kesabaran, kesetiaan, muafakat dan keikhlasan dalam perjuangan tiada siapa menyangka takdir Allah menentukan bahawa UMNO dapat kembali memegang tampok pemerintahan negara.
“Sejak UMNO berada semula di dalam kerajaan, hampir puluhan juta limpahan pembangunan telah disalurkan ke Parlimen Lipis, antara yang boleh disebutkan ialah Pembinaan Loji Air Mela bernilai puluhan juta, Projek Bekalan Air Luar Bandar Chegar Perah yang bernilai RM20 juta.
“Ini tidak termasuk peruntukan untuk pendidikan dan keusahawanan dan bantuan persediaan kemasukan (Bantuan 10 Bakti Desa) yang bernilai RM1,000 setiap seorang,” katanya.
Katanya, Kementerian Komunikasi MultiMedia Malaysia (KKMM), telah mengumumkan pembinaan Menara Telekomunikasi yang berharga RM75 juta serta membina selain merancang membina Bandar Pertahanan dan membina sebuah Kompleks Rakan Muda yang bernilai RM10 juta.
“Selaku Ketua Bahagian, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penaziran di setiap cawangan baru-baru ini yang membuktikan kita sentiasa cakna dan tidak mudak berada di zon selesa.
“Kemenangan di Melaka membuktikan bahawa rakyat sudah mula menyambut baik Barisan Nasional, kemenangan tersebut sebagai pengukur penerimaan rakyat dan perlu berusaha lebih kuat menghadapi PRU akan datang.
“Dengan itu kita perlu menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri sehingga selesai penggal atau sehingga PRU-15, malahan bersetuju jika dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri selepas itu nanti,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA – Bubar parlimen ketika ini bagi membolehkan Pilihanraya Umum (PRU) Ke-15 diadakan bukanlah masa yang sesuai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya, semua pihak perlu memberi masa kepada beliau melaksanakan amanah digalas sebagai perdana menteri meneraju kerajaan memulihkan ekonomi dan masalah kesihatan rakyat.
Ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Bera, Pahang, beliau berkata, jika P-R-U dilaksanakan segera juga dianggap sebagai menafikan hak pengundi muda berusia 18 tahun untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Namun katanya, paling utama Umno perlu kembali ke matlamat perjuangan asal itu menyatukan bangsa dan bukan bersengketa sesama sendiri.
Tegas ya, kita tak boleh menafikan kerana besar atau kecilnya memang ada sedikit pegeseran ..Kita belum memerintah kita mula nak bergesil sesama sendiri ..Kita belum memerintah kalau kita dah pun menang lain cerita sikit ..Ini kita dalam zon kekalahan kita sudah lupa bahawa pepecahan boleh membawa keruntuhan kepada kita.
DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB / PERDANA MENTERI
Katanya, kejayaan UMNO DAN B-N menang Pilihanraya Negeri Melaka bulan lalu bukan ukuran penerimaan rakyat kepada parti itu.
Sebaliknya UMNO dan B-N hanya meraih peningkatan undi popular kurang satu peratus selain peratusan keluar mengundi rendah. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!