Calon DUN Pulau Tawar santuni pengundi






Peneroka Felda yakin BN terajui negara
Foto atas : Tan Sri Rozali Ismail di Majlis Ramah Mesra bersama Peneroka Felda Jengka 12, semalam.
JERANTUT – Presiden Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) Tan Sri Rozali Ismail mengingatkan peneroka Felda khususnya generasi kedua dan ketiga meletakkan keyakinan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negara.
Katanya, pentadbiran kerajaan 22 bulan, banyak menghimpit kehidupan peneroka yang telah termakan janji yang tidak ditunaikan antaranya seperti harga minyak turun dan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Banyak kawasan Felda saya kunjungi di seluruh negara, saya yakin berdasarkan sambutan yang hebat terhadap calon BN/Umno semakin meningkat malah majoriti warga Felda telah buat “u Turn” menyokong BN.
“Kehadiran saya turun padang di rancangan Felda seluruh negara jelas mendapati trend sokongan terhadap calon BN di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN) meningkat hasil kempen berfakta tanpa janji dan harapan menggunung,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Ramah Mesra bersama Peneroka Felda Jengka 12, semalam.
Katanya, kira-kira hampir 135,000 ahli berdaftar di 317 tanah rancangan Felda dari sebelas wilayah mahukan menyokong BN yang didokongi UMNO dan mampu menang dengan menyapu bersih kesemua 54 kerusi majoriti peneroka dalam Pilihan Raya Umum ke-15 ( PRU-15) Sabtu ini.
“Sasaran kita supaya BN mendapat jumlah kerusi yang selesa dan dapat membentuk kerajaan sendiri tanpa gabungan dengan parti lain dan memudahkan semua agenda pembangunan yang dirangka untuk membela masyarakat Felda di seluruh negara.
“ Sekali lagi, GWGF mengambil ketetapan tegas dan jelas menyokong BN dalam PRU15 setelah mengambil kira rekod buruk kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan ( PH) yang banyak menyusahkan rakyat dan masyarakat peneroka Felda,” katanya.-SAHIH.
Pastikan BN/ Umno teraju negara demi kemakmuran dan kesejahteraan
JERANTUT – Veteran Umno Jerantut tidak berganjak untuk menyokong Calon Barisan Nasional (BN) di ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, Damak dan Tahan termasuk Parlimen Jerantut.
Salah seorang veteran Umno, Norzari Yahya berkata, berkat kekuatan Umno dan BN selama memerintah sebelum ini, telah menunjukkan satu perkembangan pentadbiran yang kukuh dan tersusun.

“Kestabilan politik tanah air yang ditunjangi Umno memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan halatuju negara dan meletakkan negara di landasan yang betul.
“Perjalanan itu terencat ketika berlaku PRU pada tahun 2018 dan hikmah itu menunjukkan pentadbiran BN/Umno yang terbaik,” katanya.
Beliau berkata semasa Majlis ‘Hi-Tea’ bersama Veteran Umno di Pulau Tawar yang turut dihadiri Calon DUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah.
Katanya, sebagai pemilih yang bijak jangan tolak calon BN/Umno di PRU ke-15 ini demi kemakmuran dan kesejahteraan negara dan rakyat.-SAHIH.
Datuk Nazri cakna rakyat
Foto atas : Datuk Nazri (kanan sekali) di majlis ramah mesra di Jengka 12, semalam.
JERANTUT – Calon DUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah melawat kerja-kerja Pembinaan Rumah Rakyat Pahang (RRP) kepada Keluarga mangsa rumah terbakar di Felda Jengka 9, semalam.

Pengerusi Sosial Felda Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, keprihatinan penyandang DUN Pulau tawar memang ditagih oleh penduduk di kawasan ini.
“Beliau kerap mengunjungi penduduk dalam kawasan DUN sekiranya dimaklumkan berkaitan kejadian rumah terbakar, banjir malah berlaku kematian.
“Tokoh sebegini wajar dipilih demi kesejahteraan dan kebajikan penduduk dan pengundi di sini,” katanya.
Katanya, sejak beliau (Nazri) menyandang Dun Pulau tawar pada 2018, beliau tidak pernah alfa dengan tanggunjawabnya terhadap rakyat dan kepercayaan turut diberi oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dengan melantiknya sebagai Exco.-SAHIH.
PRU15: 56 pelombong emas berlesen di Lipis, pendapatan cecah RM10,000
LIPIS – Sebanyak 56 lesen diluluskan oleh Kerajaan Pahang bagi pengusaha lombong emas di bawah Skim Pelombong Kecil (SPK) di tiga buah kampung di kawasan Padang Tengku, Lipis tahun ini.
Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Barisan Nasional (BN) Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sebanyak 68 permohonan lesen sedang menunggu kelulusan, membabitkan Kampung Petola, Kampung Dada Kering dan Kampung Pagar Sasak di Padang Tengku.
“Diharapkan pemohon lesen di tapak berkeluasan di bawah 4.05 hektar bersabar kerana dalam tempoh ini kerajaan negeri dan Pahang Mining Corporation (PMC) masih tidak mengadakan mesyuarat kerana berdepan PRU15.
“Namun, perkara ini sudah ada dalam pengetahuan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kerana calon BN DUN Padang Tengku, Datuk Mustapa Long sendiri menghantar permohonan berkenaan.
“Menteri Besar juga maklumkan lesen melombong akan diluluskan dalam masa terdekat,” katanya selepas program Sehari Bersama Pekebun Kecil Makmur dan penduduk Asli majlis di Kampung Dada Kering dekat sini hari ini.
Beliau yang juga penyandang kerusi Lipis, berkata SPK ditawarkan kepada 56 pengusaha di tiga buah kampung tersebut pada Jun lalu.
Katanya, SPK diwujudkan kerana kerajaan menyedari terdapat pelbagai kekangan seperti keperluan permohonan melombong yang ketat, tempoh proses yang lama, kos pengendalian yang tinggi dan kesan ke atas alam sekitar.
“Melalui pelaksanaan SPK kelak, aktiviti perlombongam boleh dilaksanakan secara berkelompok termasuk menggabungkan atau perkongsian antara pengusaha dengan tanah pemilik bersebelahan untuk menjimatkan kos pengendalian.
“Kerajaan negeri dan PMC sentiasa memantau pengoperasian lombong menjadi lebih teratur menerusi pengeluaran Sijil Pelesenan Melombong (SPL) yang mengutamakan aktiviti perlombongan mesra alam untuk memberikan kesan yang minimum kepada alam sekitar,” katanya.
Katanya, kerajaan negeri turut menerima permohonan daripada pengusaha lombong tersebut untuk mendapatkan peralatan tambahan seperti jengkaut dan pam air bagi kerja melombong menerusi Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung tersebut.
“Permohonan juga daripada pengusaha berkenaan bagi kebenaran mendalamkan operasi cari gali kepada kedalaman enam meter berbanding tiga meter sebelum ini juga telah diterima dan kerajaan negeri dan PMC dalam pertimbangan kelulusan selepas PRU15 ini,” katanya.
Beliau berkata, usaha meluluskan lesen melombong di bawah SPK kerana kerajaan negeri amat prihatin untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar, malah menyedari kampung tersebut berpotensi sebagai kawasan pengeluaran emas secara komersial.
“Buat permulaan sejak memperoleh lesen, ada kalangan pengusaha di sini memperoleh pendapatan bulanan kira-kira RM10,000 dan dijangka meningkat sekiranya usaha cari gali diperdalamkan dan perluasan kawasan operasi,” katanya.
Sumber : Astro Awani
Calon Pulau Tawar, Nazri Ngah berjaya membawa RM636 juta demi kesejahteraan rakyat
Penyandang dan calon Dewan Undangan Negeri (N11) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah telah berjaya membawa peruntukan sebanyak RM 636 juta bagi pembangunan di daerah Jerantut.

Beliau sebagai seorang exco kerajaan negeri sebelum ini tidak mengabaikan kebajikan dan kesejahteraan penduduk kawasan DUN Pulau Tawar dan Parlimen Jerantut.
Satu peruntukan dianggap projek mega ialah pembinaan menyambungkan jalan dari Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling ke Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu, dalam projek Fasa 3B melibatkan RM 402 juta.
Siapnya jalan tersebut, penduduk di kawasan Jerantut dan berdekatan mempunyai jalan alternatif ke Terengganu dalam masa yang singkat.
Selain merapatkan tali persaudaraan antara penduduk Kampung Gusai dan Mat Daling dengan penduduk kampung Raja, Dungun, jalan perhubungan itu dijangka meningkatkan ekonomi penduduk setempat untuk memasarkan hasil pertanian masing-masing.
Beliau turut berjaya memperolehi peruntukan projek penggantian paip dari Bukit Rang ke Bukit Nikmat sepanjang kira-kira 15 km dalam kawasan DUN Pulau Tawar sebanyak RM 15 juta bagi kesejahteraan penduduk di kawasan itu yang kerap terputus bekalan air kerana saluran paip lama sering bocor.
Projek naiktaraf Loji rawatan Air (LRA) Damak dalam kawasan DUN Damak sebanyak RM60 juta turut diperolehi dan memberi manfaat kepada penduduk kawasan Damak, Ulu Cheka dan sekitarnya.
Penduduk di kawasan DUN Tahan, khususnya pengguna laluan jalan ke Kampung Bantal Seberang ke kampung Gusai tidak terkecuali menerima limpahan sebanyak RM159 juta, pembinaan laluan itu akan merapatkan masyarakat setempat yang terpisah dengan sungai.-SAHIH.
Calon kitar semula dan ‘test-market’ perlu ditolak pengundi Parlimen Lipis
LIPIS – Calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding bagi kerusi Parlimen Lipis dianggap sebagai calon kitar semula serta turut membawa isu lama yang dikitar semula.
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, calon PN itu, Dr. Shahrum sebelum menyertai PN adalah ahli UMNO dan pernah memenangi kerusi Parlimen Lipis dua penggal, iaitu pada 2004 (PRU11) dan 2008 (PRU12).

“Calon kitar semula yang diguna oleh PN wajar ditolak oleh pengundi di parlimen Lipis pada 19 November ini kerana membawa isu basi yang dikitar semula.
“Hairan juga PN sudah ketandusan calon yang lebih berwibawa dan pengundi di Lipis sudah tahu dan boleh menilai semasa Dr Shahrum berkhidmat sebagai Ahli parlimen dua penggal lalu,” katanya katanya kepada media selepas Program Sehari Bersama Penduduk Orang Asli di Kampung Dada Kering dekat sini hari ini.
Katanya, begitu juga Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, calon PN yang bertanding DUN Cheka wajar ditolak oleh pengundi kerana beliau cuma mencuba nasib atau ‘test market’ untuk berada di kawasan itu sebaliknya menggunakan situasi populis ketokohannya selama ini dengan mewakili parti Pas.
“Pengundi perlu menolak Tuan Ibrahim kerana tokoh Pas itu dipercayai tidak mampu untuk mentadbir dua kawasan, iaitu di Dun Cheka (Lipis) dan Parlimen Kubang Kerian (Kelantan) dalam jarak yang jauh dan mengambil masa untuk sampai kedua tempat ini.
“Diharapkan pengundi di Lipis tolak kedua calon PN ini dan pilihlah calon BN yang ada di depan mata dan setiap hari berjumpa ketika susah dan senang.
“Kedua calon tersebut tidak ada tempat di hati pengundi dan yakin BN akan sapu bersih di Parlimen Lipis, DUN Cheka, DUN Padang Tengku dan DUN Benta pada PRU15.
Katanya, sudah banyak pembangunan melibatkan sektor ekonomi dan sosial termasuk kemudahan asas sudah dan akan akan diteruskan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memenuhi kebajikan rakyat.
“Kerajaan BN Pahang tidak boleh berjanji seperti mana yang dimomokkan oleh calon pembangkang, tetapi (BN Pahang) akan memperlihatkan bukti selepas memenangi PRU15 ini,”katanya.-SAHIH.
Serik kerajaan 22 bulan, GWGF yakin menang 50 kerusi Parlimen dalam kawasan Felda
JERANTUT – Serik dengan keadaan pentadbiran kerajaan 22 bulan, Gabungan Wawasan Generasi Felda ( GWGF) berikrar menyokong Barisan Nasional ( BN) yang didokongi UMNO dan mampu menang di 50 kerusi daripada 54 kerusi seluruh negara yang majoriti peneroka dalam Pilihan Raya Umum ke-15 ( PRU-15) Sabtu ini.

Presiden GWGF Tan Sri Rozali Ismail berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan terhadap calon semakin meningkat malah majoriti warga Felda telah buat “u Turn” menyokong BN setelah menolaknya pada PRU14.
Menurutnya, satu ketika dulu menjadi ` deposit tetap` UMNO/BN hanya menang 27 kerusi Parlimen berbanding 48 kerusi pada PRU13, manakala pada PRU15 sokongan padu berptah balik berpihak kepada BN.
“ Kehadiran saya turun padang di rancangan Felda seluruh negara jelas mendapati trend sokongan terhadap calon BN di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN) meningkat hasil kempen berfakta tanpa janji dan harapan menggunung.
“ Justeru itu warga Felda yang terdiri generasi pertama, kedua dan ketiga Felda termasuk pengundi baru perlu memberi undi solid kepada calon BN yang menjadi harapan kita orang Felda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kelab Permotoran Strorm Rider Junior Peringkat Negeri Pahang di Felda Jengka 12 hari ini .
Turut hadir, Calon BN Parlimen Jerantut Datuk Zukarmi Abu Bakar dan Calon BN Dewan Undangan Neferi Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah.
Rozali berkata, sasaran kita supaya BN mendapat jumlah kerusi yang selesa dan dapat membentuk kerajaan sendiri tanpa gabungan dengan parti lain dan memudahkan semua agenda pembangunan yang dirangka untuk membela masyarakat Felda di seluruh negara.
Katanya, GWGF mengambil ketetapan tegas dan jelas menyokong BN dalam PRU15 setelah mengambil kira rekod buruk kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan ( PH) yang banyak menyusahkan rakyat dan masyarakat peneroka Felda.
“ Warga Felda jangan mudah melupakan BN yang banyak berjasa kepada warga Felda dari dulu dan kini hanya kerana satu dua isu yang dibangkit individu yang memfitnah,” katanya.
Presiden GWGF itu merayu lebih 135,000 ahli berdaftar dari 317 rancangan dengan sebelas Wilayah terus mengundi calon BN sekali gus menyumbang pembentukan kerajaan yang kukuh dan kuat.
Tegasnya, sokongan tidak berbelah bahagi terhadap BN dan UMNO juga mengambil kira faktor dan rekod parti disamping pencapaian yang telah dilaksanakan dari dulu pasca merdeka hingga kini.
Beliau berkata, parti UMNO dan BN terus menerus menjaga kepentingan peneroka dan generasi baharu semasa menjadi kerajaan..
” Janganlah lupa jasa dan pengorbanan pemimpin UMNO dan BN dalam kerajaan yang telah mewujudkan Felda dan mengangkat martabat warganya setanding dengan masyarakat moden negara ini, ” kataanya.-SAHIH.
Projek cili bara inisiatif bantu ekonomi Orang Asli
Projek penanaman cili bara diusahakan di Kampung Bangas dekat Maran adalah antara usaha calon Barisan Nasional (BN) Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.
Beliau berkata, projek itu adalah hasil kerjasama rapat kerajaan Pahang melalui Yayasan Pahang dan pejabat EXCO kerajaan negeri.
“Prinsip dan cara saya bekerja adalah mudah, apa saja untuk kebaikan umum pasti saya buat sampai jadi.
“Itulah prinsip yang saya pegang sejak dipilih sebagai ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kuala Sentul dan dilantik sebagai EXCO Pahang,” katanya.
Shahaniza berkata, untuk projek penanaman cili bara itu dibantu bukan saja dari aspek latihan, tapi benih dan baja juga disediakan.
Katanya, sumbangan itu adalah bagi meningkatkan pendapatan penduduk kampung berkenaan dan mengurangkan kos untuk memulakan tanaman.
“Kita juga sedang berusaha menyediakan dewan dan surau untuk lebih banyak lagi kawasan di Maran.
“Jika saya diberi mandat mewakili Maran, ini adalah antara impian saya, membawa lebih banyak pembangunan kepada daerah Maran supaya dapat meningkat taraf sosio ekonomi penduduk di sini,” katanya.-SAHIH
Abdul Rahman mahu Lipis terus maju

LIPIS – Penyandang dan calon Parlimen Lipis (P079), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berikrar untuk meneruskan khidmatnya untuk membawa lebih banyak pembangunan, perkhidmatan serta kemudahan sosial seterusnya mewakili rakyat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.
Katanya, sejak berada di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), beliau telah membawa peruntukan berjumlah RM15.5 juta untuk dimanfaatkan 15 buah kampung di Pahang.
“Dana ini bagi membolehkan projek daripada enam sektor ekonomi utama iaitu perkhidmatan, pelancongan, pertanian, penternakan, pembuatan dan peruncitan dapat dilaksanakan dengan efisien.

“Peruntukan di bawah Projek Desa Lestari itu sekaligus memberi manfaat kepada seramai 4,500 orang komuniti setempat dalam penyediaan peluang pekerjaan dan seramai 1,180 orang komuniti kampung termasuk Ketua Isi Rumah (KIR) menganggotai koperasi yang mampu memberikan pulangan dalam bentuk dividen kepada ahli-ahlinya,” katanya.
Tambahnya, Pahang adalah negeri kedua tertinggi menerima peruntukan di bawah Program Desa Lestari dalam usaha kerajaan merapatkan juang sosio ekonomi antara bandar dan luar bandar.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sehari Bersama Pekebun Kecil Makmur dan bersama Masyarakat Orang Asli di Sungai Maran, Lipis, hari ini.
Katanya, selain itu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus menjadi agensi kerajaan yang memfokuskan pembangunan sosio-ekonomi luar bandar menerusi kemudahan yang disediakan di bawah agensi tersebut.
“Menerusi inisiatif di bawah agensi ini, banyak program ke arah meningkatkan sistem penyampaian kepada usahawan dan masyarakat luar bandar terus dilaksanakan bagi memastikan manfaat yang disediakan oleh kerajaan terus dinikmati.
“MARA menawarkan bantuan geran sebanyak RM 97,500 bagi Program Pembangunan Usahawan dan Pendidikan bagi daerah Lipis dari tahun 2020 sehingga 2022, seramai 116 usahawan daerah ini telah menerima bantuan Pembiayaan Perniagaan MARA berjumlah RM 13.6 juta,” katanya.
Abdul Rahman menambah, keperluan itu bagi meningkatan perniagaan, digitalisasi, standardlization & pensijilan agar usahawan di daerah Lipis menjadi lebih kompetitif dalam hadapi cabaran perniagaan masa kini.
“Di bidang pendidikan, MARA turut memfokuskan kepada pendidikan masyarakat luar bandar dengan sumbangan kepada pelajar di daerah Lipis sebanyak RM 395,130 bagi membantu anak-anak Bumiputera.
“Sehingga kini, seramai 1.35 juta pelajar telah mendapat manfaat tajaan bagi mengikuti pengajian di dalam dan luar negara sekaligus mampu mencapai matlamat meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat Bumiputera,” katanya
Ketua Muno Bahagian Lipis itu menambah, Felcra Berhad akan membina ladang ternakan ayam secara bersistematik dan boleh mengeluarkan 1.8 juta ekor ayam setahun di Sungai Damak, Tanjung Besar, dekat sini.
“Selain membekalkan daging ayam segar, projek yang bakal dibangunkan itu turut memberi peluang pekerjaan dan peningkatan sosio ekonomi setempat.
“Kerjasama dan penglibatan rakyat dalam program serta aktiviti sosio-ekonomi yang dianjurkan oleh Felcra akan membuahkan hasil yang lebih lumayan di masa hadapan demi kelangsungan dan kemajuan negeri ini,” katanya.
Katanya, daerah Lipis akan muncul sebagai sebuah Bandar Pertahanan Lipis dengan pelaburan berjumlah RM 1 Bilion dan bakal menyediakan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk di Lipis dan kawasan sekitar.
“Kerajaan Negeri Pahang menerusi Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah bersetuju untuk pelaksanaan pembangunan Bandar Pertahanan ini menerusi Perjanjian Pajakan Tanah Projek Kilang Peluru antara Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang dan Ketech Asia Sdn Bhd (Fasa 1) di Kechau Tui yang melibatkan keseluruhan kawasan seluas 40.5 hektar.
“Projek mega ini akan memberi manfaat kepada aspek sosial dan ekonomi Parlimen Lipis dan tentunya akan wujudkan peluang pekerjaan yang besar kepada penduduk tempatan selain membangunkan prasarana lain di daerah ini,” tambahnya.
Katanya, oleh itu diharapkan demi kemajuan daerah Lipis, sebuah kerajaan stabil wajar dipertahankan, seterusnya beliau mahu terus berkhidmat untuk rakyat dan membawa banyak pelabur dan meningkatkan peluang pekerjaan di daerah itu.-SAHIH.