KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Mindoro, Filipina, pada jam 2.16 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 40 kilometer (km) barat daya dari Batangas City, Filipina, pada kedalaman 132km.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber: BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KULIM: Seorang suri rumah nekad menunggang motosikal sambil menahan kesakitan akibat kecederaan di muka selepas dibelasah suami, ketika tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, wanita terbabit cedera di mulut dan bengkak di muka akibat ditumbuk suaminya kerana cemburu.
Mangsa berusia 45 tahun terbabit dipukul dengan besi di bahagian belakang oleh suspek berusia 48 tahun itu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, berkata dalam kesakitan akibat serangan itu, mangsa berusaha menunggang motosikal untuk membuat laporan polis.
Beliau berkata, susulan dari laporan itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulim menahan suami mangsa di rumah mereka pada jam 6.40 petang untuk membantu siasatan.
“Siasatan mendapati suspek dipercayai memukul mangsa dengan tangan dan besi di lokasi kejadian.
“Pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan rumah itu menemui satu batang besi plat panjang untuk memukul mangsa dan dirampas untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azhar berkata, berdasarkan siasatan, mangsa mendakwa kejadian dialaminya semalam bukan kali pertama dipukul suami, sebaliknya sudah banyak kali diperlakukan sedemikian kerana cemburu.
Beliau berkata, suspek direman selama empat hari untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan 326A Kanun Keseksaan.
“Mangsa dirawat di Hospital kulim dan menerima enam jahitan di bibir akibat kejadian itu,” katanya.
Sumber: BH Online
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Azzam Sham membawa pulang hadiah RM100,000 bersama trofi setelah dinobatkan sebagai juara BigStage 2020 dengan menewaskan empat peserta lain yang disiarkan secara langsung oleh Astro dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam ini.
Tempat kedua diraih oleh Usop, nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor yang memenangi hadiah bernilai RM 50,000 dan ketiga dimenangi oleh Qody Rany bernilai RM 25,000.
Azzam yang membawa dua buah lagu iaitu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza serta Granede .
Manakala tempat ke-4 pula dimenangi Didie Rashid memenangi RM 10,000 dan tempat kelima diraih oleh Fadh Majid yang menerima hadiah bernilai RM 5,000.
Program realiti musim ketiga itu dikendalikan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad  ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama disiarkan melalui Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Sementara itu, Usop memohon maaf secara terbuka selepas menamatkan nyanyian keduanya dengan gurauan menegur bentuk badan Sherry Al Hadad yang dianggap tidak sepatutnya oleh netizen di pentas akhir itu.
Sumber: ASTRO
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Empat siri pertama wang not menjadi buruan ribuan ahli numismatik atau pengumpul wang lama disebabkan mempunyai nilai tinggi dalam pasaran.
Menurut ahli numimastik yang berpengalaman kira-kira 10 tahun, Muhammad Ibrahim Hassan, harga itu boleh melonjak kepada lima angka bergantung keadaan wang nota itu selain nombor siri yang cantik.
“Paling diburu dan mempunyai nilai ketika ini ialah wang not siri pertama hingga keempat iaitu wang yang ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) kedua, Tun Ismail Mohd Ali dan Gabenor BNM ketiga, Tan Sri Datuk Abdul Aziz Taha.
“Saya pernah menjual wang RM1 nombor siri rendah iaitu 100 ke bawah sebanyak satu set pada harga RM12,000 kira-kira dua tahun lalu dan dijangka boleh naik sekitar RM2,000 lagi jika terjual pada hari ini.
“Namun untuk tentukan terlalu subjektif hanya ahli numismatik atau pemain berpengalaman tahu pasang surut nilai pasaran mengikut permintaan semasa,” katanya.
Menjelaskan antara keempat-empat siri itu, siri pertama dan siri keempat adalah paling sukar dicari dan pengumpul wang lama berlumba-lumba menjadikan ia koleksi mesti dimiliki terutama mempunyai nilai nombor siri terendah.
MUHAMMAD Ibrahim Hassan. FOTO ihsan Muhammad Ibrahim Hassan
Kata Muhammad Ibrahim lagi, selain kriteria itu memberi nilai tinggi apabila dijual kepada ahli numismatik, nilai wang lama boleh berubah berdasarkan beberapa aspek lain antaranya situasi ketika wang itu dikeluarkan selain penilaian berdasarkan gred oleh syarikat tertentu yang memiliki kelayakan seperti PaperMoneyGuaranty (PMG) berpangkalan di luar negara.
“Kebanyakan orang menyangkakan duit lama mempunyai nilai tinggi, tetapi ada ketikanya wang not baru iaitu sekitar 1990-an mempunyai nilai tinggi berbanding wang lama.
“Pengalaman saya seperti menjual wang not RM1 dengan tandatangan Tan Sri Ali Abul Hasan Sulaimani pada keadaan biasa sudah mencecah RM2,600.
“Wang not RM1 itu ditarik balik daripada pasaran kerana tandatangan sepatutnya pada wang kertas adalah Tan Sri Dr Ungku Zeti Akhtar yang menjadi Gabenor BNM pada waktu itu,” katanya.
Ketika ini, Ibrahim memiliki lebih 500 koleksi wang lama dan sentiasa mengemas kini koleksi wang not mengikut permintaan pasaran dan jumlah siri yang unik.
“Bagi kami, untuk jumpa wang not bernilai ibarat satu kepuasan dan bergantung kepada rezeki. Baru-baru ini saya mendapat wang not RM1 daripada edisi awal dengan nombor siri solid iaitu 444 dan sudah mempunyai pembeli sedia menunggu pada harga sekitar RM2,000,” katanya.
Sumber: HarianMetro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA NERUS: Seorang kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani rawatan dan pengasingan di Hospital Hulu Terengganu.
Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata kakitangan terbabit mempunyai sejarah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu menaiki kapal terbang sama dengan seorang individu baru pulang dari Sabah dan disahkan positif COVID-19.
“Kakitangan itu diarahkan membuat saringan segera di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebaik mengetahui mengenai rekod perjalanan itu sebelum disahkan positif.
“Seramai 14 kakitangan UniSZA dikenal pasti sebagai kontak rapat diletakkan di bawah perintah pengawasan dan kuarantin Kementerian Kesihatan.
“Semua warga UniSZA yang mempunyai kontak dengan kakitangan yang dikuarantin diarahkan menjalani kuarantin kendiri di rumah selama dua minggu bermula 2 Oktober hingga 15 Oktober 2020 bagi menangani penularan wabak itu di UniSZA,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Hassan Basri berkata, pihak pengurusan UniSZA memutuskan supaya semua kakitangan untuk bekerja dari rumah bermula 5 Oktober hingga 7 Oktober ini dan aktiviti nyahkuman secara menyeluruh akan dilaksanakan di seluruh Kampus UniSZA di Gong Badak, Kampus Perubatan dan Kampus Besut.
“Arahan itu membabitkan semua operasi pentadbiran kecuali kakitangan yang terbabit dalam perkhidmatan penting (essentialservices) seperti keselamatan, kesihatan, kewangan, hal ehwal pelajar dan kolej kediaman.
“Kebajikan penuntut yang masih berada di dalam kampus akan diuruskan oleh pihak universiti. Sepanjang tempoh penutupan, pengajaran dan pembelajaran (PdP) tetap diteruskan seperti biasa secara dalam talian (online).
“Semua program termasuk mesyuarat dan bengkel secara bersemuka di kampus UniSZA ditangguhkan sehingga keadaan kembali terkawal. UniSZA juga menggerakkan pasukan kaunseling terlatih dan unit kebajikan untuk membantu kakitangan dan keluarga terjejas,” katanya.
Sumber: HarianMetro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pengguna Celcom di kebanyakan kawasan menghadapi masalah rangkaian dan membuat panggilan berikutan masalah teknikal, hari ini.
Celcom dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang berusaha memperbaiki dan mengembalikan perkhidmatan dengan segera.
“Pengguna di kebanyakan kawasan menghadapi masalah rangkaian dan panggilan yang disebabkan masalah teknikal.
“Pasukan teknikal kami sedang sedaya upaya memperbaiki masalah dan akan segera mengembalikan perkhidmatan secepat mungkin,” katanya menerusi akaun Twitter rasmi milik syarikat telekomunikasi itu.
Sejak jam 3 petang tadi, pengguna Celcom menghadapi masalah untuk mengakses rangkaian seperti tidak dapat membuat panggilan telefon dan menggunakan data internet.
Sumber: HarianMetro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEREMBAN: Polis menahan dua pelajar lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di perkarangan sekolah menengah di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, kedua-dua suspek berusia 14 tahun ditahan sejurus mangsa yang juga pelajar tingkatan dua sekolah sama, membuat laporan polis, semalam.
“Kami menerima laporan pada 11.28 pagi semalam berhubung satu video tular melalui applikasi WhatsApp yang berdurasi 30 minit memaparkan seorang pelajar sekolah dipukul oleh dua orang pelajar lain.
“Hasil semakan lanjut mendapati kejadian berkenaan berlaku di sebuah sekolah di Seremban, selepas waktu sesi persekolahan.
“Dua suspek merupakan pelajar sekolah terbabit telah ditangkap dan diberi jamin polis dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan awal, suspek dipercayai memukul mangsa kerana selisih faham.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya.
Sumber: HarianMetro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ALOR SETAR: Cemburu dipercayai punca seorang gadis yang juga ejen insurans disyaki dibunuh di rumah sewanya di Taman Mahsuri, Jitra, semalam.
Mayat Siti Nor Sufieza Md Sharif, 23, yang lengkap berpakaian ditemui rakan serumahnya dalam keadaan terbaring di ruang tamu kediaman itu, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad, berkata polis sudah menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang bekerja sebagai peniaga pasar malam.
“Berdasarkan siasatan, mangsa yang bekerja sebagai ejen insuran di Bandar Darulaman, didapati menyewa rumah teres satu tingkat itu bersama dua rakannya hampir tiga tahun lalu.
“Mangsa tinggal seorang diri di rumah ketika kejadian itu yang hanya disedari rakannya pada jam 9.45 malam tadi (semalam) selepas mendapati mangsa terbaring di ruang tamu rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sapii berkata, pemeriksaan tidak menemui kesan luka, namun terdapat kesan biru lebam pada bahagian badan mangsa.
“Pemeriksaan di dalam rumah mendapati tiada barang peribadi milik mangsa hilang dan keadaan dalam rumah juga tidak berselerak. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 12.10 tengah malam tadi sebelum menghantar anggotanya ke lokasi.
Kejadian itu dipercayai antara jam 4 petang semalam hingga 9.45 malam dan suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Sumber: BH Online
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NEW DELHI: Tuah buat seorang wanita di India yang menjadi kaya sekelip mata selepas menangkap ikan gergasi seberat 52 kilogram.
GulfNews melaporkan hasil tangkapan itu dijual di pasar berdekatan dengan harga 6,200 rupee (RM352) sekilogram.
Pushpa Kar, penduduk di kampung Chakphuldubi, Pulau Sagar di barat Bengal menangkap ikan gergasi dari sebuah sungai di perkampungan itu sebelum meraih 300,000 rupee (RM17,039) menerusi hasil jualan.
Penduduk tempatan mendakwa, penemuan ikan gergasi itu belum pernah berlaku sebelum ini.
Bercakap kepada media tempatan, Kar menyifatkan ikan itu umpama rezeki terpijak buatnya seumur hidup.
“Saya dapat lebih daripada 300,000 rupee selepas menjual ikan itu di pasar borong.
“Saya tidak pernah nampak ikan sebesar itu seumur hidup saya. Di sini, SilverCroaker dipanggil ikan Bhola,” katanya.
Difahamkan, wanita itu ternampak ikan berkenaan terapung sebelum terjun ke sungai dan sedaya upaya membawanya ke tebing.
Penduduk tempatan membantu wanita itu membawa ikan itu ke pasar.
“Ikan itu kemungkinan terbunuh kerana berlanggar dengan kapal,” kata seorang penduduk kampung.
Sementara itu, peniaga tempatan mendakwa nilai ikan itu kemungkinan lebih mahal jika ia tidak mati dan membusuk.
Lemak ikan itu dijual dengan harga tinggi dan dieksport ke negara di Asia Tenggara, malah maw ikan (perut ikan) boleh mencecah sehingga 80,000 rupee (RM4,544) sekilogram atau lebih mahal lagi.
Seorang pengguna Twitter, Pooja Mehta membuat ciapan tentang penemuan ikan yang menjadikan wanita itu kaya dalam semalaman hingga perkongsian itu menjadi tular dan jadi bualan ramai.
Sumber: HarianMetro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Malaysia mencatat kes rekod tertinggi harian COVID-19 selama tiga hari berturut-turut, sejak 4 Jun lalu.
Jumlah jangkitan baru COVID-19 setakat jam 12 tengah hari tadi adalah sebanyak 293 kes, Ini dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini menjadikan jumlah kes terkumpul adalah sebanyak 12,381 kes dan kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 1,961 kes.
Sabah menyaksikan 126 kes baru, manakala Kedah pula merekod 113 kes.
Daripada 292 kes penularan tempatan, 269 kes melibatkan warganegara dan 23 kes lagi bukan warganegara.
Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat 28 pesakit menerima rawatan di ICU dengan empat pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!